50+ Homestay di Melaka yang ada swimming pool atau tepi pantai 💼

Assalamualaikum Wrmbth, Kebetulan Ibu nak bercuti di Melaka bulan 3 tahun ni.

Kerana menghadiri majlis perkahwinan sanak saudara di pantai puteri.

Alang alang tu boleh bercuti sambil berjalan jalan tempat menarik di Melaka kan. Sebab tu nak cari Homestay atau hotel yang sesuai. 
Rancang cuti anda dengan sebaiknya dengan baca list Tempat paling menarik di Melaka!.



Homestay di Melaka? Pilih yang ada kolam renang atau harga murah! Boleh saja.


Homestay melaka untuk percutian keluarga


Di bawah ni Ibu senaraikan homestay yang sesuai dengan keluarga,  tak kiralah untuk bercuti atau buat family day.

Nak yang ada kolam renang (swimming pool) pun ada.

Kita mulakan dengan,







Homestay Melaka di tepi pantai.

Homestay melaka tepi pantai

Pergi Melaka mesti singgah pantai, sebab boleh tahan juga cantiknya.

Terutama sekali kalau kita tahu pilih pantai mana yang cantik.

Patutlah kawasan pantai & sungai di Melaka terjaga, rupa rupanya ada badan kerajaan khas yang ditubuhkan untuk menjaga aset penting ini.

Badan yang dikenali, Perbadanan Pembangunan Pantai & Sungai Melaka (PPSPM).

Tahniah atas usaha terpuji ini.

Bila pantai & sungai cantik lagi bersih, pelancong pun datang kan.

Dibawah ini ibu senaraikan hometay tepi pantai di Melaka yang berbaloi.


Homestay di Pantai Puteri Melaka

Homestay melaka tepi pantai puteri



Homestay Puteri Qashrina.

Homestay puteri qasrina pantai puteri melaka

Alamat: Pantai Puteri, Tanjung Kling 76400 Melaka, Malaysia

Depan homestay Puteri Qashrina Chalet terus ada pantai, dan kawasannya terang benderang dengan cahaya lampu. Ibu ada buat review lengkap bergambar, siap harga & jenis penginapan yang di sediakan. 
Baca lebih lanjut tentang Review Puteri Qashrina Homestay terbaik di Pantai Puteri!
Homestay ini, nampak sangat cantik di waktu malam hari,

Dan ada beberapa jenis tempat penginapan untuk dipilih. Seperti:
  1. VIP Homestay
  2. Chalet (2 Rooms)
  3. Chalet (Studio Room)
  4. Rumah Kayu Beranda
  5. Rumah Kayu Loteng
  6. Chalet Kayu
  7. Chalet Kabin
Siapa yang nak habiskan masa depan pantai masa bercuti sesuai lah ambil homestay disini. Sebab pantai puteri memang cantik. Bersih & terjaga. Betul betul macam puteri. 
Baca senarai penuh 11 Homestay di Melaka yang betul betul tepi pantai!


Homestay Ainizie Melaka.

Alamat: No 52 Jalan D.I 17, Taman Desa Idaman, 76100 Melaka, Malaysia


Homestay ainizie melaka

Terletak dalam jarak 10 km dari Melaka Sentral dan 13 km dari Kuil Sam Po Kong di Melaka, Homestay Ainizie Melaka menyediakan penginapan dengan TV berskrin rata.

Peralatan & perkakas dapur lengkap disini. Tak perlu bawa dari rumah.

Sarapan yang halal mudah didapati di kawasan sarapan.

Homestay ini lengkap dengan taman permainan kanak-kanak.

St John's Fort terletak 13 km dari Homestay Ainizie Melaka, sementara Porta de Santiago adalah 13 km dari hartanah.




Homestay Melaka Klebang.

homestay di klebang melaka

Tak jauh dari pantai puteri terletaknya pantai Klebang

Ada Muzium kapal selam, Klebang desert. Dan hampir juga dengan coconut shake Klebang yang viral tu

Nak ke bandar hilir dari sini juga tidak jauh Strategik juga lokasi ni untuk bercuti di Melaka

Terdapat banyak pilihan homestay yang berdekatan dengan Pantai Klebang Melaka. 
Teruskan membaca senarai 12 homestay di Klebang yang berbaloi untuk keluarga!



Homestay Ayer Keroh Melaka

Homestay melaka ayer keroh

Ayer Keroh memang terkenal dengan kawasan tarikan pelancong.

Jadi, Kalau nak jimat masa diatas kereta sangat sesuai cari homestay atau resort disini. 


Homestay terbaik di ayer keroh melaka
Gambar ini menunjukkan 1 dari 12 homestay terbaik di Ayer Keroh. Baca link di bawah untuk baki 11.

Sekiranya anda mahu homestay di ayer keroh yang mendapat review baik dari pengunjung lepas. 
Baca perkongsian ibu tentang 12 homestay terbaik di Ayer Keroh untuk makan angin bersama keluarga! 
Biasanya kita akan lebih selesa nak sewa homestay dari orang islam, kerana
  1. Kemudahan solat dititik beratkan (Lengkah sejadah & kiblat)
  2. Alatan dapur seperti pinggan dan cawan tak rasa was was
Sebab 2 diatas ni menjadi punca kerisauan di kepala setiap kali kita nak duduk homestay kan.

Di bawah ini Ibu senarikan beberapa homestay di kawasan Majlis bandaraya Melaka bersejarah (MBSB).


AS Melaka Homestay.

Alamat: 68 Jalan TU 18, Taman Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh, Malaysia.


As Homestay Melaka


Salah satu pilihan homestay yang bagus di ayer keroh ialah AS Melaka Homestay.

Tempat ni bagus sebab Ayer keroh banyak tempat menarik.

Ibu sendiri dah sampai di Taman rama rama, Melaka wonderland, Amverton Resort dan juga Zoo Melaka. 
Baca senarai 8 Resort terbaik di Melaka!
Tempat meletak kereta peribadi percuma disediakan untuk penyewa homestay ini.

Lengkap dengan penghawa dingin, cuaca melaka ni panas. Kalau ada ahli keluarga kita yang mengandung, mesti lebih selesa kalau ada air cond.

Dan semestinya ada dapur & ruang makan keluarga.

Bolehlah sembang sembang sambil masak atau panaskan lauk dengan ketuhar gelombang mikro.

Alhamdulillah, alatan dapur lengkap untuk panaskan makanan, peti sejuk dan cerek juga disediakan.

As Homestay ini dilengkapi dengan bilik mandi peribadi dengan tab mandi atau pancuran mandian.

Lokasi
  1. 16 km dari hotel ke Pusat bandar Melaka.
  2. 15 km dari Bandar Hilir
  3. 9 km dari UTeM Durian Tunggal (Sesuai untuk hantar anak pergi mendaftar)
  4. 5 km dari Melaka Wonderland, Taman Burung, Zoo Melaka dan Crocodile Farm


D Alia Homestay.


Alamat: No.16, Jalan TU25 Taman Tasek Utama, Melaka, 75450 Ayer Keroh, Malaysia.

D Alia Homestay melaka

Harga satu malam: RM200 (Pada Jan 2018)

Kemudahan sama seperti As Melaka Homestay.

Pelawat lepas sangat suka homestay ini kerana lokasi sangat bagus. Senang nak ke mana mana & tak perlu terperangkap jam yang panjang.

Harga hari bekerja (isnin hingga jumaat), hari cuti umum & hujung minggu:  RM200

Alamat: No 8, Jalan AKP 2, Taman Ayer Keroh Permai, 75450 Melaka (Google Maps)

Bilik Tidur: 3 Bilik Tidur

Bilik air: 2 Bilik air


Homestay Melaka di Jonker Walk.

Buat pelancong yang mahu tinggal di homestay melaka kota laksamana,

Supaya mudah untuk berjalan jalan bersama keluarga di Jonker street (Wikipedia).

Di bawah ini ibu senaraikan beberapa tempat menarik.


Homestay melaka di jonker street




Little Family Homestay

Sebuah homestay yang sangat disukai pelancong kerana lokasi yang sangat strategik




Dekat dengan tempat menarik seperti rumah terbalik & bandar hilir dan sudah tentu kerana kediaman yang selesa.


Little family Homestay Melaka

Alamat: 18A, Jalan Kota Laksamana 2/1, Taman Kota Laksamana, Seksyen 2, 75200 Melaka, Malaysia.

Senarai kemudahan di Homestay Little Family Melaka

Homestay ini terletak di pusat bandar Melaka dan menawarkan penginapan yang selesa.

Kemudahan WiFi percuma di sediakan di kawasan kediaman

Tempat letak kenderaan percuma di lokasi juga disediakan

Homestay Little Family terletak 
  1. 800 m ke Pasar malam Jonker Street 
  2. 900 m dari Christ Church 
  3. 1.1 km dari Porta de Santiago
  4. 86 km daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Homestay ini dilengkapi 
  1. Penghawa dingin.
  2. Mempunyai dapur & boleh masak jika mahu
  3. Peti sejuk untuk simpan lauk dan makanan mudah rosak seperti susu segar & susu bayi yang di perah.
  4. Ruang makan keluarga.
  5. Ruang tamu lengkap dengan sofa,sterika untuk gosok jubah & pakaian.
  6. Bilik mandi peribadi mempunyai kemudahan pancuran mandian air panas, pengering rambut dan peralatan mandian percuma.
  7. Perkhidmatan dobi juga disediakan dengan caj tambahan.

Homestay Bandar Hilir Melaka.

Homestay melaka bandar hilir

Jika kita ada rancangan untuk bersiar siar di Bandar Hilir semasa bercuti di Melaka. Sesuailah ambil homestay di Bandar Hilir saja.

Sebab apa?

Kawasan ini sangat sesak terutama semasa cuti sekolah & hujung minggu. Memang alah betul dengan trafik jam ni.

Maklumlah, kawasan Bandar Hilir cukup banyak lokasi tarikan pelancong yang dekat antara satu sama lain. 
Baca 12 Tempat menarik di Bandar Hilir Melaka siang dan malam!
Jadi, kalau dah tempah homestay di sini, tak perlu nak tahan sabar cari parking & menempuh kesesakan trafik. 

Di bawah ini Ibu senaraikan homestay yang berada di Bandar Hilir.



The Neem@Bandar Hilir

Homestay yang terletak di tengah bandar hilir ini dihiasi dengan pokok hiasan & kehijauan taman.


The Neem@Bandar Hilir homestay melaka


Alamat: 117A, Jalan Parameswara, 75000 Bandar Hilir, Melaka

Bilik Tidur: 3 Bilik Tidur

Bilik air: 2 Bilik air

Harga satu malam: RM200


Eternal Bandar Warisan Homestay.

Homestay ini terletak di kawasan sesak, Bandar Hilir. Pantang cuti mesti sesak.

Setiap unit homestay mempunyai 3 bilik tidur & 2 bilik air.

Peralatan memasak, peti sejuk untuk simpan bekalan makanan dan kemudahan lain disediakan.

Paling teruk dan nak kita elakkan semasa melancong ialah jatuh sakit kerana keracunan makanan.

Nanti kena masuk hospital, lagi teruk kalau ia berlaku di luar negara. Mahal tu bil hospital.

Harga sewa semalam:
  1. Hari biasa RM 160.
  2. Hujung minggu RM 180.
  3. Cuti umum RM 200.
  4. Menyewa bilik RM 80-RM 100.



Homestay Cheng Melaka

Cheng terletak di tengah tengah semua tempat menarik Melaka.

Nak pegi pusat bandar pun dah tak jauh.


Nak pergi ke Ayer Keroh, Klebang & Pantai Puteri puteri pun ada jalan mudah ke sana.

Betul betul di pinggiran bandar Melaka.

Homestay di Cheng adalah seperti berikut:


Comfortable Homestay Cheng Melaka 

Alamat: 19, Jalan TBC 12C, Taman Bukit Cheng, Daerah Melaka Tengah, 75250 Melaka, Malaysia

Bilik Tidur: 3 Bilik Tidur


The Residence Homestay

Alamat: 2367B, Jalan TSS5, Taman Seri Songket, 75350 Batu Berendam, Melaka.

Bilik tidur: 4
Bilik air: 3
Daftar masuk: 02:00 PM
Daftar keluar : 12:00 PM
Sesuai untuk 16 orang
Sewa untuk 1 Malam: RM 350

Homestay The Residence Melaka terletak di pinggir bandar & terletak dekat dengan banyak kawasan menarik



D' Tanjong Melaka Homestay (Bukit Cheng)

Alamat: 2367B, Jalan TSS5, Taman Seri Songket, 75350 Batu Berendam, Melaka.

Bilik tidur: 3
Bilik mandi: 2
Masa masuk: 2 pm
Masa keluar: 12 pm
Kadar Biasa: RM 179
Hujung minggu: RM 229
Cuti Umum: RM 229

Homestay ini khas untuk muslim sahaja

Homestay D 'Tanjong Melaka terletak di Bukit Cheng, Melaka. Sebuah rumah teres 1 tingkat yang lengkap dengan kemudahan. 

Sesuai untuk penginapan keluarga kecil seramai 15 orang. Deposit sebanyak RM 100 diperlukan semasa mendaftar masuk.


Homestay Melaka Paya Rumput.



Homestay Masbro Village

Homestay masbro ini memang mahal sebab dapat liputan media sosial.

Dan selalu masuk tv.

Tapi selalu juga penuh, walaupun sewa semalam mehal.

Alamat: Lot 291, Batu 7 ½, Paya Rumput ,, Jalan Paya Rumput Perdana, 76450 Melaka

Telefon: 013-313 6872



Homestay Melaka Bukit Katil

Homestay melaka bukit katil

Jika kita keluar dari Tol Ayer Keroh dan memandu menuju ke Pusat bandar, pasti akan melalui Bukit Katil.

Jadi, mudah untuk pergi 2 tempat ini untuk bersiar siar.

Di bawah ini homestay yang terdapat di bukit katil


Homestay Melaka Perdana Bukit Katil

Bilik tidur: 4
Bilik mandi: 3
Masa masuk: 2 pm
Masa keluar: 12 pm

Homestay ini adalah rumah teres 2 tingkat yang luas untuk seisi keluarga.

Sesuai untuk menampung sehingga 8 hingga 12 orang tetamu pada satu satu masa.

Terletak hanya 5 minit masa pemanduan dari Tol Ayer Keroh 


Mukmin Homestay - Bukit Katil

Alamat: Jalan Saujana 3/3, Seksyen 3, 75450 Bukit Katil, Melaka.
Bilik tidur: 3
Bilik mandi: 2
Masa masuk: 02:00 PM
Masa keluar: 12:00 PM

Homestay ini hanya untuk orang islam sahaja

Mukmin's Homesty merupakan rumah teres dua tingkat yang sesuai sehingga 10 orang tetamu.




Resort paling menarik di Melaka!

Selain tinggal di homestay, ibu juga rekemen untuk sesekali tinggal di resort. Saja cari kelainan.


Resort paling menarik di Melaka

Ibu kerap juga tinggal di resort seperti Amverton Heritage Resort di Ayer Keroh kerana ada water theme park yang lengkap. 
Baca lebih lanjut tentang 8 Resort paling best di Melaka untuk rehatkan diri!


Kesimpulannya

Nak pergi bercuti ada banyak pilihan, lebih baik kita buat persediaan awal.

Supaya kita tak akan menyesal di kemudian hari.

Pergi bercuti dengan keluarga mesti nak tinggalkan kenangan indah kan.

Rancanglah sebaiknya percutian anda di Melaka. Tempah homestay awal awal supaya dapat harga homestay yang paling berbaloi.

Dan jangan lupa bandingkan harga
50+ Homestay di Melaka yang ada swimming pool atau tepi pantai 💼 Reviewed by Ibu Syurga on Januari 09, 2018 Rating: 5

33 ulasan:

  1. Bagus perkongsiannya.. Mudah untuk survey dan pilih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mama pun suka, sebab dah susun ikut lokasi

      Padam
    2. Terima kasih singgah ke sini sha. Semoga bermanfaat.

      Boleh lah jalan melaka cuti sekolah bulan 3 ni

      Padam
    3. Kena puasa jalan-jalanlah ibu.. Hehehe..

      Padam
  2. Memang cantik-cantik dan menarik homestay nya. lama dah tak pergi ke bandar Melaka. Rindu n nostalgia je rasa. Semacam ada ketenangan di situ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah kita, banyak nostalgia zaman membesar

      Padam
    2. Tempat jatuh lagi di kenang

      Padam
    3. Tempat bercuti lagi best kan

      Padam
  3. Sebagai anak jati melaka, maznee sendiri tak habis pusing lagi semua tempat ni.

    Apatah lagi dah berkeluarga dan ada anak serta suami.

    Rasa lagi selesa duduk homestay berbanding duduk hotel

    Sekali sekala boleh lah duduk hotel

    Nak ajar anak anak bawa diri kan 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu maznee, bukan naj ajar anak bermewah mewah

      Cuma nak tunjukkan mereka cara baea diri dalam hidup

      Taklah rasa kekok kan

      Padam
    2. Kalau ada rezeki lebih boleh lah bawa :)

      Pengalaman baru untuk mereka

      Padam
  4. Masa mama pergi cameron highland 2 kali tahun lepas, Mama booking homestay saja

    Senang nak masak dan nak buat apa apa

    Keluarga mama kalau keluar memang suja ramai ramai

    Lepas ni teringin nak tempah homestay melaka yang ada swimming pool untuk family day

    Seronok buat hari keluarga bila semua pakat buat aktiviti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergi ramai ramai ada baik buruknya

      Kalau ada yang suka lengah lengah, banyak masa terbazir

      Padam
    2. Betul tu, saya pun pernah alami. Penting untuk pilih travel companion yang bagus.

      Kalau tidak rosak trip

      Padam
    3. Itu baru travel companion kan, belum life companion.

      Salah pilih rosak masa depan dunia akhirat

      Padam
  5. Banyak juga homestay yg cantik dan menarik di Melaka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Homestay di takuti hotel sebab harga mereka jauh lebih baik dan luas

      Pernah keluar di tv, pengusaha hotel johor mengadu pada kerajaan kerana homestay ganggu periuk nasi mereka

      Padam
    2. Nak homestay yang ada swimming pool pun ada mimi. Asalkan kita sediakan duit semua ada

      Padam
  6. Tq for sharing. Boleh refer sini kalau nk ke pantai puteri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus tu mamapp boleh booking homestay di pantai puteri melaka

      Dekat dengan pantai

      Padam
    2. Pantai puteri best, duduk puteri qashrina homestay kalau nak betul betul depan pantai dan dapat lihat laut

      Padam
    3. Pantai puteri memang best untuk pelancong. Pastikan kita jaga keselamatan semasa di sana

      Padam
  7. Kebetulan saya nak permi melaka bulan 3 ni semasa cuti sekolah

    Kali ini nak menginap di hotel

    Bagus juga duduk homestay kan, mungkin lain kali boleh ambil saja homestay di ayer keroh dekat dengan banyak tempat best tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayer keroh memang strategik, nak balik pun senang dah dekat dengan tol

      Padam
    2. Hotel dan homestay menjanjikan pengalaman berbeza semasa bercuti.

      Hotel memang gaya bermalas malasan habis sebab sarapan semua di sediakan

      Tapi kalau duduk homestay ada kelapangan dan keselesaan seperti duduk di rumah sendiri

      Memang terbaik

      Padam
    3. Keluarga besar mestu duduk homestay. Lagi berbaloi dari duduk hotel.

      Belanja pun jimat

      Padam
  8. Wow, info detail jalan2x ke melaka. Terbaik info kak. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih singgah ke mari tuan

      Padam
  9. Melaka ni asal buat homestay InsyaAllah laku kak. Tiap minggu ramai je org ke sana samada bercuti atau ke kenduri.
    Ana kalau pergi Melaka dgn family besar memang akan duduk homestay. Tgl nk pilih mana yg berkenan dan ikut bajet kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju tu ana, tiap minggu sesak saja jalan di melaka.

      Apatah lagi masa cuti sekolah.

      Alamat sesak kawasan ayer keroh tu dengan kenderaan.

      Kawasan rumah mak, memang banyak homestay memang penuh.

      Buat duit betul ya pemilik homestay di melaka. Terutama kawasan pantai

      Padam
  10. Bila tah nak berpeluang jln2 Melaka lagi. Apa kan daya, jauh sudah daku merantau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Australia lagi best kan sis. Banyak tempat alam semulajadi menarik dan bersih. Maznee pun teringin nak pergi.

      Tapi macam mahal je nak pergi sana.

      Padam
  11. banyaknya homestay kat Melaka kan.. yelah ! bandar pelancongan

    BalasPadam

Hak Cipta Terpelihara Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga © 2017-2018

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.