Tempat menarik di Melaka 2023 [Best jalan jalan sampai malam]

Ini panduan tempat menarik di Melaka. Dari pantai yang bersih & cantik kepada tempat bersejarah. Semua ada
tempat menarik di melaka

Apa yang menarik di Melaka? Kecil kecil cili api. 
Itulah negeri MelakaDestinasi perlancongan unggul & best di Malaysia.

Nak tahu apa lebih menakjubkan? Di Malaysia, hanya 2 tempat diperakui oleh UNESCO sebagai bandar warisan dunia.

Melaka & Georgetown di Pulau pinang. Dengan sejarah melebihi 500 tahun. Hotel di Melaka pun banyak yang menarik. Booking awal atau pergi luar waktu puncak untuk harga murah. Kalau pergi dalam kumpulan besar, sewa jelah homestay. Memang tak ada masalah untuk bercuti di Melaka.



Tempat tempat menarik di Melaka waktu malam & siang! Rugi tak pergi. [Update 2023]

Mari kita mulakan dengan senarai terbaik tempat menarik Melaka untuk destinasi makan angin. 



Tempat mandi manda di Melaka yang cantik untuk berkelah!

Melaka ada banyak pantai yang bersih dengan permandangan matahari terbit & terbenam yang mengasyikkan. 

pantai di melaka

Di bawah ini Ibu senaraikan pantai terbaik di Melaka, sedia menerima kunjungan anda setiap masa.

1. Pantai Puteri Melaka, Tempat menarik untuk family day di melaka.

Pantai puteri Tempat Menarik di Melaka

pantai puteri melaka best mandi manda
Pantai yang landai, bersih & terjaga rapi. Kredit: Myfir2u
Apa yang menarik di Pantai Puteri? Biasanya kawasan yang ramai pelancong akan penuh dengan sampah. Pantang betul ramai pelancong, mesti banyak sampah

Tapi tidak di Pantai Puteri Melaka. 
Kawasan pantainya bersih & terjaga rapi.


Kerajaan negeri Melaka memang ambil inisiatif membersihkan pantai ini setiap hari.

Sampah di sapu & diangkut dengan teratur. 
Jadi datang sini memang sedap mata memandang. Cuma, memang tak boleh lawan pantai di langkawi.

Datanglah melancong. Boleh menginap di hotel melaka yang terletak di tepi pantai untuk menyaksikan keindahan matahari terbit & terbenam. Pastikan booking awal untuk dapat harga murah. Atau tinggal di homestay. 




Pantai seterusnya lebih mainstream. Dah ramai orang kenal, dan jalan memang sesak lah

Pantai apa tu?
_______________________

2. Pantai Klebang, Tempat makan menarik di Melaka!

Pantai ke 2 ini terletak tidak jauh dari pantai puteri. Kawasan ini telah ditambak beberapa tahun lepas & jadilah seperti sekarang

Antara tinggalan kerja menambak kawasan pantai yang masih boleh dilihat ialah di Klebang Desert 

Klebang Desert Tempat Menarik Melaka
Orang panggil Klebang desert. Sebenarnya ini tinggalan kerja menambak pantai


Banyak sebenarnya aktiviti yang kita boleh buat di Klebang. Ibu kongsikan dalam link di bawah.
Bacaan menarik: Pantai Klebang Melaka! Senarai lengkap tempat menarik di klebang melaka.
Andai tuan puan nak menyewa di Bustel Klebang (Bus + Hotel), baik sewa homestay di pantai Klebang. 

Sebab bustel dah tak beroperasi dari tahun 2016. Wallahualam sebab apa. Macam mana nak tahu homestay paling bagus di sini? 
Baca review Ibu tentang 12 Homestay terbaik di Klebang.
Dah sampai pantai klebang, ada pilihan nak masuk tempat berbayar di bawah ni

Di Malaysia cuma ada 1 saja muzium macam ni


Tempat apa tu?
_______________________

3. Muzium Kapal Selam

Muzium Kapal Selam Tempat Menarik Melaka

Anak anak memang teruja dapat pergi muzium kapal selam yang di jaga rapi oleh PERZIMMaklumlah budak lelaki.

Lagipun, bukan senang nak dapat peluang nak naik kapal selam sebenarkan?


Alang alang dah ada di Melaka ni, jangan lepaskan peluang tau.


Nak tahu lebih lanjut, baca artikel di bawah.

Bacaan menarik: Muzium kapal selam Melaka! Satu satunya di Malaysia.


4. Pantai Pengkalan Balak, Tempat penginapan menarik di Melaka.

Homestay di melaka pantai pengkalan balak Kampong Pinang Sebatang Chalet

Kalau nak dibandingkan dengan Pantai puteri dan Klebang. Lokasi pantai pengkalan balak agak jauh ke pedalaman.


Perlu melalui jalan persisiran pantai baru tiba ke sini. Tapi, memang tak sia sia perjalanan jauh tu. Di sini kita dapat nikmati suasana di perkampungan nelayan di tepi pantai. 

Lihat lebih banyak gambar cantik tempat menarik di Pengkalan Balak Melaka.
Boleh baca dan lihat sendiri. Yang pasti chalet dan homestay di sana banyak yang lawa lawa. 

_______________________


Tempat percutian menarik di Melaka untuk melihat hidupan liar!

Kalau kita nak melihat sendiri haiwan liar di habitatnya, tak perlu pergi jauh. Melaka ada banyak tempat menarik untuk melihat mereka.

5. Taman Rama Rama Melaka (Reptilia pun ada)

taman rama rama melaka
Nak lihat rama rama yang cantik & banyak? Datang sini dengan keluarga Kredit:Hafizihamsan.com
anak anak suka bagi ikan makan
Bagi makan ikan koi dengan lanskap yang cantik. Memang terbaik

Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka ini mempunyai 20 spesies rama-rama yang cantik

Lokasinya strategik & mudah dicapai. 
Ibu secara peribadi dah sampai ke taman rama melaka ni

Memang cantik. 
Ada ibu ceritakan secara terperinci disini. 

Lihat lebih banyak gambar menarik di taman rama rama melaka.
Tempat jalan di melaka seterusnya penuh dengan haiwan dan di buka siang dan malam.

Apa tempat buka siang malam tu? Jawapannya ialah


_______________________


Tempat jalan di melaka seterusnya penuh dengan haiwan. Jawapannya sudah tentulah Zoo Melaka.

6. Zoo Melaka & Safari Malam.

zoo melaka

Salah sebuah Zoo terbesar di Malaysia. Menempatkan banyak spesis binatang liar dan ada diantaranya di ancam kepupusan. 
Bacaan menarik: Zoo Melaka. Memang menarik! Boleh lawat siang dan malam
_______________________

7. Taman buaya Melaka.

Taman buaya melaka
taman buaya melaka

Ada apa yang best di taman buaya? Kalau setakat nak tengok buaya bermalas malasan, baik pergi zoo kan.

Eh tak, sebenarnya banyak lagi aktiviti lain yang boleh kita lakukan di sini. Baca artikel di bawah untuk maklumat lengkap tentang kunjungan ke taman buaya.
Bacaan menarik: Taman Buaya Melaka! Apa yang menarik di sini?
_______________________

8. Taman burung Melaka.

taman burung melaka anak anak

Sesiapa yang meminati burung, memang tak boleh lepaskan peluang mengunjungi taman burung ini.


Tempat ini adalah antara taman unggas terbesar di asia. Ada banyak burung yang cantik dan "rare" untuk tatapan kita.


Dapat dengar suara kicauan burung yang merdu, mesti anak anak kita gembira tak terkata. Yang bagusnya dengan kebanyakan tempat percutian di melaka, fasiliti untuk kemudahan anak anak kecil disediakan. Memang mesra keluarga. Jadi, kalau bawa anak kecil, nak bancuh susu baby, nak basuh botol susu pun senang sebab kemudahan tu ada.

Bacaan menarik: Taman Burung Melaka! Banyaknya jenis burung yang cantik & berwarna warni.
_______________________

Taman Tema Menarik Di Melaka! 

Memang banyak taman tema untuk kita habiskan masa di Melaka. Di bawah ini Ibu senaraikan yang paling menarik.


9. Melaka Wonderland Theme Park, tempat mandi di melaka yang seronok dikunjungi!

taman tema air melaka wonderland

Jika anak anak kita mahu bermandi manda di taman tema air, Ibu syorkan untuk datang ke mari.


Melaka Wonderland merupakan water theme park terbesar di Melaka. Dan ada banyak permainan yang boleh kita cuba sendiri di situ. 

Teruskan membaca review lengkap Ibu tentang pengalaman bercuti di Melaka Wonderland.
Kalau malas nak pergi Melaka Wonderland, cari saja resort yang ada taman tema air. Ada banyak di Melaka yang best best.


Resort terbaik di melaka

Kebanyakan resort di Melaka ada kemudahan water theme park sendiri. Jadi tak payah susah susah nak keluar memandu menempuh sesak semata mata nak mandu manda. 

Boleh baca sendiri 8 Resort di Melaka yang best untuk weekend retreat
_______________________

10. Rumah Terbalik Melaka.

rumah terbalik melaka

Kalau anda suka tangkap gambar, jangan lupa singgah rumah aneh ini. 

Segala perhiasan dalaman dalam rumah ini telah di susun terbalik, umpama kita sedang berjalan di atas syiling rumah. 

Baca review tentang rumah terbalik Melaka di sini.
_______________________

11. The Pirate Adventure – Melaka Alive

Pirate adventure melaka

Pada zaman dahulu, lanun lanun bebas berlayar di lautan dan samudera. Bermaharajalela dan menggentarkan hati para pelayar di lautan.


Walaupun zaman itu telah lama berlalu, rasai sendiri pengalaman tersebut di sini. Ibu telah menulis rujukan lengkap untuk rujukan bersama.

Bacaan menarik: Pirate Adventure Melaka. Tempat menarik untuk seisi keluarga!
_______________________

12. Bayou Lagoon Park Resort Melaka.

Bayou lagoon park resort taman tema

Jika anda merancang untuk berjalan jalan di Melaka sambil mandi manda, lebih mudah untuk menyelam sambil minum air.


Tempah saja penginapan yang menyediakan taman tema airnya sendiri. Bayou Lagoon memang terkenal di kalangan pelancong untuk membawa anak mandi manda semasa bercuti di Melaka.

Bacaan menarik: Bayou Lagoon Park Resort Melaka! Bercuti cara orang bijak.
_______________________

13. A Famosa Resort Melaka.

a famosa resort melaka

Melaka ada banyak juga pilihan resort 4 bintang + taman tema air dalam 1 lokasi. 


A Famosa Resort menepati ciri ciri ini dengan tambahan 1 lagi taman tema Safari Wonderland yang menempatkan haiwan liar. Baca review bergambar tentang resort ini di bawah.

Bacaan menarik: A Famosa Resort Melaka. Penginapan best untuk hari keluarga.
_______________________



Air terjun dan kolam best untuk mandi di Melaka.

Selain taman tema dan pantai, negeri Melaka juga kaya dengan keindahan alam semulajadi untuk mandi manda.

Air Terjun Asahan Melaka
Banyak tempat mandi manda best di Melaka. Air terjun, pantai, kolam air panas dan taman tema.

Di bawah ini Ibu senaraikan tempat mandi manda menarik di Melaka.

_______________________

14. Kolam air panas jasin.

Tempat ini memang best mandi waktu pagi, sebab airnya hangat dan menyegarkan. Mandi air panas kan. 

kolam air panas melaka jasin-min


Jika anda ingin melihat gambar menarik, dan info berguna seperti harga tiket kolam ini. Baca artikel di bawah.
Bacaan menarik: Kolam air panas Jasin. Tempat mandi di Melaka.
_______________________

15. Air terjun Asahan, Gunung Ledang.

Ramai lagi yang tak tahu kewujudan air terjun ini di Melaka. Sebab, kalau di cari di google pun tak keluar.


air terjun asahan melaka


Tempat ni memang best sebab tak ramai pengunjung. Permandangan pun lawa. Cuma sekiranya anda sedang berbadan dua, elakkanlah mengunjungi tempat macam ni buat sementara. Selain risiko batu yang licin, mudah tergelincir, baby dalam rahim tu pun wangi kan. Jadi, kalau dah ada tanda mengandung, pergi saja tempat lain.

Kami sekeluarga pernah mengunjungi air terjun lebih dari 2 kali. Kali terakhir kami datang ke mari, sudah agak banyak penerokaan dilakukan di kawasan persekitaran air terjun ini. Nak tahu cantik atau tidak air terjun ini? Baca artikel di bawah ini. Lengkap dengan peta dan gambar.
Bacaan menarik untuk mandi manda: Air Terjun Asahan Melaka.



Destinasi seterusnya sesuai untuk mereka yang suka bergambar. Dari suasana yang damai di air terjun Asahan, Kita kembali ke hutan batu.


_______________________

Masjid Bersejarah Di Melaka.

Masjid Kampung Hulu

Melaka telah menjadi tumpuan pedagang dari serata dunia di zaman kegemilangannya.

Tidak hairanlah, masjid masjidnya kaya dengan kesenian senibina yang di bawa bersama mereka.

Di bawah ini Ibu senaraikan masjid masjid tersebut.

16. Masjid Kampung Hulu.

Masjid ini di bina hampir di tebing Sungai, dan berada sangat hampir dengan Bandar Hilir.

Masjid kampung hulu melaka-min


Keunikan seni bina boleh di perhatikan pada rekaan menara azan, ruang solat, mimbar dan lain lain. Baca lebih lanjut di link yang di berikan.
Bacaan menarik: Masjid Kampung Hulu Melaka. Panduan lengkap dengan gambar & info sejarah.
_______________________

17. Masjid Kampung Kling.

Masjid ini juga telah berusia lebih daripada 500 tahun. Telah di bina pada tahun 1748 oleh pedagang muslim yang berlayar dari India.


masjid kampung kling melaka


Pihak berkuasa negeri Melaka telah mengisytiharkan masjid ini sebagai monumen bersejarah pada tahun 1999. Baca lebih lanjut review bergambar masjid ini di bawah.

Bacaan menarik: Masjid Kampung Kling. Senibina 4 bangsa berusia 500 tahun bertemu di sini.
_______________________

18. Masjid Selat Melaka.

Antara masjid yang di gemari oleh pelancong untuk singgah solat maghrib & kemudian sambung makin angin di malam hari. 


masjid selat melaka

Bacaan menarik: Masjid Selat Melaka. Ini sebabnya ramai pelancong suka singgah ke sini!
Sebab lokasi masjid ini tidak jauh dari Bandar Hilir yang memang terkenal untuk makan angin. Nak pergi pasar malam Jonker street ataupun naik Menara Taming Sari untuk menikmati permandangan kota Melaka. 
_______________________

Tempat Membeli Belah Menarik Di Melaka! 

Ada beberapa lokasi best untuk membeli cenderahati di Melaka. Dari pasar malam hinggalah ke butik berjenama.

Mesti ada yang sesuai dengan bajet kita. Di bawah ini Ibu senaraikan beberapa.

19. Free Port Melaka.

Melaka Free port menempatkan kedai kedai terkemuka dari dalam dan luar negara. 

Freeport A’famosa Outlet Village tempat shopping melaka

Sesuai untuk pelancong yang berkemampuan & bercitarasa tinggi.
Baca lebih lanjut: Melaka Freeport, tempat terbaik untuk shopping barangan berjenama.

_______________________



20. Jonker Walk / Street.

Kalau kita lebih suka berbelanja di lokasi yang lebih santai, jom singgah di Jonker Walk pada malam hari.


Jonker walk melaka-min

Ada pasar malam yang sangat terkenal di sini. Nak tahu apa yang best sangat dengan pasar malam Jonker street ni?
Bacaan menarik: Jonker Walk, Ini sebabnya ramai pelancong luar dan tempatan naik angau nak singgah sini!
_______________________

Permandangan Menarik Di Melaka!


21. Menara Tamingsari.

Jika anda tertanya tanya, mana nak pergi di malam hari semasa bercuti di Melaka. Tak payah fikir lama.

Menara taming sari melaka

Datang dan naik menara ini untuk permandangan malam bandar ini yang indah. Tak sama tau, apa yang kita lihat pada waktu malam.

Sama macam kita naik river cruise, waktu malam lagi best dari siang hari. 
Bacaan menarik: Menara Tamingsari! Ini sebab kenapa lebih berbaloi naik menara ini di malam hari.
_______________________

22. The Shore Sky Tower.

Apa tempat paling sesuai untuk lihat sunset? Mestilah tepi pantai kan. 


the shore sky tower deck

Memang betul tu. Tapi, kalau kita naik menara ini tak perlu pergi pantai pun kita dapat lihat permandangan matahari terbenam yang best.

Bacaan menarik: The Shore Melaka, tempat menarik untuk tangkap gambar!

_______________________


23. Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang.

Pantai ini memang cukup terkenal dengan pelbagai kedai makanan viral. Sampai jam jalan tau sebab ramainya orang nak beratur beli makanan.


dataran 1 malaysia melaka


Nampak macam tak logik, tapi itulah hakikatnya. Hehe.


Selain itu, kawasan dataran ini ada kolam mandi percuma dan banyak peniaga.

Bacaan menarik: Dataran 1 Malaysia Klebang, Tempat best melaka untuk santai santai!
_______________________

24. Cruise di Sungai Melaka.

Bandar bandar di tamadun silam di seluruh dunia di bina berhampiran dengan sungai dan laut.

Contohnya di Venice Itali. 


river cruise melaka


Melaka juga tidak terkecuali, Sungai Melaka menjadi jalan perhubungan penting untuk perdagangan.

Jangan lepaskan peluang berlayar & menjamu mata dengan permandangan yang indah di Sungai Melaka.

Banyak sisa tinggalan sejarah yang masih dapat kita perhatikan. Senibina bangunan lama dengan pengaruh budaya asing. Kamera jangan tinggal.
Bacaan menarik: Melaka river cruise! Ini sebabnya lagi best pergi di malam hari.
_______________________

25. Melaka Skytrex.

Tempat best di Melaka seterusnya bukan untuk mereka yang gayat & manja. Hehe. Ibu pun tak berani ke mari.


skytrex adventure melaka

Suka aktiviti lasak? 

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba aktiviti ekstrem di kanopi hutan yang di sediakan untuk pengunjung Skytrex Melaka tempat menarik untuk mereka yang suka aktiviti lasak penuh cabaran.

Nak tahu berapa ekstrem? Baca artikel di bawah ni. Jangan gayat tau.
Bacaan menarik: Melaka Skytrex! Tempat mencabar lagi mendebarkan!
_______________________

Tempat Seni & Bersejarah Di Melaka Untuk Menghayati Tamadun Peradaban Melaka.

Kebanyakan tamadun lama di dunia terletak di tepi laut & sungai. Negeri Melaka memang bertuah kerana kaya dengan warisan sejarah dunia.

Di bawah ini Ibu berikan beberapa tempat menarik yang menyimpan khazanah peradaban & keseniah negara kita. 



Tempat bersejarah di Melaka.

kota a farmosa tempat menarik melaka malam
Banyak monumen bersejarah di Melaka. Paling terkenal mestilah puing kota A Farmosa.


26. Kota A Famosa.

Kubu yang kelihatan usang ini terletak di tengah tengah Bandar Hilir. 
Bacaan menarik: Tempat menarik di Bandar Hilir Melaka!
Sangat sesak kalau ke sini di hujung minggu. Ibu sendiri pernah datang beberapa kali ke sini, tetapi pulang hampa kerana tak jumpa tempat letak kereta.

Baca lebih lanjut tentang kota ini di dalam entri di bawah. Ada banyak info menarik & gambar tentang kota ini.

Bacaan menarik: Kota A Famosa, apa yang seronok di sini?

Banyak lagi tempat bersejarah yang berbaloi di lawati.



Baca lebih lanjut tentang tempat no. 27 hingga no. 41 dengan klik link di bawah.


Daripada muzium sultan zaman silam, muzium tentera laut dan banyak lagi.

Teruskan membaca 15+ Tempat bersejarah Melaka seperti muzium dan monumen.
_______________________

42. ~ 71. Kedai makan sedap.

Tempat makan menarik di Melaka, Sedap sedap semuanya!

Tempat makan sedap di melaka

Sambil jalan jalan, mesti kita nak makan di kedai yang sedap kan? Tak perlu risau sebab Melaka cukup banyak tempat makan sedap yang viral.


Baca lebih lanjut tentang tempat no 42 hingga no 71 dengan klik link di bawah.


Daripada coconut shake, kuih keria, asam pedas & banyak lagi. Nak sarapan, lunch dan dinner memang sedap belaka! 

Teruskan membaca 30+ senarai kedai makan sedap di Melaka untuk menjamu selera.
_______________________

Homestay Melaka yang menarik! Nak tepi pantai? Ada swimming pool? Dekat dengan tempat best? Nak sewa banglo? Semua ada.

homestay di melaka yang ada swimming pool
Nak depan pintu rumah ada swimming pool? Beres, semua ada.
homestay di melaka ada swimming pool
Nak homestay yang tepi pantai dan ada kolam renang. Pun ada juga.

Jika kita dah penat berjalan jalan di sekitar Melaka, mesti nak balik berehat di tempat yang selesa kan?

Selain tinggal di hotel, apa kata kita tinggal di homestay. Di bawah ini ibu berikan contoh homestay yang pernah viral dulu.



masbro village homestay melaka


72. Masbro Village Homestay.

Ibu ada tulis artikel khas tentang Masbro homestay yang unik ini. Satu perniagaan keluarga yang mendapat nama selepas viral di media sosial.

Homestay moden berbentuk segitiga yang di cat berwarna warni & di hadapannya pula ada kolam renang dengan air yang jernih kebiru biruan.

Memang cantik lah.

Nak tempah pastikan buat awal awal ya, sebab selalu penuh. Dan cuba elak waktu cuti sekolah. Banyak review kurang memuaskan semasa musim puncak. Ibu ada tulis entri khas mengenai Masbro village.
Bacaan menarik: Masbro village homestay Melaka. Review lengkap!
_______________________

73. ~ 122. Homestay di Melaka.

Homestay melaka ayer keroh Mukmin

Klik link di bawah untuk tempat no 73 hingga no 122.

Homestay di Melaka ini memang banyak pilihan. Nak yang murah, yang mahal semua ada. 
Terpulang pada kita nak pilih yang mana. Memang berbaloi.

Bacaan menarik: Homestay Melaka. Pilih saja lokasi dan harga. Macam macam pilihan ada.
_______________________

Kesimpulan tentang tempat percutian menarik di Melaka.

Tamat sudah senarai panjang tempat yang menarik di melaka, negeri bersejarah ini. Pantang cuti, mesti penuh sesak dengan orang.

Semoga artikel ini telah membantu anda mengenalpasti
  1. Tempat best waktu siang.
  2. Lokasi menarik di malam hari.
  3. Kedai makan sedap.
  4. Tempat bersejarah.
  5. Pantai & tempat mandi manda.
  6. Tempat percuma & berbayar.

Terima kasih kerana baca perkongsian ini hingga habis. Semoga perjalanan kita di Melaka penuh dengan keriangan & kesyukuran.


Insyaallah. 
Jumpa lagi.

39 Ulasan

Terbaru Lebih lama