4 Tempat best di Pengkalan balak melaka 2023. Cantik pantainya
Oleh
Ibu Syurga
URL Copied
Assalamualaikum Wrmbth, bercuti di tepi pantai memang mengasyikkan. Boleh rehat rehat sambil menikmati suasana yang tenang. Ramai dari kita kurang tahu tentang Pantai Pengkalan Balak Melaka. Ini kerana pantai ini terletak jauh dari kawasan tumpuan pelancong yang lain. (Baca senarai penuh 121 Tempat tarikan pelancong paling seronok di Melaka!) Hari ini Ibu akan kongsikan kepada anda semua, apa yang menanti anda di Pantai yang indah ini.
Pengkalan Balak Melaka sebagai tempat tarikan pelancong!
Tips 1 - Cukup banyak pilihan penginapan di tepi pantai pengkalan balak. Ada chalet, resort & homestay yang murah & mahal. Walaupun anda dah pun booking hotel melalui aps & website, pastikan kita hubungi semula tempat tersebut untuk mengesahkan tempahan. Ada kes, hotel dah di tempah tapi apabila sampai ke sana, tempahan kita tiada dalam sistem. Selamat mencuba
Pantai Pengkalan Balak terletak tidak jauh dari Pantai Tanjung Bidara. Ia berada di dalam daerah Alor Gajah. Ibu mempunyai ramai saudara mara yang tinggal di sini dan majoriti dari mereka bekerja sebagai nelayan. Pesisir pantai pengkalan balak yang bersih mempunyai keindahan dan tarikan yang tersendiri. Kampung kampung nelayan yang tersusun di persisiran pantai melaka menjanjikan pengalaman percutian yang mendamaikan. Kita berpeluang menyaksikan nelayan-nelayan yang pulang membawa hasil laut menjelang petang hari sambil menyaksikan permandangan matahari terbenam di Selat Melaka.
Jauh dari kesibukan dan hiruk pikuk kota. Pantai ini terletak berdekatan dengan sebuah kem tentera, Kem Terendak. Dan di sinilah juga tempat Akademi Laut Malaysia (ALAM) terletak. Banyak chalet dan homestay di dirikan di tepi pantai, betul betul menghadap ke laut untuk sewaan pelancong yang mahu mandi manda dan berkelah di tepi pantai. Walaupun kawasan ini terletak jauh dari Bandar Melaka, ada juga pelancong yang menghabiskan cuti hujung minggu mereka di sini. Terutama sekali pada cuti sekolah.
Lokasi & Peta Ke Pengkalan Balak Melaka.
Tips 2 - Jika kita merancang bercuti ke pantai pengkalan balak, ada banyak chalet & homestay melaka yang terdapat di tepi pantai. Sebelum booking hotel online, baca dulu review pelancong terdahulu. Cek juga trafik ke sini biasanya sesak pada hujung minggu terutamanya di petang hari. Jadi, rancang perjalanan anda terlebih dahulu.
Di bawah ini Ibu sertakan, alamat ke pantai perkampungan nelayan ini. Alamat : Masjid Tanah, Melaka.
Peta ke pantai pengkalan balak:
Tempat menarik di Pengkalan Balak Melaka!
Kalau sampai ke pengkalan balak, ada beberapa tempat menarik yang kita boleh tuju. Ibu senaraikan di bawah untuk percutian hujung minggu yang menyeronokkan. Kalau nak pergi semua tempat ni dalam sehari memang agak padat. Jadi, ada baiknya kita booking hotel disini.
1. Pantai Pengkalan Balak.
Kalau dah sampai pengkalan balak, rugi tak singgah mandi manda di sini. Kawasan pesisiran pantainya panjang dengan pasir yang bersih.
Ada kawasan yang sedikit tersorok dan kurang tumpuan. Malah ada batu batan besar di tepi pantai dengan rupa bentuk geografi yang cantik.
Tempat macam ni sesuai tangkap gambar & menikmati tiupan angin laut yang menghembus manja ke muka kita. Tak perlu jauh jalan ke langkawi untuk berkelah di pantai yang cantik.
Boleh tertidur layan bayu laut.
Cuma, kalau nak mandi manda. Pastikan kita pilih kawasan yang ada orang lain. Elakkan dari berada di kawasan tanpa orang ramai kerana malang kan tak berbau.
Di sekitar pantai ini mempunyai banyak serta gerai-gerai yang menjual makanan seperti hasil laut, pakaian dan permainan. Bolehlah beli cenderamata untuk di bawa pulang.
Ada 2 lagi pantai yang cantik & lebih popular di Melaka seperti yang tersenarai dalam video di bawah. Tekan butang play untuk tonton.
2. Tinggal di Chalet & Homestay yang terletak di tepi pantai!
Pernah tak anda tinggal di rumah yang berada hampir betul dengan pantai? Kalau tak pernah, wajib cuba walu sekali dalam seumur hidup.
Dapat kita dengar sendiri bunyi deruan ombak menghempas pantai yang mendamaikan. Terbayang bayang sampai sekarang.
Pengalaman yang sangat sukar di gambarkan. Umpama bunyi oskestra yang harmoni persembahan alam ciptaan ilahi.
Pastikan kita pilih homestay yang bagus. Sebab ada banyak homestay di sini. Dengan pelbagai harga & ragam tuan punya. Ada yang bagus. Ada juga yang tak bagus. Mana nak tahu bagus atau tidak? Baca lebih lanjut tentang senarai homestay di tepi pantai Melaka yang ibu nukilkan ini.
Ibu sertakan bersama review dari pengunjung lepas dalam entri tersebut. Klik saja link di atas.
3. Pusat Penetasan Penyu Padang Kemunting.
Selalunya kalau nak tengok penyu, kita akan ke pantai timur. Terutama di sebelah Terengganu. Ramai dari kita tak tahu, di Melaka pun ada pusat penetasan penyu.
Lawatan kita pasti tidak lengkap sekiranya tidak melawat pusat pemeliharaan dan penetasan penyu yang terletak jauh ke pedalaman dari pantai pengkalan balak.
Pusat ini adalah sebuah kawasan berpagar khas untuk anak anak penyu menetas & membesar dengan baik sebelum di lepaskan ke laut.
Kita akan melihat sendiri spesis penyu karah yang hampir pupus. Pusat ini di tubuhkanJabatan Perikanan untuk menyelamat dan melindungi penyu karah dari hilang di hapuskan tangan tangan manusia yang rakus.
Usaha murni ini kita patut sokong, supaya kelangsungan spesis penyu dapat di teruskan sehingga ke anak cucu.
Tak ada banyak aktiviti dapat di lakukan di sini selain dari melihat anak anak penyu. Lagipun lokasi pusat ini agak jauh. Ibu tak rasa semua orang suka ke sini. Review dari 29 pelawat pusat ini yang di tinggalkan di Google memberikan mata 3.0 dari 4.0 bintang.
4. Kompleks Falak Al-Khawarizmi.
Satu kawasan cerapan langit dan astronomi yang di jaga rapi. Sangat bagus untuk lawatan sambil belajar.
Tempatnya cantik, tenang, dan sesuai untuk membawa ahli keluarga untuk beriadah, penginapan di sekeliling kompleks ini pun banyak. Bagus untuk di jadikan tempat berkursus.
Ada disediakan wayang 3D dan sebagainya. Yang tak syoknya, waktu malam tak buka, tutup jam 5 petang. Kalau tidak, boleh lihat bintang di langit dengan alatan yang ada.
Seramai 81 orang telah memberikan ulasan tentang kompleks ini di Google. Mata terkumpul ialah sebanyak 4.3 dari 5.0 bintang.
Alamat: Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Alor Gajah, Melaka.
Web: Alkhawarizmimelaka.com.my
Telefon: 06-385 2671
Waktu lawatan: Di buka dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Tutup pada hari ahad.
Review Pelancong terpilih tentang Pantai Pengkalan Balak Melaka.
Memang ramai telah bermalam di sini, dan kebanyakan dari pelancong berpuas hati dengan tarikan yang ada di sini. Buktinya, seramai 771 pengunjung pengkalan balak telah meninggalkan ulasan di Google. Pada 28 Jun 2018, mata terkumpul setakat ini adalah 4.0 dari 5.0 bintang. Bagi sebuah pantai awam, memang sangat bagus markah ini.
7 Review pelancong Pantai Pengkalan Balak terpilih!
Di bawah ini Ibu berikan sendiri ulasan sebenar pelancong. 1. Nurhafizah mohd banisah (5/5 bintang)
Alhamdulillah saya sangat sangat berpuas hati dengan penginapan ini. Semuanya tersedia. Suasana pun menyeronokkan. InshaaAllah akan datang lagi bersama family pula.
2. Mohd Ariffin (3/5 bintang)
Semua ok.. Jika pihak yg berkenaan dpt menaik taraf kemudahan awam lebih baik.. Kebanyakan chalet persendirian..
3. Adi Jumadi (4/5 bintang)
Tempat parkir terhad. Pantai yang cantik dan terjaga.
4. Zainure zai (3/5 bintang)
Ok, banyak penjaja dengan bangunan @ warung usang, itu yang buat satu daya penarik, kekalkan apa yang ada sekarang.
5. TuPuD InTan (5/5 bintang)
Pantai kotor dengan sampah sarap ketika air surut. Tapi kebersihan laluan jalan kaki terjaga kerana ada tukang sapu. Sesuai mandi pada waktu pagi kerana airnya tenang.
6. Mohd Rohaizad (4/5 bintang)
Pantai yang cantik dengan ombak laut. Makanan laut juga sedap. Hujung minggu dan cuti sekolah memang sesak dan ramai orang datang sini.
7. Afzanesia (3/5 bintang)
So far antara pantai tercantik kat pantai barat malaysia. Tapi tulah turut dicemari oleh konvoi konvoi mat rempit sampah acah acah.
Akhir kata tentang Pengkalan Balak Melaka.
Jauh berjalan luas pengalaman, kalau kita nak pergi menikmati keindahan alam semulajadi, Ibu sangat rekemen pergi ke sini. Boleh luangkan masa berkualiti bersama keluarga masing masing. Insyaallah, puas hati. Asalkan kita rancang lebih baik percutian ini. Terima kasih kerana mengunjungi blog Ibu dan membaca sehingga habis. Tinggalkan pendapat atau kongsikan pengalaman anda bercuti di Pengkalan balak di ruangan komen di bawah. Sampai jumpa lagi. Assalamualaikum Wrmbth.
Complete sangat ni panduan ni Ibu. Terima kasih, Lin dah bookmark. Johor dengan Melaka dekat je, senang nak buat artikel ni seabagai rujukan. Boleh bawa anak-anak bercuti.
Selalu pergi Pengkalan Balak..suka suasana yang tak sibuk compare pantai kat PD, suka cari ikan2 fresh yang nelayan jual kat tepi jalan..fresh dan udara kat sini segar..lama x pi sini since mak sakit..
Wahh memang tak pernah lagi ke sini, selalu ke Melaka tapi tak tahu ada tempat ni. Insaallah kalau ada rezeki nak jugak ke sini..sis pun suka pergi tempat2 macam ni. Thanks ya for sharing
Bonde dan family baru balik bercuti dekat Melaka, tapi tak singgah pon tempat diatas.. untuk next trip nanti nak plan pergi tempat-tempat yang dikongsikan Bondelah explore dekat situ nanti :)
Saya masa bujang dulu selalu ke pengkalan balak dengan kawan-kawan ofis. Kami suka menginap di chalet makcik. Satu kenangan yang menarik. Kami buat bbq dan mandi laut. Cuma dulu tak berapa selesa. Hahaha. Sekarang dah semakin maju tempat ni. InsyaAllah akan datang lagi.
rasanya pernah sampai sekali.jalan-jalan & singgah kejap je.perkongsian yang menarik dan boleh dijadikan panduan untuk akan datang.moga satu hari nanti dapat ke sini lagi. Janji Kita
Assalamualaikum Wrmbth, bercuti di tepi pantai memang mengasyikkan. Boleh rehat rehat sambil menikmati suasana yang tenang.
Ramai dari kita kurang tahu tentang Pantai Pengkalan Balak Melaka. Ini kerana pantai ini terletak jauh dari kawasan tumpuan pelancong yang lain. (Baca senarai penuh 121 Tempat tarikan pelancong paling seronok di Melaka!)
Hari ini Ibu akan kongsikan kepada anda semua, apa yang menanti anda di Pantai yang indah ini.
Pengkalan Balak Melaka sebagai tempat tarikan pelancong!
Tips 1 - Cukup banyak pilihan penginapan di tepi pantai pengkalan balak. Ada chalet, resort & homestay yang murah & mahal. Walaupun anda dah pun booking hotel melalui aps & website, pastikan kita hubungi semula tempat tersebut untuk mengesahkan tempahan. Ada kes, hotel dah di tempah tapi apabila sampai ke sana, tempahan kita tiada dalam sistem. Selamat mencubaPantai Pengkalan Balak terletak tidak jauh dari Pantai Tanjung Bidara. Ia berada di dalam daerah Alor Gajah.
Ibu mempunyai ramai saudara mara yang tinggal di sini dan majoriti dari mereka bekerja sebagai nelayan.
Pesisir pantai pengkalan balak yang bersih mempunyai keindahan dan tarikan yang tersendiri. Kampung kampung nelayan yang tersusun di persisiran pantai melaka menjanjikan pengalaman percutian yang mendamaikan.
Kita berpeluang menyaksikan nelayan-nelayan yang pulang membawa hasil laut menjelang petang hari sambil menyaksikan permandangan matahari terbenam di Selat Melaka.
Jauh dari kesibukan dan hiruk pikuk kota. Pantai ini terletak berdekatan dengan sebuah kem tentera, Kem Terendak. Dan di sinilah juga tempat Akademi Laut Malaysia (ALAM) terletak.
Banyak chalet dan homestay di dirikan di tepi pantai, betul betul menghadap ke laut untuk sewaan pelancong yang mahu mandi manda dan berkelah di tepi pantai.
Walaupun kawasan ini terletak jauh dari Bandar Melaka, ada juga pelancong yang menghabiskan cuti hujung minggu mereka di sini. Terutama sekali pada cuti sekolah.
Lokasi & Peta Ke Pengkalan Balak Melaka.
Tips 2 - Jika kita merancang bercuti ke pantai pengkalan balak, ada banyak chalet & homestay melaka yang terdapat di tepi pantai. Sebelum booking hotel online, baca dulu review pelancong terdahulu. Cek juga trafik ke sini biasanya sesak pada hujung minggu terutamanya di petang hari. Jadi, rancang perjalanan anda terlebih dahulu.Di bawah ini Ibu sertakan, alamat ke pantai perkampungan nelayan ini.
Alamat : Masjid Tanah, Melaka.
Peta ke pantai pengkalan balak:
Tempat menarik di Pengkalan Balak Melaka!
1. Pantai Pengkalan Balak.
2. Tinggal di Chalet & Homestay yang terletak di tepi pantai!
Pernah tak anda tinggal di rumah yang berada hampir betul dengan pantai? Kalau tak pernah, wajib cuba walu sekali dalam seumur hidup.
3. Pusat Penetasan Penyu Padang Kemunting.
4. Kompleks Falak Al-Khawarizmi.
Review Pelancong terpilih tentang Pantai Pengkalan Balak Melaka.
Memang ramai telah bermalam di sini, dan kebanyakan dari pelancong berpuas hati dengan tarikan yang ada di sini.
Buktinya, seramai 771 pengunjung pengkalan balak telah meninggalkan ulasan di Google. Pada 28 Jun 2018, mata terkumpul setakat ini adalah 4.0 dari 5.0 bintang.
Bagi sebuah pantai awam, memang sangat bagus markah ini.
7 Review pelancong Pantai Pengkalan Balak terpilih!
Di bawah ini Ibu berikan sendiri ulasan sebenar pelancong.1. Nurhafizah mohd banisah (5/5 bintang)
2. Mohd Ariffin (3/5 bintang)
3. Adi Jumadi (4/5 bintang)
4. Zainure zai (3/5 bintang)
5. TuPuD InTan (5/5 bintang)
6. Mohd Rohaizad (4/5 bintang)
7. Afzanesia (3/5 bintang)
Akhir kata tentang Pengkalan Balak Melaka.
Jauh berjalan luas pengalaman, kalau kita nak pergi menikmati keindahan alam semulajadi, Ibu sangat rekemen pergi ke sini.
Boleh luangkan masa berkualiti bersama keluarga masing masing. Insyaallah, puas hati. Asalkan kita rancang lebih baik percutian ini.
Terima kasih kerana mengunjungi blog Ibu dan membaca sehingga habis. Tinggalkan pendapat atau kongsikan pengalaman anda bercuti di Pengkalan balak di ruangan komen di bawah.
Sampai jumpa lagi. Assalamualaikum Wrmbth.
تعليقات
Janji Kita
Janji Kita