Susu Kambing Faleeq - Sedap, Organik & Kaya Khasiat. Memang Terbaik!

susu kambing faleeq

Assalamualaikum semua. Lama rasanya tak share info tentang susu di blog ni kan. Mesti ada yang tertanya, kami dah tak minum susu ke?  Mesti lah minum. Tak pernah pun miss minum susu setiap hari. 

Susu antara sajian yang perlu kita ambil. Mengikut Piramid Makanan Malaysia, ita disaran untuk minum susu atau produk tenusu antara 1 hingga 3 sajian sehari untuk memenuhi keperluan badan seharian.

Sebab itu niat asal kami menulis review di blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman dengan mak ayah di luar sana tentang susu yang kami amalkan terutama susu untuk kanak-kanak. 

Nampak macam mudah kan topik tentang susu ni tapi siapa yang mengalami je tahu betapa pening dan rumitnya nak cari susu yang sesuai untuk perut kanak-kanak. Setiap anak mempunyai perut yang berbeza. Ada yang okey minum apa jenis susu pun.  Tapi ada juga yang mempunyai perut sensitif dan alah pada sesetengah jenis susu. Sampai tak tahu nak beri susu apa lagi dah. Bukan sikit jenama susu yang ada di pasaran hari ni. Harga pula bukan murah. Tak kan nak cuba setiap satu pulak kan.



Jadinya kali ni kami nak berkongsi info tentang salah satu jenama susu yang istimewa iaitu Susu Kambing Faleeq. Sebabnya susu ni bukan je sesuai untuk kanak-kanak seawal 1 tahun, malah sesuai untuk seisi keluarga. Jom kita baca tentang susu istimewa ni.


Susu Kambing Faleeq Terkenal di Brunei



Bagi yang pertama kali atau tak pernah dengar pun tentang jenama Faleeq ni, sebenarnya jenama susu kambing Faleeq ni sangat terkenal di Brunei tau. Walau ianya susu jenama tempatan,  tapi sangat terkenal di negara jiran kita. Tapi dengar kata, tahun ni Faleeq nak fokus pada pasaran Malaysia. So lepas ni lebih ramai lah rakyat Malaysia akan kenal dengan jenama susu Faleeq ni. 



Untuk  pengetahuan korang, jenama Faleeq ni telah ditubuhkan sejak tahun 2015 lagi. Ianya merupakan produk keluaran syarikat Bumiputera dan telah mendapat sijil halal lagi. Ini bermakna hampir 6 tahun juga lah jenama Faleeq ni telah berada di pasaran.

Cuma baru-baru ni kami kami berkesempatan untuk cuba sendiri susu kambing Faleeq ni dan kami kongsikan pengalaman kami untuk rujukan korang semua.


Khasiat Semulajadi Susu Kambing Faleeq


Tak seperti susu lembu, susu kambing mempunyai 1001 khasiat yang sangat baik untuk kesihatan badan. Lagi-lagi bila susu kambing tersebut asli, tulen, semulajadi dan organik serta bebas dari sebarang gula tambahan seperti Susu Kambing Faleeq Asli. 


Khasiat Susu Kambing Untuk Kesihatan Badan

khasiat susu kambing faleeq

1. Kaya dengan Kalsium

 
Susu merupakan sumber kalsium yang tinggi di mana kalsium ini sangat penting untuk menguatkan tulang dan gigi. Menurut kajian, kandungan kalsium di dalam susu kambing sama tinggi kadarnya dengan kandungan kalsium dalam susu ibu.

2. Tinggi Dengan Magnesium

 
Susu kambing juga baik dalam membantu menjaga kesihatan jantung. Ini kerana kandungan susu kambing mengandungi sumber magnesium yang membantu mengekalkan kadar normal denyutan jantung dan menghalang pembentukan darah beku. Susu kambing juga mampu menurunkan tahap kolestrol dan meningkatkan kolestrol baik dalam badan.

3. Bertindak Sebagai Imun Semulajadi

 
Susu kambing juga dapat berfungsi menghalang keradangan dengan mencetuskan tindak balas imun semulajadi dan adapif dalam badan manusia.
 

4. Mengandungi Kadar Fat Globules Yang Rendah


Kandungan fat globules yang rendah di dalam susu kambing menjadikannya mudah untuk dihadam dalam sistem pencernaan. Dikatakan suus kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja untuk dicerna berbanding dengan susu lembu yang memerlukan 2 jam untuk dicerna sepenuhnya.

5. Membantu Mengurangkan Keresahan

 
Siapa yang ada masalah keresahan, korang patut cuba minum susu kambing Faleeq ni kerana ianya berfungsi mengurangkan rasa resah yang ada melalui kewujudan lipid dalam susu kambing. 

6. Mencegah Anemia

 
Anemia terjadi bila badan kita kekurangan sel darah merah. Bagi mencegah masalah anemia ni, boleh cuba minum susu kambing kerana susu kambing membantu menyerap iron dengan baik dan sekaligus menghalang dari berlakunya anemia.

7. Alternatif  Untuk Susu Lembu

 

Ramai di kalangan kita yang mengalami alahan pada susu lembu. Alternatif terbaik adalah dengan tukar kepada susu kambing kerana susu kambing rendah kandungan laktosa dan sesuai untuk perut sensitif.

8. Agen Metabolik Yang Baik

 
Susu kambing mampu meningkatkan penggunaan metabolic mineral seperti besi, magnesium, kalsium dan fosforus dengan baik. Susu kambing juga di mana beta-casein A1 dikatakan boleh menyebabkan diabetis jenis 1.

9. Mencantikkan Kulit Wajah

 
Susu kambing juga kaya dengan fatty acids, triglycerides dan vitamin A yang baik untuk kulit. Antara kebaikan susu kambing pada kulit ialah ianya mampu melembapkan dan mencerahkan kulit wajah.

10. Bersifat Alkali

 
Tak seperti susu lembu, susu kambing bersifat alkali. Jadi ianya sesuai untuk diminum oleh mereka yang mengalami masalah penghadaman seperti penyakit gastrik.


Kenapa Perlu Pilih Susu Kambing Faleeq?


Kami tahu banyak pilihan susu kambing yang ada di pasaran hari ini. Setiap darinya ada keistimewaan masing-masing. Begitu juga dengan Susu Kambing Faleeq. Nak tau keistimewaan dan keunikan susu kambing ni, jom sambung baca.

Keunikan Susu Kambing Faleeq


1. Bersifat Organik


Susu Kambing Faleeq diformulasi menggunakan susu kambing tulen, organik dan semulajadi di mana bekalan susu kambingnya diimport dari Holland, negara pengeluar utama susu kambing yang organik dan berkualiti. Dan kemudiannya diproses di kilang yang berstatus halal JAKIM milik bumiputera di Malaysia.

2. Tidak berbau Hamis


Selalu bila sebut susu kambing, orang akan relate dengan bau hamis. Kalau korang nak tahu, bau hamis ni selalu terjadi disebabkan oleh pembiakan pantas bakteria asid laktik dari proses pengendalian yang tidak betul. Tapi jangan risau, Susu Kambing Faleeq tak kan berbau hamis kerana ianya diproses mengikut piawaian yang tinggi.

3. Tanpa Gula Tambahan dan Rendah Lemak


Bagi korang yang ingin atau sedang mengawal pengambilan gula dalam diet seharian, atau pun yang nak sedang amalkan pemakanan sihat,  korang boleh cuba Susu Kambing Faleeq ASLI kerana ianya tidak mengandungi sebarang gula tambahan dan juga rendah lemak.

4. Bebas Lemak Trans


Seperti yang kita tahu, lemak trans sangat tak baik untuk kesihatan kita kerana ianya boleh menurunkan paras kolesterol baik (HDL) dan meningkatkan paras kolestrol jahat (LDL) dalam badan. Tapi dengan Susu Kambing Faleeq, korang tak perlu risau tentang tu semua kerana menurut ujian di makmal penyelidikan nutrisi MARDI, susu kambing Faleeq bebas dari sebarang lemak trans.

5. Rendah Kandungan Krimer


Susu Kambing Faleeq sesuai untuk diminum oleh seisi keluarga termasuk kanak-kanak seawal 1 tahun. Tak seperti susu formula lain yang tinggi kandungan krimer, Susu Kambing Faleeq mengandungi kandungan krimer yang minimum sesuai untuk anak-anak. Sumber krimer pula menggunakan bahan berkualiti tinggi dan selamat iaitu minyak bunga matahari dan canola. 

Susu kambing Faleeq juga tidak mengandungi campuran susu lembu aatau lebih dikenali sebagai susu skim.



5 Perisa Susu Kambing Faleeq


Susu Kambing Faleeq menawarkan 5 jenis perasa berbeza untuk memenuhi keperluan semua. Ini kerana tak semua mampu untuk minum susu berperisa asli. Loya katanya. 

1. Faleeq Susu Kambing Asli


Susu Kambing Faleeq Asli dihasilkan tanpa gula tambahan dan tanpa lemak trans namun masih sedap untuk diminum dan paling penting tidak berbau hamis. Susu kambing asli ni sangat sesuai untuk diminum oleh kanak-kanak dan warga emas. 

2. Faleeq Susu Kambing Koko



Bagi yang suka minum coklat, korang boleh cuba susu kambing koko ni sebab ianya diperbuat daripada serbuk koko sebenar dan menghasilkan susu kambing koko yang penuh dengan rasa coklat yang enak. Selain dari sedap, ianya juga berfungsi sebagai antioksidan yang baik untuk badan kita. 

3. Faleeq Susu Kambing Kurma


Jangan kata susu lembu je yang ada perisa kurma. Susu kambing pun ada. Malah rasanya lebih sedap dan berkhasiat. Menggunakan kurma yang diimport dari Timur Tengah, susu kambing kurma ni sangat sesuai untuk ibu mengandung, ibu menyusu dan juga pada yang sedang berikhtiar untuk mengandung.

4. Faleeq Susu Kambing Strawberry


Bagi yang suka susu berperisa buah-buahan, bolehlah cuba susu kambing strawberry ni.  Buah strawberry yang diguna diperik segar dari ladang untuk menjamin kualiti dan rasanya.

5. Faleeq Coffee


Peminat coffee especially jenis latte klasik Itali, Faleeq Coffee ni sesuai sangat untuk korang. Hanya menggunakan campuran biji kopi premium terpilih dari seluruh dunia, dan kemudian diadun dengan susu tepung kambing dari Holland untuk beri korang rasa kopi yang berkrim, halus dan mewah.

Testimoni Dari Pelanggan Susu Kambing Faleeq


Kami sendiri dah rasa Susu Kambing Faleeq ni dan memang sedap rasa dia. Takde pun bau hamis tu. Anak-anak pun suka sekali. Yang penting penuh dengan khasiat. Jom te tengok pula apa pengalaman mereka yang dah cuba Susu Kambing Faleeq ni. 









Nampak semua bagi feedback yang positif tentang Susu Kambing Faleeq ni. Baik untuk orang dewasa sampai lah kanak-kanak semua mendapat manfaat dari susu kambing organik jenama Faleeq. 




So pada korang yang berminat untuk cuba sendiri Susu Kambing Faleeq ni,  korang boleh layar laman sesawang atau ke laman sosial mereka atau terus hubungi talian hotline seperti yang tertera di bawah :



Talian Hotline : 019-956 5769






1 تعليقات

تعليقات

‏قال Mar Mansor
ada bermacam perisa. menarik.