Tanda Tanda Mengandung [23 Cara Mudah Nak Tahu Hamil]

Hairan tak, macam mana mak kita boleh tahu lebih awal yang kita dah mengandung?

anda di sahkan hamil


23 Tanda awal mengandung! Sangat membantu ibu yang hamil anak pertama

Adakah kita telah hamil? Cari tanda-tanda mengandung di bawah ini untuk kepastian. Sumber artikel ini diambil dari jurnal yang diterbitkan di NCBI & perkongsian page Ibu Bijak Keluarga Sihat.

Cari 23 Tanda tanda mengandung di bawah!

1.  Saiz payudara semakin besar!

payudara-semakin-besar

Payudara kita boleh memberitahu lebih awal  yang kita dah berjaya hamil.

Seawal 2 minggu selepas persenyawaan berlaku perubahan hormon dalam badan kita dan hormon ini boleh membuat payudara lebih lembut, rasa nyeri atau sakit. Perubahan lain pada payudara kita ialah terasa lebih padat & berat.

Selesai tanda pertama. Sekarang kita lihat pula tanda kedua.

2. Anak lebih mengada ngada tanda tanda pregnant.

Kalau puan sudah ada anak sebelum ni, boleh lihat perubahan sikap mereka. Anak lebih mengada ngada.

Entah kenapa mereka lebih "mengada ngada" dengan mak ayah. Macam ada deria ke enam je nak detect adik baru. 2-3 minggu sebelum sah hamil, perangai dah berubah lain. Hihi..

Kadang kadang tu sampai tak nak makan. Risau betul. Bawa jalan jalan pun masih mengada ngada. (Baca lebih lanjut tentang Homestay Melaka.)

3. Lewat datang Haid.

Patutlah bulan ni lewat period! Selalu ontime je datang haid. Dah mengandung rupanya, Alhamdulillah. 
Selepas proses penempelan selesai, badan ibu akan mula menghasilkan gonadotropin chorionic manusia (hCG).

lewat-datang-haid

Hormon ini membantu badan terus hamil & memberitahu ovari untuk berhenti melepaskan ovum setiap bulan sepanjang kehamilan & menyebabkan haid kita lewat.
Macam mana nak kesan tanda awal kehamilan bagi haid tidak teratur? Tak susah pun rupanya. Baca panduan ini.
Bagi wanita yang ada haid tak teratur, buat ujian kehamilan (UPT). Ujian ini boleh mengesan hormon hCG seawal 8 hari selepas haid tidak datang. Inilah antara tanda awal kehamilan bagi haid tidak teratur. Bolehlah minum susu untuk ibu mengandung walaupun belum confirm pregnant. Ataupun makan minyak ikan shaklee & minum susu anmum untuk bayi & ibunya sekali untuk bekalan vitamin ibu mengandung yang cukup. Makan kena jaga semasa merancang kehamilan.

Tips sekiranya haid tidak datang!
  • Buat ujian kehamilan untuk mengesahkan kita hamil.
  • Jika ujian positif, temui doktor untuk temujanji pranatal kita yang pertama.
  • Andai kita mengambil ubat, minta pendapat doktor tentang risiko ubat tersebut kepada bayi dalam rahim

4. Mengalami Rasa Mual & Loya kerana alahan mengandung!

loya-semasa-mengandung


Terasa teringin sangat nak makan asam dan jeruk sebab mual dan loya kan? Ramai ibu mengandung mengalami loya kerana alahan hamil.

Boleh dikatakan 3 dari 4 ibu mengandung berasa loya terutama sekali di awal pagi.

"Morning sickness" dan pening memang selalu menyerang ibu mengandung pada trimester pertama.

Ibu perlu banyak minum air kerana badan akan kurang air dan selera makan mesti hilang punya. Deria bau pun jadi sensitif. Perut terasa lapar, tapi nak makan tak boleh.

Ok, Tanda seterusnya ialah


5. Mengidam

Rasa teringin nak makan sesuatu yang sangat teruk. Itulah mengidam.

Tapi, kalau badan kekurangan nutrien tertentu pun akan mengidam juga. Walaupun kita tak hamil. Jangan tak tahu ada masa orang lelaki pun boleh mengidam bagi pihak isterinya.

mengidam-tanda-mengandung


Walaupun sebelum tu memang kita tak minat pun makanan tu. Antara perkara pelik yang Ibu sendiri penah lihat, mengidam makan kopi, nak kunyah beras mentah dan sebagainya. Memang agak pelik jenis makanan untuk ibu mengandung yang diminta.

6. Makin kerap buang air kecil.

Kenapa ibu mengandung akan kerana kencing? Dari rujukan, ada kaitan dengan perubahan hormon dalam badan.

Dan semasa mengandung, badan kita memerlukan lebih banyak darah untuk ibu & bayi.

Jadi lebih banyak darah ada dalam badan. Semua darah ini akan melalui buah pinggang untuk ditapis.

Sebab itu kita asyik rasa nak kencing lebih kerap dari biasa.


7. Letih dan lesu.

Letih & lesu salah satu tanda tanda mengandung. Semasa kita baru mengandung, tahap hormon progesteron melambung tinggi.

letih-lesu-tanda-mengandung


Dos progesteron yang tinggi ini boleh menyebabkan kita sentiasa mengantuk & letih dan ini diburukkan lagi sekiranya
  • Paras gula darah yang rendah
  • Tekanan darah yang lebih rendah 
  • Badan menghasilkan lebih banyak darah baru
  • Kesan dari semua diatas.
Jagalah pemakanan dari awal supaya tidak terkena kencing manis semasa mengandung.

Tips & petua mengurangkan penat & letih semasa mengandung
  • Berusaha untuk mendapatkan tidur yang cukup.
  • Minum air kosong yang cukup. Dehidrasi boleh biatkan kita penat
  • Pastikan bilik kita selesa & tidak panas. Suhu badan yang tinggi semasa peringkat awal kehamilan boleh membuatkan kita penat.
  • Ambil makanan yang kaya vitamin B kawal mood & lebih bertenaga.
  • Dapatkan bekalan zat besi yang cukup dari makanan. Elakkan Anemia.
  • Nikmati makanan berprotein & berserat untuk pembebasan gula lebih sekata. Pantang makanan yang manis & tinggi kalori
Selamat mencuba tips untuk kurangkan letih ni.


8. Kesan Pendarahan

Kenapa berlaku pendarahan? Kira kira 10 hingga 14 hari selepas persenyawaan berlaku, embrio akan tertanam pada lapisan rahim.

pendarahan-tanda-sudah-mengandung


Ini boleh menyebabkan pendarahan disebabkan implantasi. Boleh jadi kita sangka, ini period.


Tanda-tanda pendarahan disebabkan implantasi ialah:
  • Warna darah antara merah jambu, merah, atau coklat.
  • Pendarahan hanya dikesan apabila di lap.
  • Rasa sakit boleh jadi ringan, sederhana atau teruk. 
  • Pendarahan mungkin berlaku kurang dari 3 hari.
  • Elakkan merokok, minum alkohol, atau menggunakan dadah haram, yang berkaitan dengan pendarahan berat.

Ada juga ibu hamil yang mengalami kekejangan abdomen diawal kehamilan. Kekejangan ini sama dengan kekejangan haid. Selain itu jaga kebersihan faraj untuk elakkan jangkitan kuman supaya tidak mengalami keputihan semasa mengandung.

Kalau dah ada pendarahan tu baik hati hati, jangan angkat benda berat. Nanti gugur atau bersalin awal. Bagi ibu yang bersalin, jangan lupa mandi wiladah, walaupun anda keguguran mesti mandi wiladah untuk mensucikan diri dari darah nifas. Rakan blogger ibu ada ulas dengan baik, rujuk post dari Sis Hawa ni.


9. Sembelit

Kenapa jadi sebelit ek, sebelum tu ok je. Ini semua penyesuaian badan untuk menyediakan setting optimum untuk mengandung.

Hormon progesterone bukan saja menyediakan rahim untuk menjadi lebih kaya dengan pembuluh darah, malah mengendurkan dinding usus besar supaya lebih banyak zat dapat diserap dari makanan yang diambil ibu.

Jadi, air dan zat dari makanan akan diserap sehabisnya, meyebabkan kesukaran membuang. Sembelit ni masalah yang akan membelenggu kita sebagai ibu sejak mengandung, sehinggalah anak sudah dilahirkan. Bayi yang baru lahir kerap mengalami masalah sembelit sekiranya susu baby yang diberi tidak sesuai. Jadi, kenalah pilih susu formula terbaik untuk bayi sembelit, contohnya seperti similac total comfort.


10. Perubahan emosi yang sukar dijangka

Ini memang berita kurang baik untuk suami. Antara tanda awal yang en suami boleh kesan ialah, isteri cepat marah dan merajuk.

mood-swing-tanda-mengandung


Masa period pun macam ni juge tapi moody masa hamil ni teruk sikit.Ada kes tu, sampai bergaduh suami isteri sebab hubby tak paham kenapa isterinya moody atas perkara kecil.

Orang yang biasanya tenang pun boleh jadi segarang harimau.


11. Kejang, dibahagian bawah badan

Kaki dan bahagian abdomen akan terasa kejang secara tiba tiba. Sebelum ni tak pun.

kejang-tanda-mengandung


Kenapa kekejangan berlaku? Badan sedang menyediakan rahim ruang untuk membesar bagi proses kehamilan.

Kemungkinan badan anda kurang kalsium pun ada. Jadi cukupkan keperluan kalsium ya. Minum banyak susu untuk tulang.


12. UPT Positif

Antara cara paling mudah dan selamat, gunakan Urine Pregnancy Test.

Sekiranya terdapat 2 garisan yang kelihatan, insyaallah anda mengandung. Nak lebih pasti lagi, jumpa doctor dan buat ujian ultrasound .

Insyaallah boleh Nampak kantung baby mula terbentuk daam rahim.

Doktor akan kira anggaran usia baby dari saiz kantung, dan tarikh anggaran kelahiran dari pada hari pertama anda period bulan lepas.


13. Bacaan suhu mulut lebih tinggi

Ini juga boleh menjadi 1 tanda awal mengandung. Ini ialah suhu mulut kita apabila bangun di waktu pagi.

Suhu ini bertambah sedikit sejurus selepas ovulasi (persenyawaan) dan kenaikan suhu ini bagus untuk wanita yang ada masalah haid tak teratur.

Dari suhu ini boleh tahu waktu subur kita dan melalui suhu ini juga kita boleh tahu sama ada dah mengandung atau tidak.

Suhu yang naik berterusan selama lebih dari 2 minggu mungkin menunjukkan kita dah hamil. Cara  terbaik untuk wanita dengan kitaran haid tidak teratur.


14. Rasa tak selesa pada perut

Badan ibu mengandung akan mengalami banyak perubahan semasa mengandung. Antara penyebab utamanya ialah kerana hormon kehamilan.

perut-tak-selesa-tanda-mengandung


Hormon ini juga akan mengubah sistem penghadaman kita menjadi lebih perlahan.

Kesannya?.

Kesan baik ialah badan kita akan menyerap nutrien dari makanan & air dengan lebih baik.

Tapi, kalau kita kurang minum air & makan makanan berserat mudah untuk kena sembelit & masalah penghadaman yang lain.

Ibu mengandung akan mempunyai pengalaman berbeza untuk setiap anak.

Antara masalah perut yang dialami disebabkan mengandung ialah
  • Perut kembung & masuk angin
  • Terasa senak
  • Sembelit
  • Gastrik (Terutama kalau ada alahan mengandung yang teruk)
  • Selalu kentut
  • Kerap sendawa

15. Hilang atau kurang selera makan.

Ada banyak punca kita hilang selera makan semasa mengandung

Antaranya sebab
  • Alahan mengandung (loya & muntah di awal pagi)
  • Kita kurang makan makanan yang mengandungi vitamin merangsang selera seperti vitamin b
  • Deria bau kita jadi terlalu sensitif. Makanan yang biasa kita suka kini berbau aneh
  • Tak ada mood nak makan (Perubahan hormon)


Biasanya, pada trimester 1 ramai ibu kurang selera makan sebab alahan hamil.

17 dari 20 ibu hamil alah terhadap beberapa jenis makanan dalam 3 bulan pertama kehamilan dan selera ini akan beransur datang selepas masuk trimester ke 2.

Tapi, ada ibu yang tetap tak ada selera sehingga bayi lahir.

16. Kerap sakit kepala.

Masih lagi di sebabkan hormon. Ibu yang baru mengandung mudah diserang sakit kepala.

sakit-kepala-tanda-mengandung


Sakit kepala kerap berlaku kerana hormon estrogen & progesteron yang dihasilkan badan ibu untuk menyokong perkembangan bayi dalam rahim.

Boleh jadi juga, sakit kepada disebabkan tahap gula darah yang dalam badan.

Ini akan menyebabkan sakit kepala kerana sel otak tidak mendapat gula yang mencukupi untuk tenaga.

.Yang ini kena dapatkan bantuan dari doktor & perlu ambil makanan tambahan untuk ibu mengandung.


17. Selera makan bertambah.

Berlawanan dengan tanda awal mengandung tadi, ada wanita yang mengalami pertambahan selera makan.

Dari bukan seorang kaki makan, kepada pencinta makanan.

Memang bertambah tambah nasi di pinggan. Alhamdulillah atas nikmat makanan kan.

Tapi, harus beringat ya.

Trimester pertama kehamilan, jaga makan. Jangan sampai kena minum air gula sebab berat badan naik mendadak.

Doktor suspek kena kencing manis. Bahaya kalau tak di kawal.


18. Hidung & deria bau jadi sensitif.

Sekiranya tiba tiba kita jadi sensitif terhadap bau busuk hingga rasa loya, boleh jadi kita dah hamil.

deria-bau-sensitif-mengandung


Ini bukan salah suami kita ya. Tiba tiba rumah jadi busuk.

Tapi sebenarnya kehamilan telah meningkatkan deria bau kita!

Kesannya, bau yang sebelum ini tidak pernah mengganggu kita boleh jadi tak tertanggung busuknya.

Sampai muntah muntah.

Antara perubahan yang paling ketara ialah bau makanan. Makanan yang dulu sedap kini nak cium bau pun tak lalu


19. Selesema & hidung tersumbat.

Badan kita Allah jadikan sangat hebat. Sekiranya kita mengandung, badan kita akan mengalami perubahan.

Bayi di dalam rahim yang baru terbentuk akan menyebabkan sistem keimunan ibu kurang kesannya.

Sistem imun si ibu akan dicegah daripada menyerang & menolak janin disebabkan oleh hormon & antibodi yang dihasilkan oleh janin.

Antibodi badan juga terlibat dalam pertumbuhan dan perkembangan plasenta.

Akibat perubahan hormon ini kepada sistem imun, ibu lebih mudah mendapat demam & selesema.

Hidung kita mudah tersumbat.

Sebab itu ibu baru mengandung selalu demam.


20. Muka naik jerawat.

Patutlah jerawat banyak naik kebelakangan ni! Kan jerawat tanda hamil. Bila kita pregnant, berlaku perubahan hormon dalam badan.
Ada orang ni, kulit memang jenis susah naik jerawat.

masalah-jerawat-tanda -mengandung


Tapi, tiba tiba jerawat naik dengan banyak. Ini boleh jadi tanda awal mengandung. Sebab perubahan hormon.

Cuma biasanya masalah ni tak lama. Lepas hormon stabil, jerawat pun hilang.

Tapi jangan seronok seronok tekan jerawat ya. Nanti meninggalkan bekas jeragat dan boleh juga menyebabkan jerawat merebak


21. Perubahan selera.

Kenaikan hormon dalam darah kita boleh mengubah selera kita. Ada ibu hamil yang rasa kelat seperti rasa logam dalam mulut kita.

selera-makna-berubah-tanda-mengandung


Dan ini mengubah rasa makanan yang biasanya menjadi kegemaran kita.

Sesetengah ibu hamil tidak akan lalu daging & ada pula yang muntah semasa menggosok gigi kerana tidak tahan rasa ubat gigi.

Selalu kita dengar kisah ibu hamil makan benda bukan bukan. Ada yang makan arang. Ada makan beras.

Keadaan ini orang putih panggil pica.Orang kita kata mengidam.

Boleh jadi kita kekurangan zink & zat besi semasa mengandung. Sebab itu ada rasa mengidam yang aneh aneh.

Sebenarnya, tak ada bukti jelas mengapa wanita mengandung mengidam.

Antara teori yang diterima ramai ialah badan kita inginkan vitamin dan mineral yang kurang dari diet makanan diambil semasa hamil.

Antara cara moden untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan mengambil vitamin kehamilan seperti set mengandung shaklee.


22. Perubahan warna faraj.

Tanda mengandung susah untuk perasan. Perubahan warna berlaku kerana berlaku peningkatan aliran darah yang di kawasan pelvis, warna faraj akan kelihatan lebih gelap dari biasa.


23. Peningkatan kadar degupan jantung.

Selepas kita disahkan hamil,  kira kira minggu ke 8 atau 10 kehamilan jantung kita akan mula mengepam darah lebih cepat &  kuat.

Selesai sudah kita kongsikan tanda mengandung.

Adakah puan mengalami tanda diatas? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen.

Kesimpulan.

Baca artikel mengenai tanda awal kehamilan sehingga habis dan anda dijamin akan

  1. Mengetahui 23 tanda kehamilan yang sering kita abaikan.
  2. Memilih jenama susu formula & cara memilih susu terbaik untuk ibu mengandung.
  3. Perbandingan harga jenama susu ibu mengandung anmum, susu dutch lady (frisomum gold), susu fernleaf, susu enfamama & banyak lagi susu formula terbaik untuk bayi dalam rahim & ibunya yang berbadan dua.
Penting ke untuk tahu yang kita dah mengandung?

Penting. Terutama kalau kita dah lama menunggu nak dapat anak. Kalau kita tak perasan, mungkin boleh menyebabkan keguguran.

Kan sedih tu!

Ibu nak ingatkan awal awal. Tanda awal mengandung tak sama untuk setiap individu.

Terima kasih kerana membaca sampai habis ya. Ini rahsia mak dan nenek kita tahu nak dapat cucu baru!






Penulis / Editor: Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com