Masjid Selat Melaka - Singgah solat maghrib sambil tengok sunset!

Masjid Selat Melaka

masjid selat melaka waktu subuh


Masjid ini dibina di pulau buatan manusia di Selat Melaka pada tahun 2006 & kos pembinaan menelan belanja sebanyak RM10 juta.

Alamat: Jalan Pulau Melaka 8, 75000 Melaka




Apa yang menarik mengenai Masjid Selat?

Kedudukan masjid ini yang teletak di pantai memberikan permandangan matahari terbit & terbenam yang indah yang mengasyikkan.

Senibina islam diterapkan pada rekaan masjid ini & masjid ini juga menjadi isyarat kepada kapal & bot yang berlayar sebagai tanda kepada daratan.

Seramai 426 pengunjung telah meninggalkan ulasan di Google dengan review terkumpul 4.7 / 5.0 bintang.

Sambil berjalan jalan makan angin, sambil mengenal kebesaran Allah SWT. Negeri Melaka memang banyak tempat jalan yang cantik. Ibu syorkan supaya baca list 121 destinasi makan angin di Melaka yang berbaloi di lawati.