4 botol susu bayi yang terbaik. Wah bagusnya! Baby mesti suka.

Adiiik.. adik. Mahal botol susu ni Mama beli, tak nak juga minum susu. Entah mana silapnya!
botol susu bayi

Memang banyak jenama botol susu di jual di pasaran. Ada macam macam jenama, dari yang murah hingga yang mahal.


Tapi, harga yang mahal belum tentu berbaloi. 


Silap haribulan tersadai atas rak sebab anak tak mahu minum dengan botol tu. Hati mak mana yang tak sedih kan.


Hari ini, Ibu nak kongsikan botol yang terbaik untuk anak kita. Anak suka, ibu mestilah terlalu gembira berguling guling. Sebab susu habis diminum.

Bacaan menarik: Susu tepung formula terbaik untuk anak kita!


4 Jenama botol susu terbaik untuk bayi! Anda suka yang mana?

jenama botol susu anak

Mula mula sekali, Ibu nak kongsi pada para pembaca semua, review ni tak berbayar. Telus & tak menyebelahi sesiapa.


Ok, kita mulakan dengan botol susu pertama. Mudah nak shopping masa hamil kan.



Tommee Tippee.

tommee tippee
Jenama ini memang dikenali ramai, dan boleh dikatakan botol susu premium ni. Harga memang mahal.

Tapi berkualiti. Patutlah ramai yang suka.

Salah satu sebabnya, rekaan puting botol ini menyerupai puting wanita. Jadi, mudah nak latih anak beralih dari susu badan ke susu botol.

Tak kiralah, kita nak ganti dengan susu formula atau susu kambing selepas tu kan.
Bacaan menarik: Botol susu tommee tippee. Klik untuk lihat gambar jenis botol susu keluarannya.
Bacaan menarik: Susu kambing terbaik? Ini 8 jenama paling bagus untuk pilihan anda sekeluarga!


Philips Avent.

Siapa sangka, jenama barang elektrik yang terkenal ini pun ada keluarkan botol susu sendiri kan.

Sama seperti Tommee tippee, ini pun kategori botol susu mahal.



botol susu Philips Avent


Bacaan menarik: Botol susu avent. Klik untuk lihat banyak pilihan gambar botol jenama Philips.

Pigeon.

Jenama berikutnya, dah masuk kategori mampu milik & sering menjadi pilihan ramai ibu bapa.


botol susu pigeon


Bacaan menarik: Botol susu pigeon. Klik untuk lihat gambar botol jenama ini.


Botol susu tupperware.

Kalau sebut tentang barangan plastik, memang ramai yang suka dengan tupperware. Harganya dan kualitinya setara.

Siapa yang pernah beli tentu setuju. Sebab tu, ramai mak mak yang mengumpul koleksinya.


Cuma tulah, Ibu pun sebelum ni tak tahu jenama ni pun keluarkan botol susu sendiri. Hehe.

botol susu tupperware


Bacaan menarik: Botol susu Tupperware. Klik untuk tonton gambar botol jenama ini.


Nak beli botol susu dari kaca atau yang plastik?

Kedua duanya ada kelebihan & kelemahan tersendiri.

Ibu senaraikan di bawah.



Botol Kaca.

Kelebihan.
  1. Bebas bahan kimia.
  2. Lebih mudah dicuci.
  3. Selamat disteril pada suhu lebih tinggi.
  4. Tak mengubah bau & rasa susu.
  5. Boleh digunakan untuk menyimpan susu ibu.
  6. Tahan lebih lama jika dibandingkan dengan botol plastik.

Kekurangan.

  1. Harga yang mahal.
  2. Susah nak jumpa.
  3. Kurang pilihan rekabentuk.
  4. Lebih berat.
  5. Risiko untuk pecah.
Banyak juga kelebihan botol kaca kan. Seterusnya kita lihat pula botol yang lebih mainstream.

Botol plastik.

Kelebihan botol dari plastik.
  1. Mudah di dapati.
  2. Plastik adalah lutsinar, jadi mudah menyukat kuantiti susu diminum anak.
  3. Harga berpatutan.
  4. Ringan.
  5. Jika pecah, tak pecah macam kaca.
Kelemahannya pula.

  1. Kandungan bahan kimia.
  2. Sukar dibersihkan & kurang lasak. Mudah calar.
  3. Tidak boleh disterilkan dengan sempurna kerana takat cairnya rendah.
  4. Mempunyai bau plastik.
  5. Tak tahan lama jika dibandingkan dengan kaca.


Itu baru bahan. Lepas ni kita lihat pula jenis botol berdasarkan rekabentuk.



Jenis jenis botol susu yang di jual dipasaraya.

Dah ada berkenan dengan jenama di atas? Bagus. Sekarang ni, kita lihat pula jenis jenis botol.

Ada banyak jenis tau.



1. Botol biasa.

botol susu standard

Botol jenis biasa mudah didapati di kedai. Paling ringkas dan mudah rekaannya. 

Kebaikan jenis biasa

  • Harganya paling murah jika dibandingkan dengan jenis lain.
  • Senang sangat didapati, kedai kecil pun biasanya jual.
  • Ada banyak pilihan dari jenama berbeza.
  • Mudah digunakan. Nak cuci pun senang, tak perlu guna berus khas.

Kelemahan jenis biasa

  • Bahagian leher botol ini agak sempit, kawasan ini perlu diberi tumpuan semasa membasuhnya.
  • Nak isi susu dan air agak sukar sebab kawasan leher sempitkan. Susu tepung mudah tumpah dari sudunya.
  • Rekaan botol jenis ini menyebabkan udara berlebihan masuk ke dalam perut anak kita semasa menghisap susu. Jadi, anak mudah kembung.

Review botol biasa dari pengalaman Ibu sendiri.

  • Botol jenis ini biasa sangat Ibu gunakan untuk kedua dua anak. Ibu rekemen pakai jenis ini untuk anak anak yang dah besar sikit. Dalam 2 tahun ke atas.
  • Biasa umur dah besar sikit ni, masalah kembung perut dah jarang. 
  • Lagipun, kita kan digalakkan tukar botol susu selepas 3 ke 4 bulan menggunakannya. Sebab tu botol jenis biasa ni praktikal, murah dan nak tukar pun tak rasa sayang sangat.


2. Botol Anti Kolik (Aliran Semulajadi) 

botol susu anti kolik
Inilah jenama botol anti kolik yang Ibu gunakan dulu. MAM.

Botol jenis kedua ni akan menyelesaikan masalah yang Ibu kongsikan bagi jenis botol susu biasa.

Botol anti kolik akan membantu mengurangkan kembung atau kolik berlaku. Kolik menyebabkan rasa tak selesa & sakit di bahagian perut kerana angin di dalam perut. 


Botol jenis ini direka khas untuk mencegah udara masuk berlebihan semasa anak menghisap susu.


Biasanya, botol ini mempunyai lubang untuk ventilasi udara. Ibu pernah belikan botol jenis ini


Kelebihan botol anti kolik.

  • Dapat kurangkan angin yang masuk dalam susu anak.
  • Mengurangkan masalah kembung yang berlaku pada anak, kurang merengek, kita pun gembira kan.

Kekurangannya pula.

  • Masalah kembung hanya dapat dikurangkan, tapi tak dapat dihilangkan 100%. Sekiranya dah menggunakan botol jenis ini tapi anak masih kembung perut, kemungkinan masalah dari susu formula.Mereka tidak dijamin untuk mencegah kolik.
  • Sukar dibersihkan, maklumlah rekaan lebih canggih dan mempunyai banyak bahagian berbeza. Jadi nak bersihkan susah & mudah pula nak hilang kalau kita tak simpan setempat.
  • Harga lebih mahal berbanding botol biasa.
  • Tak mudah di dapati di kedai kedai biasa. Kena cari di hypermarket dan juga di butik barangan bayi. Atau beli saja online.

Review pengalaman sebenar Ibu menggunakan botol jenis anti kolik.

  • Memang betul, anak Ibu jarang kembung. Mungkin susu tepung yang digunakan serasi, ditambah pula dengan kelebihan botol ini yang mengurangkan udara.
  • Leceh nak basuh, botol anti kolik ni ada bahagian getah. Membran getah ni berfungsi mengurangkan angin masuk. Tapi, getah ni tak boleh di basuh dengan sabun sembarangan. Nanti cepat jadi keras & kena cepat diganti.
  • Sabun yang keras juga mengubah getah dan mudah meleleh susu tu. Sebab dah tak kedap macam dulu.
  • Nak basuh botol ni, kena buka semua bahagian dan cuci betul betul. Leceh, sebab tu bila anak dah besar sikit pakai saja jenis biasa.
  • Puting susu murah, senang nak cari ganti. Sebab ada anak suka gigit puting sampai koyak. Macam macam pe el anak ni kan. Hehe.
Kebiasaannya, ibu bapa akan beli 2 jenis di atas ni.

Kalau diikutkan, banyak lagi jenis jenis botol untuk anak ni. Dan semua yang lain tu agak jarang orang pakai.

Melainkan untuk tujuan tertentu. Jika nak tahu semuanya, baca link di bawah ni. (Kalau letak semuanya dalam satu entri, panjang berjela jadinya!)
Bacaan menarik: Jenis botol susu, dan bila masa yang sesuai menggunakannya.



Kenapa mesti pilih botol tanpa bahan BPA.

Isu ni pernah viral di media sosial dan televisyen beberapa tahun dulu. Ibu saja bangkitkan kembali supaya kita sentiasa berjaga jaga.

Apa sebenarnya bahaya bahan BPA ni, dan kesannya pada anak anak kita?


Banyak bekas makanan dan minuman, termasuklah botol susu anak kita mengandungi bahan polikarbonat, & mempunyai lapisan yang mengandungi kimia bisphenol A (BPA). 


Ia digunakan untuk mengeraskan plastik & mencegah bakteria daripada mencemari makanan.


Isu ini bangkit kerana terdapat kebimbangan mengenai kesan BPA yang mungkin berlaku pada manusia, terutama sekali pada bayi dan kanak-kanak. 


Ini kerana, melalui kajian yang dilakukan pada haiwan menunjukkan terdapat kesan pada fungsi endokrin haiwan tersebut dengan pendedahan BPA. 


Mungkin, kesan yang sama boleh berlaku pada manusia. 


Cara memilih botol susu terbaik bebas BPA untuk anak kita.

Kita sebagai ibubapa patut mengambil langkah berjaga jaga untuk mengurangkan pendedahan bayi kepada bahan ini


Antara yang kita boleh lakukan ialah
  • Elakkan membeli botol susu plastik dengan nombor kitar semula 7 dan huruf "PC" dicetak pada mereka. Kemungkinan ia mengandungi BPA.
  • Pilih botol susu yang tercetak perkataan "BPA Free" di atasnya.
  • Botol yang diperbuat daripada plastik legap diperbuat daripada polietilena atau polipropilena tidak mengandungi BPA. 
  • Periksa botol susu yang mempunyai simbol kitar semula dengan nombor 2 atau 5 di dalamnya.
  • Gunakan botol kaca jika boleh. Tetapi botol kaca mudah pecah, dan boleh melukakan bayi. Tinggi risiko tu.



Bila masanya kita perlu tukar botol anak.

Botol yang digunakan anak kita perlu ditukar supaya tidak mendatangkan mudarat kepada mereka.

Botol kaca pun perlu tukar kalau tak kena gaya, botol plastik apatah lagi.


Di bawah ini Ibu kongsikan tanda tanda yang perlu ibu bapa perhatikan pada botol, kalau ada memang dah sampai masanya beli yang baru.



Tanda botol susu perlu diganti.

1. Terdapat kesan retak, sumbing.

Tanda pertama ni bukan ekslusif untuk botol lama sahaja. Kadang kadang kita baru je tukar botol baru.

Anak berlari lari dan jatuhkan botol tu. Atau masa kita letak atas meja, boleh pula terlanggar dan jatuh.


Dan banyak lagi sebab lain.


Sayang memang sayang, tapi kalau botol tu pecah dan mencederakan anak kita. Lagilah sayangkan?



2. Berapa bulan sekali perlu kita tukar botol anak? 

Walaupun botol yang digunakan anak kita tak tertulis tempoh penggunaannya. Tetapi, sebagai langkah berjaga jaga, kita disarankan menukar
  • Botol susu dengan BPA - setiap 3 bulan. 
  • Botol susu bebas BPA - setiap 6 bulan sekali.
Itu bahagian botol susu, putingnya perlu juga ditukar dengan kerap.


Tanda tanda sudah sampai masa menukar puting.

Puting susu ada banyak jenis. Yang biasa kita gunakan adalah jenis silikon dan getah.

Kalau anak kita suka gigit puting sampai koyak besar, tak perlu tunggu lama. Tersedak anak kita minum nanti.


Sekiranya anak kita jenis pandai jaga puting, cuba perhatikan tanda di bawah.

  1. Aliran susu yang keluar dari lubangnya mestilah keluar perlahan lahan. Tak keluar terlalu laju. Kalau banyak sangat susu keluar, itu tandanya lubang puting dah menjadi besar.
  2. Berlaku perubahan warna. Puting yang dah bertukar warna mungkin sudah digunakan terlalu lama. Mungkin juga dah tumbuh kulat pada puting tersebut.
  3. Puting nipis. Tarik puting tersebut dan perhatikan sama ada ia kembali ke bentuk asal. Jika tidak, tukar baru.
  4. Retak - kepingan puting boleh koyak dan tertanggal. Anak kita boleh tercekik.
Satu panduan mudah, tukar puting susu setiap 3 bulan jika tanda tanda di atas tidak kelihatan.


Kesimpulan tentang botol susu anak.

Ibu ringkaskan semula isi isi penting sebelum kita tutup artikel ini.
  1. Terdapat banyak jenama botol susu dipasaran, pilih jenama yang dikenali ramai kerana ia terbukti kualiti & mudah didapati.
  2. Botol ini terdapat banyak jenis. Ada dari kaca dan juga plastik. Masing masing ada kebaikan & juga keburukan.
  3. Selain itu, terdapat juga jenis jenis botol susu berbeza mengikut rekabentuk. Ada botol biasa, botol anti kolik, leher condong, leher besar & lain lain. Pilih ikut kemampuan kita.
  4. Pastikan kita memilih botol susu yang tidak mempunyai kandungan BPA. Ini akan menyebabkan gangguan pada sistem endokrin atau hormon dalam badan. Kesian anak kita.
  5. Botol susu & puting wajib ditukar apabila tiba masanya. Perhatikan tanda tanda yang muncul.
Rasanya, cukup setakat ini. Insyaallah kita akan sambung lagi di kemudian hari. Seperti biasa, ada kemusykilan & soalan boleh isi di ruangan komen di bawah.

Sama sama kita kongsi pengalaman & ilmu untuk manfaat bersama. Dapat faedah & pahala. Insyaallah.

Assalamualaikum Wrmbth.
4 botol susu bayi yang terbaik. Wah bagusnya! Baby mesti suka. Reviewed by Ibu Syurga on Oktober 24, 2018 Rating: 5

4 ulasan:

  1. Mama pernah pakai botol susu anti colic tu dulu. Jenama Mam. Memang agak leceh bila nak basuh sebab ada bahagian yang perlu di jaga dengan teliti. Bahagian daripada getah.

    Tapi senang bahagian lain. Tak perlu nak susah susah risau anak kembung masuk angin lepas minum susu

    BalasPadam
  2. Kalau bahagian anak anak, saya akan pilih yang terbaik. Apatah lagi bila ia melibatkan kesihatan dan masa depan mereka. Maklumlah, BPA tu kesannya jangka panjang. hanya kerana kita nak jimat beberapa ringgit hari ni. Anak kita yang menanggung kesannya sepanjang hayat kemudian hari.

    Menyesal tak berguna.

    BalasPadam
  3. saya pernah belikan botol susu jenama avent dan tommie tippie untuk anak2. Memang diorang selesa gunakannya, tapi bila bila fikir kos semula, kami guna botol jenama pureen sebab boleh kerap tukar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq aju sebab singgah blog ibu. Samalah tu.

      Pakai brand murah je lepas anak anak dah besar sikit. Tak payah risau pasal kembung lagi.

      Brand okbb dan pureen pun ok. Senang nak tukar lepas 3 ke 4 bulan.

      Padam

Hak Cipta Terpelihara Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga © 2017-2018

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.