Tempat makan menarik di Kuala Lumpur? Sedap sangat! 20 Kedai makanan terbaik.

Tempat menarik di kuala lumpur
"Perut lapar minta di isi? KL ada banyak kedai makan! Tapi tempat mana paling sedap & berbaloi dengan harganya"
Jangan buang masa & selamat menjamu selera di 20 kedai di Kuala Lumpur di bawah ini. Selamat menjamu selera








Tempat makan menarik di Kuala Lumpur? Ini 20 Tempat paling best! 

Semua tempat yang Ibu senaraikan dibawah telah di susun cantik cantik di dalam kotak navigasi untuk memudahkan di baca. 

Semoga bermanfaat



KLIK kotak di kiri (Nama Tempat, Alamat dan Review) untuk maklumat tambahan.

Nama Kedai makan sedap.

_________________
Alamat untuk rujukan anda.

Lokasi tempat makan best._________________
Review pengunjung lepas.

Berbaloi ke makan di sini?_________________


Kita mulakan dengan tempat makan pertama.




Tempat makanan menarik di Kuala Lumpur! Pilih yang mana suka

Semua kedai di bawah ini sedap sahaja. Terbaik dari ladang. Ibu tak susun ikut ranking pun.

 

Restoran zk Tempat makan menarik di kuala lumpur
Kalau dah beratur macam ni, takkanlah tak sedap kan?


20.
Restoran ZK, mesti cuba kari kepala ikan di sini!

Kedai yang terkenal dengan kari kepala ikan. Rasa dia cukup sedap. Karinya pekat hati terpikat. Sekali hirup teringat ingat.

_________________
Alamat Restoran ZK.

Alamat: 76, Jalan Kampung Attap, Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu perniagaan:  Setiap hari dari 11 pagi hingga 4 petang.

Telefon: 03-2273 9786

_________________
Review pengunjung Restoran ZK.

4.0 dari 5.0 bintang berdasarkan 383 ulasan di Google.

Rasa masakan "signature dish" kari kepada ikannya memang cukup di gemari.

Antara kedai makan yang menjadi tumpuan warga KL & Selangor untuk makan lunch. Memang sedap makan kari panas dengan air teh sejuk.

Kedai ini tutup jam 4.00pm. 

Kalau nak makan kena datang sebelum jam 3.00 petang kalau nak kari kepala ikan. 

Tempat letak kereta memang terhad & kena cari parking sebelum sampai restoran sebab restoran ni hujung jalan. Bila dah dekat sampai tu cepat cepat parking. 


Jalan sikit. Kalau tunggu sampai hujung jalan & tempat letak kereta semua penuh, lagi membazir masa. Sebab kena buat satu pusingan semula.

_________________




19. Restoran Lipis di KL. Ikan patin tempoyak asli dari Pahang!

Buat penggemar masakan asli Pahang, terutama sekali makanan "trademark" belah sana, ikan patin masak tempoyak boleh lepaskan kerinduan pada kampung halaman di sini.

Pelbagai juadah & resepi masakan Pahang di sediakan untuk santapan pengunjung.
_________________
Alamat Restoran Lipis untuk rujukan anda.

Alamat: Menara Arina Uniti, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50586 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu perniagaan: Tutup hari Jumaat. Selain itu, buka dari 11 pagi sampai 10 malam.

Telefon: 019-939 8845
_________________
Review pengunjung lepas.

4.4 dari 5.0 bintang berdasarkan 31 ulasan di Google.

Tak perlu memandu jauh ke Pahang untuk menikmati masakan ikan patin yang sedap. Di Kuala Lumpur pun ada kedai makan yang tak kalah dari tempat asalnya.

Restoran agak sempit. Lauk pauk yang di sediakan untuk makan tengahari tidak banyak pilihan. Mungkin boleh pelbagaikan lagi di masa akan datang.

Menu ikan patin pilihan utama pengunjung untuk di nikmati di reatoran ini. 

Harga makanan standard kedai di KL.
_________________



Restoran golek golek Tempat makan menarik di kuala lumpur

18. Restoran Golek Golek. Nikmati juadah kampung seperti masakan ibu!

Buat penggemar makanan kampung, singgahlah ke restoran ini untuk menikmati juadah tradisi & menikmati suasana desa.

Tempat ini di hias indah & menyajikan makanan yang sedap.

_________________
Alamat Restoran Golek Golek untuk rujukan anda.

Alamat: Jalan Lingkaran Tengah 2, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu perniagaan: Buka setiap hari melainkan hari Isnin. Dari jam 7 pagi sampai 12 malam.

Telefon: 016-226 9140

_________________
Review pengunjung Restoran Golek Golek.

3.9 dari 4.0 bintang berdasarkan 125 ulasan di Google.

Tempat makan yang cantik & terjaga kebersihannya. Sekali tengok macam rumah kampung di Melaka. Comel & cantik.

Staff di sini memang peramah & mesra pelanggan. Sambil makan dapat menikmati permandangan yang cantik dan persekitaran yang nyaman. 

Rasa makanan mekan sedap. 

Sangat di galakkan makan bersama rakan rakan & keluarga.

Kalau makan di sini pada malam tahun baru boleh nampak persembahan bunga api dari KLCC. Memang terbaik

_________________



Restoran dapur sarawak Tempat makan menarik di kuala lumpur

17. Restoran Dapur Sarawak. Terbaik dari bumi kenyalang!

Nak rasa hidangan dari Sarawak yang cukup rasa, sedap & bersih? Berkunjunglah ke Restoran Dapur Sarawak untuk mee rebus & mee kolok goreng dengan rasa "authentic".

Tambah pula dengan sambal cili kicap yang pedas manis. Memang terbaik! Tak cukup makan semangkuk.

_________________
Alamat Restoran Dapur Sarawak untuk rujukan anda.

Alamat: off, 19, Jalan Sarikei, Pekeliling, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu perniagaan: Di buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 10.30 malam

Telefon: 03-4031 8679
_________________
Review pengunjung lepas.

4.4 dari 5.0 bintang berdasarkan 251 ulasan di Google.

Pelbagai makanan asli Sarawak dengan rasa enak seperti Mee Kolok, Laksa Sarawak, Nasi Manok Panggang, Nasi Aruk Cornbeef untuk di cuba.

Mesti akan datang berulang kali untuk cuba semua menu yang ada.

Tempat yang selesa dan tempat letak kereta senang. 

Ada kawasan parking berbayar yang luas di sebelah hospital tawakkal.

Sedapnya masakan dari bumi kenyalang ni kan.
_________________



Restoran Anis Puteri Gulai Kawah Tempat makan menarik di kuala lumpur

16. Restoran Anis Puteri Gulai Kawah.

Satu lagi kedai makan yang menjadi tumpuan orang Kuala Lumpur untuk makan sarapan pagi & tengahari. 

Terdapat banyak lauk pauk dan kuih muih. Harga pun berpatutan, memang berbaloi dengan rasa. Lauk gulai kawah di tempat ini memang sedap.

_________________
Alamat Restoran Anis Puteri untuk rujukan anda.

Alamat: Kampung Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu perniagaan: Tutup hari Jumaat. Di buka pada hari lain dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Telefon: 019-282 6908
_________________
Review pengunjung Restoran Anis Puteri.

4.1 dari 5.0 bintang berdasarkan 193 ulasan di Google.

Bagi anak pantai timur, mesti suka makan di kedai ini.

Tempat makan ini menyediakan makanan kelantan terbaik di lembah Klang. Ada banyak menu sedap di sediakan dengan harga murah.

Mesti datang awal untuk dapat tempat duduk. Masa puncak memang ramai pengunjung untuk menjamu selera.

Tempat duduk boleh pilih dalam kedai atau luar.

Kalau nak sihat, minta minuman kurang gula sebab biasanya kedai kelantan ni gula lebih. Tak baik untuk kencing manis seperti yang di kongsi laman nikmatterbaik.
_________________


D'Cengkih Tempat makan menarik di kuala lumpur

15. D'Cengkih.

Negeri Johor memang banyak tempat makan yang sedap. Dari Nasi Briyani gam, hingga mee bandung. Ramai orang suka.

Jika kita suka makanan Johor, inilah tempatnya.Mesti cuba Laksa Johor di sini & pelbagai lagi pilihan kuih adalah yang terbaik.

Lempeng pisang di sini memang lazat!

_________________
Alamat D'Cengkih untuk rujukan anda.

Alamat: 6, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu perniagaan: Tutup hari isnin. Selain itu dibuka dari jam 7 pagi hingga 6.30 malam.

Telefon: 012-499 9908

_________________
Review pengunjung D'Cengkih.

3.9 dari 5.0 bintang dari 135 ulasan di Google.

Boleh datang ke sini pada hujung minggu pagi, dan boleh dengar persembahandari live band kecil untuk menghibur pelanggan.

Makanan di sini tidak pernah mengecewakan.

Suasana di sini sangat selesa. Patut cuba laksa johor & nasi lemak.

_________________


Restoran Hussin Sup & Popia Tempat makan menarik di kuala lumpur

14. Restoran Hussin Sup & Popia Jalan Pahang.

Waktu cuaca sejuk macam di Australia, memang sedap minum sup untuk panaskan badan. Tapi kedai mana ada sup yang sedap?

Tak perlu pegi jauh, singgah ke Restoran Hussin Sup & Popia untuk rasa sup yang hebat dan padu! 

Terbaik sangat. Boleh pilih pelbagai jenis sup. Semuanya sedap sedap belaka. Popiah di sini pun sedap & besar.


_________________
Alamat Restoran Hussin Sup & Popia untuk rujukan anda.

Alamat: 9, Jalan Puah Jaya 1, Taman Setapak Indah Jaya, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu perniagaan: Tutup pada hari ahad. Hari lain di buka dari 7.15 pagi hingga 9.00 malam.

Telefon: 016-284 1576

_________________
Review pengunjung Restoran Hussin Sup & Popia.

4.2 dari 5.0 bintang dari 514 ulasan di Google.

Tempat ini memang popular di kalangan orang KL. 

Jadi tak hairanlah kedai ini akan penuh sesak semasa tengahari. Disarankan datang awal untuk mendapatkan tempat duduk.

Harga berpatutan untuk semua jenis sup yang disediakan.

_________________


Restoran Langgaq tempat menarik di kuala lumpur

13. Restoran Langgaq. Menu masakan utara terbaik di KL!

Makanan Sarawak sudah, Pahang sudah, Johor pun sudah. Tempat makan seterusnya membawa kita ke utara Malaysia.

Siapa yang nak makan makanan Pulau Pinang yang sedap & mantap mai lah ke sini.  

Ada laksa,  char kuey teow,  sate & banyak lagi hidangan utara semua dalam satu restoran.  


_________________
Alamat Restoran Langgaq untuk rujukan anda.

Alamat: 27, 13, Jalan AU 2a/17, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur.

Waktu perniagaan: Setiap hari dari jam 2.30 petang hingga 12.00 malam.

Telefon: 03-4265 1729
_________________
Review pengunjung Restoran Langgaq lepas.

4.2 dari 5.0 bintang berdasarkan 376 ulasan di Google.

Mesti makan pasembur ketam and udang kedai ni,  sedap.

Aneka pilihan sup, cuma parking agak terhad. Cucur udang kedai ni memang kelas.
_________________

Restoran padang puti bungsu Tempat makan menarik di kuala lumpur

12. Restoran Padang Puti Bungsu Batam KL.

Bosan makan menu yang sama setiap hari? Jom cuba masakan dari negara sebarang. Jiran rapat kita Indonesia.

Restoran ini menyajikan nasi padang yang enak. Di sukai ramai.

_________________
Alamat  Restoran padang untuk rujukan anda.

Alamat: 18, Lorong Yap Kwan Seng, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2171 1197
_________________
Review pengunjung Restoran Padang Puti Bungsu Batam.

4.0 dari 5.0 bintang daripada 120 ulasan di Google.

Tak perlu tempah tiket kapal terbang untuk menikmati rasa nasi padang yang sedap.

Boleh pilih pelbagai lauk pauk untuk di sesuaikan dengan selera kita masing masing.

Harga menu di sini bergantung kepada lauk yang kita pilih. 
_________________


Al azmi garden tempat menarik di kuala lumpur

11. Al' Azmi Garden. Layan steambot yang sedap pada harga terbaik!

Kembali ke tanah air, jemu makan nasi? Mari makan steamboat di restoran yang best ni.

Memang tak kedekut dengan pelanggan. Sebab harga yang di tawarkan sangat berpatutan.

Tempat makan makan terbaik untuk kawan kawan & keluarga makan.

_________________
Alamat Al' Azmi Garden untuk rujukan anda.

Alamat: 65, Jalan 1/48a, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu perniagaan: Di buka setiap dari jam 3 petang hingga 3 pagi.

Telefon: 012-663 3438
_________________
Review pengunjung Al Azmi Garden.

4.2 dari 5.0 bintang berdasarkan 170 ulasan di Google.

Datang ke mari dalam keadaan perut kosong & pulang dalam keadaan puas kekenyangan.

Terdapat pelbagai menu di sediakan seperti sate, makanan ala thai, western & sebagainya.

Servis memang bagus, makanan cepat dapat walaupun waktu puncak ramai orang.
_________________




Tempat makan menarik di Kuala Lumpur? Sedap sangat! 20 Kedai makanan terbaik. Reviewed by Ibu Syurga on Mei 22, 2018 Rating: 5

16 ulasan:

  1. Kuala lumpur memang ada banyak tempat sedap untuk makan makan dengan keluarga.

    Nama pun KL aka kalau lapar.

    Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selagi ada duit memang tak lapar di kuala lumpur. Ada banyak kedai makan dan restoran yang sedap sedap

      Padam
    2. Apa lagi, open table :) Lapar dah ni

      Padam
  2. Assalamualaikum Wrmbth. Maznee singgah blog sis untuk blog walking petang selasa ni. Maznee pernah makan di beberapa tempat yang Ibu senaraikan ni.

    Memang sedap pun. Tak hairanlah ramai orang.

    Senang pergi KL sebab ada banyak jenis kedai makan kita boleh pilih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kedai memang banyak di kuala lumpur. Pastikan halal baru makan

      Padam
    2. Kalau nak belanja jangan lupa ajak Ibu. Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. :)

      Padam
  3. Menarik tempat makan di atas. Wajib cuba setiap satu.

    BalasPadam
  4. saya memang suka bab makan ni, semua benda pun nampak sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berbuka puasa sis. Mama doakan malam ni kita semua dapat kekuatan bangunkan malam ganjil di 10 malam terakhir ramadhan. Amin

      Kalau nampak gambar memang nampak sedap kan sis

      Padam
    2. Amin. Moga moga. Tak tahu lagi tahun depan dapat jumpa ramadhan lagi atau tak

      Padam
    3. Assalamualaikum, selamat hari raya aidil fitri Mama ucapkan kepada sis Ibu Syurga

      Mohon maaf atas segala salah silap sepanjang blogging.

      Ramadhan dah habis pun, Semoga ada rezeki jumpa lagi ramadhan tahun depan.

      Padam
  5. byk tempat tak ppenah pegi lagi.. kena try la nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti terai mamapipie. Lepas tu jangan lupa kongsi dalam blog.

      Padam
  6. Masa raya lagi lah, dengan kenduri kahwin dan majlis rumah terbuka. Lagilah banyak tempat makan sedap di kuala lumpur. Yang penting jangan membazir.

    BalasPadam
  7. Tgk tpt2 mkn ni, tetengah mlm, tb2 perut blagu dangdut raya pula, haruskah atau tak harus terjah dapur ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah lapar pergi makan je lah sis. Hehe. Nanti kena gastrik susah

      Padam

Hak Cipta Terpelihara Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga © 2017-2018

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.