12 Tempat menarik di Bandar Hilir Melaka 2023 untuk jalan jalan!
Oleh
Ibu Syurga
URL Copied
Jika kita sampai ke Bandar Hilir, jangan lepaskan peluang untuk melawat ke tempat menarik yang ada di sini. Kebanyakannya dekat dekat belaka, jalan kaki pun boleh sampai. Booking hotel & homestay melaka terdekat untuk jimat masa. Teruskan membaca jika anda mahu melihat senarai penuh Lokasi best di Melaka!
12 Tempat menarik di Bandar Hilir Melaka yang penuh sejarah & keindahan!
Kita mulakan dengan tempat pertama.
Menara Taming Sari.
Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka, Malaysia. Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan.
Alamat: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Dibuka: 18 April 2008
Tingkat: 24
Waktu perniagaan: Sedia menerima lawatan dari 10 pagi hingga 11 malam.
Telefon: 06-288 1100
Review pengunjung menara taming sari dari 4,274 pelawat yang meninggalkan ulasan di Google memberikan mata 4.2 dari 5.0 bintang.
Menara ini terletak berhampiran dengan Melaka River Cruise. Sangat berbaloi untuk dinaiki pada malam hari. Memang cantik!
Kota A Famosa telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Tips 1 Kawasan A Farmosa ni sangat sesak tau. Kalau anda booking hotel di melaka yang jauh sikit, pastikan datang awal ke sini. Seeloknya waktu pagi. Tapi, kalau anda datang waktu malam pun berbaloi. Tempat ni dilimpahi cahaya lampu. Casa Del Rio adalah Hotel Melaka antara yang paling dekat dengan A Farmosa. Jalan kaki pun sampai.
Alamat: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka
Tahun dibina: 1511
Dibina oleh: Empayar Portugal
Telefon: 06-552 0888
Ulasan daripada 2,923 pelancong di Google yang pernah mengunjungi Kota A Famosa memberikan mata purata 4.2 dari 5.0 bintang.
Muzium Tuan Yang Terutama.
Muzium Tuan Yang Terutama ialah sebuah muzium di Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia. Ianya merupakan bekas kediaman rasmi dan pejabat Gabenor Belanda di Melaka pada kurun ke-17.
Alamat: Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka.
Dibuka: 2002
Waktu perniagaan: Buka dari 9 pagi hingga 5.30 petang.
Telefon: 06-284 1934
Ulasan pelawat muzium ini memberikan mata 3.5 dari 5.0 bintang berdasarkan 11 ulasan di Google.
Upside Down House Gallery Melaka.
Tempat yang menarik untuk menangkap gambar, susunan perabot di dalam rumah ini terbalik. Jadi, gambar yang di hasilkan memang aneh.
Alamat: Jalan Pm 7, Plaza Mahkota, 75000 Melaka.
Waktu perniagaan: Di buka kepada lawatan dari 10 pagi hingga 9 petang.
Telefon: 011-1072 2260
3.3 dari 5.0 bintang yang di berikan oleh 524 pelancong di Google.
Muzium Sejarah dan Ethnografi.
Muzium Sejarah dan Ethnografi terletak di Bangunan Stadthuys, lokasinya di persimpangan Jalan Kota dan Jalan Gereja, Melaka, Malaysia. Wikipedia
Alamat: Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka.
Waktu perniagaan: Dari 9 pagi hingga 5.30 petang
Telefon: 06-282 6526
4.1 dari 5.0 bintang hasil dari review 42 penunjung yang meninggalkan ulasan di Google.
Melaka River Park and Cruise.
Nikmati permandangan kota Melaka dengan menyusuri sungai yang terjaga bersih. Paling berbaloi untuk naik di waktu malam kerana lebih cantik. Tapi, memang kena beratur panjang untuk tunggu giliran menaiki cruise. Ibu sarankan tempat homestay yang terletak dekat di Bandar hilir. Senang nak pergi. (Baca lebih lanjut tentang senarai Homestay terbaik di Melaka untuk cuti bersama keluarga!)
Alamat: Jalan Laksamana, 75000 Melaka.
Waktu perniagaan: Buka dari 9 pagi hingga 11.30 malam setiap hari.
Telefon: 06-281 4322
4.2 dari 5.0 bintang hasil review 2,042 ulasan pelancong di Google.
Muzium Samudera.
Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. Di sebelahnya Muzium Samudera Fasa II.
Alamat: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka.
Dibuka: 13 Jun 1994
Waktu perniagaan: Dari 9 pagi hingga 6.30 petang setiap hari.
Telefon: 06-282 6526
4.0 dari 5.0 bintang hasil 743 ulasan pelawat muzium samuder di Google.
Dataran Pahlawan.
Tempat ini menempatkan pusat membeli-belah dengan pelbagai barang moden Dan kraf. Banyak juga tempat-tempat makan yang menarik
Dataran Pahlawan di Bandar Hilir merupakan tempat berlangsungnya suatu perhimpunan raksasa pada 20 Februari 1956. Di hadapan dataran ini terdapat Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. Boleh berbasikal di malam hari sekitar kawasan dataran pahlawan dan bandar hilir. Memang menyeronokkan. Basikal ofobike disediakan secara percuma.
Alamat: 04, Hatten Square, 1, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Malacca, Melaka.
Dibuka: Julai 2007
Waktu perniagaan: Dari 10 pagi hingga 10 malam.
Telefon: 06-283 2828
4,235 pelawat dataran pahlawan telah memberikan mata 4.1 dari 5.0 bintang yang di kongsi di Google.
Melaka Clock Tower.
Sebuah tempat yang bagus untuk tangkap gambar. Menara ini berada berdekatan dengan banyak tarikan pelancong. Boleh berjalan kaki saja untuk ke semua tempat ini. Menara jam lama ini terjaga rapi dan masih lagi berfungsi. Alamat: Jalan Gereja, Bandar Hilir, 75000 Melaka. Waktu perniagaan: Di buka 24 jam setiap hari. Telefon: 06-333 3333
4.3 dari 5.0 bintang dari 116 ulasan di Google.
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.
Tempat informasi sejarah kemerdekaan di Melaka dan perarakan hari kemerdekaan di adakan di sini. Memorial ini terletak di Bandar Melaka, Melaka, Malaysia. Di hadapan memorial ini ialah Dataran Pahlawan. Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini dikenali sebagai Kelab Melaka. Alamat: Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 75000 Melaka. Dibuka: 1912 Waktu perniagaan: Tutup pada hari isnin. Buka dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Telefon: 06-284 1231 4.2 /5.0 bintang dari 50 ulasan pelawat yang berkongsi di Google.
Muzium Kastam Diraja Malaysia.
Sebuah muzium percuma yang menempatkan banyak barang bersejarah tentang kastam di sini. Gambar anggota anggota kastam pada zaman dulu pun banyak di pamerkan. Alamat: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka. Ditubuhkan: 25 Ogos 2006 Waktu perniagaan: Di buka dari 9 pagi hingga 5 petang. Telefon: 06-283 3924
4.2 dari 5.0 bintang dari22 ulasan di Google.
Cendol Jam Besar.
Penat berjalan jalan? Nikmati semangkuk cendol yang di gemari ramai. Kedai ini sangat terkenal dengan cendol yang sedap, banyak dan pada harga berpatutan. Melaka ada banyak tempat makan yang sedap. Nikmati juadah yang enak sambil makan angin dengan membaca tentang 31 tempat makan sedap di Melaka. Alamat: Bandar Hilir, 75200 Melaka. Waktu perniagaan: Buka dari 9 pagi hingga 6 petang. Telefon: 016-654 5911
4.0 dari 5.0 bintang dari75 ulasan peminat cendol di Google.
Wah. Muzium Kastam ada la dlm list. Bangga jap sbg warga kastam. Da lama x jejak cendol jam besar. Rindu. Asyik busy aje time weekend. Next weekend in shaa Allah nak ajak mr.Asben & anak2 ke jonker walk. Saje jalan2. Anak2 tuisyen. Tak sempat nak berjalan jejauh luar melaka.
lamanya tak pi melaka walaupun kampung kat melaka huahauhauha, malas nak masuk bandar melaka sebab jem teruk kalau weekend. weekdays je ok tapi kene amik cuti plak
Wah banyak tempat menarik di Melaka. Syira penah pegi Melaka. Tapi tak ada chance lagi nak explore. Pegi pun sebab kenduri je. Saved dulu untuk rujukan.
Teringinnya TB nak pi jalan-jalan kat Melaka.. ramai kata kat sana banyak tempat best-best.. tu Menara Taming Sari tu salah satu tempat idaman TB.. harap suatu hari dapat pi lagi.. hee
Bila tengok balik semua gambar menarik dekat Melaka , terus rasa eh nak pergilah sana . Rindu Melaka , Lama tak pergi .Haritu pergi pun tak sempat nak visit semua tempat
Semua ni memang tempat favourite di Bandar Hilir Melaka. Tapi ada juga yang Yaya belum pergi lagi. Boleh refer kat sini nanti kalau ke Bandar Hilir lagi yeayy
Yeay! Rawlins dah terjah hampir kesemua yang disenaraikan di atas. Ada 2 yang belum and insyaAllah memang Rawlins akan repeat ke Melaka. Rawlins suka travel ke Melaka sebab penginapan senang - banyak boutique hotel yang cantik
Lama dah sis tak jejak kaki kat Melaka ni..tgok banyak dah tempat menarik kat sana ya. Nampak gaya kena buat planning balik utk ke sana..tunggu anak cuti sekolah dulu
melaka antara salah satu negeri yang ainy palingggg suka pergi sebab kecil lepastu dari satu tarikan ke satu tarikan yang tu dekat-dekat je. sehari dua hari stay melaka pun dah dapat cover banyak tempat menarik. tapi tak sangka pulak rupanya banyak tempat ainy tak explore bila baca artikel ni. alahai rupanya ada 2-3 tempat lagi yang ainy tak pernah sampai. kena plan pergi lagi sekali lah ni just to cover tempat2 tak pernah pergi tu. thank you untuk info ni. 🤗
Kebanyakkan tmpt kt melaka kita dh jelajah sbb suka ke sini.. Tp skrg nk perfi lagi mcm bosan lak..hehe.. Tp klo bosan2 dtg je kt mlka.. Dlu abg kandung duduk mlka so sllu jln2 mlka... Skrg duk muar, bila2 masa leh g mlka lak..hihi
bestkan melaka macam2 aktiviti dan tempat kita boleh pergi dan rasai. jarang pergi melaka untuk bekerja biasanya turun sebab bercuti atau urusan keluarga. insyaallah satu hari nak turun sini dan betul2 berjalan
Melaka memang best. Ruby suka negeri melaka. Kalau dr kl ke sana utk bercuti pun syok. Makanan merata-rata tempat kita boleh cari. Tempat bersejarah pun banyak. Kemudian nak berjalan kaki kemana pun best. Hehe
12 Tempat menarik di Bandar Hilir Melaka yang penuh sejarah & keindahan!
Menara Taming Sari.
Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka, Malaysia. Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan.
Kota A Famosa.
Tips 1 Kawasan A Farmosa ni sangat sesak tau. Kalau anda booking hotel di melaka yang jauh sikit, pastikan datang awal ke sini. Seeloknya waktu pagi. Tapi, kalau anda datang waktu malam pun berbaloi. Tempat ni dilimpahi cahaya lampu. Casa Del Rio adalah Hotel Melaka antara yang paling dekat dengan A Farmosa. Jalan kaki pun sampai.
Muzium Tuan Yang Terutama.
Muzium Tuan Yang Terutama ialah sebuah muzium di Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia. Ianya merupakan bekas kediaman rasmi dan pejabat Gabenor Belanda di Melaka pada kurun ke-17.
Upside Down House Gallery Melaka.
Tempat yang menarik untuk menangkap gambar, susunan perabot di dalam rumah ini terbalik. Jadi, gambar yang di hasilkan memang aneh.
Muzium Sejarah dan Ethnografi.
Melaka River Park and Cruise.
Muzium Samudera.
Dataran Pahlawan.
Boleh berbasikal di malam hari sekitar kawasan dataran pahlawan dan bandar hilir. Memang menyeronokkan. Basikal ofobike disediakan secara percuma.
Melaka Clock Tower.
Menara jam lama ini terjaga rapi dan masih lagi berfungsi.
Alamat: Jalan Gereja, Bandar Hilir, 75000 Melaka.
Waktu perniagaan: Di buka 24 jam setiap hari.
Telefon: 06-333 3333
4.3 dari 5.0 bintang dari 116 ulasan di Google.
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.
Alamat: Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 75000 Melaka.
Dibuka: 1912
Waktu perniagaan: Tutup pada hari isnin. Buka dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
Telefon: 06-284 1231
4.2 /5.0 bintang dari 50 ulasan pelawat yang berkongsi di Google.
Muzium Kastam Diraja Malaysia.
Alamat: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka.
Ditubuhkan: 25 Ogos 2006
Waktu perniagaan: Di buka dari 9 pagi hingga 5 petang.
Telefon: 06-283 3924
4.2 dari 5.0 bintang dari22 ulasan di Google.
Cendol Jam Besar.
Alamat: Bandar Hilir, 75200 Melaka.
Waktu perniagaan: Buka dari 9 pagi hingga 6 petang.
Telefon: 016-654 5911
4.0 dari 5.0 bintang dari75 ulasan peminat cendol di Google.
تعليقات
doa-doakan saya mendapat tsunami rezeki duit agar mudah untuk berbulan madu dan makan angin ..
aamiin.
Da lama x jejak cendol jam besar. Rindu. Asyik busy aje time weekend. Next weekend in shaa Allah nak ajak mr.Asben & anak2 ke jonker walk. Saje jalan2. Anak2 tuisyen. Tak sempat nak berjalan jejauh luar melaka.