Susu kambing karihome untuk dewasa? Jangan salah pilih.

Ada ke susu khas untuk orang dewasa keluaran Karihome?
Susu Karihome Whole Goat Milk Powder

Sesetengah orang dewasa ada masalah minum susu lembu. Bukan manja tak mahu.

Tapi bila minum saja, mesti sakit perut.

Jadi, kita akan cari alternatif lain seperti susu kambing. Salah satu jenama yang mudah di dapati di pasaraya besar seperti Tesco & Giant ialah susu karihome.

Tapi kan,

Ada ke beza susu kambing untuk kanak kanak & orang dewasa?

Memang ada. Karihome Whole Goat Milk Powder memang khas untuk orang dewasa.
Bacaan menarik: Susu karihome, jenis produk berbeza untuk kanak kanak & orang dewasa.

Susu Karihome untuk dewasa! Memang banyak khasiat untuk lelaki & perempuan.

Produk karihome ini sesuai digunakan untuk umur 7 tahun dan ke atas. Ia dihasilkan daripada susu kambing segar, yang diproses menjadi bentuk tepung dengan mengeluarkan air darinya. 

Kita hanya perlu menambah semula air bersama sama susu formula dan ia sedia diminum untuk mendapatkan khasiat susu kambing organik dengan rasa yang lazat.




Manfaat Susu Karihome Whole Goat Milk Powder untuk dewasa.

Di bawah ini Ibu berikan beberapa kelebihan susu tepung  karihome untuk dewasa.

1. Kandungan semulajadi kalsium yang tinggi

Susu kambing secara semula jadi mengandungi lebih banyak kalsium jika di andingkan dengan susu lembu.

Sesuai di ambil setiap hari untuk sumber kalsium yang baik.


2. Hypoallergenic.

Susu kambing mempunyai bahan alergen yang menyebabkan alahan pada kuantiti lebih rendah berbanding susu lembu.
Sesuai diambil mereka yang hipersensitif & alah terhadap susu lembu.


3. Mempunyai khasiat sebatian bioaktif semulajadi yang tinggi.

Antara bahan bahan bio aktif yang ada di dalam susu ini ialah
  • Nukleotida (Meningkatkan sistem imun)
  • CPP (meningkatkan keterlarutan dan penyerapan mineral)
  • Memberikan kebaikan untuk kanak-kanak & orang dewasa terutama warga emas dengan sistem imun yang lemah, masalah penghadaman dan penyerapan yang kurang baik.


4. Meningkatkan kesihatan sistem penghadaman.

  • Berbanding susu lembu, Susu kambing lebih mudah dicerna.
  • Susu kambing bertindak lebih lembut pada sistem penghadaman berbanding susu lembu, menjadikan pencernaan dan penyerapan lebih mudah
  • Bagus untuk individu yang mengalami masalah gastrousus seperti gastrik, kembung dan senak.

Akhir kata.

Buat orang dewasa yang ada masalah penghadaman, dan mahukan khasiat seperti kalsium untuk bekalan badan kita seharian. 

Mungkin boleh cuba susu kambing karihome.

Tapi, banyak lagi jenama susu kambing di pasaran. Jenama tempatan pun banyak yang bagus. Siap dapat anugerah antarabangsa lagi. Nak tahu yang mana? Teruskan membaca artikel di bawah.
Bacaan menarik: Susu kambing, jenama susu kambing di Malaysia yang paling popular.





Penulis / Editor: Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com