Kawal diabetes ibu mengandung dengan cara ini

Kawal Diabetes Ibu Mengandung Dengan Cara Ini

Assalamualaikum Wrmbth semua, Ibu ucapkan terima kasih kerana lawati blog ni. Beberapa hari lepas ibu ada berjumpa dengan kawan sekampung

kawal diabetes ibu mengandung
.
Alhamdulillah, dah makin besar keluarganya. Kawan ibu ni mengandung lagi & ada Diabetes semasa hamil aka GDM
.
Alahai, takut ibu dengar
.


Sebab katanya anak anak sebelum ni tak pernah kena pun.
.
Macam ibu ni, Alhamdulillah setakat ni tak kena lagi. Mintak mintak lah jauh.
.
Jadi ibu pun buatkan carian sedikit di internet mengenai kencing manis ibu mengandung ni.
.
Buat pedoman masa akan datang
.
Kalau daku termengandung lagi, dah ada ilmu sikit sikit. (Cek tanda mengandung minggu pertama di sini)
.
Semoga bermanfaat kepada kawan kawan pengunjung blog ni juga
.

Apakah itu Kencing Manis Ibu Mengandung / GDM ?

Diabetes semasa mengandung atau dikenali sebagai GDM adalah suatu bentuk diabetes yang berlaku untuk pketika seorang wanita hamil. 
.
Penting ni.
.
Ibu hamil saja yang ada GDM
.
Jenis diabetes ini disebabkan oleh perubahan dalam cara badan wanita bertindak balas terhadap hormon insulin sepanjang kehamilannya. 
.
Diabetes semasa mengandung memberi kesan kepada kira-kira 18 peratus wanita selama kehamilan. 
.
Maknanya dari 50 orang ibu mengandugn, ada 2 orang yang menghidap GDM
.
Atau menghampiri nisbah 1:25
.
Kenapa penting untuk kita ambil tahu perkara ni?
.
Hal ini penting untuk doktor mendiagnosis dan merawat kencing manis sepanjang kehamilan kita untuk mengelakkan komplikasi kesihatan untuk anda dan bayi anda. 
.
Ada komplikasi yang berbahaya tau
.
Sebab tu doktor risau.
.
Ibu kaji lagi, apa sebenarnya yang menyebabkan kencing manis masa kita peknen ni kan
.
Apasal elok elok je sihat sebelum ni
.
Lepas mengandung kena GDM
.
Ibu jumpa 8 sebab
.
Iaitu



8 Faktor Yang Meningkatan Risiko GDM:

  1. Mempunyai sejarah diabetes gestasional pada kehamilan sebelumnya.
  2. Mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti.
  3. Berusia lebih daripada 25 tahun.
  4. Mempunyai sejarah keluarga diabetes (terutama jika orang tua atau saudara mempunyai diabetes).
  5. Jika anda sebelum ini melahirkan bayi dengan berat lebih dari 9 pound.
  6. Hadirnya glukosa dalam air kencing anda.
  7. Keturunan Afrika-Amerika, Hispanik, Amerika atau Asia asli.
  8. Memiliki masalah "pradiabetes," atau juga dikenali sebagai gangguan toleransi glukosa.
Patutlah kawan ibu ni terkena GDM
.
Sebab usia dah makin meningkat.
.
Dan berat pun makin bertambah. Satu peringatan untuk ibu selalu bersenam lepas ni

Apakah bahaya yang ibu & bayi saya hadapi jika mempunyai kencing manis gestasional (Semasa mengandung) ?


Risiko pada ibu 

Ini yang mungkin berlaku pada ibu hamil akibat diabetes:

  1. Pre-eklampsia.
  2. Bersalin pra-matang
  3. Air ketuban berlebihan (hidramnion).
  4. Jangkitan saluran kencing.
  5. Jangkitan faraj berupa keputihan kerana kulat yang berulang.

Risiko pada Janin. 

Apapun yang terjadi pada ibu hamil, janin dalam rahim pasti akan berkongsi akibatnya. 
.
Diabetes boleh menyebaban janin di perut Anda mengalami :
  1. Pertumbuhannya terbantut.
  2. Lahir besar atau giant baby (makrosomia) sehingga terpaksa dilahirkan secara caesar. Ini akibat janin menerima gula berlebihan dari ibu, yang ditukarkan menjadi protein dan lemak, sehingga membuat saiz bayi terlalu besar.
  3. Cacat bawaan, peluangnya 3 kali lebih besar dari kehamilan normal.
  4. Meningkatnya kadar bilirubin (ada kaitan dengan demam kuning)
  5. Sindrom gangguan pernafasan. lebihan paras insulin merencatkan kerja hormon kortisol yang berfungsi mematangkan paru-paru janin. Akibatnya, paru-paru janin belum matang di usia 38 minggu. Risikonya, terjadinya sindrom gangguan pernafasan. Pencegahan boleh dilakukan dengan melakukan pemeriksaan air ketuban untuk memantau kematangan paru-paru janin.
  6. Kekurangan glukosa dan kalsium.
  7. Ketaknormalan jantung.
  8. Kelainan neurologi dan psikologi bayi di kemudian hari.
  9. Kematian mendadak kandungan (sudden death), akibat darah yang diterima dari ibu kekurangan oksigen dan kelebihan asid laktik. Ini risiko jika kadar gula darah ibu tidak terkawal.
Jika puan tergolonga dalam golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat diabetes semasa mengandung, pastikan tahap glukosa darah diperiksa pada kunjungan pemeriksaan prenatal pertama dengan doktor. 
.
The American Diabetes Association menyarankan ujian sarinan untuk diabetes semasa mengandung pada kunjungan prenatal pertama bagi ibu dengan ciri ciri diatas.

.
Pucuk pangkalnya, ibu rasa elok kita jaga kesihatan dari awal setiap masa kan

Bagaimana cara merawat kencing manis ibu mengandung supaya ibu & bayi sihat sepanjang 9 bulan kehamilan?

Untuk mengelakkan masalah kesihatanyang berkaitan dengan GDM, sangat penting bahawa kita memantau dan mengawal paras glukosa darah.
.
Puan perlu untuk menerima rawatan yang tepat secara teratur.

.

Ibu ada baca, kita digalakkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat
.
Lakukan beberapa amalan hidup sihat di bawah untuk meminimakan gangguan kesihatan semasa mengandung bagi sekiranya puan sudah pun disahkan menghidap diabetes.

1. Periksa paras gula darah dengan kerap. 

Dengan melakukan pemantauan paras gula darah dapat membantu anda mengelakkan  keadaan gula darah rendah dan gula darah tinggi (hiperglisemia).
.
Kawalan gula darah adalah cara terbaik untuk memastikan kehamilan yang sihat dan mencegah komplikasi penyakit kencing manis yang dihidapi.

2. Anda harus amalkan tabiat pemakanan sihat. 

Ibu ada kongsikan artikel makanan ibu mengandung yang baik sebelum ini. Cuba baca
.
Menu diet diabetes wajib ada buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian.
.
Kita masih boleh mengambil makanan yang sama dengan wanita normal lain dengan kawalan. Contohnya seperti susu
.
Doktor mungkin mencadangkan perubahan menu makan untuk membantu kita mengelakkan masalah gula darah rendah atau gula darah tinggi.
.
Pengambilan asid folik & vitamin yang sesuai juga sangat membantu.

3. Amalkan senaman yang sesuai untuk ibu hamil dalam rutin harian anda. 

Aktiviti fizikal merupakan bahagian penting lain dari pelan rawatan kencing manis kita.
.
Kita perlu ingat yang senaman & aktiviti fizikal mempengaruhi paras gula darah.
.
Periksa kadar gula darah sebelum dan selepas aktiviti apapun, terutama jika menggunakan insulin.
.
Kita mungkin perlu ambil makanan ringan untuk menyesuaikan tahap insulin sebelum bersenam supaya membantu mencegah gula darah rendah.

.

Bahaya Diabetes kepada ibu mengandung & bayi dalam kandungan?


Bila ibu baca bahaya kencing manis semasa mengandung ni, makin takut rasanya
.
Tapi tak pelah
.
Kita sama sama ambil positif
.
Supaya boleh elak awal awal
.
  1. Pertambahan berat janin boleh jadi tak terkawal sehingga menyebabkan saiz bayi besar (makrosomia). Bayi besar akan menyukarkan proses bersalin normal.
  2. Terpaksa bersalin pembedahan
  3. Meningkatkan risiko bayi yang dilahirkan menghidap diabetes jenis 2 apabila mereka dewasa kelak. Ini disebabkan kerana bayi telah terdedah dengan tahap insulin yang tinggi sejak dalam kandungan. Anak juga meningkat kerana sejak lahir sudah mempunyai berat badan yang berlebihan, sebab salah satu penyebab diabetes adalah obesiti.
  4. Risiko janin yang meninggal dunia meningkat pada ibu hamil yang mempunyai diabetes yang tidak dirawat dengan baik.
  5. Risiko terjadinya pre-eklampsia dan eklampsi pada ibu kerana diabetes kerana tekanan darah meningkat.
  6. Ibu hamil mudah terkena oedema (kaki bengkak semasa hamil) terutama pada kaki.
  7. Menyebabkan hipoksia pada janin terutama semasa proses persalinan
  8. Risiko bersalin pra matang
  9. Meningkatkan risiko jangkitan saluran kencing 
  10. Menyebabkan kelebihan air ketuban (hydramnion).
  11. Merencatkan pertumbuhan janin.
  12. Risiko bayi dilahirkan cacat meningkat 3 x lebih tinggi jika dibandingkan dengan kehamilan normal.
  13. Meningkatkan kadar bilirubin yang akan menyebabkan bayi terkena penyakit kuning.
  14. Punca kekurangan glukosa dan kalsium pada janin kerana kadar insulin dalam tubuh janin meningkat.
  15. Bayi yang dilahirkan berisiko mengalami kelainan neurologik dan psikologik di kemudian hari.
  16. Kematian mengejut (sudden death) pada ibu hamil akibat kekurangan oksigen.
  17. Penyebab terjadinya sindrom sukar bernafas pada janin kerana hormon insulin yang berlebihan akan menghalang hormon kortisol yang berfungsi untuk mematangkan paru-paru janin. 
  18. Kadar gula darah yang tidak terkawal berisiko menyebabkan gangguan pada organ jantung yang kemudian menyebabkan berlakunya penyempitan saluran darah hingga strok, serangan jantung, serta penyakit lain. Hal ini meningkatkan risiko kematian ibu dan janin.
.
Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at ibusyurga.blogspot.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.
6 Ulasan

Ulasan

mrhanafi berkata…
tiga kali isteri saya mengandung terkena diabetes..kasihan sungguh.
Ibu Zaid berkata…
Semoga kali ke empat mengandung dan setefusnya.

Tak kena diabetis lagi tuan
Hafizul berkata…
Itulah kadang-kadang kalau tak ada ilmu susah gak.. tak pe pas ni tak yah rusing dah.. hehe
nikkhazami berkata…
risau jugak kalau ibu mengandung kena diabetes
Ibu Zaid berkata…
Mau tak susah tuan

Darjat orang berilmu ni beza dengan tak de ilmu
Ibu Zaid berkata…
Nanti nik dah mengandung kena jaga pemakanan