4 Susu anlene 2023! Review susu formula terbaik untuk tulang

Betul ke susu anlene bagus untuk kuatkan tulang? Tapi, nak pilih yang mana satu ya?
susu anlene untuk tulang

Ramai orang cari susu anlene selepas kemalangan. Mungkin sebab tulang kita patah mahupun retak. 

Sebenarnya, banyak lagi khasiat susu formula anlene untuk kesihatan kita. Ibu kongsikan dengan kerjasama page Ibu Bijak Keluarga Sihat.


Baca susu untuk tulang & sendi Anlene sehingga habis dan anda dijamin akan

  1. Mengetahui 4 jenis susu tepung anlene di pasaran Malaysia.
    .
  2. Memahami fungsi susu berkalsium tinggi untuk tulang yang kuat.
    .
  3. Memilih susu anlene yang tepat untuk ibu hamil, orang dewasa & warga tua.
    .
  4. Harga terkini produk anlene di Malaysia. Sebelum itu, penting untuk Ibu kongsikan, susu formula terbaik yang di jual di pasaraya seeloknya diminum sebelum kita tak sihat. Susu untuk tulang yang kuat mampu mengurangkan risiko tulang retak & patah kerana aktiviti lasak yang kita lakukan. Jadi pastikan kita minum susu berkalisum tinggi sebagai sebahagian gizi kita.



4 Pilihan Susu anlene untuk kesihatan tulang & sendi! Mana yang paling bagus untuk anda? [Update 2021]

Kita mulakan dengan susu untuk menguatkan tulang yang pertama.

1. Susu tepung anlene.

Susu ini sesuai digunakan lelaki & wanita yang ingin kekal aktif, dan mempunyai tulang yang kuat sampailah kita berusia.


Susu tepung anlene


Nak dapat tulang & gigi yang kuat bukan kerja semalaman, kita mestilah menjaga kesihatan tulang, sendi dan otot.

Selain mengamalkan senaman, pengambilan susu tinggi kalsium untuk dewasa akan memastikan tulang kita padat & kuat.

Susu formula Anlene kaya dengan nutrien seperti kolagen, protein dan kalsium tinggi. 

Dari sumber USDA National Nutrient Database for Standard Reference, 100g susu tepung Anlene mengandungi sekurang kurangnya 50% lebih mineral seperti kalsium, magnesium dan zink dan vitamin B6 & D daripada susu biasa yang ditambah dengan vitamin D.

Amalkan ia setiap hari dalam 3 pilihan perisa yang lazat. Susu ini boleh didapati dalam perisa biasa, coklat dan perisa baru cafe latte (kopi susu).

Jika anda sedang berbadan dua, amalkan susu anlene untuk ibu hamil supaya tubuh kita & bayi dalam rahim mendapat kalsium yang secukupnya. 

Cuma pastikan kita dapatkan nasihat dari doktor sebelum menggunakannya semasa hamil. Ada sesetengah susu ibu hamil terlalu tinggi kandungan gulanya. Tanya susu diabetes malaysia yang sesuai untuk wanita mengandung. Bacaan menarik: Senarai terbaik susu untuk ibu mengandung! Mana satu pilihan anda?

2. Susu anlene gold untuk warga emas yang aktif!

Cuba kita perhatikan, ada tak mak ayah kita di kampung mengamalkan susu sebagai diet harian mereka? Dah berusia ni elok minum 2 susu. Susu untuk tulang & sendi yang kuat. Dan susu untuk jantung yang sihat yang membantu mengawal kolesterol. Maklumlah, lauk orang melayu ni berminyak & bersantan kan.

 



Tak hairanlah, kebanyakan ibu bapa kita yang telah berusia mengalami sakit sakit badan & masalah sendiri.
susu anlene gold biasa perisa asli
Ada ke produk anlene untuk orang tua supaya mereka mudah bergerak & beribadat di baki usia?

Susu tepung Anlene Gold jawapannya!

Usia yang lanjut tak akan menjadi penghalang kepada mereka untuk berbakti kepada masyarakat, keluar melancong, dan melakukan riadah.


Kita sebagai anak seharusnya menggalakkan mereka minum susu untuk tulang dan sendi setiap hari, barulah mak ayah kita dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan saudara mara selepas bersara dari bekerja. Bukan bayi & kanak kanak je perlu minum susu setiap hari. (Baca panduan memilih susu formula terbaik untuk anak anak)

Anlene Golf terkini diformulasikan dengan kandungan MFGM Active, lebih banyak protein dan nutrien untuk kegunaan badan mereka.

Susu berkalsium tinggi untuk warga emas Anlene gold mempunyai khasiat seperti
  • Protein - Membantu membina & membaiki tisu-tisu badan
  • Kalsium - Membantu menyokong tulang yang kuat
  • Vitamin D - Membantu penyerapan kalsium
  • MFGM - Makanan yang mengandungin membran globul lemak susu.
Selain itu, ibu bapa kita yang dah tua sering berisiko terjatuh & mengalami patah tulang kerana tulang tak kuat.

Jika ini terjadi, kita pasti akan mencari susu untuk tulang patah agar pulih lebih cepat. Beri saja susu formula anlene gold untuk membekalkan mereka dengan kalsium yang diperlukan untuk pemulihan tulang.

3. Anlene Heart Plus. Adakah ini susu formula terbaik untuk kesihatan jantung?

Tahukah kita, penyakit no 1 di Malaysia yang menyebabkan kematian tertinggi adalah sakit jantung.


susu anlene heart plus perisa asli


Negara kita memang bertuah kerana dilimpahi nikmat keamanan & juga makanan yang berlimpah ruah.

Tapi, diet harian rakyat Malaysia setiap hari memang tinggi kolesterol & lemak.

Sebab itulah ramai dari kita mempunyai kencing manis & juga kolesterol yang tinggi.

Amalkan pengambilan susu anlene untuk jantung setiap hari untuk membantu mengekalkan kesihatan jantung.

Masalah kesihatan melibatkan jantung akan menjejaskan kehidupan kita seluruhnya.

Susu tepung Anlene Heart Plus mengandungi gabungan nutrien khas dengan formula dwi tindakan, iaitu HeartMax dan MoveMax. 

Pengambilan 2 gelas Anlene Heart Plus setiap hari sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian dipercayai bagus untuk kesihatan jantung dan pergerakan kita.

Jantung & tulang yang kuat membantu kita aktif bertenaga.
Bacaan menarik: Susu untuk jantung sihat - Anlene Heart Plus!

4. Susu ANLENE UHT

Kadang kadang, kita terlalu kesuntukan masa di pagi hari sampai nak sarapan pun tak sempat.

Apatah lagi nak bancuh susu tepung kan?


susu anlene uht perisa asli


Sekarang ni dah senang, ambil saja sekotak susu UHT anlene setiap pagi sebagai sebahagian sarapan pagi untuk diri sendiri & anak anak sebelum ke sekolah. Lebih senang minum susu kotak jika dibandingkan dengan botol susu kan.

Susu berkalsium tinggi untuk meninggikan badan anak anak kita yang sedang meningkat dewasa.

Hujung minggu bolehlah kita bancuh sendiri susu tepung tu. Hari bekerja minum je susu kotak. Lebih praktikal. Anak anak pun boleh bawa bekal untuk waktu sarapan.

Amalkan susu kotak UHT Anlene setiap hari untuk anda sekeluarga.

Susu anlene untuk jantung heart plus

Menurut kajian kesihatan & morbiditi kebangsaan pada tahun 2015, 1 daripada 2 orang dewasa di Malaysia mengalami masalah kolesterol yang tinggi.

Lebih mengejutkan ialah 1 daripada 4 orang dewasa yang berusia 50 tahun ke bawah berisiko diserang penyakit jantung.

Kali ini Ibu kongsikan tentang susu untuk jantung anlene dengan merujukkajian mengenai kaitan tenusu & kesihatan jantung di NCBI.

Baca perkongsian tentang susu tepung anlene heart plus & anda di jamin akan

  1. Mengetahui kebaikan susu heart plus dari anlene untuk jantung yang lebih sihat.
    .
  2. Memahami kandungan susu ini yang baik untuk jantung.
    .
  3. Cara mudah untuk mendapatkan sample susu anlene percuma!
    .
  4. Harga terkini susu berkalsium tinggi anlene di Malaysia. Adakah ini susu untuk tulang & susu untuk jantung terbaik untuk anda?
    .


Kenapa kita perlu minum susu Anlene untuk Jantung - Heart Plus? Apa yang bagus sangat!

Susu ini disasarkan khusus kepada rakyat Malaysia yang risaukan tentang 3 perkara utama penyebab masalah jantung.

Apakah 3 perkara itu?
  1. Paras kolesterol yang tinggi.
  2. Tekanan darah tinggi.
  3. Gula dalam darah yang tinggi.
Sedar atau tidak, ketiga tiga perkara di atas berkait rapat dengan cara hidup & tabiat pemakanan kita sekeluarga. 

Paling ketara semestinya makanan yang tidak sihat & kurang bersenam.

3 perkara di atas bukan saja menjejaskan kesihatan jantung, malah jangka masa panjang keseluruhan mutu hidup kita akan merosot. 

Susu Heart Plus dari Anlene mengandungi gabungan nutrien khas dalam formula dwi-aksi yang terdiri daripada
  1. HeartMax 
  2. MoveMax
Amalkan pengambilan 2 gelas Anlene Heart Plus pada setiap hari untuk memastikan diet yang diambil bagus untuk jantung kita. Lepas ni, bolehlah atuk & nenek minum susu bersama sama dengan cucu mereka. Cucu boleh minum susu untuk bayi terbaik, mak ayah & atuk nenek pula minum anlene.

Kalsium yang terkandung di dalam susu ini juga akan menjadikan tulang & sendi yang sihat. Sendi & tulang yang sihat memudahkan kita bergerak & bersenam.

Apa yang terkandung dalam Anlene Heart Plus? Dan bagaimana ia boleh membantu jantung!

Di awal artikel tadi, Ibu ada kongsikan 2 komponen penting dalam susu ini yang baik untuk pergerakan sendi & jantung kita.

Kita akan selongkar, apa yang terkandung dalam setiap komponen tersebut. Dimulai dengan

Susu anlene heart plus movemax heartmax

1. Heart Max

Formula yang dinamakan Heart Max ini mengandungi kombinasi omega 3 yang terdiri dari bahan berikut
  • DHA & EPA 
  • Sterol tumbuhan
  • Kalium
  • Vitamin B12
  • Asid folik
Bahan bahan di atas berfungsi bersama sama secara sinergi untuk membantu kita memperolehi
  • Paras kolesterol yang optima.
  • Paras tekanan darah optima.
  • Bacaan gula dalam darah yang optima.
Seterusnya kita pergi pada komponen kedua pula.







2. Movemax.

Formula yang digelar movemax pula merupakan kombinasi unik yang mengandungi
  • Kolagen
  • Kalsium
  • Protein
  • Magnesium
  • Zink
  • Vitamin B2, B6, B12
  • Vitamin C, D & E
Khasiat di atas menyokong perkembangan tulang, sendi & otot yang sihat. Ini akan menyokong pergerakan badan yang lebih lancar.


Ramai wanita berusia di Malaysia mengalami Osteoporosis. Minum susu anlene gold untuk membantu kesihatan tulang belakang kita di usia emas!
Susu formula anlene gold susu untuk orang tua

Setelah penat bekerja & membesarkan anak anak, kini tiba waktunya untuk kita bersara.

Di waktu ramai rakan seusia tidak lagi berupaya untuk melakukan aktiviti lasak, kenapa ramai lagi rakan kita dari bangsa cina bebas berlari & berjoging setiap hari di padang?

Apakah rahsia mereka kekal aktif & mampu menikmati masa mereka melewati usia persaraan?


Baca artikel tentang susu anlene gold & anda di jamin akan

  1. Mengetahui khasiat susu terbaik untuk orang tua Anlene Gold.
    .
  2. Memahami kandungan Anlene Gold yang bermanfaat untuk warga emas.
    .
  3. Cara percuma mendapatkan sampel Anlene Gold.
    .
  4. Perbandingan harga terkini produk anlene gold dengan jenama susu formula terbaik di pasaran lain seperti susu dutch lady & susu ensure. Adakah ini susu untuk tulang yang bagus untuk mengelakkan tulang rapuh, retak & patah yang mudah dialami orang berusia?
    .


Kenapa warga emas bagus minum susu Anlene Gold? Best sangat ke!

Cuba anda perhatikan, kebanyakan dari kita semakin kurang selera makan apabila meningkat usia. Betulkan?

Walaupun ada sebaliknya, tapi kes macam ni tak ramai. 

Apabila kita kurang makan, semestinya kita memilih makanan yang sedap dengan tekak.

Ini menyebabkan badan kita kekurangan khasiat yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Kajian menunjukkan
  1. Dari 5 orang dewasa, 2 orang mempunyai masalah sukar untuk berjalan.
    .
  2. Pada tahun 2003, Journal of Gerontology: Medical Sciences, telah berkongsi bahawa golongan berusia memerlukan 2 kali ganda upaya seluruh badan untuk bergerak berbanding orang muda.

Apa khasiat yang terkandung di dalam susu untuk orang tua Anlene Gold?

Mujur ada susu formula anlene gold yang mempunyai formulasi MFGM active yang mempunyai komponen mirip dengan cecair sendi yang diperlukan badan untuk kelancaran pergerakan.

Kajian juga menunjukkan, pengambilan MFGM & melakukan senaman yang kerap berkemungkinan meningkatkan kecergasan badan.

Susu tepung anlene gold juga lebih tinggi kandungan protein untuk membantu memperbaiki tisu badan. Kandungan susu formula untuk bayi sembelit & orang tua mesti berbeza, mudah lagi untuk orang dewasa banding anak kecil. Susu terbaik untuk anak sembelit, tak cukup bulan, & kembung perut pun tak sama.

Apa yang penting, kita elok minum susu. Tak perlu tunggu dah sakit badan, baru nak minum semula. Mulakan dari muda. 



Hanya minum 2 cawan susu ini setiap hari untuk membekalkan badan kita dengan khasiat yang didambakannya seperti:
  1. Protein - bertugas membantu membina & memperbaiki tisu badan.
  2. Kalsium - diperlukan untuk gigi & tulang yang kuat.
  3. Magnesium - membantu penyerapan kalsium.
  4. Zink - Menggalakkan pertumbuhan.
  5. Fosforus - Menguatkan tulang.
  6. Vitamin A - Penglihatan yang sihat.
  7. Vitamin B2 & B6 - Menambahkan kecekapan pembebasan tenaga dari penghadaman.
  8. Vitamin B12 - Penghasilan sel darah merah untuk badan lebih cergas.
  9. Vitamin C - Membantu penyerapan zat besi.
  10. Vitamin D - Penyerapan Kalsium & forforus.
  11. Vitamin E - Perlindungan pengoksidaan lemak dalam badan.

Apakah kesan pertambahan usia kepada sendi & tulang! Lelaki & perempuan wajib  tahu.

Pada tahun 2004,  Jurnal Sports dari Med Deschenes MR. yang berjudul "Effects of aging on muscle fibre type and size" telah mendapati kekuatan otot manusia berkurangan sebanyak 15% bagi setiap 10 tahun. Ini benar bagi kedua dua lelaki & wanita.

susu untuk orang tua anlene gold

Manakala, satu kajian telah dilakukan dalam Journal of the National Medical Association pada 1966 oleh Chung dengan judul "Aging in Human Joint: Articular cartilage."

Kajian di atas mendapati lelaki & wanita sama sama mengalami pengurangan tulang rawan pada sendi mereka selepas berusia 50 tahun ke atas.

Dan bagi wanita pula, selepas kita mencapai usia menopause , berlaku pengurangan kepadatan tulang yang pesat pada 5 tahun pertama selepas menopause. Sebab itu wanita digalakkan minum susu sepanjang hayat mereka.

Pastikan kita minum susu setiap hari terutama sekali susu ibu hamil & semasa menyusu badan. Dan selepas menopause.

Kerana waktu ini, badan kita sangat sangat mengidamkan kalsium yang cukup. Susu formula terbaik untuk ibu mengandung perlu membekalkan khasiat yang mencukupi untuk kedua dua bayi & ibunya.


Berapa harga susu formula anlene gold berbanding jenama susu tepung lain?

Kalau nak buat perbandingan, elok kita rujuk dengan susu murah & susu mahal.

Susu dutch lady kita letak sebagai susu murah. Susu appeton pula kita letak untuk susu premium. 

Kita nak tahu susu anlene gold ni letaknya di mana?
  1. Anlene Gold 1kg - RM30.90
  2. Susu formula Dutch Lady Full Cream Milk Powder 1kg - RM27.82
  3. Susu Appeton Wellness 60+ 900g - Rm118.90
Seperti yang kita perhatikan di atas, kalau kita bandingkan harga susu formula di atas menurut berat, susu tepung dutch lady & Anlene gold tak banyak beza pun.

Harga susu tepung terbaik untuk orang tua di menangi oleh Anlene Gold. Jauh beza dengan harga susu tepung appeton kan.

Tapi, kalau kita bandingkan khasiat Ibu pasti susu appeton menang. Mahal bersebab tu.

Harga yang Ibu kongsikan ini untuk bulan feb 2019 ya. Macam biasalah, harga ni ada naik turunnya.

Di bawah ini pula ibu letakkan harga berbeza bagi saiz berlainan.

Harga terkini anlene gold di malaysia

  1. Anlene-Gold 51+ 650g - Rm22.00
  2. Anlene-Gold 1kg Foc 100g - Rm31.90
  3. Anlene-Gold Plain 1.1kg Foc Anlene Container (Assorted Colours) - Rm29.99

Sesuai ke anlene gold diminum wanita mengandung?

Susu ini khusus untuk orang dewasa, lelaki dan wanita boleh minum tanpa masalah.

Tetapi sekiranya anda sedang hamil, Lebih di galakkan untuk anda minum susu ibu hamil.

Memang banyak pilihan jenama susu untuk ibu mengandung di Malaysia. Ibu kongsikan beberapa jenama pilihan ramai. Contohnya Susu Similac MomSusu Enfamama, Susu Frisomum goldSusu Anmum Materna, & Susu kambing wildan untuk ibu hamil
Apa pun, nak kepastian pastikan dapat konsultasi dari doktor ya. Mereka pakar yang terlatih dalam bidang kesihatan wanita hamil.

Cara percuma mendapatkan sample susu free Anmum Gold?

Ibu kongsikan cara paling mudah, lawati tapak web rasmi dari anlene Malaysia.

Kemudian cari butang untuk sample susu percuma anlene.

Mereka akan minta butiran peribadi kita.

Kalau tak selesa tak payah isi. 

Cumanya, kalau nak sample susu kenalah isi.

Dah habis isi, tekan butang hantar & sabarlah menunggu sample susu.


Kesimpulan tentang susu untuk orang tua - Anlene Gold!

Semua orang akan tua, ini kita tak boleh pilih. Tapi, kita boleh pilih untuk semakin tua dengan sendi yang kuat.

Atau sebaliknya, tua dengan sakit sakit satu badan.

Seeloknya kita ambil pilihan kedua. Sedikit rumusan dari perkongsian Ibu.
  1. Anlene Gold di rumus khas untuk membantu orang dewasa & warga tua mempunyai sendi serta tulang yang sihat.
  2. Kandungan MFGM di dalam susu ini mirip cecair sendi kita & membantu pergerakan di usia lanjut.
  3. Sample anlene untuk orang tua boleh kita dapatkan di laman web rasmi anlene.

Alhamdulillah, selesai sudah perkongsian kali ni.

Anda ada cerita nak dikongsi tentang pengalaman minum susu warga emas anlene-gold?

Silakan berkongsi di ruangan yang disediakan di bawah. Asalkan kita komen dengan berhemah, sama sama dapat manfaat.

Berapa harga susu heart plus anlene di Malaysia?

Nak buat perbandingan harga sekarang ni senang sangat. Ada di hujung jari saja.

Harga yang Ibu kongsikan di bawah ni pada bulan feb 2019 ya.

Macam biasalah, harga ni ada pasang surutnya.

Yang penting kita selidik betul betul sebelum beli. Boleh jadi nampak murah tapi susu dah nak expired.

Harga terkini anlene heart plus malaysia

  1. Anlene HeartPlus 360g - RM18.72
  2. Anlene Heart-Plus 800g - RM40.45
  3. Anlene Heart-Plus Low Fat Milk Powder 360g - RM65.99
  4. Anlene Heart-Plus Low Fat Milk Powder 800g - RM130.99

Boleh ke anlene heart plus diambil sebagai susu formula untuk wanita mengandung?

Jika kita sedang hamil, pastikan kita dapatkan nasihat dari doktor sebelum mencuba apa apa produk baru.

Lagipun, banyak lagi jenama susu di luar sana yang khusus untuk susu ibu hamil.

Antara jenama terkenal untuk susu tepung ibu mengandung di Malaysia ialah
  1. Susu Enfamama
  2. Susu Frisomum gold
  3. Susu Anmum Materna
  4. Susu kambing wildan untuk ibu hamil
Dan banyak lagi. Lebih elok kita minum susu tersebut dari mencuba susu ini.



Macam mana cara mendapatkan sample susu anlene heart plus?

Tak perlu pergi kedai dan beli susu ini dulu. Ibu rekemen minta dulu susu sampel susu ini dalam talian.

Layari laman web rasmi produk anlene Malaysia, dan lengkapkan maklumat yang diminta mereka.

Sample anlene percuma akan diposkan terus kepada kita.

Senang kan!



Kesimpulan Anlene Heart Plus - Susu formula untuk kesihatan jantung.

Seperti biasa, di akhir artikel Ibu akan petik isi isi penting sebagai rumusan untuk kita semua.
  1. Anlene Heart Plus di rumus khas untuk penjagaan jantung & pergerakan sendi kita.
  2. Membantu pengawalan 2 Tinggi iaitu kolesterol, tekanan darah & gula dalam darah.
  3. Diperkaya dengan 2 formulasi unik di panggil Heartmax dan Movemax.
  4. Cara dapatkan sampel susu percuma untuk Heart Plus ini dari laman web rasmi Anlene Malaysia.

Berapa harga susu anlene di Malaysia?

Melalui tinjauan harga yang Ibu lakukan di internet, di bawah ini adalah harga terkini produk anlene di pasaran Malaysia.

Macam biasalah, harga ni ada pasang surutnya.

Ada masa naik, ada masa turun.

Kita sebagai pengguna kena bijak, buat perbandingan harga dulu & kalau jumpa promosi yang murah lagi berbaloi. Boronglah untuk stok beberapa bulan.

Insyaallah akan jimat.

Harga terkini anlene malaysia

  1. Anlene Gold 1kg Foc 100g - Rm31.90
  2. Anlene Gold 1kg For Age 51+ Rm35.90
  3. Anlene Regular 1kg For Age 19-50 - Rm35.90
  4. Anlene Cafe Latte (7 Sticks X 3 Packs) - Rm50.00
  5. Anlene Cafe Latte (Bundle Of 3 X 16 Sachets Of 31 Grams) - Rm88.00
  6. Anlene Heart Plus 800g - Rm40.46
  7. Anlene Heart Plus 800gram Tin Expiry: May 2020 - Rm40.45
  8. Anlene Heart-Plus Low Fat Milk Powder 800g - Rm130.99
  9. Anlene Gold 51+ 650g - Rm22.00
  10. Anlene Heart-Plus Low Fat Milk Powder 360g - Rm65.99
  11. Anlene Gold 1kg Foc 100g - Rm29.90
  12. Anlene Uht Low Fat Milk Chocolate 1liter - Rm4.00



Khasiat susu anlene, bukan setakat untuk tulang saja?

Memang banyak kebaikan yang kita perolehi dalam segelas susu formula anlene. Antaranya ialah

1. Anlene ialah susu tinggi kalsium untuk dewasa!

Orang dewasa di Malaysia kurang minum susu. Tak kisahlah di kalangan lelaki & perempuan.

Cuma mereka yang terpelajar & mengamalkan cara hidup sihat saja yang menitik beratkan pengambilan susu dalam diet harian.

Walaupun terdapat banyak pilihan susu di luar sana, tak kiralah susu kambing, susu lembu dalam bentuk segar & tepung. Apa yang penting ialah kita konsisten mengamalkannya.

Barulah kesannya pada kesihatan dapat dilihat jangka panjang.

Untuk kanak kanak, ada banyak lagi pilihan susu untuk mereka. Banyak jenama yang mudah didapati seperti susu dutch lady yang murah lagi sedap. Atau yang mahal sikit seperti susu pediasure complete. Pendek kata tak ada alasan untuk tak minum susu.

2. Sebagai susu untuk tulang dan sendi yang kuat!

Susu jenama anlene diperkaya dengan vitamin & mineral yang membantut pembentukan, pemeliharaan tulang & sendi yang kuat.

Contohnya, vitamin D dan kalsium serta banyak lagi.

Memang beza orang yang selalu minum susu dari muda, nak bergerak & berlari pun badan masih kuat walaupun dah berusia.

3. Minumlah susu untuk tulang retak & patah! 

Malang tidak berbau, kadang kala insan tersayang dalam keluarga kita terlibat dengan kemalangan.

Risiko tulang retak dan patah boleh berlaku semasa kita bersenam, bersukan, memandu kereta & melakukan kerja.

Selain mendapatkan rawatan dari doktor, makanan & minuman yang kaya kalsium akan membantu pemulihan tulang yang cedera.

Susu tinggi kalsium Anlene sesuai di ambil untuk membantu membekalkan badan kita kalsium yang diperlukan untuk memulihkan tulang.

Nak minum susu kambing pun tak ada masalah. 

Asalkan kita minum susu.

4. Susu untuk kuatkan tulang!

Sekiranya anda gemar melakukan aktiviti lasak, bersenam & bersukan, tulang kita akan lebih kuat & padat jika bekalan kalsium yang diterima mencukupi.

Angkasawan di stesen angkasa tetap perlu bersenam & mengambil bekalan kalsium untuk memastikan otot, tulang & sendi mereka berfungsi dengan baik di persekitaran tiada graviti.

Itu angkasawan, untuk anak anak yang aktif menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah pula. Kita sebagai Ibu harus memastikan anak kita meminum susu setiap hari supaya tulang mereka kuat.

Kuranglah risiko tulang patah kerana terjatuh & berlaga kaki semasa bermain bola. 

Itulah yang berlaku pada adik Ibu di sekolah dulu. Tak salah nak bersukan, asalkan tak memudaratkan.


5. Susu untuk tulang belakang wanita yang sihat!

Orang perempuan lebih terdedah kepada sakit tulang belakang di usia emas. Sepanjang usia mereka mengandung, menyusu badan & membesarkan anak.

Banyak beban yang di tanggung badan kita sebagai wanita.

Sebab itu, wanita & susu tak harus dipisahkan.

Kadang kadang kita terlalu obses dengan kecantikan luaran, nak kulit putih & bersih gebu. Diet sampai gastrik sebab nak turun berat badan.

Tapi susu untuk tulang belakang yang sihat tak nak minum. Hmm.


6. Susu formula terbaik untuk wanita mengandung

Anlene memang sesuai diambil sebagai susu ibu hamil. Anak kita bergantung sepenuhnya kepada makanan & minuman yang kita ambil setiap hari.

Jika kalsium dari diet kita tidak mencukupi, mereka akan mengambilnya dari tulang & gigi si ibu.

Sebab itu badan & gigi kita mudah sakit sakit.

Memang banyak pilihan susu untuk ibu hamil yang berada di pasaran. Contohnya susu anmum materna, susu enfamama, susu frisomum gold dari dutch lady.

Tak kiralah jenama apa pun yang kita ambil, yang penting susu wajib kita minum.

Dan pastikan juga kandungan gula dalam susu untuk ibu mengandung yang kita pilih sesuai untuk wanita hamil.

Tak naklah nanti kita terkena kencing manis sebab terlebih gula. Bayi dalam perut pula jadi terlalu besar. Kesannya, terpaksa bersalin czer.

Sebelum ini, ibu pernah menulis tentang senarai susu terbaik untuk ibu hamil, insyaallah akan membantu anda membuat pilihan.


Anlene free sample, bagaimana cara mendapatkannya?

Sekiranya anda berminat mencuba susu dari anlene, tapi masih ragu ragu sebab risau tekak tak boleh terima.

Ibu syorkan anda minta dulu susu sampel anlene. Cara cara untuk mendapatkan sample susu anlene tak susah mana pun.

Pergi ke laman web rasmi anlene, dan isikan maklumat yang diperlukan dalam borang yang disediakan.

Sample percuma anlene akan diposkan terus kepada kita.

Senang kan!



Bagaimana cara minum susu anlene yang betul?

Takkanlah cara untuk menyediakan susu pun ramai tak tahu, tapi itulah hakikatnya.

Kadang kadang kita terlepas pandang perkara tertentu semasa membancuh susu sehingga menjejaskan khasiat yang terkandung di dalamnya.

Di bawah ini Ibu kongsikan cara yang betul untuk membancuh susu, tak kiralah jenama apa pun.
  1. Pastikan kita rujuk label di belakang plastik bungkusan susu tentang sukatan air & susu yang tepat.
  2. Tuangkan air panas ke dalam cawan sehingga separuh, dan tambahkan air sejuk sehingga suhu air menjadi suam.
  3. Masukkan sukatan susu yang disarankan di plastik susu.
  4. Kacau sehingga sebati, dan susu sedia diminum.
  5. Elakkan menambah minuman & makanan berkafein semasa minum susu kerana ia menjejaskan penghadaman.


Adakah susu anlene berbahaya untuk kesihatan?

Sekiranya kita mempunyai masalah kesihatan seperti sakit darah tinggi, kencing manis & sering berjumpa dengan doktor untuk rawatan kesihatan.

Seeloknya kita dapatkan pandangan dari mereka sebelum mula minum susu ini.

Sekiranya doktor membenarkan, bolehlah minum dengan sukahati. hehe

Rasanyalah, ramai wanita takut nak minum susu sebab takut berat badan naik. Betul tak?

Ini bukan susu weight gain terbaik macam appeton tu. Jadi, tak perlu risaulah berat badan naik.

Anlene bukan susu untuk gemukkan badan.



Kesimpulan tentang susu anlene.

Alhamdulillah, dah sampai ke hujung perkongsian. Ibu harap persoalan anda tentang susu ini terjawab sudah.

Ibu buat sedikit rumusan sebelum kita menamatkan bicara.
  1. Terdapat 4 jenis susu anlene di pasaran Malaysia setakat ini. Susu tepung biasa, untuk warga tua, untuk jantung & susu UHT.
  2. Susu ini khusus untuk tulang & sendi yang kuat.
  3. Cara penyediaan susu yang betul penting supaya badan kita menyerap kalsium yang secukupnya.
  4. Sampel susu ini boleh didapati secara percuma dalam talian.
Apa yang Ibu kongsikan ini harapnya bermanfaat kepada anda semua. Tapi, semestinya ada kekurangan dalam penulisan ini yang boleh disempurnakan dengan perkongsian pengalaman pembaca semua.

Jika anda mahu berkongsi pengalaman & pendapat. Mahupun bertanyakan soalan, ruangan komen sentiasa terbuka untuk anda.

Dapat pahala percuma sebab dapat jadi rujukan sahabat lain yang mencari info. Insyaallah, sama sama kita ke syurga bersama sama. Bukankah orang yang paling baik antara kita, mereka yang paling memberi manfaat kepada orang lain.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah Saw. bersabda: ”Apabila ‘anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dari tiga ini: sedekah yang berlaku terus menerus, pengetahuan yang di manfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan dia.” (HR Muslim)





Penulis / Editor: Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel mamahakimalamin@gmail.com

6 Ulasan

Ulasan

ajumohit berkata…
macam ju ni slip disc memang kene banyak ambil kalsium, tulang dah tua sebelum masanya, tq ibu for sharing good info
Unknown berkata…
as salam...tunang sy dia umur 24 tahun, dia sentiasa mengadu dekat sy, dia selalu sakit celah2 tulang dn selalu badannya lemah, dengan masalah ini saya ingin hadiah susu anlene ini detak dia, mcmna cara yg sesuai guna susu anlene ini?
Afia Mikayla berkata…
Dalam susu anlene kandungan gula dia tinggi tak sis?
Ibu Syurga berkata…
Biasanya bila nak buat susu tu kami ikut sukatan di belakang label bungkusan tu. Kalau dah buat ikut label pun manis lagi. Baru kami kurangkan.

Rumah Ibu memang tak minum manis pun
Ibu Syurga berkata…
Terima kasih kerana singgah blog ni. Sis boleh baca di belakang bungkusan susu anlene. Ada cara bancuh dan penyediaan yang betul
Ibu Syurga berkata…
Aju pernah jatuh sampai kena slip disc ya. Hati hati la ya