Susu Kambing Karihome! Review harga & kebaikan susu tepung organik.

Kenapalah agaknya susu yang di hasilkan di New Zealand berkualiti tinggi? 
susu kambing karihome

Kita biasa nampak iklan susu di kaca televisyen. Kebanyakan susu yang di import ke seluruh dunia berasal dari New Zealand.

Bagi menulis artikel ini, Ibu telah merujuk laman web industri tenusu New Zealand & perkongsian dari page Ibu Bijak Keluarga Sihat.

Kali ini Ibu nak kongsikan jenama susu kambing dari negara jiran Australia.

Apakah ia?


Susu Karihome, Susu kambing formula dari New Zealand.

Syarikat ini telah di tubuhkan sejak tahun 1991, dan telah mengimport susu kambing dan susu lembu yang dihasilkan dan dibungkus di New Zealand. 

Sumber Susu kambing jenama Karihome

Susu kambing formula Karihome di hasilkan oleh Dairy Goat Co-operative (NZ) Ltd, sebuah koperasi milik petani di New Zealand yang menghasilkan 90% daripada jumlah pengeluaran susu kambing di New Zealand.

Ada persamaan dengan perusahaan susu di Holland kan, yang mengeluarkan susu dutch lady.
Bacaan menarik: Kebaikan susu dutch lady memang banyak, pilihan untuk seisi keluarga!

Persamaan negara Holland & New Zealand ialah susu mereka dihasilkan di persekitaran yang terbaik untuk kambing dan lembu.

New Zealand mempunyai cuaca yang mengasyikkan dengan musim panas & sejuk yang membantu kambing dan lembu mereka menghasilkan susu berkhasiat. 

Cuaca yang bagus di sana membuatkan padang rumput di New Zealand cepat tumbuh dan sentiasa sedia untuk menjadi makanan haiwan tenusu. Susu formula terbaik untuk anak anak kita hanya dapat dihasilkan dari persekitaran yang bersih & terjaga.



Apakah kelebihan Susu formula karihome berbanding jenama lain?

Ada beberapa kelebihan di New Zealand yang menjadikan susunya berkualiti tinggi. Itu sebabnya susu formula berasaskan susu kambing karihome berbeza dengan brand lain.

Ibu senaraikan 2 sahaja.

1. Susu Karihomen dihasilkan di ladang sendiri dengan sistem ragut bebas yang unik

Karihome menggunakan sistem merumput bebas di mana rumput segar ditambah kepada makanan kambing, yang membolehkan kambing memperolehi nutrien yang cukup.

Ini menyebabkan susu yang dihasilkan kambing kambing ini kaya dengan kandungan bioaktiviti semulajadi seperti
  1. asid linoleik konjugat (CLA)
  2. poliamina semulajadi
  3. asid sialik (SA)
  4. nukleotida

2. Proses penghasilan susu yang ketat, memelihara kekayaan khasiat semulajadi susu kambing

Ladang susu yang mengeluarkan produk Karihome mematuhi keperluan ketat pihak berkuasa di New Zealand.

Bermula dari pengumpulan susu di ladang, ke pembuatan dan akhir sekali pembungkusan produk. 

Susu susu ini diproses menggunakan cara pengeluaran yang mudah, yang untuk mengekalkan dan memanfaatkan kekayaan kandungan semulajadi susu kambing seperti
  1. asid lemak rantai sederhana lengkap
  2. nutrien semulajadi 
  3. vitamin 
Seterusnya kita kongsikan pula produk karihome yang direka khusus untuk kumpulan umur.

Dari kanak kanak hinggalah ke dewasa.

Susu karihome untuk kanak kanak.

Terdapat 2 jenis susu kambing untuk kegunaan kanak kanak. Rujuk gambar di bawah.


1. Karihome step 3 untuk 1 tahun ke atas. Susu ini sesuai untuk kanak kanak berusia lebih dari 12 bulan.
Karihome step 3 - untuk kanak kanak berusia lebih dari 12 bulan.


2. Karihome step 4 - untuk kanak kanak berusia melebihi 3 tahun.
Karihome step 4 - untuk kanak kanak berusia melebihi 3 tahun.
Ok, kita dah selesai dengan susu untuk kanak kanak.

Sekarang ni kita teruskan pula untuk dewasa.

Susu karihome untuk orang dewasa & warga tua.

Di bawah ini adalah Susu Karihome Whole Goat Milk Powder. Khas untuk usia 7 tahun ke atas sehinggalah atuk nenek boleh minum.
Susu Karihome Whole Goat Milk Powder

Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang susu untuk orang dewasa di atas, teruskan membaca artikel di bawah.
Bacaan menarik: Susu karihome untuk dewasa. Elakkan tersalah pilih.

Harga susu kambing karihome di pasaran.

Oleh kerana terdapat banyak produk yang di keluarkan oleh Karihome, Ibu kongsikan tentang harga setiap produk di artikel khusus.

Rujuk artikel di bawah untuk harga terkini ya.
Bacaan menarik: Harga susu jenama karihome Malaysia. Cek di sini untuk bandingkan harga.


Akhir kata.

Susu karihome memang dikenali ramai dan mudah di dapati di pasaraya. Antara kelebihan utamanya ialah kambingnya di besarkan di New Zealand dengan cuaca yang sesuai untuk tenusu.

Boleh di ambil setiap hari untuk memenuhi keperluan khasiat diperlukan kita untuk kekal sihat.

Pun begitu, banyak lagi jenama susu kambing yang di jual. Boleh rujuk di bawah.
Bacaan menarik: Sedang mempertimbangkan nak beli susu kambing jenama apa? Dapatkan jawapannya di sini.





Penulis / Editor: Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com