6 Cara elak kesan sampingan anmum materna untuk ibu bijak!

Minum susu anmum pun boleh ada kesan sampingan? Baca panduan ini sampai habis untuk elakkan tersalah guna & dapat hasil terbaik!
Kesan sampingan anmum materna

Ibu mengandung macam kita ni memang wajib jaga kesihatan. Apatah lagi, nyawa anak dalam rahim terletak pada bahu kita. 

Apa yang kita makan & minum seharian sangat mempengaruhi kesihatan diri & anak yang akan dilahirkan nanti.

Bukankah setiap dari kita ada tanggungjawab untuk dilaksanakan, seperti yang disebut dalam hadis.


"Sesungguhnya tubuhmu punya hak atas Dirimu." HR. Imam Muslim 


Ikuti tips yang diberikan di bawah & anda pasti akan

  1. Tahu cara menggunakan anmum materna dengan betul.
    .
  2. Faham risiko yang akan diterima sekiranya menggunakan produk ini tanpa kawalan.
    .
  3. Di akhir artikel Ibu kongsi cara dapat sample Anmum percuma. Bestkan!
    .

Tanpa membuang masa, kita pergi terus ke soalan paling penting.

Iaitu,




Bagaimana cara mengelakkan kesan sampingan semasa menggunakan Anmum Materna?


Mula mula sekali, Ibu nak kita jelas. Produk ni bagus, dengan syarat kita gunakan dengan betul.

Kalau diambil kiasan, tidur malam ni penting. Tapi kalau terlebih tidur, akan bawa mudarat. Kita akan kerap penat & kelihatan lebih tua dari usia sebenar.

Samalah macam kita minum susu anmum ni. 


Kesan sampingan anmum materna ibu minum susu


Sebelum mencuba.

1. Anmum Materna harus digunakan selepas mendapatkan pandangan daripada doktor.


Walaupun ada banyak testimoni mengatakan sesuatu produk tu bagus, tak bermakna ia akan sesuai untuk kita.

Badan kita kan tak sama.

Boleh jadi kita ada masalah kesihatan yang menyebabkan kesan pada kesihatan di kemudian hari.

Contohnya, ibu mengandung yang mempunyai masalah alahan harus mengelakkan penggunaan Anmum Materna.

Jika kita ada kencing manis semasa belum hamil lagi, perlu ambil tahu kandungan gula & kalori yang terkandung dalam susu ni.
Bacaan menarik: Ini kandungan dalam susu Anmum yang bagus untuk bantu anak sihat & bijak!

Sebab tu pandangan doktor penting, mereka boleh berikan nasihat yang tepat.


2.  Baca jadual nutrisi & label di belakang bungkusan produk Anmum Materna.

Kena ada ilmu sikit nak faham jadual ni, Ibu ada kongsikan sebelum ni dalam artikel susu pediasure. Boleh baca di bawah ni.

Apa yang kita dapat selepas baca jadual ni? 
Bacaan menarik: Cara baca jadual nutrisi di belakang tin susu. Lepas ni takkan tertipu lagi dengan iklan!

Sekurang kurangnya kita sedar jumlah kalori & khasiat yang terkandung dalam segelas susu ini.

Dari situ kita boleh anggarkan keperluan harian makanan yang perlu diambil untuk memenuhi hak diri sendiri & anak yang dikandung.


3. Susu Anmum Materna adalah untuk wanita hamil. 


Jika kita tidak merancang untuk mengandung, dan belum juga hamil, lebih baik minum susu lain.

Susu ini khas untuk orang yang merancang & sudah pun berbadan dua saja.

Lagipun, harga susu anmum materna lebih mahal dari susu biasa. Kalori pun lebih tinggi.

Wanita biasa minum memang tak sesuai. Nanti berat naik mendadak baru tau kan.

Lepas tu nak shopping beli baju dah susah, saiz tak ada.

Siapa yang rugi?


Semasa menggunakan.



4. Elakkan minum susu anmum lebih dari kuantiti yang di cadangkan di label.


Sebab itu, penting untuk kita baca label.

Di atas label ada arahan penyediaan yang betul, bukan saja saja macam tu.

Syarikat ni dah buat kajian tentang kuantiti yang sesuai diambil wanita hamil di Malaysia.

Lagi satu, susu anmum Malaysia & luar negara mungkin mempunyai sukatan berbeza. Jadi tak boleh pukul rata je.

Manalah tau anda pergi keluar negara & beli susu ni. Sukatan untuk orang barat tak sama untuk wanita asia yang bersaiz kecil.

Menggunakan produk ini lebih daripada disyorkan dalam sehari boleh membawa kepada masalah kesihatan yang teruk jangka pendek & panjang.

Contohnya, pertambahan berat badan yang terlalu cepat & lebih teruk kencing manis semasa hamil.

Nanti saiz bayi terlalu besar, tak boleh lahir secara normal. Terpaksa guna kaedah czer juga.

Jadi, fikir masak masak ya. Mungkin anda suka sangat rasa susu anmum ni. Siapa tahu, kalau dah sedap dengan tekak.

Siang malam minum pun tak jemu.


Cara penyimpanan.



5. Elakkan menyimpan susu ini di tempat bersuhu tinggi.

Produk ini mengandungi banyak khasiat yang diformulasikan khusus untuk ibu hamil.

Kebanyakan zat ini sensitif dengan suhu tinggi.

Kita ni tinggal di Malaysia yang cerah sepanjang tahun. Kalau tak kena gaya, datang musim kering mahu mencecah hampir 40 darjah celcius.

Jadi, sebaiknya kita simpan susu ini di tempat yang kering & dingin.

Tak perlu sampai masuk peti ais. 

Letak saja dalam matahari atau tempat yang kita yakin tak akan menerima sinaran matahari secara terus.

Barulah kita yakin khasiatnya terpelihara & susu ni tahan lama.

Tak rosak kerana suhu.



6. Elakkan terdedah kepada udara.

Susu ini mesti disimpan dalam bekas yang kedap udara untuk mengurangkan pendedahan kepada udara segar.

Udara kita ni selain ada debu & habuk yang dicemari kuman, kaya juga dengan lembapan.

Kedua dua faktor di atas boleh menyebabkan susu anmum kita rosak lebih awal dari tarikh luput yang tertera di atas kotak.


Tamat senarai.

Seperti yang dijanjikan,


Cara dapat sample anmum materna percuma?

Banyak kelebihannya kita minta sampel susu ni. Paling utama, jimat sebab dapat elakkan pembaziran.

Daripada kita beli sekotak besar yang berharga puluhan ringgit, dan dibiarkan tersadai. Baik kita minta sampel kan.

Ibu kongsikan 3 cara dapat sample free di bawah ni. 
Bacaan menarik: Cara dapat sampel susu dari Anmum Materna! Cara offline ada, online pun ada!

Sampai juga kita ke hujung artikel.


Kesimpulannya.

Walau bagus mana pun sesuatu makanan & minuman, kita harus bersederhana & faham cara pengambilan yang betul.

Barulah anak dalam rahim kita membesar dengan sihat & ceria.

Nak jumpa doktor pun rasa yakin macam nak terima anugerah pekerja cemerlang di pejabat.

Anak kita dalam rahim tu pula sentiasa bangga dengan kehebatan ibunya yang menjadi heroin sepenuh masa & tak berbayar.

Ibu harap, artikel yang dikongsikan ini mendatangkan manfaat kepada anda semua.

Sekiranya ada pendapat, atau gatal tangan nak kongsi pengalaman menggunakan susu ini, ruangan komen terbuka luas di bawah ni.

Sama sama kita hangatkan perbincangan, dapat pahala pun ya sebab jadi rujukan mak mak lain dikemudian hari.

Hari ni kita tolong orang, esok lusa Allah SWT akan bantu kita.

Insyaallah, salam kasih sayang dari Ibu, Syurga buat kita semua.

Assalamualaikum Wrmbth.
6 Cara elak kesan sampingan anmum materna untuk ibu bijak! Reviewed by Ibu Syurga on Oktober 23, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

Hak Cipta Terpelihara Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga © 2017-2018

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.