Susu Kambing Tok Ali! Review harga & kebaikan susu tepung organik.
Oleh
Ibu Syurga
URL Copied
Susu Kambing Tok Ali, Bagus ke?
Selalu memandu pulang dari kerja, mesti terdengar iklan produk susu kambing Tok Ali di corong radio.
Kalau bukan sebab Ibu dah selesa dengan jenama lain, mungkin dah cuba brand ni.
Tapi tak apalah, Ibu tulis review tak berbayar untuk susu ni.
Produk keluaran bumiputera ini telah berada lebih 10 tahun di pasaran oleh kilang bertaraf ISO/HACCP. Lebih penting, ada sijil halal. Bagi menulis artikel ini, Ibu telah merujuk laman web CSM & perkongsian dari page Ibu Bijak Keluarga Sihat.
Terdapat beberapa pilihan perisa susu Tok Ali.
Di bawah ini Ibu senaraikan pilihan yang ada.
1. Susu Kambing Asli
Produk paling asa mestilah susu kambing asli. Tak ada bahan tambahan lain dalam susu ni.
Pun begitu, khasiatnya memang banyak. Contohnya
Membantu menguatkan sistem daya tahan badan melawan serangan kuman durjana.
Baik dalam menguatkan daya ingatan.
Membantu mengawal tahap kolesterol.
Kaya kandungan protein & Vitamin A.
Amalkan setiap hari untuk kegunaan seisi keluarga.
Bagi yang tak suka perisa asli, boleh cuba rasa seterusnya.
2. Susu Kambing Madu
Sama seperti susu kambing, madu pun ada banyak manfaat juga.
Madu membuatkan rambut serta mata lebih sihat & bersinar.
Menjadikan kulit lebih jelita & menguatkan sistem penghadaman.
Memberi tenaga & memudahkan serapan kalsium dalam badan.
Sesuai diambil oleh ibu mengandung.
Mengandungi vitamin, mineral semulajadi.
3. Susu Kambing Kurma
Dalam al quran memang ada menyebut tentang faedah mengambil susu dari haiwan ternak. Dalam surah Al-Mu'minuun 23 ayat ke 21, Allah berfirman.
Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya); Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya; dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.
Manakala di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh sahabat Rasulullah SAW.
Al-Bukhaari (5445) and Muslim (2047) narrated from Sa‘d ibn Abi Waqqaas that the Prophet (blessings and peace of Allah be upon him) said: “Whoever eats seven ‘ajwah dates in the morning, will not be harmed by any poison or witchcraft that day.”
Kurma dalam hadis di atas secara spesifik menyebut jenis Ajwa yang ditanam di Madinah. Pandangan ulama mengenai hadis ini ada pelbagai.
Tapi, khasiat kurma memang disepakati ramai. Antara kebaikannya kepada kita ialah.
Membantu menguatkan ingatan mereka yang mengamalkannya.
Menghangatkan badan.
Membekalkan khasiat yang diperlukan badan anak kita untuk lebih fokus dalam pembelajaran.
kaya kandungan vitamin A, C, serat dan kalium yang diperlukan tubuh.
Bagi peminat coklat, mesti suka perisa dibawah ni.
4. Susu Kambing Coklat
Campuran susu kambing & koko yang lazat.
kaya dengan kandungan lemak lihat, protein, karbohidrat, Vitamin A, B, C, & E.
Membantu awet muda.
Meningkatkan metabolisme badan.
5. Susu Kambing Oat
Campuran oat dan susu kambing.
Oat mengandungi serat larut yang mampu mengurangkan kolesterol tidak sihat.
Kaya dengan protein, kalsium, magnesium & mineral lain jika dibandingkan dengan gandum.
Membuatkan kita kenyang lebih lama kerana lambat dihadam.
Kesimpulan mengenai susu kambing jenama Tok Ali.
Susu kambing memang banyak khasiatnya, sebab itu elok kita amalkan setiap hari. Tok Ali ni salah satu jenama yang dah lama di pasaran.
Ibu belum pernah pakai sendiri. Mungkin lain kali.
Sekiranya anda mahu tahu lebih lanjut tentang jenama susu kambing lain yang banyak dijual di pasaraya. Baca artikel di bawah ni.
Bacaan menarik:khasiat susu kambing segar& formula memang banyak! Nak tahu jenama paling popular di pasaran? Baca di sini.
Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com
Susu Kambing Tok Ali, Bagus ke?
Terdapat beberapa pilihan perisa susu Tok Ali.
1. Susu Kambing Asli
2. Susu Kambing Madu
3. Susu Kambing Kurma
4. Susu Kambing Coklat
5. Susu Kambing Oat
Kesimpulan mengenai susu kambing jenama Tok Ali.
Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com
تعليقات