Macam mana agaknya kalau hidup di zaman dulu? Zaman semasa lanun bermaharajalela?
Jika anda pernah terdetik untuk melihat sendiri kehidupan di waktu dahulu, tempat ini akan mengabulkan permintaan anda.
Lawatan ke tempat ini akan memberikan pengalaman unik kepada pengunjung. Persembahan yang ditontonkan disini menghidupkan fantasi kehidupan lanun lanun di lautan.
The Pirate Adventure - Melaka Alive! Apa yang menarik?
Taman tema ini terletak di kelilingi oleh banyak tapak bersejarah. Di bandar Hilir. Jadi, jika kita nak hiburkan anak anak ke taman tema di malam hari. Inilah tempatnya.
Telefon: 012-266 9374
Waktu operasi: Dibuka setiap hari kecuali isnin dari 7: 30 PM -10 PM
Bacaan menarik: Bandar Hilir Melaka. 10 Tempat best untuk lawatan siang dan malam!
Harga Tiket Masuk Ke Pirate Adventure Melaka.
Di bawah ini Ibu sertakan harga bayaran masuk ke taman tema ini. Harga mungkin berubah selepas review ini di tulis.
- Dewasa: RM20
- Kanak-kanak: RM15
Apa yang menarik di Melaka Alive?
2 sesi rancangan lanun interaktif setiap hari (kecuali isnin) dengan kesan khas & pencahayaan dramatik.
Antara kesan istimewa yang boleh dilihat adalah simulasi ribut dan ombak seperti yang dihadapi pelaut di lautan samudera.
Review Melaka Alive Pirate Adventure.
Tempat ini masih agak baru dibuka & belum ramai yang meninggalkan review di google. Markah terkumpul setakat ini 3.1/5.0 bintang daripada 35 ulasan.
Belum puas hati lagi dengan senarai tempat di Melaka? Jangan risau, panduan di bawah ini lengkap untuk rujukan anda.
Bacaan menarik: Tempat menarik di Melaka. Menyesal tak sudah jika lupa pergi!