Top Ad

Hotel Amverton Heritage Resort berhantu, Betul ke?

Biar betul hotel Amverton di Melaka tu berhantu? Ada orang pernah jumpa ke?
amverton heritage resort berhantu

Ramai dari kita suka tengok cerita hantu & seram. Jadi, sedikit sebanyak rasa takut juga bila dengar khabar berita tentang hotel berhantu.

Pengalaman mengerikan yang ramai orang nak elak.

Kami sekeluarga dah menginap di hotel ni selama 2 kali. Macam macam hantu kami jumpa.

Di bawah ni kami kongsikan untuk pedoman bersama, sebelum menginap di Amverton.

Jenis jenis hantu di Amverton Heritage Resort Melaka & cara mengelakkannya!

Hantu pertama ni sangat ramai dah jumpa.



1. Hantu mandi.

Bila dah nampak kolam renang, memang tak dapat dipisahkan. Boleh saja berendam berjam jam tak jemu.

Yang paling menghairankan, hantu yang biasanya sukar ditemui pada malam hari, sangat mudah ditemui di siang hari di kawasan kolam renang.

Jadi, kalau tak nak jumpa hantu kolam renang yang rajin mandi ni, jangan turun ke kawasan ni je.

Gerenti tak jumpa.

Mandi tu penting jaga aurat lelaki dan perempuan. 


2. Hantu makan.

Bila dah keluar jalan jalan, mesti perut lapar kan. Apatah lagi bila dah semalaman berenang dan mandi manda di kolam renang.

Hantu makan akan berkeliaran di restoran semasa waktu sarapan.

Maklumlah lauk memang banyak, jadi jangan ambil lebih dari keperluan. Daripada status hantu makan, terus upgrade jadi saudara syaitan.

Tak baik membazir, ramai lagi di dunia ni kelaparan sebab perang dan kemarau.

Jadi, sebaiknya kita ambil makanan sikit sikit dan habiskan terlebih dulu. Kalau tak cukup baru tambah.

Makan mulakan dengan ucapan bismillahirrahmanirrahim & makan dengan tangan kanan. Barulah berkat & sihat.

Burp, Alhamdulillah.


3. Hantu sterika.

Oleh sebab sterika yang digunakan diletakkan di ruang koridor, jadi memang patutlah kita kongsi dan bertimbang rasa sesama kita.

Hantu sterika boleh dijumpai di kawasan koridor hotel, lepas pakai tak tutup suis sterika.

Kan membazir elektrik tu, selain berbahaya.


Maksud hantu yang dalam artikel ini..

Masyarakat kita ni memang suka berkias semasa berbicara. Perkataan hantu ni menggambarkan seseorang yang mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri & orang di sekelilingnya.

Jadi, jangan keliru lepas baca artikel ini. Hehe.

Semasa kita bermusafir ni, bagus untuk kita amalkan adab adab yang baik supaya perjalanan pergi dan pulang kita dilimpahi rahmat. (Rujukan: Ahlan.perubatan.org)

Adab-adab bermusafir yang bagus diamalkan sepanjang melancong.

  1. Semasa kita mulakan bermusafir, seeloknya kita berniat musafir itu untuk pahala ibadat. Tujuan bermusafir adalah dengan niat yang baik, bukan atas tujuan maksiat.
  2. Selesaikan dulu masalah hutang dan mohon maaf dengan orang sekitar.
  3. Ada mahram.
  4. Disunatkan solat musafir dan berdoa sebelum memulakan perjalanan.
  5. Pakaian menutup aurat dan bersederhana dalam berhias.
  6. Melantik seorang ketua apabila bermusafir dalam kumpulan yang terdiri daripada 3 orang atau lebih.
  7. Sunat mengucapkan selamat tinggal kepada orang-orang yang ditinggalkan dan memaklumkan kepada mereka tentang keberangkatan dan tempat yang dituju.
  8. Cukup perbelanjaan.
  9. Mengenalpasti arah kiblat dan menyediakan peralatan yang perlu untuk mengetahui waktu solat.

Insyaallah kalau kita jaga Allah swt dan laksanakan tanggungjawabnya, menunaikan haknya. Pasti kita akan dilindungi dari perkara macam ni. Segala yang terjadi dengan izinnya.
Bacaan menarik: Ramai orang kata Amverton resort di Melaka ni best super! Ini sebabnya.

Kesimpulan.

Semasa kita melancong, kita dalam keadaan musafir. Selain tujuan untuk bersiar siar dan berehat, bagus untuk kita perhatikan alam sekitar kita untuk di jadikan panduan hidup.

Bolehlah kita praktikkan banyak amalan sunat & wajib yang spesifik dan ekslusif semasa mengembara.

Contohnya solat jamak & qasar.

Dan juga mempraktikkan sunah & adab bermusafir. Barulah kita tak berjumpa hantu & digelar hantu oleh penduduk tempatan.

Orang bijaksana zaman dulu berpesan, 
"Masuk kandang kambing mengembek, kandang ayam berkokok."






Penulis / Editor: Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com

Hotel Amverton Heritage Resort berhantu, Betul ke? Reviewed by Ibu Syurga on Januari 22, 2019 Rating: 5

2 ulasan:

  1. Banyak betul hantu hantu berkeliaran kan. Dah macam tengok cerita zombie kat wayang. Hehe. Hantu makan dan hantu bercuti memang ramai kat malaysia ni

    BalasPadam
  2. hahaha aju belum pernah stay kat hotel ni lagi, tapi kalau hantu jenis ni kat semua hotel yg ada kolam sure terus jadi hantu air ;)

    BalasPadam

All Rights Reserved by Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.