Susu Kambing Habib! Review harga & kebaikan susu tepung organik.

Susu Kambing Habib

Habib susu Kambing, bagus sangat ke produk ni?

Kalau nak di bandingkan dengan zaman 90 an dulu, susah nak dapat susu kambing tepung ni.

Kalau ada pun mesti mahal harganya.

Sekarang ni untung sangat, banyak jenama susu kambing ada di jual. Macam macam jenama.

Salah satu darinya adalah Habib. Bagi menulis artikel ini, Ibu telah merujuk laman web Habib & perkongsian dari page Ibu Bijak Keluarga Sihat.



Apa kelebihan menggunakan susu kambing jenama Habib?

Apa yang Ibu perhatikan, susu kambing yang digunakan sama je. Apa yang berbeza pada bahan tambahan.

Kerana kebanyakan susu tepung kambing di Malaysia ni di import kalau bukan dari Holland, mesti dari New Zealand.

Bagi jenama Habis, manfaat yang kita dapat dengan menggunakannya adalah seperti di bawah ni.
Pelbagai pilihan perisa 
  1. Tidak mempunyai bau hamis susu kambing yang cliche. Jadi boleh minum tanpa tutup hidung.
  2. Rasa susu kambing yang sedap.
  3. Susu kambing ini mempunyai banyak khasiat
  4. Mudah disediakan dan tahan lebih lama jika dibandingkan dengan susu segar.
  5. Nak jimat boleh beli banyak & jadi agen terus. Sangat sesuai kalau anak anak tengah membesar sekarang ni. Macam keluarga Ibu sendiri, di rumah setiap bulan tak kurang 10 kotak susu dah ada dalam simpanan. (Tapi jenama lainlah.)
  6. Untuk agen, boleh dapat harga agen dengan belian 5 kotak.
  7. Setiap 20 kotak susu kambing jenama ni yang kita minum, kita boleh tuntut 1 kotak susu percuma. Simpan dan kumpul kupon saja.


Pilihan perisa susu kambing dari Habib!

Kalau hari hari asyik nak minum perisa yang sama saja mesti rasa jemu kan? Sebab tu sedap juga kita tukar sesekali dengan perisa lain.

Di bawah ni Ibu senaraikan pilihan yang yang ada.
  1. Asli Gold 450g
  2. Asli 850g
  3. Coklat 500g
  4. Asli Junior 900g (untuk kanak kanak)
  5. Asli Super 900g
  6. Asli Premier 850g
  7. Coklat 900g
  8. Vanilla 900g
  9. Strawberry 900g
  10. Nutty Cafe 25 sachets

Jadi, kalau kita nak cuba minum susu jenama ni bolehlah pilih mana mana yang suka.

Selain tu, ada banyak lagi jenama susu formula kambing di jual. Di bawah ni Ibu kongsikan artikel untuk bantu kita buat pilihan. Kaedah minum pun dikongsi bersama.
Bacaan menarik: Susu kambing khasiat yang terkandung di dalamnya memang bagus untuk kesihatan. Cuba baca.






Penulis / Editor: Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com

1 تعليقات

تعليقات

‏قال Mama Hakim
Susu kambing jenama habib asli yang uniknya mama perhatikan tak ada gula tambahan. baguslah sangat tu sebab sekarang ni ada banyak jenama yang tambah gula.