11 Homestay di Melaka tepi pantai! Mana 1 yang paling bagus?

Kalau balik kampung ke Melaka, Ibu cukup suka singgah ke pantai. Sebagai orang Melaka yang kini merantau di Selangor, sesekali kami akan menginap di homestay yang berada di tepi pantai.

Di bawah ini Ibu senaraikan beberapa homestay yang betul betul berada di tepi pantai. Memang tak ada masalah nak mandi pantai. Jalan kaki pun sampai!

Homestay di Melaka tepi pantai yang berbaloi untuk mandi manda!





11. Seraya Pantai Chalet.

Chalet yang sangat best.  Harga memang berbaloi & mesra bajet. Ada chalet kayu dan batu lengkap dengan air cond. Kedudukan chalet betul betul depan pantai.

Tempat makan memang banyak di sekeliling chalet.

Maklumbalas 78 pengunjung memberikan review terkumpul sebanyak 3.7 dari 5.0 bintang. Ulasan ini di kongsi di google. 
Lihat lebih banyak gambar menarik di Seraya pantai chalet.

Seraya Pantai Chalet


Alamat: Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka.

Telefon: 06-384 1809


10. Kampong Pinang Sebatang Chalet.




Chalet dengan konsep kampung nelayan,sesuai untuk mereka yang ingin merasai suasana kampung semasa bercuti. Respon pelancong memberikan 4.1 dari 5.0 bintang dari 31 ulasan di Google. 
Lihat gambar hiasan dalaman Chalet kampung pinang sebatang!

Homestay di melaka tepi pantai Kampong Pinang Sebatang Chalet


Alamat: Jalan Persiaran Pantai, Taman Perindustrian Pengkalan Balak, 78300 Masjid Tanah, Melaka.

Telefon: 019-358 6778


9. Comel Beach Resort.

Buat anda yang dah penat dengan hiruk pikuk bandar & kesesakan lalu lintas. Marilah ke sini. Resort yang berdekatan dngan pantai dan jauh dari bandar melaka.

Tempat yang tenang lagi damai dan lengkap dengan fasiliti seperti tempat makan, barang cenderamata dari industri industri Kecil dan Sederhana, medan ikan bakar, balai polis, masjid, dan kedai runcit.
Baca lebih lanjut tentang lokasi best di Pengkalan Balak Melaka!
Penyewa lepas puas hati sebab tuan punyai resort ramah dengan pelanggan & layanan mesra yang di berikan.

Homestay di melaka tepi pantai Comel Beach Resort


3.6 dari 5.0 bintang dari 21 ulasan pelancong yang di kongsi di Google.

Alamat: Batu 21 1 / 2, Jalan Kampung Hailam, Pengkalan Balak, Melaka, 78300 Masjid Tanah.

Telefon: 012-915 1130


8. Teratak Rehat Atie Ira Chalet D'Pantai.




Chalet depan pantai, memang cantik lagi mendamaikan. Respon dari penyewa lepas mengatakan kemudahan chalet boleh di tambah baik lagi. 

Siap ada gazebo untuk buat aktiviti keluarga, contohnya nak buat makan makan ke.

Seramai 59 pelancong meninggalkan ulasan di Google tentang chalet ini & memberikan mata terkumpul 3.6 dari 5.0 bintang. 
Lihat lebih banyak gambar menarik di Teratak Rehat Atie Ira D'pantai.

Teratak Rehat Atie Ira Chalet D'Pantai.


Alamat: Kg. Sg. Kertah, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, 78300 Melaka., Pengkalan Balak, Jalan Telok Gong / Pengkalan Balak, Kampung Sungai Kertah, 78300 Masjid Tanah, Melaka.

Telefon: 019-217 2317


7. Bonda Homestay Pengkalan Balak.

Homestay ini besar dan selesa. Boleh jalan kaki ke pantai sambil menikmati kampung yang tenang lagi selesa.

Pengunjung lepas memberikan mata 4.0 dari 5.0 bintang hasil dari 3 ulasan di Google.

Homestay di melaka tepi pantai Bonda Homestay Pengkalan Balak


Alamat: Kampung Sungai Kertah, Pengkalan Balak, 75250, Masjid Tanah, Melaka, 75250 Masjid Tanah.

Telefon: 017-380 0326


6. Homestay /Chalet Pantai Suria.

Respon dari pengunjung lepas, homestay ini mempunyai permandangan laut yang cantik. Cuma bilik agak kecil dan masa cuti perlu tempah awal sebab senang penuh. Berbaloi ke tinggal di sini? 
Lihat sendiri lebih banyak gambar Chalet Pantai Suria.
Betul betul tepi pantai. Tidur malam boleh dengar bunyi hempasan ombak di pantai. Selain di Pengkalan Balak, banyak lagi homestay di Melaka yang terletak di tepi pantai. Boleh baca senarai Homestay di Pantai Klebang dekat tempat makan sedap!

Homestay ini mendapat mata 4.3 dari 5.0 bintang dari 9 ulasan di Google.

Homestay /Chalet Pantai Suria


Alamat: 201, Jalan Telok Gong / Pengkalan Balak, 78200 Masjid Tanah, Melaka

Telefon: 012-222 3880


5. Homestay Kuala Sg Baru.

Sebuah homestay rumah tradisional yang sangat dekat dengan pantai. Mendapat mata 3.7 dari 5.0 bintang berdasarkan 29 review terkumpul di Google.
Best ke tinggal di sini? Lihat gambar suasana di Homestay Kuala Sungai Baru.
Homestay di melaka tepi pantai kuala sungai baru

Alamat: 1492, Jalan Kuala Sungai Baru / Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka

Telefon: 017-616 4472


4. Umang-Umang Chalet ( Hermit Crab Chalet )

Tempat yang santai, sunyi sepi. Sangat mengingatkan suasana tinggal di kampung pada tahun 80 an.

Pantai di sini agak berbatu & permandangan matahari terbenamnya sangat mempesonakan. Mata purata bagi umang umang chalet adalah 3.6 dari 5.0 bintang terkumpul hasil dari 129 ulasan di Google.
Best ke tinggal di sini? Lihat sendiri gambar persekitaran di Umang umang chalet.

Homestay di melaka tepi pantai Umang-Umang Chalet

Alamat: Lot 602, Batu 31, Bukit Darat,, Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Malacca.

Telefon: 016-665 0167


3. Laman Guesthouse.

Tempat yang tenang, deco yg ringkas dan kemas. Penyediaan makan pagi juga ada dan mencukupi. Kolam renang juga sesuai untuk anak-anak.
Lihat lebih banyak gambar menarik di Laman Guesthouse.
Laman gust house mendapat mata terkumpul 4.5 dari 5.0 bintang dari 15 ulasan di Google.

Homestay di melaka tepi pantai Laman Guesthouse


Alamat: 563, Kompleks Japerun Kuala Linggi, Jalan Telok Gong / Pengkalan Balak, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka

Telefon: 016-643 1510


2. Alya Homestay.

Alamat: 78300 Masjid Tanah, Melaka
Telefon: 017-617 7519

Harga sewa untuk 1 malam : RM180.


1. Casa Rasa Sayang.

Akhir sekali, Ibu letakkan homestay paling mahal kat tepi pantai ni. Sewa banglo terus. Tak percaya cuba tengok gambar.


Homestay di melaka tepi pantai Casa Rasa Sayang

Siap ada swimming pool tu. Satu penginapan lengkap untuk seisi keluarga. Sesuai untuk family gathering or reunion. Tempatnya sangat strategik, betul betul tepi pantai & senang nak cari.  Pantai ada di belakang homestay dan berhampiran dengan jalan besar.
Ramai kata seronok bermalam disini. Kalau tak percaya, boleh lihat gambar suasana di Casa Rasa Sayang.
Mata terkumpul setakat ini ialah 4.2 dari 5.0 bintang dari 54 ulasan yang di kongsi di Google.

hiasan dalaman Casa Rasa Sayang

Alamat: Lot 1923, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka.

Telefon: 06-387 7027


Kesimpulan tentang Homestay Melaka di tepi pantai!

Rasai pengalaman berbeza semasa bercuti dengan tinggal di homestay, chalet & resort yang betul betul berhadapan dengan pantai ini. Bagi senarai penuh Homestay di Melaka yang berada di lokasi strategik. Boleh baca di sini.

Sampai jumpa lagi. Ibu ucapkan selamat melancong.


11 Homestay di Melaka tepi pantai! Mana 1 yang paling bagus? Reviewed by Ibu Syurga on Julai 31, 2018 Rating: 5

24 ulasan:

  1. Selamat petang Mama ucapkan. Memang cantiklah homestay tepi pantai ni. Mama ingatkan di belah pantai timur je ada tempat macam ni. Rupanya di Melaka pun ada yang lawa.

    Casa rasa sayang tu cantiklah. Tapi sewanya mesti lumayan kan. Hehe

    BalasPadam
  2. Salam petang isnin dari Mama Hakim. Semoga sis

    BalasPadam
  3. BAnyaknya homestay melaka yang tepi pantai. Maznee paling suka tengok casa rasa sayang. By the way, maksud casa tu ialah rumah. Bahasa latin

    BalasPadam
  4. kebetulan saya pun nak bercuti dengan adik bradik ke melaka, bolehla survey sini dulu

    BalasPadam
  5. Terima kasih kongsi senarai homestay tepi pantai kat Melaka ni. Sangat membantu sebab tengah planning family holiday kat Melaka.

    BalasPadam
  6. Banyaknya pilihan homestay ni. Selalunya kalau nak pilih tempat bermalam, saya pilih hotel ajer sebab saya 3 beranak ajer. Kalau homestay selalunya rumahnya luas dan sesuai keluarga yang besar.

    BalasPadam
  7. Wow bestnya kalau boleh bercuti tepi pantai. Banyak pilihan homestay yang cantik. Syira paling suka yg no 10. Cantik sangat design homestay.

    BalasPadam
  8. Melaka memang best untuk jadikan tempat percutian bersama family..ada pantai, ada bandar, dan ada makanan sedap2 pulak tuu..lepas ni dah tau dah nak bercuti di homestay Melaka yang mana, thanks! :)

    BalasPadam
  9. Terima kasih atas perkongsian. Banyak homestay menarik dekat Melaka yer. Kena rajin cari and survey. Tapi berkenan betul dengan homestay Casa Rasa Sayang ni.

    BalasPadam
  10. I baru balik dari Melaka last weekend. Oh! ada tempat tinggal near beach. Cantik..boleh la try next trip.

    BalasPadam
  11. SA selalu pergi kuala sungai baru baru dan pengkalan balak, tapi jarang dapat bermalam sebab tak jauh pun dari rumah di Seremban, selalunya kami pergi cari ikan fresh2..terima kasih diatas perkongsian..nanti boleh terjah bermalam kat sini plak

    BalasPadam
  12. Casa Rasa Sayang paling cantik. Tapi memang padanlah dengan harganya yang mahal. Asalkan review orang baik dan servis dieorang memang betul bagus, berbaloi tempat cantik dengan harga macam tu

    BalasPadam
  13. wah..snglah nak survey nnt...selalu juga pegi melaka.,boleh bt rujukan ni

    BalasPadam
  14. Banyak juga homestya dekat melaka ye..cantik-cantik pulak tu..memang kena pandai cari kan..tapi dah ibu senaraikan, mudahla orang nak mencari..hehe..terbaikla..boleh masuk list ni nanti

    BalasPadam
  15. tak sangka banyaknya pilihan homestay kat melaka.. semua nampak ok belaka.. boleh stay kalau pergi trip to melaka..

    BalasPadam
  16. Pengkalan balak is such a peaceful place. I always go for my practicals in Masjid Tanah and during the weekend we hangout and eat by the beach at pengkalan balak. There are just too many chalets along the beach. Just didint know how good are they and also the reviews. Thanks for this. will definitely choose the chalets u mentioned above after this.

    BalasPadam
  17. dapat homestay tepi pantai memang syok la mandi ramai ramai. Boleh masuk dlm list ni

    BalasPadam
  18. Salam petang dari Mama Hakim. Singgah bertamu blog sis ibu zaid. Wah ramai komen hari ni

    BalasPadam
  19. Memang banyak homestay cantik cantik area melaka tapi saya tak pernah tidur pun sebab rumah metua dekat Melaka. Teringin juga kadang tapi mesti suami tak nak

    BalasPadam
  20. Wahhh banyaknya pilihan !! Baru tahu tempat2 nie. Bolehlah nak cuba salah satu nanti sekiranya bertandang ke Melaka.

    BalasPadam
  21. Wah banyaknya homestay ok good ni nanti kalau jalan sana boleh pilih bagus lah kita suka no 10 dan no 5 tu nampak klasik dan juga rumah asli Melayu....

    BalasPadam
  22. semua dalam list tak pernah stay lagi. tapi nampak banyak yang menarik. Nanti kalau nak ke melaka boleh la tengok yang mana ok

    BalasPadam
  23. Lama tak pergi Melaka boleh lah singgah mana2 chalet Yang disyorkn ni. Suka dengan konsep hotel pinang sebatang tu. Menarik

    BalasPadam
  24. Setakat ini dah 4 chalet/homestay yg kami singgah di Melaka. Kebanyakannya area Kuala Sungai Baru.
    @Homestay Sena Bayu
    @Balqis
    @D'Pantai Homestay dan bulan Dec ni In Sha Allah Lamanguesthouse.

    BalasPadam

Hak Cipta Terpelihara Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga © 2017-2018

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.