Jambatan Ke 3 Klang Dah Siap Di Bina. Ibu suka

Jambatan Ke 3 Klang Telah Siap Di Bina


Assalamualaikum Wrmbth, Alhamdulillah. Dalam masa tak sampai setahun pembinaan dah siap jambatan ni

.
jambatan ke 3 klang

Kalau dulu ibu nak pergi kerja kena seberang jambatan di tengah bandar klang yang sedia sesak tu
.
Sekarang dah boleh jimat masa 20 minit
.
Wah wah
.
20 minit tu
.
Senang hidup ibu macam ni
.
Ibu rasa orang luar Klang tak tahu kot kat mana jambatan ke 3 ni kan?
.

Lokasi Jambatan ke 3 Menyeberangi Sungai Klang

.
Ibu bukan orang Klang pun
.
Takdir Allah swt, dapat kahwin anak selangor
.
Duduk kat sini pun dah 7 tahun
.
Jambatan ni menghubungkan sungai udang / sungai bertih di seberang sungai dengan kampung batu 3 & kampung tanjung syawal
.
Kalau nak pergi bandar bukit tinggi memang senang lah
.
Kalau dulu nak beli Shaklee klang kena pergi lalu jalan jauh. Sekarang dah dekat je. Senang kerja. Tak payah nak pergi jauh jauh untuk cod vitamin kan
.

Google Map Jambatan ketiga Klang

.
Kalau tuan & puan nak lalu jambatan ni boleh cari di google map
.
Ibu dah cek, google street view belum update lagi pasal ni
.
Masih permandangan lama
.



.
Tak tahulah bila google nak update
.
Peta di atas ni masih belum update masa ibu tulis ni
.
Sepatutnya jambatan niakan merentangi kawasan ni
.
jambatan ke 3 klang dalam pembinaan
Jambatan semasa masih belum siap. Sekarang dah siap. Dah boleh lalu pun

lokasi diatas peta klang

Sekarang ni baru 2 minggu di buka sepenuhnya
.
Jadi trafik masih tak banyak lagi
.
Jalan pun lapang
.
Cuma yang tak sedapnya
.
Sebab jalan ni kosong lagi.
.
Ibu perasan ada kanak kanak bawa basikal nyamuk tu.
.
Basikal yang di Johor hari tu, maut sampai 5 orang atau lebih sebab di rempuh tengah malam
.
Hmm
.
Mak ayah kena pantau anak anak ada di mana
.
Jalan ni bukan tempat bersuka ria
.
Walaupun namanya jalan raya
.
Bukan tempat berhari raya tau
.
Alhamdulillah, sekarang ni lebih senang orang zon selatan klang nak seberang zon utara dengan jambatan baru ni
.

6 Ulasan

Ulasan

wan syamilah berkata…
google sibuk tu tak sempat nak update map. hehehe
Mazni Azmi berkata…
Ish ish ish. Basikal nyamuk tu diorang buat gaya superman

Kalau jatuh bawah sungai tu kan dalam

Siap ada buaya lagi sungai klang ni
DT’s Life berkata…
ooo ibu orang klang ke?
Ibu Zaid berkata…
Sibuk kira duit agaknya
Ibu Zaid berkata…
Memang bahaya. Kita yang risau menengoknya
Ibu Zaid berkata…
Ibu orang melaka Datin Tyka. Duduk Klang