Susu Kambing Ar Rayyan! Review harga & kebaikan susu tepung organik.

Apa kelebihan menggunakan susu kambing ar rayyan ya?
Susu Kambing Ar Rayyan

Sejujurnya Ibu belum pernah guna produk susu kambing jenama Ar Rayyan. Maklumlah, banyak betul jenama di pasaran kan.

Bagi menulis artikel ini, Ibu telah merujuk laman web Rayyan & perkongsian dari page Ibu Bijak Keluarga Sihat.

Susu Kambing R Rayyan, Apa yang best ya?

Cuma apa yang menarik perhatian Ibu ialah susu jenama ini tidak ditambah dengan gula tambahan.

Sebagai ganti, herba Stevia digunakan untuk menambah rasa manis dalam produk tertentu keluarannya.

Lebih spesifik, susu kambing ar rayyan perisa coklat dan vanila.

Kajian terkini menunjukkan herba ini boleh menjadi alternatif yang baik kepada penggunaan gula. Tanpa perlu risau tentang gula dalam darah meningkat naik.

Gula berlebihan boleh menjadi racun kepada badan kita bagi penghidap diabetes / kencing manis.

Kalau kita mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manis & juga sakit kronik lain. Memang kita patut risau dan ber perhatian lebih.

Bolehlah guna produk yang mengandungi herba stevia, seperti susu ar rayyan ni.



Perisa Susu Kambing R Rayyan. Mana yang sedap?

Setakat ni, ada 4 jenis perisa untuk pilihan kita. Ibu senarai di bawah untuk rujukan bersama.

perisa susu kambing ar rayyan asli dan vanila

1. Susu kambing asli.

Bagi sesiapa yang gemarkan rasa susu asli, tanpa perisa tambahan. 

2. Susu kambing vanila.

Bau dan rasa vanila yang menyelerakan. Menjadi pilihan ramai. Terutama yang tak suka rasa susu asli.
Bacaan menarik: Susu ar rayyan kurma delima. Ini sebab anda patut cuba!

perisa susu kambing ar rayyan kurma delima dan coklat

3. Susu kambing kurma delima.

Kedua dua buah ini memang di kenali dan mempunyai khasiat yang hebat untuk kesihatan.

Malah di sebut di dalam kitab suci al quran lagi.

Dari sedikit bacaan yang Ibu lakukan, perisa ini adalah yang terkini di pasaran. Nak tahu lebih lanjut boleh baca di sini.


4. Susu kambing coklat.

Siapalah yang tak suka rasa coklat kan? Kalau nak beri pada anak anak, mungkin boleh mula dengan perisa ini.


Apakah kebaikan susu kambing r rayyan?

Memang banyak manfaat yang di perolehi jika mengambil susu kambing dengan istiqamah.

Ada ibu kongsikan dalam artikel di bawah.
Bacaan menarik: khasiat susu kambing untuk kesihatan dan kecantikan!


Kandungan Susu Kambing Ar Rayyan.

Di bawah ini Ibu senaraikan kandungan khasiat yang terkandung di dalam produk ini.
  1. DHA / Omega 3
  2. Kurma
  3. Buah kiwi
  4. Probiotik
  5. Labu
  6. Buah pisang
  7. Buah tin / Ara
  8. FOS, GOS, dan Inulin
  9. Madu Lebah
  10. Buah delima
  11. Vitamin C
  12. Premix Vitamin

Kalau dilihat kandungan bahan bahan di atas memang banyak. Tapi pandangan peribadi Ibu, lebih suka makan berasing.

Tak mungkin sama khasiat yang di perolehi dengan mengambil buah dalam bentuk asal, berbanding dalam bentuk proses ni kan. 

Tapi, kalau kita jenis yang kurang rajin, bolehlah cuba. Dari tak makan langsung kan.

Harga susu kambing R Rayyan!

Di sebabkan harga produk sering berubah dengan peredaran masa. Ibu buat artikel khas tentang harga susu ini. Senang nak rujuk di kemudian hari.
Bacaan menarik: Harga susu r rayyan terkini! Berapa ya?

Sampai sudah kita ke hujung artikel. Sekiranya anda masih belum puas hati dengan pilihan susu tepung kambing yang ada di pasaran. Jemput baca artikel di bawah.
Bacaan menarik: Susu Kambing paling bagus untuk diminum, Ini jenama tempatan dan antara bangsa terbaik di pasaran Malaysia.





Penulis / Editor: Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com

1 Ulasan

Ulasan

Mama Hakim berkata…
Banyak nya campuran bahan bahan dalam susu kambing arrayyan ni. Segala macam buah ada. Betul ke bagus untuk badan kita? Sebab terlalu banyak tu