Susu Kambing Wildan! Review harga & kebaikan susu tepung organik.

Assalamualaikum dan selamat pagi. Apa khabar hari ni, semoga sihat dan ceria. 

Hari ini Ibu nak kongsikan tentang susu kambing wildan. Dah lama kami gunakan susu jenama ini untuk seisi keluarga.

Semoga bermanfaat dan menjadi panduan yang baik kepada anda semua. Bagi menulis artikel ini, Ibu telah merujuk laman web Wildan & perkongsian dari page Ibu Bijak Keluarga Sihat.

Mula mula sekali, Ibu nak jawab soalan paling penting sebelum beli susu ini. Apakah soalan tersebut?



Banyak betul pilihan susu formula untuk perkembangan anak kita. Klik video di bawah untuk 11 yang terbaik!

Tekan butang ini untuk subscribe Youtube Channel IBUSYURGA & dapat update terkini.  Hadiah untuk subscriber bertuah.
.

Apa itu Wildan Susu Kambing?

Wildan Susu Kambing merupakan produk susu kambing organik tanpa campuran susu lembu. 

Susu ini di packingkan dengan berat 500g dan 1kg dan didatangkan dalam dua perisa iaitu ASLI dan COKLAT.


Berapa harga susu kambing tepung wildan?

Dah lama kami gunakan susu kambing jenama ini.

Rasanya dah hampir 3 tahun. Dan belum sekali pun harganya naik. 

Wildan Susu Kambing sekotak 500g berharga RM45 di Semenanjung Malaysia dan RM50 di Sabah dan Sarawak.

Manakala, harga bagi pek 1kg berharga RM85 di Semenanjung dan RM95 di Malaysia Timur.  

Susu kambing wildan sesuai untuk siapa?

Haa, sekarang ni banyak sangat produk di luar sana kan. Jenama susu kambing ada banyak.

Tapi sesuai ke kita bagi pada anak anak? Pada ibu hamil? Pada suami.

Hmm.

Payah nak jawab tu kan.

Tapi, itu yang Ibu nak kabo ni. Alhamdulillah tak pening kepala pilih susu wildan ni.

Sebabnya ialah, susu kambing wildan di hasilkan untuk pelbagai golongan usia.

Di bawah ini ibu kongsikan pilihan yang ada.


1. Susu kambing wildan untuk ibu hamil.

Ibu mengandung memerlukan lebih banyak khasiat. Ya lah kan, dulu makan untuk diri sendiri je.

susu kambing wildan mama premium


Sekarang ni nak kena fikir tentang anak anak dalam rahim tu.

Kalau anak seorang pun dah banyak khasiat diperlukan, apatah lagi jika ibu yang mengandungkan anak kembar.

Sebab itu susu biasa tak cukup untuk membekalkan semua nutrisi yang diperlukan.

Pilih saja susu kambing wildan Mama Premium. 

Wildan Mama Premium pula boleh didapati dalam pek sachet yang mudah untuk dibawa ke mana-mana. 

Sekotak pek Wildan Mama Premium mengandungi 22 sachet x 25g (550g) dan dijual pada harga hanya RM79 di Ssemenanjung Malaysia dan RM85 di Sabah & Sarawak. 

Nak tahu lebih lanjut tentang susu ibu hamil ini? Teruskan baca link di bawah.

Bacaan menarik: Susu kambing wildan untuk ibu mengandung, Mama Premium untuk 9 bulan kehamilan.


2. Susu Kambing Wildan Untuk Bayi.

Ok, Penting untuk Ibu kongsikan. Susu terbaik untuk anak kita yang baru lahir adalah susu ibu.

Tak ada susu lain lagi best, lagi terbaik, lagi bagus untuk bayi melainkan susu ibu.

Tak kiralah jenama susu apa pun di pasaran. Tak boleh claim terbaik di dunia.

Ok.

Sebab itu penting untuk kita usaha sebaik mungkin untuk menyusukan anak kita selepas bersalin nanti dengan susu ibu.

Cuma itulah, langit tak selalu cerah.

Kita merancang, berusaha sehabis baik. Susu tak keluar pula. Atau banyak lagi sebab lain.

Anak dah menangis nak menyusu, jadi kita nak beri susu apa?

susu kambing wildan gold junior


Syarikat ini sekarang ni sedang mengusahakan produk terbaru untuk anak anak yang baru lahir sehingga berusia 12 bulan.

Susu ini di kenali sebagai Wildan Gold Junior.

Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang susu tepung kambing jenama Wildan untuk bayi baru lahir. Baca artikel di bawah.

Bacaan menarik: Susu kambing wildan untuk bayi, Wildan Gold Junior.

Kalau di ikutkan, ada banyak betul susu formula untuk bayi di pasaran. Sekiranya anda nak tahu jenama terbaik yang ada. Boleh baca artikel di bawah ini.

Bacaan menarik: Susu bayi baru lahir, Pilihan terbaik untuk anak berusia 12 bulan ke bawah.

Atau, sekiranya usia anak anak kita dah melebihi 1 tahun ke atas. Boleh baca artikel ini pula.

Bacaan menarik: Susu formula untuk bayi, ini jenama kegemaran ramai ibu bapa di Malaysia.

Dan akhir sekali, kita cerita pula produk Wildan untuk kanak kanak berusia atas 1 tahun.


3. Wildan Susu Kambing ADEK.

Semua ibu bapa yang peka dengan keperluan dan perkembangan anak anak, mesti sedar.

Wildan Susu Kambing ADEK


Apabila anak anak mereka meningkat usia. Dan memasuki usia 1 tahun ke atas, mereka sangat aktif bermain.

Sehingga ada masanya tak minat nak makan. Sebab tu penting masa usia ini untuk minum susu yang sesuai.

Kalau anak anak tak ada selera makan, boleh beri susu Wildan ADEK. Dulu sebelum ada susu ini, kami berikan anak sulung minum susu pediasure.

Susu pediasure direka khas untuk kanak kanak yang cerewet untuk makan. Nak tahu lebih lanjut tentang kebaikan susu pediasure, boleh baca disini.
Bacaan menarik: Susu pediasure, Susu formula untuk anak kurang selera makan!

Wildan Susu Kambing ADEK perisa Strawberi, Vanilla dan Coklat dipekkan di dalam pek 550g dan mempunyai makanan tambahan dan berharga RM55 SM/ RM60 SS.


Akhir kata.

Susu kambing Wildan memang di yakini ramai dan berkualiti. Tapi, di luar sana ada banyak lagi jenama susu kambing yang bagus.

Ibu rekemen baca artikel di bawah untuk lebih banyak maklumat. Semoga bermanfaat.
Bacaan menarik: Khasiat susu kambing, Patutlah semakin ramai yang sukakannya! Ini sebabnya. 





Penulis / Editor: Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com

Susu Kambing Wildan! Review harga & kebaikan susu tepung organik. Reviewed by Ibu Syurga on Ogos 11, 2019 Rating: 5

18 ulasan:

  1. Boleh tahan mahal jugsk rupanya susu kambing formula ni. Nasib baik saya bukan penggemar susu kambing

    BalasPadam
  2. First time saya dengar pasal susu kambing wildan. Ingatkan baru tapi rupanya dah lama sebab ibu pon dan consume lama. menarik jugak sebab sesuai untuk seisi keluarga.

    BalasPadam
  3. Oh, susu untuk orang dewasa. Bagusnya sebab memang tengah cari susu kambing yang bagus. Harga pun ok jugak.

    BalasPadam
  4. macam menarik jugak susu kambing Wildan ni ye..ada gula tambahan tak or memang just susu kambing je ingredients nya?

    BalasPadam
  5. bagus susu ni tgk kebaikan die pun dh tahu mmg sesuai utk anak, insyallah nanti boleh beli satu lg pun susu yg guna skrg ni dh nk habis hehehe

    BalasPadam
  6. Macam best ja..siap ada byk flavor lagi..nnt nak wean off anak no 2 ni boleh la try2 survey wildan ni

    BalasPadam
  7. Susu kambing sedap yang tak bau hamis , tapi tak pernah lagi Wildan punya ..

    BalasPadam
  8. Rawlins dah takde anak saudara yang menyusu tapi memang susu kambing untuk yang mengamalkannya. Rawlins pun baru belajar minum susu kambing hehe

    BalasPadam
  9. first time dengar brand wildan ni.. susu memang bagus untuk memberi calcium kepada badan... nice one..

    BalasPadam
  10. Bagus susu kambing ni..memang banyak khasiatnya tp kak min lom pernah try brand wildan ni. Nnt leh la try

    BalasPadam
  11. Saya gan anak tak berapa gemar minum susu kambing, dah try macam-macam memang tak boleh nak telan. Anak saya pun saya ada suruh dia cuba..sama jugak, susah nak telan. Nasib baiklah susu lembu dia ok..:D

    BalasPadam
  12. First time dengar jenama Wildan ni. Banyak juga rangkaian susu Yang dikeluarkan. Menarik ni boleh Cuba next time susu kambing ni .

    BalasPadam
  13. Susu kambing memang tinggi kalsium. Kalau org alergik ternusu pun katanya sesuai minum susu ni. Rekomen kat semua orang tak kira umur

    BalasPadam
  14. Ramai juga yang dah minum susu wildan ni. Lagi lagi semasa mengandung. Kita msa pregnant dulu tak berani pulak nak minum. Sebab ingatkan ianya berbau.. Hehehe

    BalasPadam
  15. Lebih suka minum susu kambing segar yg bukan formula..risau susu formula ni ada lebihan gula drp sepatutnya

    BalasPadam
  16. Susu kambing memang bagus untuk semua tak kisah budak2, dewasa dan orang tua. Nad belum pernh lagi rasa susu kambing wildan ni..nanti boleh cuba

    BalasPadam
  17. dah lama dengar tentang susu wildan ni. tak sangka harga die agak boleh tahan. hihi. dulu masa sy pregnant selalu anemia. ramai suruh saya minum susu kambing. kalau untuk kesihatan, berbaloi untuk invest duit walaupun mahal kan :)

    BalasPadam
  18. Mama perhatikan susu wildan ni dah memenangi 3 anugerah peringkat asia untuk produk pilihan pengguna. Bagus tu, tumpang gembira bila ada jenama produk tempatan mendapat pengiktirafan antarabangsa.

    Bukan jaguh kampung saja

    BalasPadam

All Rights Reserved by Ibu Syurga © 2014 - 2015
Powered By Blogger.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.