Susu Anlene Heart Plus! Ini ke susu formula terbaik untuk jantung anda?

Penyakit jantung adalah pembunuh no 1 rakyat Malaysia. Minum susu anlene heart plus untuk membantu kesihatan jantung kita!
Susu anlene untuk jantung heart plus

Menurut kajian kesihatan & morbiditi kebangsaan pada tahun 2015, 1 daripada 2 orang dewasa di Malaysia mengalami masalah kolesterol yang tinggi.

Lebih mengejutkan ialah 1 daripada 4 orang dewasa yang berusia 50 tahun ke bawah berisiko diserang penyakit jantung.


Kali ini Ibu kongsikan tentang susu untuk jantung anlene dengan merujuk page FB Ibu Bijak Keluarga Sihat & kajian mengenai kaitan tenusu & kesihatan jantung di NCBI.


Baca perkongsian tentang susu tepung anlene heart plus & anda di jamin akan

  1. Mengetahui kebaikan susu heart plus dari anlene untuk jantung yang lebih sihat.
    .
  2. Memahami kandungan susu ini yang baik untuk jantung.
    .
  3. Cara mudah untuk mendapatkan sample susu anlene percuma!
    .
  4. Harga terkini susu berkalsium tinggi anlene di Malaysia. Adakah ini susu untuk tulang & susu untuk jantung terbaik untuk anda?
    .


Kenapa kita perlu minum susu Anlene untuk Jantung - Heart Plus? Apa yang bagus sangat!

Susu ini disasarkan khusus kepada rakyat Malaysia yang risaukan tentang 3 perkara utama penyebab masalah jantung.

Apakah 3 perkara itu?
  1. Paras kolesterol yang tinggi.
  2. Tekanan darah tinggi.
  3. Gula dalam darah yang tinggi.
Sedar atau tidak, ketiga tiga perkara di atas berkait rapat dengan cara hidup & tabiat pemakanan kita sekeluarga. 

Paling ketara semestinya makanan yang tidak sihat & kurang bersenam.

3 perkara di atas bukan saja menjejaskan kesihatan jantung, malah jangka masa panjang keseluruhan mutu hidup kita akan merosot. 

Susu Heart Plus dari Anlene mengandungi gabungan nutrien khas dalam formula dwi-aksi yang terdiri daripada
  1. HeartMax 
  2. MoveMax
Amalkan pengambilan 2 gelas Anlene Heart Plus pada setiap hari untuk memastikan diet yang diambil bagus untuk jantung kita. Lepas ni, bolehlah atuk & nenek minum susu bersama sama dengan cucu mereka. Cucu boleh minum susu untuk bayi terbaik, mak ayah & atuk nenek pula minum anlene.

Kalsium yang terkandung di dalam susu ini juga akan menjadikan tulang & sendi yang sihat. Sendi & tulang yang sihat memudahkan kita bergerak & bersenam.

Apa yang terkandung dalam Anlene Heart Plus? Dan bagaimana ia boleh membantu jantung!

Di awal artikel tadi, Ibu ada kongsikan 2 komponen penting dalam susu ini yang baik untuk pergerakan sendi & jantung kita.

Kita akan selongkar, apa yang terkandung dalam setiap komponen tersebut. Dimulai dengan


Susu anlene heart plus movemax heartmax


1. Heart Max

Formula yang dinamakan Heart Max ini mengandungi kombinasi omega 3 yang terdiri dari bahan berikut
  • DHA & EPA 
  • Sterol tumbuhan
  • Kalium
  • Vitamin B12
  • Asid folik
Bahan bahan di atas berfungsi bersama sama secara sinergi untuk membantu kita memperolehi
  • Paras kolesterol yang optima.
  • Paras tekanan darah optima.
  • Bacaan gula dalam darah yang optima.
Seterusnya kita pergi pada komponen kedua pula.







2. Movemax.

Formula yang digelar movemax pula merupakan kombinasi unik yang mengandungi
  • Kolagen
  • Kalsium
  • Protein
  • Magnesium
  • Zink
  • Vitamin B2, B6, B12
  • Vitamin C, D & E
Khasiat di atas menyokong perkembangan tulang, sendi & otot yang sihat. Ini akan menyokong pergerakan badan yang lebih lancar.


Berapa harga susu heart plus anlene di Malaysia?

Nak buat perbandingan harga sekarang ni senang sangat. Ada di hujung jari saja.

Harga yang Ibu kongsikan di bawah ni pada bulan feb 2019 ya.

Macam biasalah, harga ni ada pasang surutnya.

Yang penting kita selidik betul betul sebelum beli. Boleh jadi nampak murah tapi susu dah nak expired.

Harga terkini anlene heart plus malaysia

  1. Anlene HeartPlus 360g - RM18.72
  2. Anlene Heart-Plus 800g - RM40.45
  3. Anlene Heart-Plus Low Fat Milk Powder 360g - RM65.99
  4. Anlene Heart-Plus Low Fat Milk Powder 800g - RM130.99


Boleh ke anlene heart plus diambil sebagai susu formula untuk wanita mengandung?

Jika kita sedang hamil, pastikan kita dapatkan nasihat dari doktor sebelum mencuba apa apa produk baru.

Lagipun, banyak lagi jenama susu di luar sana yang khusus untuk susu ibu hamil.

Antara jenama terkenal untuk susu tepung ibu mengandung di Malaysia ialah
  1. Susu Enfamama
  2. Susu Frisomum gold
  3. Susu Anmum Materna
  4. Susu kambing wildan untuk ibu hamil
Dan banyak lagi. Lebih elok kita minum susu tersebut dari mencuba susu ini.



Macam mana cara mendapatkan sample susu anlene heart plus?

Tak perlu pergi kedai dan beli susu ini dulu. Ibu rekemen minta dulu susu sampel susu ini dalam talian.

Layari laman web rasmi produk anlene Malaysia, dan lengkapkan maklumat yang diminta mereka.

Sample anlene percuma akan diposkan terus kepada kita.

Senang kan!



Kesimpulan Anlene Heart Plus - Susu formula untuk kesihatan jantung.

Seperti biasa, di akhir artikel Ibu akan petik isi isi penting sebagai rumusan untuk kita semua.
  1. Anlene Heart Plus di rumus khas untuk penjagaan jantung & pergerakan sendi kita.
  2. Membantu pengawalan 2 Tinggi iaitu kolesterol, tekanan darah & gula dalam darah.
  3. Diperkaya dengan 2 formulasi unik di panggil Heartmax dan Movemax.
  4. Cara dapatkan sampel susu percuma untuk Heart Plus ini dari laman web rasmi Anlene Malaysia.
Tak lengkap rasanya artikel ini tanpa perkongsian pengalaman dari pembaca sendiri.

Jika anda mahu berkongsi cerita suka duka semasa menggunakan susu anlene untuk jantung ini ruangan komen sentiasa terbuka luas untuk kegunaan bersama.

Asalkan kita komen dengan berhemah, sama sama dapat manfaat.

Dan insyaallah dari perkongsian pengalaman ini kita boleh dapat pahala percuma sebab dapat jadi rujukan sahabat lain yang mencari info. 

Bukankah orang yang paling baik antara kita, mereka yang paling memberi manfaat kepada orang lain.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah Saw. bersabda: ”Apabila ‘anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dari tiga ini: sedekah yang berlaku terus menerus, pengetahuan yang di manfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan dia.” (HR Muslim)






Penulis / Editor: Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com