4 Rawatan semulajadi untuk demam kuning bayi, Ibu wajib cuba!

Apa yang ibu & ayah boleh lakukan di rumah untuk membantu baby yang demam kuning? Baca hingga habis untuk jawapannya!
rawatan demam kuning bayi

Ramai ibu bapa berasa lemah & tidak berdaya kerana anak mereka mempunyai demam kuning yang tinggi.

Kita boleh elakkan semua ini dengan melakukan beberapa perkara.

Sama ada semasa hamil, mahupun selepas bersalin.

Di bawah ini Ibu kongsikan amalan yang baik dilakukan untuk membantu anak kita.



Dengan membaca artikel ini hingga habis, Anda dijamin akan

  1. Mengetahui sama ada susu kambing sesuai untuk bayi dengan demam kuning.
    .
  2. Faham cara yang terbaik untuk mengurangkan jaundice.
    .


Ini adalah cara semulajadi yang membantu mengurangkan demam kuning bayi! Mak ayah mesti cuba.

Bolehlah cuba salah satu, ataupun ke semua tips di bawah.

1. Berikan susu ibu dengan kerap.

Demam kuning berlaku kerana kandungan bilirubin yang tinggi dalam badan anak kita.

Memberi susu ibu kepada anak kita akan menggalakkan anak kita kerap menukar lampin, dan bilirubin berlebihan akan disingkirkan bersama najis bayi.

Lagipun, susu ibu kan ada kolostrum yang kaya khasiat & antibodi terus dari ibunya. 

2. Dedahkan kepada cahaya matahari.

Petua yang dah diamalkan zaman berzaman. Anak yang mengalami demam kuning elok menerima cahaya matahari.

Ini kerana spektrum cahaya biru semulajadi dalam sinar matahari membantu memecahkan bilirubin berlebihan & membantu badan anak kita mengeluarkannya melalui najis.

Seeloknya kita lakukan di waktu pagi kerana matahari belum terik memancar. Buka baju & seluar anak kita & jemurkan seketika.

Janganlah buat bila dah tengahari kan, kesian anak kita kepanasan. Orang dewasa pun panas.

3. Ibu ambil makanan yang kaya vitamin D

Dari kajian yang dilakukan saintis, mereka mendapati bayi dengan demam kuning mempunyai kandungan vitamin D yang rendah dalam tubuhnya.

Jadi, kita perlu membantu anak kita mempunyai kandungan vitamin D yang mencukupi.

Ibu boleh mengambil makanan yang kaya kandungan vitamin ini. Apa yang dimakan ibu akan diberikan kepada anak secara pasif melalui susu ibu.

Atau, boleh juga makan makanan tambahan / suplemen yang membekalkan tahap vitamin D yang sesuai.

Menjemur anak di bawah matahari juga akan membantu anak kita menghasilkan sendiri vitamin D.

Boleh lakukan kedua dua tips di atas untuk hasil yang lebih baik.

4. Makanan kaya magnesium.

Selain vitamin D, saintis juga mendapati ibu mengandung yang mengambil 250 mg magnesium dari makanan setiap hari bagi tempoh 1 bulan 2 minggu membantu mengurangkan  mempunyai bayi dengan pengurangan tahap bilirubin sebanyak 20.6%.

Jadi, banyakkan makanan yang mengandungi magnesium seperti kekacang, bijirin, pisang & kurma.

Amalkan makanan di atas sewaktu kita hamil untuk manfaat di kemudian hari.

Kesimpulan.

Ibu harap perkongsian kali ini mengenai rawatan semulajadi untuk jaundice dapat membantu anda mengharungi detik sukar ini.

Memang penat, tapi percayalah Allah ada bersama orang orang yang sabar. Bukankah Allah SWT ada berfirman kepada orang beriman untuk minta pertolongan kepadanya melalui solat & sabar.

Ringkasan kepada artikel ini ialah
  1. Ada amalan yang boleh dilakukan semasa mengandung untuk membantu mengurankan demam kuning anak seperti pengambilan makanan kaya vitamin D & Magnesium.
    .
  2. Ada pula amalan yang boleh kita buat semasa anak kita menghidap jaundice seperti jemur anak dengan cahaya matahari & memberikan susu ibu kepada bayi.
    .
Sekiranya anda mahu berkongsi pengalaman & pendapat. Mahupun bertanyakan soalan, ruangan komen sentiasa terbuka untuk anda.

Dapat pahala percuma sebab dapat jadi rujukan mak ayah lain yang mencari info. Insyaallah.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah Saw. bersabda: ”Apabila ‘anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dari tiga ini: sedekah yang berlaku terus menerus, pengetahuan yang di manfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan dia.” (HR Muslim)
4 Rawatan semulajadi untuk demam kuning bayi, Ibu wajib cuba! Reviewed by Ibu Syurga on Januari 16, 2019 Rating: 5

2 ulasan:

  1. Terima kasih ibu, boleh lah mak mak yang baru dapat baby amalkan tips untuk merawat demam kuning ni kan. Risau bayi tak turun turun kuning tu.

    BalasPadam
  2. anak saya saya kelima-limanya jaundis, paling lama sebulan lebih, alhamdulillah nothing serius. tapi paling kesian nak ambil darah tu

    BalasPadam

Hak Cipta Terpelihara Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga © 2017-2018

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.