Tempat Menarik Di Selangor 2023 - Lokasi Pilihan Warga Kota

Tempat menarik di selangor waktu malam
Assalamualaikum. Alang alang dah sampai selangor, rugi tak pergi bersiar siar. Di bawah ini Ibu kongsikan tempat menarik di Selangor.




20 Tempat menarik di Selangor waktu malam & siang!

Memang banyak tempat best di Selangor. Bagi menjimatkan masa perjalanan, Ibu rekemen booking homestay & hotel Shah Alam kerana sini banyak tempat makan best. Dekat pula dengan highway yang menghubungkan banyak tempat tarikan pelancong di sekitar Selangor.



Setiap lokasi mempunyai tarikan tersendiri. 
Kita mulakan dengan tempat menarik di waktu malam.

Tempat Menarik Di Selangor Waktu Malam!

Sama seperti di Melaka, Selangor juga ada tempat yang dilimpahi cahaya pada malam hari.
Tempat menarik di selangor waktu malam masjid sultan salahudin

Tempat pertama dalam senarai memang wajib dikunjungi. Terutama bagi peminat fotografi.

20. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah


Waktu lawatan terbaik: Malam


Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah masjid Negeri Selangor & merupakan masjid terbesar di negara ini.


Dan ke 2 terbesar di Asia Tenggara selepas Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia. Masjid ini menjadi landmark Bandaraya Anggerik & semestinya tempat menarik di Shah Alam yang wajib dikunjungi.


Masjid ini mempunyai empat menara, yang didirikan di setiap sudut & mempunyai kubah gergasi berwarna biru dan perak. 


Banyak homestay di Shah Alam yang terletak berhampiran Masjid ini. Jadi senang nak solat. Masjid ini adalah tempat menarik waktu malam di selangor, lain macam cantiknya untuk kita tangkap gambar.

Map Jarak


Alamat: Jalan Persiaran Masjid, Sekysen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Ketinggian kubah (luar): 106.7 m (350 kaki)
Diameter kubah luar: 51.2 m (168 kaki)
Gaya senibina: seni bina Islam

Telefon: 03-5519 9988


4.7 / 5.0 bintang terkumpul dari 1,034 ulasan di Google.

Kenapa sesuai datang waktu malam? Masjid ini kelihatan lebih cantik di bawah sinaran bintang & bulan.


Di samping itu, boleh solat berjemaah di Masjid, majlis ilmu pun kerap di jalankan.


Selepas solat, boleh pergi ke Dataran kemerdekaan yang terletak betul betul di sebelah masjid ini.


Nak pergi uptown Shah Alam untuk membeli belah pun dekat. Salah satu lagi tempat menarik shah alam yang wajib dilawati.



Tips 1 Antara hotel terbaik untuk menikmati keindahan senibina masjid ini di malam hari ialah Concorde Hotel Shah Alam. Cuma pastikan kita request nak bilik yang menghadap ke masjid ni lah. Masa booking hotel online tu, ada ruangan special request yang kita boleh isi. Sekarang 1 aps dah botel tempat tiket flight & cek harga hotel. Pilih je ikut harga yang kita suka. 

19. Uptown Shah Alam.


Waktu lawatan: Malam.


Destinasi membeli belah & makan makan bagi pelawat di malam hari. 


Jika anda tidak tahu apa nak dibuat di bandar hari, ada banyak tempat menarik di selangor pada waktu malam seperti Uptown di Shah Alam.


Pelbagai cenderahati dari pakaian, aksesori telefon & gajet untuk dijadikan oleh oleh untuk ahli keluarga & saudara mara.

Gerai makan yang sedap pada harga yang berpatutan juga banyak disini.


Map Jarak


Alamat: LKSA, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor
Masa operasi: Setiap hari melainkan isnin. Dari jam 8.30 PM ke 3.00 AM.

Telefon: 012-651 1676


4.0 / 5.0 bintang berdasarkan 937 ulasan di Google.

Jika kita datang tangan kosong & dengan perut tidak berisi lagi, insyaallah mesti akan pulang dengan cenderahati & perut kenyang.


Banyak barangan untuk dipilih, dan inilah masanya untuk gunakan skil para isteri untuk menawar.


Tips 2 Siang dan malam boleh jalan jalan di Selangor. Selepas penat balik rehat di homestay / hotel selangor yang terbaik yang banyak di Bandar Anggerik. Booking hotel lebih awal tau. Kalau bosan menu yang dihidangkan di hotel shah alam, ada banyak lagi kedai makan sedap Shah Alam yang viral untuk dicuba.

18. Kuala Selangor Fireflies (kampung Kuantan)

Taman yang menawarkan perjalanan bot petang untuk mengagumi koloni besar kunang-kunang yang tinggal di bakau.


Jika kita tinggal di kota raya yang sering disinari limpahan cahaya lampu, ambil peluang untuk mengunjungi tempat percutian menarik di selangor ini.

Kita akan dibawa memudiki sungai di malam yang gelap gelita & di terangi dari sumber cahaya semulajadi seperti bulan, bintang & kelip kelip di habitat semulajadinya.

Memang lain dari yang lain pengalaman yang kita perolehi dari tempat menarik di kuala selangor ini. 

Waktu lawatan terbaik: Malam (Siang tutup)


Sumber: Transitions Optical Malaysia

Map Jarak


Alamat: Jalan Klang, Kampung Kuantan, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Waktu lawatan: 7.45~10.30pm
Telefon: 03-3289 1439

4.4 / 50.0 bintang terkumpul dari 101 ulasan di Google.

Tempat yang unik ini akan memberikan pengalaman berbeza kepada para pengunjungnya yang sudah biasa dilahirkan di dunia moden.


Lahir saja, lampu dah wujud.


Lawatan ke kampung kuantan di malam hari akan menyajikan mata kita dengan permandangan indah kunang kunang (fireflies).


Cantik seperti bintang berkelipan di malam hari. Indah tidak terperi. Tempat ini agak jauh dari pusat bandar, boleh sewa homestay di Kuala Selangor untuk mudah balik berehat di malam hari. 



17. Setia City Mall

Pusat membeli-belah di Setia Alam Shah Alam yang menawarkan banyak aktiviti menarik.

Jika ke uptown Shah Alam tidak menepati citarasa kita, pusat membeli belah ini penuh dengan butik pelbagai jenama dalam & luar negara.


Tambahan pula, di waktu malam, persembahan air pancut laser berwarna warni di datarannya sangat menarik.


Banyak aktiviti boleh di lakukan di dataran pusat membeli belah ini pada malam hari seperti sewaan skuter, gerai makanan & macam macam lagi.


Tambahan lagi, setia alam memang dikenali sebagai tempat menarik selangor untuk banyak kedai makan sedap. Contohnya, kambing bakar kontena, nasi kukus boss & restoran celup tepung. Sedap boss!

Waktu lawatan terbaik: Malam


Map Jarak


Alamat: Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Masa perniagaan: Dibuka setiap hari dari 10 am hingga 10 pm.
Telefon: 03-3375 8688


4.1 / 5.0 bintang daripada 75 ulasan pengunjung lepas di Google.


16. i-City, Bandar Pintar Yang Penuh Kelainan.

Waktu terbaik lawatan: Malam

Bandar pintar yang di bina diatas tanah seluar 72 ekar telah dibuka pada tahun 2009. Menjadi tarikan pelancong terutama di waktu malam kerana lanskapnya yang unik.

I city dipenuhi dengan replika pokok & bunga daripada lampu berwarna warni di malam hari.


Manakala di waktu siang beroperasi sebagai pejabat. 


Bandar yang mewah dengan perhiasan lampu ini adalah tempat menarik malam di selangor yang menjadi tumpuan pelancong dalam & luar negara.

Map Jarak


Alamat: I-City, 40000 Shah Alam, Selangor.

Bandar ini menempatkan ruang korporat, rekreasi dan kediaman seperti pusat membeli-belah menara pejabat, hotel, pangsapuri dan lain lain. 


Dirancang oleh arkitek ternama  Jon A. Jerde, bandar i-City direka sebagai bandar pintar bersepadu sepenuhnya.




Review pengunjung lepas.

Review di Tripadvisor daripada 502 orang pengunjung telah memberikan markah 3.0 dari 5 bintang.


Rata rata pengunjung berpuas hati dengan permandangan lampu neon yang berwarna warni.


Tetapi masih ada beberapa perkara perlu di perbaiki, seperti kualiti taman temanya.




15. Bukit Ampang


Waktu lawatan terbaik: Malam.


Siapa suka tangkap gambar? Ini tempat terbaik untuk menjamu mata kita dengan permandangan bandar kuala lumpur di waktu malam.


Di sarankan datang sebelum jam 12 malam. Mungkin atas faktor keselamatan sebab tempat ini agak sunyi.


Nak datang siang hari pun boleh, tapi permandangannya tak secantik di malam hari.


Map Jarak


Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: Jalan Hulu Langat, Kampung Tasek Permai, 68000 Ampang, Selangor




Review pengunjung lepas.

4.3 dari 5.0 bintang berdasarkan 584 ulasan terkumpul di Google.

Siang hari sesuai untuk buat aktiviti berbasikal di sini. Pastikan kita fit untuk mendaki bukit.

Semput tau.

Dan tempat letak kereta agak sukar di dapati disini kerana ramai pengunjung, terutama di malam hari.





Tempat Menarik Di Selangor Waktu Siang!

Tempat menarik di selangor waktu malam Tadom Hill

14. Tadom Hill Resort Banting


Tadom Hill Resorts menawarkan banyak aktiviti menarik di kawasan seluas 40 ekar. 


Kawasan meliputi bukit batu kapur, tasik dan pokok-pokok. Tempat ini sesuai untuk mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan kehidupan bandar dan berehat di kehijauan alam semulajadi.


Resort ini merupakan tempat menarik di banting yang menyeronokkan untuk pecinta alam semulajadi. Balik dari sini, boleh singgah Pekan Banting untuk borong kerepek. Murah murah & sedap belaka.

Map Jarak


Lokasi & Info Tadom Hill

Alamat: Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 6.30pm)

Bayaran Masuk: RM22/pax untuk semua aktiviti air


Review pelawat:

3.9 / 5.0 bintang dari 657 ulasan di Google.


13. Pantai Tanjung Rhu


Pantai Tanjung Rhu terletak di Pulau Carey Selangor. Pantai ini memiliki kawasan pesisir sepanjang 2.5 km yang berpasir putih bersih. 


Kawasan pantai ini menjadi tempat pelabuhan nelayan-nelayan yang terdapat di Pulau Carey. Sesiapa pernah melawat pulau langkawi jangan keliru pulak ya. Sebab nama pantai ni sama. 


Walaupun kawasan pantai di selangor tidaklah secantik berbanding Langkawi & pesisiran pantai timur, tapi oklah lagi dari tak ada kan.

Map Jarak


Lokasi Pantai Tanjung Rhu Pulau Carey

Alamat: Pantai Tanjung Rhu, Pulau Carey, 42960 Kuala Langat, Selangor

Waktu lawatan: 24 jam
Harga tiket: Percuma


Review dari pengunjung

2.9 / 5 bintang dari 23 ulasan di Google.


12. Sunway Lagoon keriangan di taman tema air di hutan batu!


Sunway Lagoon adalah taman tema di Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor, Malaysia yang dimiliki oleh Sunway Group. 


Tarikan utama taman tema air bertaraf dunia & sentiasa ada promosi terbaru untuk pengunjung.


Ramai yang tidak tahu, taman tema ini adalah tempat menarik di subang waktu malam, banyak aktiviti menarik yang ditawarkan kepada pengunjung selepas matahari terbenam di sini.

Map Jarak


Lokasi Sunway Lagoon

Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor

Waktu lawatan: Setiap Hari (10.00am – 6.00pm)


Ulasan penunjung Sunway Lagoon

4.5 / 5.0 bintang dari 3,896 ulansan pengunjung di Google.


Theme park in Subang Jaya



11. Skytrex Adventure Shah Alam


Rasai pengalaman berbeza di hutan rimba dengan mencabar kemampuan diri merasai sendiri laluan berhalangan di udara sambil di kelilingi oleh hutan hijau.


Terletak betul betul bersebelahan Taman Botani Negara di Shah Alam.


Tempat ini menawarkan pelbagai aktiviti lasak seperti spider web, cable walk, flying fox dan banyak lagi.


Map Jarak



Lokasi Skytrex Shah Alam

Alamat: Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu lawatan: Setiap hari kecuali Isnin (8.30am – 5.00pm)
Harga tiket masuk: Tempahan di lakukan dalam talian Beginner RM35 | Intermediate RM45 | Advanced RM55


Ulasan Pengunjung Skytrex Shah Alam.

4.1 / 5.0 bintang dari 98 ulasan di Google.


10. Pantai Morib


Destinasi perlancongan popular di Selangor ini terletak di Kuala Langat.


Kami suka datang ke mari kerana semasa pulang boleh singgah beli kerepek murah di Banting.


Sambil menyelam minum air.


Map Jarak


Alamat: Morib, 42700 Banting, Selangor

Banyak keluarga gemar berehat di hujung minggu disini & melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.


Antara program yang boleh kita buat disini ialah berkelah, main layang layang,  mengutip hasil laut & makan kerepek pada harga murah.


Cuba tanya orang tempatan mana kedai borong kerepek sedap di sini. Mesti mereka tahu.


Review pengunjung lepas.

3.8 / 5.0 bintang terkumpul dari 1,248 ulasan Google di Google






9. Taman Botani Negara Shah Alam.


Satu lagi tarikan pelancong di Shah Alam untuk bajet mesra keluarga. Taman Botani Negara yang menempatkan pelbagai spesis haiwan & tumbuhan.


Lengkap dengan sawah padi, kolam takungan air & trek basikal berbukit bukau yang mencabar. Sungguh, semput mengayuh basikal mendaki bukit.


Dalam taman ini ada mini zoo yang menempatkan rusa, burung, kuda & haiwan kecil lain.


Tak perlu bawa basikal, kerana boleh disewa pada harga yang berpatutan di sini.


Map Jarak


Alamat: 40000, Shah Alam, Selangor, Taman Pertanian Malaysia, Taman Pertanian Malaysia, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu Lawatan : Dibuka setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Tutup hari Isnin.

Telefon: 03-5510 7048


4.1 / 5.0 bintang dari 153 pelawat Taman Botani yang meninggalkan ulasan di Google.

Dalam banyak tarikan di sini, Ibu paling suka pergi rumah 4 musim. Setiap 3 bulan rumah ini akan bertukar wajah.


Suasana di dalam rumah ini akan dihias berdasarkan 4 musim di negara seperti Jepun & Amerika.



8. Hutan Lipur Sungai Congkak


Destinasi air terjun yang popular untuk mandi manda & beriadah bersama keluarga di hujung minggu.


Airnya sejuk & jernih. Memang menyegarkan dapat berendam dan mandi manda.


Terutama sekali semasa cuaca panas. Antara tempat berkelah di selangor yang paling best untuk seisi keluarga. Percuma pulak tu.


Waktu lawatan terbaik: Siang


Map Jarak


Alamat: 43100 Hulu Langat, Selangor


Review pengunjung lepas.

4.0 / 5.0 bintang dari 325 pengunjung air terjun ini yang meninggalkan ulasan di Google.


7. Bukit Melawati


Waktu lawatan terbaik: Siang


Satu tarikan di Kuala Selangor di kawasan hijau berbukit bukau. Dapat lihat permandangan persekitaran dari puncak bukit.


Dan beri makan kera yang berada di kawasan ini.


Kawasan ini ada sejarahnya yang tersendiri,  mempunyai makam, meriam, lama masih terdapat disini.


Map Jarak


Alamat: 45000 Kuala Selangor, Selangor

Telefon: 03-3289 1439

4.2 / 5.0 bintang terkumpul dari 609 pelawat yang memberi ulasan di Google.

Kemudahan tram ada disediakan dan boleh di sewa pada harga berpatutan. Tak perlu nak susah payah berjalan kaki sehingga ke puncak bukit melawati.



6. Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor

Waktu lawatan terbaik: Siang

Sebuah galeri seni di Shah Alam yang memaparkan hasil tangan & budaya ketamadunan islam.


Pameran kerap di adakan di sini, paling baru tentang artifak peninggalan Rasulullah. Memang menarik.


Terdapat Galeri & pusat budaya memaparkan seni Islam kontemporari, objek reka bentuk & manuskrip Quran.


Map Jarak


Alamat: 2A, Persiaran Damai, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu lawatan: Dibuka setiap hari dari jam 9 am hingga 530 pm.

Telefon: 03-5511 9001


Review pengunjung lepas.


4.3 dari 5.0 bintang terkumpul dari 117 ulasan yang diberikan pengunjung di Google.

Memang berbaloi untuk singgah ke mari kerana ramai yang berpuas hati.

Lokasi kompleks ini sangat strategik, betul betul terletak di sebelah Masjid Biru Sultan Salahudin.



5. The Kabin


Waktu lawatan terbaik: Siang


Bosan dengan suasana kota yang sentiasa sibuk & bergerak pantas? Mungkin ini tempat yang sesuai dengan anda.


The Kabin yang terletak di Jeram Selangor di dirikan di tengah tengah sawah padi yang hijau terbentang.


Boleh lihat permandangan yang mendamaikan, dan sunyi.


Tanpa gangguan, bunyi kenderaan pun tak kedengaran.


Map Jarak


Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Jeram, Selangor

Telefon: 017-924 7800


Review pengunjung lepas.

3.9 dari 5.0 bintang terkumpul, berdasarkan 185 ulasan yang direkodkan di Google.


Rata rata pelawat adalah warga kota yang teringin tinggal di kampung, di kelilingi sawah padi.


Ada banyak aktiviti boleh di lakukan disini. Nak sewa basikal & ronda ronda kawasan.


Nak berenang pun boleh. Nak buat BBQ, ada disediakan.


4. Inki River Resort


Waktu lawatan terbaik: Siang


Resort yang terletak betul betul di tepi sungai yang jernih & bersih. Tempat ini kurang mendapat review setakat ini. 


Tak hairanlah kebersihannya masih terjaga.


Air sejuk untuk berendam & menenangkan diri, rasa macam tak percaya tempat ini tak ramai yang tahu lagi. 


Sekiranya anda mencari tempat menarik di selangor yang percuma untuk membawa keluarga yang besar beriadah. Inilah tempat yang anda cari cari.

Map Jarak


Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: Jalan Pasir Putih 4, Kampung Pasir Putih, 44100 Kerling, Selangor


Telefon: 013-595 3911



Review pengunjung lepas.

4.5 dari 5.0 bintang di berikan daripada 10 ulasan pelawat di Google. Destinasi pelancongan ini adalah salah satu permata dari senarai tempat menarik di rawang & kawasan pinggiran selangor yang kaya dengan air terjun yang cantik.


Tips: Tempat seterusnya memang syok untuk mandi manda bersama keluarga. Airnya sejuk tenang sekali. Kalau malas nak memandu awal pagi untuk ke sini, booking hotel ataupun homestay yang berhampiran sini.


3. Kampung Sungai Lopo / Sungai Lopo Village.


Waktu lawatan terbaik: Siang


Satu lagi tarikan pelancong untuk mandi manda di Hulu Langat, Selangor. Terletak berhampiran dengan kampung orang asli.

Air terjun di sini bersih dengan air yang sejuk ke tulang sum sum.


Boleh berkelah dan mandi manda bersama anak anak dan keluarga.


Map Jarak


Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: lot 3637, Jln sg lepoh, Kampung Orang Asli, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: 012-228 6689

Review pengunjung lepas.

4.0 / 5.0 bintang dari 84 ulasan di Google.


Air terjun disini ada struktur batu badan semulajadi yang sesuai di jadikan gelungsur.


Sesuai untuk mereka yang suka mencabar keberanian diri.


Tempat letak kereta agak terhad, jadi elok datang awal.



Tips: Tak perlu jauh jauh booking tiket flight & booking hotel ke luar negara untuk lihat beruang berwarna hitam putih yang menjadi icon negara China.


2. Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi


Waktu lawatan terbaik: Siang

Bukan mudah nak jumpa panda, jika dahulu kita perlu terbang ke zoo terpilih di luar negara. Kini tidak lagi.

Kita boleh tonton sendiri telatah panda yang gebu berbulu & nakal ini di pusat pemuliharaan Panda di dalam Zoo Negara.

Map Jarak



Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya, Selangor


Review pengunjung lepas.

4.0 dari 5.0 bintang berdasarkan 122 ulasan di Google.

Satu satunya tempat di Malaysia di mana kita boleh lihat sendiri panda hidup di depan mata. Sehingga Mac 2018, ada 2 ekor panda di tempatkan di sini.

Lengkap dengan penghawa dingin, setiap pelawat hanya di benarkan melawat panda ini selama 20 minit.

Masa terbaik untuk lawatan adalah pada jam 11.00 ~ 11.30 pagi. Waktu makanan di beri. Boleh nampak beruang panda ini lebih aktif.


1. Amverton Cove Golf & Island Resort


Waktu lawatan terbaik: Siang


Tempat ini bagaikan syurga untuk kaki golf. Ramai peminat golf tegar puji tentang padang golf dan fasiliti yang dijaga baik.

Ayah pergi main golf.

Isteri dan anak anak boleh mandi di swimming pool. Bilik pun selesa & besar. Memang padanlah sebab hotel bertaraf 5 bintang.

Map Jarak



Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: Jalan Pulau Carey, 42960 Pulau Carey, Selangor
Telefon: 03-3123 3888


Review pengunjung lepas.

4.1 dari 5.0 bintang terkumpul dari 304 ulasan di Google.

Tempat ni kurang sesuai untuk bukan kaki golf. 


Kesimpulan Tentang Tempat Menarik Di Selangor.

Rancanglah cuti kita sebaiknya bersama isteri dan anak anak. Manfaatkan setiap peluang yang ada untuk melihat kebesaran alam ciptaan Allah.

Selangor pun ada tempat yang cantik dan berbaloi.

Nak pergi tempat percuma ada, yang berbayar pun ada. Bajet bukan masalah.

Insyaallah senarai ini akan Ibu kemas kini dari masa ke semasa. Sebarang pendapat dan perkongsian pengalaman, sila tinggalkan di ruangan komen.

Terima kasih semua. Assalamualaikum Wrmbth.
19 Ulasan

Ulasan

Ana Suhana berkata…
Walau dari lahir duduk Selangor masih banyak lokasi yang Ana tak sampai lagi. Banyak sgt lokasi menarik di Selangor ni. Kena plan satu-satu.
Mazni Azmi berkata…
Menariknya semua tempat di sekitar selangor yang ibu zaid rekemen.

Maznee pun belum sampai semua tempat lagi.
Permandangan dari Bukit Ampang di waktu malam memang nampak cantik. Lagipun percuma tak berbayar kan
Mimie berkata…
Banyak juga tempat tempat menaik yang ada di Shah Alam. Teringin nak pergi rumah empat musim bawa anak anak tapi tak berkesempatan lagi nak pergi
Mama Hakim berkata…
Kalau dah duduk selangor, hari hari lalu tempat sama. Cantik macam mana pun nampak biasa je.

Sebab tu kami keluar juga pergi negeri lain untuk bercuti
MisDiarios berkata…
dah bertahun kat shah alm hehehe jarang outing memalam tak sangka malam lagi cntikk
JMR berkata…
Wow banyak rupanya tempat menarik di Selangor..tak pernah khatam semua tempat ni lagi
Encik X berkata…
majoriti memang pernah pegi.

maklumlah, memang orang selangor.
ajumohit berkata…
tq for sharing sis, at least ada lokasi dalam senarai untuk kami pergi, nak tengok Sejarah islam
Mama Hakim berkata…
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu sis Ibu Zaid. HAri minggu ni kami pun jalan jalan pusing selangor je. Nak balik kampung jauh
Zafirah Kama berkata…
teringin nak tengok fireflies tu... mesti cantik.. tenang je kan rasanya..

banyak lagi tempat menarik di Selangor.. tak suma, MZ pernah jejak
Wani Sukarno berkata…
banyak lagi kat selangor tak explore lagi, entah bila nak pergi tu pun :D
Mar Mansor berkata…
banyak sungguh tempat menarik di Selangor ye. boleh dikira dengan hari berapa tempat je saya pernah pergi dulu.
Sayidah Napisah berkata…
cantiknya taman botani tuu! mesti best pergi sana :D and that panda! so cuteee hehe.
iam.umifuzy berkata…
mmg banyak tempat menarik kat Selangor ni..ada yg dah dikunjung tak kurang juga yg masih menanti utk dilawati..

salam kenal dari umifuzycom
Miss Mirror singgah blogwalking di mlm hari.
Mazni Azmi berkata…
Memang lumrah macam tu ana. Maznee lahir melaka pun tak habis lagi pusing. Pelancong lagi ramai habis pergi makan tempat dan lawat lokasi bersejarah.
Unknown berkata…
Sebagai anak jati selangor, saya kurang minat nak pusing pusing area selangor ni. Dah jemu.
Mama Hakim berkata…
Selalu nampak pun jadi jemu kan. Sebab tu kena selalu ambil angin.