Air terjun Asahan Melaka 2019. Tempat mandi manda semulajadi terbaik!

Dulu Ibu ingatkan gunung ledang ni di Johor.

Rupa rupanya di sempadan 3 buah negeri. Melaka, Johor & Negeri sembilan.


air terjun nyalas tempat jalan melaka
Lawa lagi air terjun Asahan ni sebab ramai orang tak tahu. Dan jauh tempat ni.



Air Terjun Asahan Melaka. Airnya sejuk dan jernih!

Bila ada gunung, mesti ada air terjun kan. Dan di gunung ledang, air terjun yang popular adalah air terjun Sagil. 

Kat sini memang ramai orang.

Apa yang ramai orang tak tahu, a
da lagi air terjun di gunung ledang yang terletak di Jasin.

Air Terjun Asahan. 


Boleh rujuk laman web Majlis Perbandaran Jasin (MPJasin).



Air Terjun Asahan Melaka


Macam mana hendak ke Air terjun Asahan?

Tak susah kalau kita gunakan panduan daripada google maps. Taip saja lokasi di bawah.

Lokasi: Jasin (Sebelah lama 3 budaya). Klik Google maps & Street view di sini.

Waktu lawatan: Bila bila masa

Harga tiket: Percuma

Tempat ni nak masuk tak perlu bayar. 
Siap masuk hutan lagi, parking pun ikut suka.

Lawa tempat ni, Siapa nak pergi sini boleh cari Laman 3 Budaya. Dan bawa sekali makanan sebab tempat ni agak terpencil. Tak ada orang jual makanan pun.


Bacaan menarik: Makan malam di Melaka. Sedap dan menyelerakan! 
Air terjun ni betul betul sebelah taman tema air ni.

Free.


Cuma 1 Ibu nak pesan, pergi sini sila jaga kebersihan.


Sampah biar kita bungkus bawa pulang. 
Nanti dah banyak sampah, dah tak lawa tempat ni siapa yang rugi?

Serba salah orang nak kongsi sebab sudahnya jadi macam tu kan.



Air Terjun Asahan Melaka tempat mandi manda




Apa yang menarik di Air Terjun Asahan Melaka?

Ada banyak tarikan, antaranya

  1. Sungai dan air terjun yang terpelihara
  2. Banyak aktiviti outdoor boleh dilakukan seperti perkhemahan, meredah hutan, mendaki gunung ledang setinggi 1276 m
  3. Mandi-manda
  4. Memerhati & mendengar kicauan burung yang mendamaikan
  5. Bawa beg plastik & bungkus semua sampah supaya tempat ini kekal bersih. Kawal diri dari bersikap pentingkan diri
Satu lagi,

Musim hujan sila hati hati dengan kepala air ya. 
Daripada kita nak bersukaria

Berakhir dengan duka.


Review Air Terjun Asahan.

Dari pengalaman keluarga kami sendiri, memang terbaik mandi manda di sini. Kawasan ini kurang di ketahui, jadi kadang kadang memang tak ada orang pun.

Sampah sarap pun tak ada.

Cuma kebelakangan ini, di fahamkan semakin ramai yang datang ke mari untuk mandi manda. Sampah bawa pulang ya.

Sama sama kita jaga kebersihan. Tak lah kotor macam air terjun di Cameron Highland. Sampai dah tak boleh mandi sebab pencemaran. Sayang seribu kali sayang.

Kami berikan review 4 dari 5 bintang untuk pengalaman mandi manda di sini. 

Review di google tak ada lagi. Kalau cari tentang air terjun Asahan memang takkan keluar. Hidden gem.


Sekiranya anda masih merancang percutian di Melaka yang menyeronokkan, cuba baca panduan di bawah. Lengkap!
Bacaan untuk insan bijak: Tempat menarik di Melaka! Panduan lengkap untuk percutian terindah.