Tempat menarik di Melbourne Australia? Wah cantiknya! Ini 10 lokasi bercuti terbaik.

Tempat menarik di melbourne australia untuk bercuti

"Teringin nak pergi bercuti ke di down under? Memang banyak tempat menarik di MELBOURNE Australia! Tapi mana yang paling best?"
Bukan selalu kita dapat sampai ke Melbourne Australia. Terpaksa terbang ribuan kilometer untuk sampai ke negara down under ini.

Cukup rugi kalau kita tak rancang percutian kita sebaiknya di sana. 

Kalau ambil pakej percutian pun, ada banyak pilihan.

Di Melbourne Australia, ada banyak tempat best. Memang tak akan c
ukup panjang nak pusing pusing. 


Jadi, Ibu senaraikan di bawah senarai tempat menarik di Melbourne untuk dilawati. 


Hanya tempat yang best je masuk dalam senarai.








Tempat menarik di Melbourne Australia? Wah bestnya! Ini 10 lokasi untuk pengalaman terbaik.

Semua tempat di MELBOURNE yang Ibu senaraikan dibawah telah di susun cantik cantik di dalam kotak navigasi untuk memudahkan di baca. 

Semoga bermanfaat



KLIK kotak di kiri (Nama Tempat, Alamat dan Review) untuk maklumat tambahan.

Nama Tempat Menarik di Melbourne.

_________________
Alamat untuk rujukan anda.

Ini contoh sahaja._________________
Review pengunjung lepas.

Ini contoh sahaja._________________

Sebelum memilih pakej percutian ke Melbourne, elok kita tahu dahulu tempat mana paling best.

Mari mulakan dengan tempat menarik pertama untuk jalan jalan Melbourne tempat menarik. 




Jalan jalan di MELBOURNE di 10 tempat ini! Pasti jatuh hati.

Melbourne adalah bandar kedua terbesar di Australia. Jadi tak hairanlah ada banyak tempat menarik penuh bersejarah di sini.

Ibu hanya akan senaraikan 10 tempat terbaik di bawah yang akan meninggalkan kenangan indah.

Insyaallah sama sama kita tinjau bersama.


 


Royal botanic gardens Tempat menarik di melbourne australia
Taman indah yang menempatkan banyak spesis tumbuh tumbuhan dari seluruh dunia.


10.
Royal Botanic Gardens Victoria.

Taman yang telah di bina pada tahun 1845, Royal Botanic Gardens merupakan salah satu taman botani terbaik Australia. 

Di sini terdapat beberapa bangunan bersejarah yang telah dipelihara dengan baik & taman ini menempatkan lebih daripada 10,000 bunga dan tumbuhan herba eksotik yang digunakan sebagai ubat tradisional untuk pelbagai penyakit. 


Sejak penubuhannya, ia telah mengumpulkan lebih daripada 12,000 spesies dan lebih daripada 30,000 tumbuh-tumbuhan dan bunga dari seluruh dunia.


Ambil masa lawati taman ini & lihat sendiri kepelbagaian tumbuhan yang ada di sini. Memang cantik & terjaga rapi. Lanskapnya cantik macam taman Lagenda di Langkawi.

_________________
Alamat Royal Botani Gardens Victoria untuk rujukan anda.


Alamat: Birdwood Ave, South Yarra VIC 3141, Australia

Waktu perniagaan Royal botanic gardens Victoria: Di buka setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 6.00 petang.


Telefon: +61 3 9252 2300

_________________
Review pengunjung taman ini.

4.7 dari 5.0 bintang berdasarkan 1,749 ulasan di Google.


Taman botani ini menerima kunjungan ramai pelawat dalam & luar negara.



Jadi tak hairanlah memang sukar nak cari tempat letak kereta.

Ibu rasa, idea penubuhan Taman pertanian bukit cerakah aka Taman botani negara di Shah Alam pada asalnya datang dari sini.

Cuma, memulakan lebih mudah daripada meneruskan legasi. 

Taman botani Shah Alam kurang terpelihara berbanding usaha yang di lakukan di sini. Sedangkan potensinya ada.

Sayang betul kan. Pihak berkuasa di Selangor perlu mencontohi sikap murni yang diperlihatkan di sini.

_________________



Queen Victoria Market Tempat menarik di melbourne australia untuk bercuti
Tempat paling best untuk cari cenderahati untuk di bawa pulang.

9. Queen Victoria Market.

Jika kita sampai ke Melbourne, tidak lengkap jika tidak shopping cenderamata di sini. Banyak cafe menjual makanan & minuman di sini.

Pasar klasik di Melbourne ini telah dibuka pada 1878 menampilkan gaya seni bina Victoria.


Ramai pelancong dari Malaysia singgah ke sini. Hampir setiap minggu akan ada persembahan seni & kebudayaan di adakan di sini.


Kalau di Malaysia, tempat ini macam di Pasar Seni Kuala Lumpur.



_________________
Alamat Queen Victoria Market untuk rujukan anda.

Alamat: Queen St, Melbourne VIC 3000, Australia


Waktu perniagaan Queen Victoria Market: Pasar ini tutup 2 hari setiap minggu. Isnin & rabu. Hari lain akan di buka seperti berikut.


Selasa & Khamis. 6:00PG–2:00PTG

Jumaat 6:00PG–5:00PTG
Sabtu 6:00PG–3:00PTG
Ahad 9:00PG–4:00PTG

Telefon: +61 3 9320 5822

_________________
Review pengunjung lepas.

4.4 dari 5.0 bintang berdasarkan 11,164 ulasan di Google.


Segala macam barangan ada di jual di Pasar queen victoria, daripada makanan & pakaian. 


Boleh pekena secawan kopi pekat untuk segarkan mata, atau pun teh susu semasa cuaca sejuk.

Tempat yang bagus untuk membeli ole ole pada harga murah. Dan juga tempat yang popular bagi orang tempatan untuk membeli barang runcit seperti susu, buah buahan seperti strawberry & lain lain.


Dah macam pergi pasar Siti Khadijah di Kelantan kan.
_________________



Sunny ridge strawberry farm tempat menarik di melbourne
Teringin nak makan Strawberry segar di ladang luar negara? 

8. Sunny Ridge Strawberry Farm.

Jika kita teringin nak makan Strawberry segar yang di petik sendiri dari ladang strawberry tempatan di Melbourne, jangan lupa singgah ke mari.

Ladang Strawberry Sunny Ridge di buka pada hujung minggu untuk lawatan pengunjung.


Satu ladang yang mesra keluarga dengan banyak tempat letak kereta di sediakan. Perjalanan memandu dari pusat bandar Melbourne mengambil masa kira kita 1 jam memandu kereta.


Ibu rekemen datang pagi bersama sama anak anak untuk petik strawberry yang merah & manis di sini.



_________________
Alamat ladang strawbery Sunny Ridge untuk rujukan anda.

Alamat: 244 Shands Rd, Main Ridge VIC 3928, Australia


Waktu perniagaan ladang strawberry Sunny Ridge: Di buka pada hujung minggu (Jumaat Sabtu & Ahad) dari jam 11 pagi hingga 4 petang.


Tutup untuk lawatan dari hari isnin hingga khamis.


Telefon: +61 3 5989 4500

_________________
Review pengunjung lepas.

4.0 dari 5.0 bintang berdasarkan 592 ulasan pengunjung ladang strawberry yang meninggalkan jejak di Google.


Selain pengalaman berharga memetik Strawberry di bumi kangaroo, di sini juga ada menjual banyak produk lain berasaskan strawberry seperti jam "home made" & juga manisan lain.


Cek dulu sama ada manisan yang di jual halal.


Apa beza petik buah strawberry di sini berbanding di Cameron Highland? Di cameron ladang terletak di tanah tinggi.


Ladang di sini pula terletak di tepi pantai. Kan beza tu.

_________________



Puffing billy railway Tempat menarik di melbourne australia untuk bercuti
Kembali ke zaman silam dengan menaiki keretapi berkuasa stim.

7. Puffing Billy Railway. Rasai pengalaman menaiki keretapi stim!

Jika kita suka menaiki keretapi lama, wajib datang ke sini. 

Alahai, kalau setakat naik keretapi tak payah lah sampai jauh jauh ke Perth & Melbourne Australia kan?


Walaupun di Malaysia kita ada MRT, LRT & sebagainya, keretapi di sini jenis kuno punya. Anak anak kita yang suka tengok kartun Thomas & friends mesti tau keretapi jenis steam ni.


Mesti mereka terlebih gembira dapat berjumpa dengan "Thomas" sebenar.


_________________
Alamat Puffing Billy Railway untuk rujukan anda.

Alamat: 1 Old Monbulk Rd, Belgrave VIC 3160, Australia.


Waktu perniagaan Puffing Billy Railway: Di buka setiap hari, 7 hari seminggu dari jam 9 pagi hingga 5.00 petang.


Telefon: +61 3 9757 0700

_________________
Review penumpang keretapi ekspress Puffing Billy.

4.5 dari 5.0 bintang berdasarkan 1,803 ulasan di Google.


Di Malaysia dah tak beroperasi, tetapi di sini masih lagi berfungsi dengan baik. Boleh nikmati pengalaman melalui landasan yang membelah hutan di dalam keretapi stim.


Nak lagi best, ambil pakej "Ride First Class: & boleh makan makan di dalam lokomotif puffing billy semasa kita menikmati perjalanan.


Terdapat 4 trip dalam sehari.


Terasa seperti mengembara ke masa silam. Petugas di sini memang mesra, walaupun trip keretapi ini singkat tetapi memang menyeronokkan.


Terutama sekali melihatkan keseronokan yang terpampang di wajah si kecil *Dan ayahnya sekali). Hehe


_________________


Eureka tower skydeck 88 tempat menarik di melbourne australia
Nikmati permandangan malam bandar Melbourne yang indah di menara ini.

6. Eureka Tower (Eureka Skydeck 88)

Jika baru tadi kita mengembara ke masa silam dengan menaiki keretapi Puffing Billy, kali ini kita akan nikmati permandangan bandar kedua terbesar di Australia dari udara.

Ini yang bagus di sini, masa silam & moden bergerak selari dalam 1 bandar. 


Di Eureka tower, kita dapat menyaksikan permandangan yang indah dari bangunan pencakar langit. Rasanya di Melaka ada usaha sebegini di jalankan. Di menara The Shore.


Nikmati pemandangan 360 ° yang menakjubkan di tengah-tengah Melbourne. 


_________________
Alamat Eureka Skydeck 88 untuk rujukan anda.

Alamat: 7 Riverside Quay, Southbank VIC 3006, Australia.


Ketinggian: 975' Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar


Waktu perniagaan: Buka ⋅ Akan ditutup pada 10:00 PTG


Telefon: +61 3 9693 8888


_________________
Review pengunjung lepas.

4.5 dari 5.0 bintang berdasarkan 3,390 ulasan di Google.

Menara yang di bina pada tahun 2002 & siap pada tahun 2006 ini adalah hasil rekaan arkitek Nonda Katsalidis berkonsepkan seni bina moden.


Bangunan pencakar langit setinggi 91 tingkat ini akan memberikan kita pandangan berbeza bandar Melbourne dari langit.


Walaupun bangunan ini setinggi 91 tingkat, kdek pemerhatian berada pada aras 88.


Lif pencakar langit memang berbeza, boleh naik ke aras 86 hanya dalam masa 40 saat. (KLCC pun sama juga).


Ada banyak aktiviti kita boleh lakukan disini seperti minum minum, makan & lebih menarik lagi ialah menghantar kad pos dari peti mel tertinggi di hemisfera selatan.


Semua ini dilakukan sambil menunggu matahari terbenam. Ibu rekemen datang pada jam 4 petang ke atas untuk "sun set di Melbourne" yang romantik bersama pasangan masing masing.


Harga tiket masuk memang berpatutan. Hanya 20 dolar jika beli online ($ 22 jika walk in. Jimat $2 per kepala).


Sesi terakhir lawatan adalah pada jam 9:30 petang.


Pelancong Malaysia yang tinggal di bandar besar seperti Johor Bharu dan KL mungkin tak berapa suka ke sini.
_________________


Luna Park Tempat menarik di melbourne australia untuk bercuti
Anak anak teringin nak pergi taman tema?

5. Luna Park, Melbourne.

Anak anak teringin nak berseronok? Bawa mereka ke taman tema Luna Park di Melbourne.

Boleh bawa mereka menaiki roller coaster & banyak lagi permainan lain seperti Scenic Railway, Silly Serpent, Twin Dragon, Metropolis


Satu taman tema yang cantik dengan banyak hiburan menyeronokkan untuk seisi keluarga. Mak ayah mesti gembira bila anak tersenyum ceria.


Staf di sini memang ramah & suka membantu pelawat.


Taman tema Luna park mempunyai roller coaster yang cantik dengan landasan yang pasti membuat kita cuak menjerit ketakutan.


_________________
Alamat Lunar Park untuk rujukan anda.

Alamat: 18 Lower Esplanade, St Kilda VIC 3182, Australia


Waktu perniagaan: Percaya atau tidak, taman tema ini hanya di buka pada hari sabtu & ahad saja. Dari jam 11 pagi hingga 6 petang. (Tak sangka boleh tahan sampai 100 tahun kan)


Telefon: +61 3 9525 5033

_________________
Review pengunjung Lunar Park.

3.9 dari 4.0 bintang hasil ulasan 2,238 pengunjung taman tema Lunar Park yang meninggalkan ulasan di Google.

Antara taman tema yang telah beroperasi lama di Melbourne, lebih 100 tahun.


Wow lama kan, Dah di buka dari tanggal 13 Disember 1912. Kalau di Selangor, boleh pergi Sunway lagoon untuk naik roller coaster kan.


_________________


National Gallery of Victoria Tempat menarik di melbourne australia untuk bercuti
Persembahan orkestra & banyak lagi pameran di adakan di sini.

4. National Gallery of Victoria.

Masyarakat yang tinggi nilai peradaban pasti akan menghargai hasil seni. Kita boleh kunjungi galeri seni ini untuk melihat lukisan bernilai tinggi.

Satu galeri seni yang hebat dengan koleksi hasil seni yang menakjubkan. 


_________________
Alamat Galeri Seni Kebangsaan Victoria untuk rujukan anda.

Alamat: 180 St Kilda Rd, Melbourne VIC 3006, Australia


Waktu lawatan National gallery if Victoria: Di buka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang.


Telefon: +61 3 8620 2222


_________________
Review pengunjung Galeri Seni Victoria.

4.6 dari 5.0 bintang hasil review 2,408 peminat seni di Google. 


Anggaran jumlah pelawat galeri ini sehingga tahun 2015 adalah seramai 2,600,000 


Galeri ini kerap menganjurkan pameran bertaraf dunia yang menarik peminat dari seluruh dunia. 


Kedudukannya yang strategik & berhampiran dengan banyak tarikan pelancong yang lain seperti Taman Botani menjadikan ia sentiasa sibuk dengan pelawat.


Di Perth pun ada juga galeri seperti ini.


_________________


Melbourne Zoo tempat menarik di Melbourne
Bawa anak anak melihat telatah hidupan liar Australia yang comel.

3. Melbourne Zoo. 

Australia memang terkenal dengan pelbagai spesis haiwan yang unik. Dari wombat, dingo & lain lain. 

Di Melbourne pun terdapat zoo yang menempatkan haiwan tempatan & luar negara. Kita boleh saksikan mereka semua di sini dalam persekitaran terkawal.


Terdapat lebih dari 5,120 yang boleh di kumpulkan dalam 320 spesis berbeza. Zoo ini dah di buka lebih dari 150 tahun. Memang lama tu, sejak tahun 1862 & masih beroperasi sehingga kini.


Tak pasti pula burung kiwi dari New Zealand ada di sini atau tidak._________________
Alamat Zoo Melbourne untuk rujukan anda.

Alamat: Elliott Ave, Parkville VIC 3052, Australia


Waktu lawatan Zoo Melbourne: Zoo ini di buka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang.


Telefon: +61 1300 966 784

_________________
Review pengunjung Zoo Melbourne.

Review terkumpul dari Google memberikan markah purata 4.3 dari 5.0 bintang berdasarkan 1,138 ulasan.


Pelancong mesti menyukai zoo ini kerana saiznya yang besar & koleksi haiwan yang pelbagai.


Boleh habiskan masa berkualiti berjam jam lamanya di dalam ini bersama anak anak. Mesti banyak soalan nak di jawab dari mulut anak anak.


Itu yang bagus untuk kita bawa anak melanong, bagi merek membesar lebih matang & bijak.


Haiwan di sini di pelihara dengan kasih sayang & dalam keadaan sangat baik. 


Jangan lupa shopping barangan yang di jual di kedai cenderamata untuk di bawa pulang. 

_________________

Melbourne Cricket Ground Tempat menarik di melbourne australia untuk bercuti
Bayangkan sorakan 100,000 manusia yang memenuhi arena ini.

2. Melbourne Cricket Ground.

Sudah puas berjalan jalan melihat alam semulajadi, taman tema pun dah pergi.

Destinasi seterusnya, kita beralih ke arena sukan.

Buat penggemar sukan kriket, tempat ini wajib pergi. Satu lagi bangunan yang telah di buka melebihi 100 tahun.

padang kriket ini mampu memuatkan seramai 100,024 dalam satu masa.

Walaupun kita tak minat kriket, apa salahnya pergi menonton perlawanan di sini untuk melihat sendiri standard infrastuktur sukan di Australia.

Dan juga semangat mereka, benda baik kita boleh ikut.

_________________
Alamat Melbourne Criket ground untuk rujukan anda.

Alamat: Brunton Ave, Richmond VIC 3002, Australia

Telefon: +61 3 9657 8888

_________________
Review pengunjung lepas.

4.7 dari 5.0 bintang berdasarkan 6,171 ulasan peminat sukan kriket di Google.

Di sifatkan ramai pengunjung sebagai antara gelanggang sukan terbaik di Australia.
_________________


Sea Life Melbourne Aquarium Tempat menarik di melbourne australia untuk bercuti
Berenang bersama ikan di daratan.

1. Sea Life Melbourne Aquarium.

Tempat berikutnya akan memberikan pengalaman bercuti di Melbourne yang manis. Jika dengan mengunjungi zoo kita dapat melihat haiwan darat tempatan.

Di Sea life Melbourne aquarium pula kita di hidangkan dengan pelbagai haiwan akuatik yang berwarna warni.

Tempat ideal untuk di kunjungi semasa cuaca tidak baik.

_________________
Alamat Sea Life Melbourne Aquarium untuk rujukan anda.

Alamat: King St, Melbourne VIC 3000, Australia

Waktu lawatan Akuarium hidupan laut Melbourne: Di buka dari 10 pagi hingga 5.30 petang setiap hari. 

Hujung minggu masa operasi lebih panjang. Dari 9.30 pagi hingga 6 petang.
_________________
Review pengunjung lepas.

4.2 dari 5.0 bintang berdasarkan 3,405 ulasan di Google.

Pelbagai hidupan laut di pamerkan di sini dalam keadaan tenang.

Akuarium ini di selenggara dengan baik & kebersihan pula memang tip top. 

Kalau tak pberpeluang berkunjung ke Melbourne, boleh saja kunjungi Aquaria di KLCC.

_________________


Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik di MELBOURNE. Insyaallah Ibu akan sambung di masa akan datang.

Kongsikan pengalaman dan pendapat di ruangan komen di bawah ya. Terima kasih banyak kerana mengunjungi blog Ibu.


Tempat menarik di Melbourne Australia? Wah cantiknya! Ini 10 lokasi bercuti terbaik. Reviewed by Ibu Syurga on May 07, 2018 Rating: 5

5 comments:

  1. Maznee singgah bertamu di blog sis Ibu zaid. Belum mimpi lagi nak pergi australia.

    Makan belanja besar.

    Tapi tak di nafikan banyak tempat menarik di melbourne yang best untuk bercuti. Maznee teringin nak mandi laut di great barrier reef tu.

    ReplyDelete
  2. Mama singgah blog walking ke blog sis Ibu zaid. Jauhnya nak berjalan sampai Australia kan ibu.

    Kalau murah rezeki insyaallah teringin juga nak tengok sendiri

    ReplyDelete
  3. Best pergi tempat menarik di melbourne australia. Cukup duit tabung saya berangkat

    ReplyDelete
  4. Selamat petang sis, Mama singgah ke sini petang ni. Cita cita nak jalan jauh belum kesampaian lagi. Banyak tanggungan

    ReplyDelete
  5. Di Melbourne tak ada musim sejuk ya Ibu? Tak nampak tempat yang ada salji pun dalam senarai di atas.

    ReplyDelete

Hak Cipta Terpelihara Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga © 2017-2018

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.