13 Susu Kambing terbaik! Ini jenama susu formula paling bagus.

Ingatkan susu kambing ni berbau hamis! Sedapnyaa! Menyesal tak minum dari dulu.

Sejak kebelakangan ni, semakin ramai yang menyedari kesedapan & khasiat susu kambing.

Mana taknya, banyak jenama baru di pasaran. Kempen pemasaran di corong radio, expo baby fair & kaca tv pun meluas. Menurut laman Draxe.com, khasiat susu kambing melebihi susu lembu. Tapi kan..

Tak semua susu tepung kambing ni dihasilkan sama. Ada yang banyak gula. Ada banyak perisa.  Ada pula yang organik. Seperti garis panduan diberikan USFDA untuk susu yang dirawat.

Jadi, artikel ini Ibu tulis untuk membantu menjawab persoalan anda sebelum beli susu kambing formula dengan kerjasama dari page Ibu Bijak Keluarga Sihat.


Baca artikel mengenai susu formula kambing sehingga habis dan anda dijamin akan

  1. Mengetahui 13 jenama susu tepung kambing terbaik di Malaysia seperti susu karihome & lain lain.
    .
  2. Tempat paling berbaloi beli susu anak murah. Online, supermarket ataupun di expo baby fair?
    .
  3. Tips penyediaan supaya zat susu kambing terpelihara. Adakah ia berbeza dengan cara bancuh susu dutch baby, atau sama saja?
    .
  4. Membandingkan harga susu kambing dengan susu formula terbaik untuk anak & keluarga anda yang lain seperti susu pediasure complete & susu Dutch Lady. Dan banyak lagi soalan lain.

Kita mulakan dengan soalan paling popular.

Apakah ia?


Senarai susu kambing terbaik di pasaran! Mana 1 yang paling bagus untuk anda?

Keluarga Ibu adalah peminum tegar susu kambing. Hari hari kami minum. Dalam 1 bulan, sampai 10 kotak susu kami guna.

Jadi, memang dah arif jugalah perbezaan jenama yang ada. Selain susu kambing, banyak lagi jenama susu formula.


Bacaan menarik: Susu formula terbaik, Ini 16 jenama paling popular di Malaysia!

Di bawah ini adalah beberapa jenama popular di pasaran. (No 1 adalah kegemaran kami! Anda bagaimana? Kita mulakan sekarang dengan jenama susu kambing di Malaysia)


susu kambing terbaik



1. Susu formula Wildan




kebaikan susu kambing wildan untuk ibu mengandung

Keluarga Ibu dah gunakan susu ini agak lama. Hampir 4 tahun. Alhamdulillah serasi untuk seisi keluarga.

Jenama tempatan yang dapat pengiktirafan antarabangsa. Dulu masa baru keluar, bahan mentahnya susu kambing organik semata mata.

Sekarang ni dah campur banyak makanan lain macam minyak canola. Setau Ibu, jenama ini menggunakan susu yang diimport dari Holland (Negara asal susu friso gold)

Harga untuk 1 pek 500g memang mahal lah.
Bacaan menarik: Susu Kambing Wildan, Apa kelebihannya?


2. Susu tepung Lazz

Satu lagi jenama tempatan yang popular. Iklan pun banyak di radio dan tv. Agak popular juga ni.
testimoni lazz susu kambing untuk bayi


Salah satu jenama yang Ibu pernah gunakan sendiri setiap hari. Keunikan Lazz susu kambing ialah mereka mengimportnya dari Holland, sebuah negara yang cukup hebat teknologi tenusunya. Mana taknya, ada lebih 18,000 ladang tenusu disana & 12.7 billion kg susu diproses setiap tahun.

Jenama susu dutch lady kan datang dari negara yang sama. Cuma dutch lady bekalkan susu lembu lah kan. Yang ni pula kambing.

Banyak artikel Ibu dah tulis tentang Lazz ni, kalau nak tau harga susu lazz, senarai pengedar & baca testimoni penggunanya. Jemput baca artikel di bawah.


Bacaan menarik: Susu Kambing Lazz, kenapa anda perlu cuba?.


3. Susu Khalish

Jenama khalish susu kambing memang unik kerana ia dihasilkan secara organik. Bebas bau bauan yang tak menyenangkan. Bukan senang nak dapat status organik seperti yang dikongsikan web huffpost.


khalish susu kambing harga


Dapatkan info seperti dimana nak dapatkannya, bahan mentah & harga susu khalish dalam artikel di bawah.
Bacaan menarik: Susu Kambing organik Khalish, ini sebab ramai sukakannya!.

4. Susu Higoat

Rasanya, kalau di ingat semula. Inilah jenama pertama susu kambing tempatan yang jadi mainstream.


khasiat susu kambing higoat cara minum


Ibu gunakan jenama susu ini agak lama. Dari belum kahwin.

Walaupun banyak kebaikan susu kambing higoat, lebih penting lagi cara penyediaan yang betul supaya khasiat yang ada dalamnya terpelihara.

Sebab itu Ibu kongsikan cara minum susu higoat yang betul & banyak lagi maklumat penting dalam artikel di bawah. 


Bacaan menarik: Susu kambing Higoat, Kenapa ramai sukakannya!.

Banyak lagi pilihan, nak senaraikan semuanya memang tak laratlah. hehe. Di bawah ini beberapa jenis lagi.


5. Susu Habib

Ibu telah mengulas lebih lanjut tentang susu habib. Banyak persoalan yang sering ditanya dah pun dijawab dalam artikel tersebut. 


susu kambing habib untuk bayi


Contohnya, sesuai ke susu tepung habib untuk anak kita? Dapatkan jawapannya di bawah.

Bacaan menarik: Susu kambing Habib.


6. Susu Platinum

Memang banyak khasiat susu kambing kurma untuk kesihatan lelaki & wanita seperti dikongsikan di akhbar express.co.uk. Terutama sekali untuk pasangan suami isteri yang mahukan anak, ataupun ibu hamil.


susu kambing kurma madu platinum




Jadikan amalan minum susu kambing ketika hamil sebagai kewajipan. Emak dalam rahim sama sama dapat khasiat.



Sekarang ni lagi senang, ada produk susu formula terbaik yang mudah disediakan & diminum. 



Baca lebih lanjut di bawah untuk salah satu contohnya iaitu rumusan susu formula kurma madu berjenama platinum.

Bacaan menarik: Susu kambing kurma madu platinum.

7. Susu Suffy

Memang banyak testimoni pengguna yang telah menggunakan produk ini. Tapi, takkan sama kalau kita tak baca sendiri kan? 


susu kambing suffy


Dapatkan maklumat lanjut di bawah ni.

Bacaan menarik: Susu kambing Suffy.

8. Susu Ar Rayyan

Jenama susu formula kambing seterusnya banyak menggabungkan makanan makanan yang dikenali ramai.

susu kambing ar rayyan


Contohnya seperti buah delima, kurma & coklat dengan kebaikan susu kambing.



9. Susu Tok Ali

Jenama yang dah 10 tahun berada di pasaran ini dikeluarkan oleh syarikat yang berpengkalan di Seremban.


susu kambing tok ali


Kalau dah bertahan lama tu, mesti ada pelanggan yang setia kan. 

Sejujurnya Ibu belum berkesempatan menggunakan jenama susu ini. Tak tahulah kalau ada orang nak sponsor ke. Hehe.

Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang susu ini, boleh baca link di bawah.

Bacaan menarik: Susu kambing Tok Ali.


10. Susu Harwany

susu kambing harwany

Kalau anda nak cuba brand susu gold goat dari Harwany, boleh dapatkan di farmasi guardian berhampiran.



12. Susu Irfan

susu kambing irfan


Jenama seterusnya agak unik. Ini kerana ia adalah satu satunya jenama luar negara dalam senarai panjang ini.




13. Susu Karihome

Produk karihome menyediakan pilihan khas untuk digunakan utk kanak kanak & orang dewasa.
susu kambing karihome

Senang nak cari susu ini di pasaraya besar dan hypermarket seperti Tesco dan Aeon Big. Ada di jual kat bahagian susu formula. 

Jika susu lain diimport dari Holland, susu ini pula produk hasil tenusu dari bumi New Zealand. Kita semua tau negara seperti Australia & New Zealand ada padang ragut yang sangat besar. Teknologi tenusu mereka pun maju. 

Sebab tu harga susu karihome ni agak mahal kalau nak dibandingkan dengan susu seangkatan dengannya.

Sebelum beli tu, baca dulu label pada tin. Ibu ada kongsikan perbezaan cara nak bezakan label untuk dewasa & kanak kanak dalam artikel di bawah.


Bacaan menarik: Susu Kambing Karihome.


Khasiat susu kambing untuk kesihatan.



Jika kita telusuri kembali tentang khasiat susu untuk kesihatan, memang banyak kajian moden dan juga dari sunnah nabi yang menyebut secara khusus tentang kebaikannya.


minum susu kambing untuk kesihatan


Bahkan, satu hadis sahih tentang peristiwa israk dan mikraj ada di riwayatkan seperti berikut.

Abu Hurairah berkata, Nabi SAW bersabda : 
Ketika aku diisrakkan, aku bertemu dengan Nabi Musa AS, baginda seorang lelaki yang tinggi kurus dengan rambut berombak seperti seorang Bani Syanu’ah. Aku juga bertemu dengan Nabi Isa AS, baginda kelihatan seperti lelaki biasa, berkulit merah, seakan-akan baru keluar dari pemandian. Aku bertemu dengan Nabi Ibrahim AS, akulah keturunannya yang paling mirip dengannya. Lalu aku diberi dua bejana, yang satu berisi susu dan yang lain berisi arak.  
Dikatakan padaku : Ambillah yang engkau suka. Aku mengambil susu dan meminumnya. Kemudian dikatakan : Engkau diberi petunjuk dengan fitrah atau engkau menepati fitrah. Seandainya engkau mengambil arak, nescaya sesat umatmu.”
Riwayat Imam Muslim.

Oleh kerana telalu banyak kebaikan susu kambing untuk hamil & banyak lagi.. Ibu kongsikan di satu artikel khas mengenainya.


Bacaan menarik: Kebaikan susu kambing. Amalan orang bijak pandai zaman berzaman!



Susu Kambing untuk anak! Boleh ke baby minum susu tepung kambing?



Bagi ibu yang kekurangan susu badan, mesti akan cari alternatif lain untuk menyusukan anak.

Selalunya, kita akan memberi anak anak minum susu formula untuk baby. Pemilihan susu tepung & botol susu yang baik akan sangat memudahkan kita. (Baca panduan memilih botol susu bayi ini, pasti memudahkan anda!)

Tapi, kebelakangan ini semakin ramai yang beralih kepada susu kambing untuk di berikan kepada anak anak.

Persoalannya, sesuai ke susu kambing untuk anak kita yang masih kecil? Ibu kongsikan artikel untuk menjawab persoalan ini.




Susu kambing utk bayi, betul ke baby bawah usia 2 tahun boleh minum susu formula ini?

Banyak betul kempen pemasaran dilakukan dalam memujuk masyarakat supaya menggunakan susu kambing.

Walaupun memang betul susu ini banyak khasiatnya, kita masih perlu hati hati sebelum mencubanya.

Penting untuk kita jadi pengguna bijak.

Terutama sekali sebelum beri kepada anak kita yang baru lahir. 

Badan mereka belum matang, buah pinggang pun belum mampu memproses sesetengah makanan.

Kalau susah nak buat perbandingan antara susu kambing lazz vs wildan serta banyak lagi brand lain, Ibu dah kongsikan di bawah.

Bacaan menarik: Susu kambing untuk bayi! Selamat ke untuk si manja?


Perbandingan pengalaman menggunakan susu pediasure complete & susu kambing?

Dalam membesarkan 2 orang anak Ibu, dah macam macam jenama susu Ibu gunakan.

Sekarang ni Ibu nak kongsikan sedikit tentang kelebihan & kekurangan menggunakan susu ini dari pengalaman sendiri.

Pediasure complete.

Susu pediasure malaysia harga kelebihan

Kebaikan susu pediasure.

  1. Selera makan anak Ibu ada peningkatan selepas menggunakan susu pediasure.
  2. Ibu dapati, anak anak jarang demam & jatuh sakit walaupun semasa musim hujan. 
  3. Ibu juga perasan kelebihan susu pediasure, kalau anak demam pun tak lama semasa menggunakan susu ini. Wallahualam, ini cuma pemerhatian sendiri saja.
  4. Boleh minta sample pediasure online. Jadi, boleh cuba beri anak dulu sampel ni. Tak serasi jangan beli.

Kekurangan susu pediasure.

  1. Harga pediasure memang sangatlah mahal. Hehe. Cuba bayangkan anak 3 orang semua minum susu ni, kembang kempis hidung nak bayar tu.
  2. Agak susah juga nak cari susu jenama ni di pasaran, terutama di kawasan pedalaman.
  3. Pilihan perisa tak banyak. Yang mudah jumpa perisa vanila je. Nak cari perisa coklat macam susah. (Pengalaman sendiri, tak tahulah tempat lain macam mana kan.)
Ibu harap, perkongsian pengalaman di atas membantu anda membuat pilihan ya.

Apa yang pasti, minumlah susu setiap masa.

Lagipun ada banyak pilihan yang kita boleh buat. Susu untuk ibu mengandung, menyusu, untuk anak anak pun ada.

Tak kiralah susu kambing ke, susu formula ke. Jangan sampai tak minum langsung.

Susu pekat manis jangan le. Hehe. Yang ni banyak gula.



Soalan tentang susu tepung yang ramai malu nak tanya.


Adakah susu kambing merupakan susu ibu hamil terbaik?

Wanita memang digalakkan minum susu sepanjang masa. Ini kerana mereka terdedah kepada masalah tulang di usia tua.

Antara penyakit yang paling popular ialah osteoperosis dan sakit sakit sendi seperti tulang belakang dan lutut.

Sekiranya anda masih muda, pengambilan susu untuk ibu hamil yang dilakukan sejak awal sangat di galakkan.

Ini kerana, bekalan kalsium yang lebih tinggi diperlukan untuk kedua dua badan ibu & anak.

Kebelakangan ini, terdapat kesedaran dari syarikat tempatan untuk mengeluarkan susu utk ibu mengandung bersumberkan kambing.

Antara yang Ibu tau & pernah review adalah dari jenama Wildan. Susu ini diperkaya dengan khasiat tambahan dari makanan seperti buah kurma & banyak lagi.

Jika anda berminat untuk mengetahui susu ibu mengandung yang bagus di Malaysia, boleh baca di blog ini. 

Memang susah untuk kita pilih susu terbaik untuk ibu hamil yang paling serasi untuk diri sendiri, terutama sekali jika kita ada masalah kesihatan seperti kencing manis semasa hamil yang memerlukan pengawalan gula.

Jadi, pastikan kita menggunakan susu kambing organik perisa asli kerana ini susu yang baik untuk ibu hamil tanpa tambahan gula yang semestinya manis.

Walaupun banyak jenama susu terbaik untuk ibu mengandung di pasaran, contohnya susu anmum materna, susu frisomum gold, susu enfamama & susu anlene untuk ibu hamil, Ibu dah minum beberapa jenama ini dan akhirnya buat kesimpulan susu kambing tepung organik paling sesuai untuk diri & anak yang di kandung.


Bacaan menarik: Minum susu untuk tulang semakin kuat! Pilih dari 4 jenis susu anlene untuk diamalkan setiap hari.

Anda semestinya ada pendapat sendiri kan. Ibu doakan pencarian anda dilancarkan Allah swt. Kita hanya berusaha. Allah yang menentukan.



Adakah susu kambing sesuai diberikan sebagai susu formula untuk bayi?

Dari pembacaan & juga pemerhatian Ibu sendiri, susu kambing tidak sesuai diberikan secara terus kepada bayi dibawah usia 2 tahun. 

Ini kerana kandungan mineral di dalam susu kambing seperti natrium / sodium terlalu tinggi dan tidak sesuai untuk buah pinggang bayi yang masih kecil.

Tambahan pula, kandungan zat besi di dalam susu kambing agak rendah dan tidak memenuhi keperluan harian anak kita yang masih kecil.

Susu kambing juga tak sesuai diambil bayi yang mengalami demam kuning. Melainkan ibunya minum susu kambing dan memberikan susu ibu kepada anak. Cara pasif macam ini tak ada masalah.

Jadi, kebanyakan produk susu kambing di Malaysia dah jelas tuliskan atas label kotak mereka, susu ini untuk usia 2 tahun ke atas sahaja.

Jadi, sekiranya anda sedang mencari susu formula paling bagus bagi peringkat usia anak kita yang berbeza. Memang tiada susu formula terbaik untuk bayi selain susu ibu.

Dari pengalaman ibu sendiri, paling susah untuk cari susu formula untuk bayi sembelit & baru lahir. Newborn baby yang ada demam kuning (jaundice) yang tinggi lagilah mencabar. Cuba sebaik boleh untuk beri susu badan.

Tak dinafikan, susu ibu adalah terbaik untuk anak anak kan. Susu ibu juga sesuai diberikan kepada anak kita yang demam kuning untuk lebih cepat kebah.

Kita patut amalkan pemberian susu kepada anak anak supaya mereka mendapat khasiat & kalsium yang cukup. Ada susu yang mahal macam susu s26, susu frisogold dan susu anmum essential. Ini semua susu formula untuk perkembangan anak yang bagus untuk perkembangan otak kerana kandungan khasiatnya memang banyak.

Memang sepadan dengan harganya yang mahal. 

Ada juga susu rumusan susu formula yang murah & mudah didapati, contohnya seperti susu dutch lady, susu nan, susu dumex & banyak lagi. Kalau anak kita serasi dengan susu ni, dah dapat jimat banyak kan.



Susu untuk tulang kita lebih kuat, susu kambing ke jawapannya?

Setiap hari badan kita memerlukan kalsium untuk memastikan gigi dan tulang kita kuat.

Jadi, kita perlu mengambil susu setiap hari bagi memastikan badan kita mendapat kalsium yang cukup. 

Sebab itulah, susu tinggi kalsium untuk dewasa tak sama dengan susu untuk kanak kanak dan orang tua. Keperluan kalsium kita tak sama.

Terutama sekali bagi wanita, penting sangat untuk kita minum susu dari usia muda. Ini kerana, semasa kita mengandung & menyusukan anak anak kita memerlukan kalsium dari ibunya. 

Memang penting budaya minum susu untuk tulang dan sendi supaya kita tidak sukar bergerak di usia emas kelak.

Ramai dari kita hanya minum susu untuk tulang retak & patah kerana kemalangan sahaja. Selepas pulih, kembali seperti sediakala.  

Sedangkan jenama anlene ni bukan untuk tulang saja. Susu anlene untuk jantung & tulang belakang pun ada. 



Berapa harga susu kambing ini jika dibandingkan dengan susu lain?

Susu kambing secara umumnya memang lebih mahal dari susu lembu. Maklumlah, kambing ni kecil je jika dibandingkan dengan lembu.

Jadi pengeluaran susu kambing memerlukan kos yang lebih tinggi.

Ditambah lagi dengan faktor tak ramai orang yang suka minum susu dari kambing kerana bau, dan rasanya yang sedikit berbeza.

Dari pengalaman Ibu, sekotak susu kambing seberat 500g berharga kira kira RM50. Sekotak ini hanya mencukupi untuk kegunaan 4 ke 5 hari saja.

Dalam sebulan Ibu gunakan anggaran 10 kotak sebulan. Bayangkan sebulan RM500 untuk susu kambing saja.

Bandingkan pula semasa Ibu gunakan susu pediasure complete untuk anak sulung, harga susu pediasure 1 tin seberat 1.2kg harga semasa adalah RM113. sebulan pula untuk kuantiti yang sama hampir RM460.


Dulu pun pernah pakai juga susu jenama dutch lady, sekarang ni harga untuk 900g RM22. Untuk kuantiti yang sama sebulan anggaran RM120 saja.

Jadi, kalau kita bandingkan susu kambing dengan susu premium macam pediasure & susu murah dutch lady. Tak jauh beza harga pediasure & kambing. Tapi jauh betul bezanya dengan dutch lady. hampir RM350 juga.

Tepuk dada tanya selera. 



Cara dapatkan sample susu percuma?

Memang mudah nak dapatkan sampel susu formula di Malaysia ni. Pergi sahaja ke ekspo bayi dan keibubapaan.

Atau pergi ke hospital dan klinik swasta, tanya dengan mereka untuk sample susu tepung. 

Kalau malas nak pergi, boleh dapatkan saja dalam talian. Setau ibu, jenama antarabangsa macam susu frisogold, pediasure & anmum bagi percuma je. Jenama tempatan ada juga yang bagi tapi kena beli sample tu. Macam jenama Wildan, nak sample susu kena beli. Hehe. Kedekut kan.



Bagaimana cara menyediakan susu formula yang betul?

Cara kita membancuh susu sangat penting supaya khasiat yang terkandung di dalamnya tidak rosak.

Mungkin lucu, tapi ramai dari kita tak sedar cara kita letak air panas pun salah.

Ibu pernah tulis artikel cara bancuh susu dutch baby sebelum ni, ramai dari kita masukkan air panas ke dalam botol susu terlebih dahulu, ini tak elok untuk plastik botol susu tu. Haba yang tinggi akan berisiko membebaskan bahan kimia berbahaya ke dalam susu anak.

Terutama sekali kalau botol susu bayi yang kita gunakan tidak bebas BPA. Cara yang betul ialah

  1. Isi air biasa ke dalam botol susu. Biasanya Ibu akan letak separuh.
  2. Kemudian baru masukkan air panas ke dalam botol, supaya air dalam botol susu menjadi suam.
  3. Barulah kita masukkan susu kambing / formula menurut sukatan yang ditetapkan.
Cara ini akan memastikan anak kita mendapat kebaikan penuh dari susu yang diminumnya.



Akhir kata tentang susu formula kambing, terbaik dari alam semulajadi.

Walau panjang mana pun artikel yang Ibu tulis, dan berapa banyak artikel yang para pembaca budiman baca.

Semuanya tidak akan mendatangkan manfaat sekiranya tiada tindakan diambil selepas mengetahuinya.

Di harap, sedikit sebanyak perkongsian ini dapat membantu menjawab soalan anda semua tentang susu kambing.

Jangan lupa tinggalkan komen di ruangan di bawah. Sama sama kita berkongsi pengalaman. Jumpa lagi.






Penulis / Editor: Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com

13 Susu Kambing terbaik! Ini jenama susu formula paling bagus. Reviewed by Ibu Syurga on Ogos 11, 2019 Rating: 5

22 ulasan:

  1. glad to read about goat milk, I like to drink goat milk. There are many brands in market now, shall visit to find which suitable for me.

    BalasPadam
  2. Dulu masa pregnant anak pertama minum susu kambing terlajak laris punya. Tapi tak ingat ape nama penuh brand dia. Pregnant kali ni tak boleh minum susu langsung. Bagi lah susu kambing ape pun

    BalasPadam
  3. airah pernah try yang lazz tu je. semua perisa pernah try memang sedapp.dekat blog pun ada buat review susu lazz tu jugak haha

    BalasPadam
  4. khasiat susu kambing memang banyak untuk kesihatan kan. Lelaki dan perempuan boleh minum. Tak kira usia muda atau tua. Semoga istiqamah

    BalasPadam
  5. Kte pernah consume Lazz susu kambing tu memang sedap sangat2..paling kte suka lazz cafe. Sedap sangat! Memang tak tipu..dah la kurang manis cuma harga agak mahal la sikit hehhe..

    BalasPadam
  6. Kita tak tahulah jarang minum susu kambing selalu susu lembu jer hehehe tapi hari tu pernah cuba sekali sedap juga tak ingat jenama apa tapi best..

    BalasPadam
  7. I used to feed my daugther with goat's milk but it was really pricy, hopefully in the future it can be cheaper because it's really nutricious.

    BalasPadam
    Balasan
    1. I'm sure the answer would be karihome. That brand sure is pricey and the quantity also not much compared to other local brand. I have tried and tested most of the brand available out there.

      Padam
  8. Sis pernah lah jugak menerai minum susu kambing ni, tapi masalahnya memang tak leh masuk, ada jugak jenama spt kat atas tu sis try..memang x boleh. Kalau daging kambing boleh pulak..hehehe

    BalasPadam
  9. seriously, aida x pernah num susu kambing.
    tak brape minat. tapi memang diakui susu kambing ni bagus. sgt bagus.
    sebab tu skang ni sgt byk company yg buat susu kambing ni.

    BalasPadam
  10. Banyak rupanya pengeluar susu kambing ni. Tapi saya x suka minum apa2 susu hihi

    BalasPadam
  11. Macam2 brand ada lani..pernah try yg susu juna keluaran fyn jamal tu. Ok jugak

    BalasPadam
  12. Masa pregnant hari tu.. TB memang minum susu Wildan.. sedap susu tu.. masa tu TB tak lalu minum susu-susu biasa so, susu wildan la yang TB lalu minum pun.. tak hamis dan sedap.. susu kambing lain macam Lazz pun sedap jugak.. huhu..

    BalasPadam
  13. Banyak susu kambing sekarang..cuma pilih je mana yang terbaik..susu kambimg semua banyak kelebihannya..boleh jadikan amalan harian minum susu

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum ibu zaid. Banyak betul kelebihan minum susu kambing kan.

    Patutlah jadi makanan sunnah. Benda yang sunnah mesti elok.

    Khasiat banyak untuk kesihatan dan kecantikan lelaki dan perempuan

    BalasPadam
  15. Susu kambing memang terbaik untuk kesihatan keluarga. Sebab tu sekarang ni dah ramai yang beli. Saya selalu pergi kedai jamu. Ramai borong untuk minum 1 keluarga

    BalasPadam
  16. sy minum susu kambing Hi Gout.Anak2 sy xblh minum susu lembu..muak..susu abbyad,susu wildan,Susu Sufi Dan Susu karihome..mmg bgus tp sebolihnye sy pilih susu kambing yg tiada campuran gula..

    BalasPadam
  17. Saya suka minum susu kambing, tapi yang tak hamisla..kalau hamis, lambat sikit nak habis..

    BalasPadam
  18. Lazz mmg terbaik!!Alhamdulillah x salah pilih susu untuk anak2..dah 4 tahun jd pengguna lazz untuk 2 org anak soleh solehah..kalau lazz kurma sekotak 5 hari baru hbs..kalau coklat tu 3 hari jerr...laju betoi..kalau beli 1 kotak mmg mahal..tapi kalau nak jimat ambik 3 kotak atau 6 kotak terus boleh dapat harga yg lebih murah..

    BalasPadam
  19. Liez percaya susu kambing mmg bagus untuk sistem imun badan. pengalaman liez minum susu kambing ketika mengandungkan anakpertama dan tidak minum ketika anak kedua.Anak pertama takkena jaudice dan kurang sakit, tak macam anak kedua,kena jaudice prolog dan kerap demam. actually apa-apapun dengan kuasa ALLAH SWT..kita berusaha

    BalasPadam
  20. wah ada banyak jenis susu kambing kena pilih antara yang bagus dan berkualiti tinggilah macam tu.

    BalasPadam

All Rights Reserved by Ibu Syurga © 2014 - 2015
Powered By Blogger.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.