20 Tempat menarik di Selangor waktu malam & siang!
Memang banyak tempat best di Selangor. Bagi menjimatkan masa perjalanan, Ibu rekemen booking homestay & hotel Shah Alam kerana sini banyak tempat makan best. Dekat pula dengan highway yang menghubungkan banyak tempat tarikan pelancong di sekitar Selangor.
Setiap lokasi mempunyai tarikan tersendiri. Kita mulakan dengan tempat menarik di waktu malam.
Tempat Menarik Di Selangor Waktu Malam!
Sama seperti di Melaka, Selangor juga ada tempat yang dilimpahi cahaya pada malam hari.
Tempat pertama dalam senarai memang wajib dikunjungi. Terutama bagi peminat fotografi.
20. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Waktu lawatan terbaik: Malam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah masjid Negeri Selangor & merupakan masjid terbesar di negara ini. Dan ke 2 terbesar di Asia Tenggara selepas Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia. Masjid ini menjadi landmark Bandaraya Anggerik & semestinya tempat menarik di Shah Alam yang wajib dikunjungi. Masjid ini mempunyai empat menara, yang didirikan di setiap sudut & mempunyai kubah gergasi berwarna biru dan perak. Banyak homestay di Shah Alam yang terletak berhampiran Masjid ini. Jadi senang nak solat. Masjid ini adalah tempat menarik waktu malam di selangor, lain macam cantiknya untuk kita tangkap gambar.
Alamat: Jalan Persiaran Masjid, Sekysen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Ketinggian kubah (luar): 106.7 m (350 kaki) Diameter kubah luar: 51.2 m (168 kaki) Gaya senibina: seni bina Islam Telefon: 03-5519 9988
4.7 / 5.0 bintang terkumpul dari 1,034 ulasan di Google. Kenapa sesuai datang waktu malam? Masjid ini kelihatan lebih cantik di bawah sinaran bintang & bulan. Di samping itu, boleh solat berjemaah di Masjid, majlis ilmu pun kerap di jalankan. Selepas solat, boleh pergi ke Dataran kemerdekaan yang terletak betul betul di sebelah masjid ini. Nak pergi uptown Shah Alam untuk membeli belah pun dekat. Salah satu lagi tempat menarik shah alam yang wajib dilawati.
Tips 1 Antara hotel terbaik untuk menikmati keindahan senibina masjid ini di malam hari ialah Concorde Hotel Shah Alam. Cuma pastikan kita request nak bilik yang menghadap ke masjid ni lah. Masa booking hotel online tu, ada ruangan special request yang kita boleh isi. Sekarang 1 aps dah botel tempat tiket flight & cek harga hotel. Pilih je ikut harga yang kita suka.
19. Uptown Shah Alam.
Waktu lawatan: Malam. Destinasi membeli belah & makan makan bagi pelawat di malam hari. Jika anda tidak tahu apa nak dibuat di bandar hari, ada banyak tempat menarik di selangor pada waktu malam seperti Uptown di Shah Alam. Pelbagai cenderahati dari pakaian, aksesori telefon & gajet untuk dijadikan oleh oleh untuk ahli keluarga & saudara mara. Gerai makan yang sedap pada harga yang berpatutan juga banyak disini.
Alamat: LKSA, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor Masa operasi: Setiap hari melainkan isnin. Dari jam 8.30 PM ke 3.00 AM. Telefon: 012-651 1676
4.0 / 5.0 bintang berdasarkan 937 ulasan di Google. Jika kita datang tangan kosong & dengan perut tidak berisi lagi, insyaallah mesti akan pulang dengan cenderahati & perut kenyang. Banyak barangan untuk dipilih, dan inilah masanya untuk gunakan skil para isteri untuk menawar.
Tips 2 Siang dan malam boleh jalan jalan di Selangor. Selepas penat balik rehat di homestay / hotel selangor yang terbaik yang banyak di Bandar Anggerik. Booking hotel lebih awal tau. Kalau bosan menu yang dihidangkan di hotel shah alam, ada banyak lagi kedai makan sedap Shah Alam yang viral untuk dicuba.
18. Kuala Selangor Fireflies (kampung Kuantan)
Taman yang menawarkan perjalanan bot petang untuk mengagumi koloni besar kunang-kunang yang tinggal di bakau. Jika kita tinggal di kota raya yang sering disinari limpahan cahaya lampu, ambil peluang untuk mengunjungi tempat percutian menarik di selangor ini. Kita akan dibawa memudiki sungai di malam yang gelap gelita & di terangi dari sumber cahaya semulajadi seperti bulan, bintang & kelip kelip di habitat semulajadinya. Memang lain dari yang lain pengalaman yang kita perolehi dari tempat menarik di kuala selangor ini. Waktu lawatan terbaik: Malam (Siang tutup) Sumber: Transitions Optical Malaysia MapJarak
Alamat: Jalan Klang, Kampung Kuantan, 45000 Kuala Selangor, Selangor Waktu lawatan: 7.45~10.30pm Telefon: 03-3289 1439
4.4 / 50.0 bintang terkumpul dari 101 ulasan di Google. Tempat yang unik ini akan memberikan pengalaman berbeza kepada para pengunjungnya yang sudah biasa dilahirkan di dunia moden. Lahir saja, lampu dah wujud. Lawatan ke kampung kuantan di malam hari akan menyajikan mata kita dengan permandangan indah kunang kunang (fireflies). Cantik seperti bintang berkelipan di malam hari. Indah tidak terperi. Tempat ini agak jauh dari pusat bandar, boleh sewa homestay di Kuala Selangor untuk mudah balik berehat di malam hari.
17. Setia City Mall
Pusat membeli-belah di Setia Alam Shah Alam yang menawarkan banyak aktiviti menarik. Jika ke uptown Shah Alam tidak menepati citarasa kita, pusat membeli belah ini penuh dengan butik pelbagai jenama dalam & luar negara. Tambahan pula, di waktu malam, persembahan air pancut laser berwarna warni di datarannya sangat menarik. Banyak aktiviti boleh di lakukan di dataran pusat membeli belah ini pada malam hari seperti sewaan skuter, gerai makanan & macam macam lagi. Tambahan lagi, setia alam memang dikenali sebagai tempat menarik selangor untuk banyak kedai makan sedap. Contohnya, kambing bakar kontena, nasi kukus boss & restoran celup tepung. Sedap boss! Waktu lawatan terbaik: Malam MapJarak
Alamat: Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Masa perniagaan: Dibuka setiap hari dari 10 am hingga 10 pm. Telefon: 03-3375 8688
4.1 / 5.0 bintang daripada 75 ulasan pengunjung lepas di Google.
16. i-City, Bandar Pintar Yang Penuh Kelainan.
Waktu terbaik lawatan: Malam Bandar pintar yang di bina diatas tanah seluar 72 ekar telah dibuka pada tahun 2009. Menjadi tarikan pelancong terutama di waktu malam kerana lanskapnya yang unik. I city dipenuhi dengan replika pokok & bunga daripada lampu berwarna warni di malam hari. Manakala di waktu siang beroperasi sebagai pejabat. Bandar yang mewah dengan perhiasan lampu ini adalah tempat menarik malam di selangor yang menjadi tumpuan pelancong dalam & luar negara. MapJarak
Alamat: I-City, 40000 Shah Alam, Selangor. Bandar ini menempatkan ruang korporat, rekreasi dan kediaman seperti pusat membeli-belah menara pejabat, hotel, pangsapuri dan lain lain. Dirancang oleh arkitek ternama Jon A. Jerde, bandar i-City direka sebagai bandar pintar bersepadu sepenuhnya.
Review pengunjung lepas. Review di Tripadvisor daripada 502 orang pengunjung telah memberikan markah 3.0 dari 5 bintang. Rata rata pengunjung berpuas hati dengan permandangan lampu neon yang berwarna warni. Tetapi masih ada beberapa perkara perlu di perbaiki, seperti kualiti taman temanya.
15. Bukit Ampang
Waktu lawatan terbaik: Malam. Siapa suka tangkap gambar? Ini tempat terbaik untuk menjamu mata kita dengan permandangan bandar kuala lumpur di waktu malam. Di sarankan datang sebelum jam 12 malam. Mungkin atas faktor keselamatan sebab tempat ini agak sunyi. Nak datang siang hari pun boleh, tapi permandangannya tak secantik di malam hari.
Alamat untuk rujukan anda. Alamat: Jalan Hulu Langat, Kampung Tasek Permai, 68000 Ampang, Selangor
Review pengunjung lepas. 4.3 dari 5.0 bintang berdasarkan 584 ulasan terkumpul di Google.
Siang hari sesuai untuk buat aktiviti berbasikal di sini. Pastikan kita fit untuk mendaki bukit.
Semput tau.
Dan tempat letak kereta agak sukar di dapati disini kerana ramai pengunjung, terutama di malam hari.
Tempat Menarik Di Selangor Waktu Siang!
14. Tadom Hill Resort Banting
Tadom Hill Resorts menawarkan banyak aktiviti menarik di kawasan seluas 40 ekar. Kawasan meliputi bukit batu kapur, tasik dan pokok-pokok. Tempat ini sesuai untuk mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan kehidupan bandar dan berehat di kehijauan alam semulajadi. Resort ini merupakan tempat menarik di banting yang menyeronokkan untuk pecinta alam semulajadi. Balik dari sini, boleh singgah Pekan Banting untuk borong kerepek. Murah murah & sedap belaka.
Lokasi & Info Tadom Hill Alamat: Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 6.30pm) Bayaran Masuk: RM22/pax untuk semua aktiviti air
Review pelawat: 3.9 / 5.0 bintang dari 657 ulasan di Google.
13. Pantai Tanjung Rhu
Pantai Tanjung Rhu terletak di Pulau Carey Selangor. Pantai ini memiliki kawasan pesisir sepanjang 2.5 km yang berpasir putih bersih. Kawasan pantai ini menjadi tempat pelabuhan nelayan-nelayan yang terdapat di Pulau Carey. Sesiapa pernah melawat pulau langkawi jangan keliru pulak ya. Sebab nama pantai ni sama. Walaupun kawasan pantai di selangor tidaklah secantik berbanding Langkawi & pesisiran pantai timur, tapi oklah lagi dari tak ada kan.
Lokasi Pantai Tanjung Rhu Pulau Carey Alamat: Pantai Tanjung Rhu, Pulau Carey, 42960 Kuala Langat, Selangor Waktu lawatan: 24 jam Harga tiket: Percuma
Review dari pengunjung 2.9 / 5 bintang dari 23 ulasan di Google.
12. Sunway Lagoon keriangan di taman tema air di hutan batu!
Sunway Lagoon adalah taman tema di Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor, Malaysia yang dimiliki oleh Sunway Group. Tarikan utama taman tema air bertaraf dunia & sentiasa ada promosi terbaru untuk pengunjung. Ramai yang tidak tahu, taman tema ini adalah tempat menarik di subang waktu malam, banyak aktiviti menarik yang ditawarkan kepada pengunjung selepas matahari terbenam di sini.
Lokasi Sunway Lagoon Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor Waktu lawatan: Setiap Hari (10.00am – 6.00pm)
Ulasan penunjung Sunway Lagoon 4.5 / 5.0 bintang dari 3,896 ulansan pengunjung di Google. Theme park in Subang Jaya
11. Skytrex Adventure Shah Alam
Rasai pengalaman berbeza di hutan rimba dengan mencabar kemampuan diri merasai sendiri laluan berhalangan di udara sambil di kelilingi oleh hutan hijau. Terletak betul betul bersebelahan Taman Botani Negara di Shah Alam. Tempat ini menawarkan pelbagai aktiviti lasak seperti spider web, cable walk, flying fox dan banyak lagi.
Alamat: Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu lawatan: Setiap hari kecuali Isnin (8.30am – 5.00pm)
Harga tiket masuk: Tempahan di lakukan dalam talian Beginner RM35 | Intermediate RM45 | Advanced RM55
Ulasan Pengunjung Skytrex Shah Alam.
4.1 / 5.0 bintang dari 98 ulasan di Google.
10. Pantai Morib
Destinasi perlancongan popular di Selangor ini terletak di Kuala Langat. Kami suka datang ke mari kerana semasa pulang boleh singgah beli kerepek murah di Banting. Sambil menyelam minum air.
Banyak keluarga gemar berehat di hujung minggu disini & melakukan aktiviti riadah bersama keluarga. Antara program yang boleh kita buat disini ialah berkelah, main layang layang, mengutip hasil laut & makan kerepek pada harga murah. Cuba tanya orang tempatan mana kedai borong kerepek sedap di sini. Mesti mereka tahu.
Review pengunjung lepas. 3.8 / 5.0 bintang terkumpul dari 1,248 ulasan Google di Google
9. Taman Botani Negara Shah Alam.
Satu lagi tarikan pelancong di Shah Alam untuk bajet mesra keluarga. Taman Botani Negara yang menempatkan pelbagai spesis haiwan & tumbuhan. Lengkap dengan sawah padi, kolam takungan air & trek basikal berbukit bukau yang mencabar. Sungguh, semput mengayuh basikal mendaki bukit. Dalam taman ini ada mini zoo yang menempatkan rusa, burung, kuda & haiwan kecil lain. Tak perlu bawa basikal, kerana boleh disewa pada harga yang berpatutan di sini.
Alamat: 40000, Shah Alam, Selangor, Taman Pertanian Malaysia, Taman Pertanian Malaysia, 40170 Shah Alam, Selangor Waktu Lawatan : Dibuka setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Tutup hari Isnin. Telefon: 03-5510 7048
4.1 / 5.0 bintang dari 153 pelawat Taman Botani yang meninggalkan ulasan di Google. Dalam banyak tarikan di sini, Ibu paling suka pergi rumah 4 musim. Setiap 3 bulan rumah ini akan bertukar wajah. Suasana di dalam rumah ini akan dihias berdasarkan 4 musim di negara seperti Jepun & Amerika.
8. Hutan Lipur Sungai Congkak
Destinasi air terjun yang popular untuk mandi manda & beriadah bersama keluarga di hujung minggu. Airnya sejuk & jernih. Memang menyegarkan dapat berendam dan mandi manda. Terutama sekali semasa cuaca panas. Antara tempat berkelah di selangor yang paling best untuk seisi keluarga. Percuma pulak tu. Waktu lawatan terbaik: Siang
4.0 / 5.0 bintang dari 325 pengunjung air terjun ini yang meninggalkan ulasan di Google.
7. Bukit Melawati
Waktu lawatan terbaik: Siang Satu tarikan di Kuala Selangor di kawasan hijau berbukit bukau. Dapat lihat permandangan persekitaran dari puncak bukit. Dan beri makan kera yang berada di kawasan ini. Kawasan ini ada sejarahnya yang tersendiri, mempunyai makam, meriam, lama masih terdapat disini.
4.2 / 5.0 bintang terkumpul dari 609 pelawat yang memberi ulasan di Google. Kemudahan tram ada disediakan dan boleh di sewa pada harga berpatutan. Tak perlu nak susah payah berjalan kaki sehingga ke puncak bukit melawati.
6. Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor
Waktu lawatan terbaik: Siang Sebuah galeri seni di Shah Alam yang memaparkan hasil tangan & budaya ketamadunan islam. Pameran kerap di adakan di sini, paling baru tentang artifak peninggalan Rasulullah. Memang menarik. Terdapat Galeri & pusat budaya memaparkan seni Islam kontemporari, objek reka bentuk & manuskrip Quran.
Alamat: 2A, Persiaran Damai, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu lawatan: Dibuka setiap hari dari jam 9 am hingga 530 pm.
Telefon: 03-5511 9001
Review pengunjung lepas.
4.3 dari 5.0 bintang terkumpul dari 117 ulasan yang diberikan pengunjung di Google.
Memang berbaloi untuk singgah ke mari kerana ramai yang berpuas hati.
Lokasi kompleks ini sangat strategik, betul betul terletak di sebelah Masjid Biru Sultan Salahudin.
5. The Kabin
Waktu lawatan terbaik: Siang Bosan dengan suasana kota yang sentiasa sibuk & bergerak pantas? Mungkin ini tempat yang sesuai dengan anda. The Kabin yang terletak di Jeram Selangor di dirikan di tengah tengah sawah padi yang hijau terbentang. Boleh lihat permandangan yang mendamaikan, dan sunyi. Tanpa gangguan, bunyi kenderaan pun tak kedengaran.
Alamat: Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Jeram, Selangor
Telefon: 017-924 7800
Review pengunjung lepas. 3.9 dari 5.0 bintang terkumpul, berdasarkan 185 ulasan yang direkodkan di Google. Rata rata pelawat adalah warga kota yang teringin tinggal di kampung, di kelilingi sawah padi. Ada banyak aktiviti boleh di lakukan disini. Nak sewa basikal & ronda ronda kawasan. Nak berenang pun boleh. Nak buat BBQ, ada disediakan.
4. Inki River Resort
Waktu lawatan terbaik: Siang Resort yang terletak betul betul di tepi sungai yang jernih & bersih. Tempat ini kurang mendapat review setakat ini. Tak hairanlah kebersihannya masih terjaga. Air sejuk untuk berendam & menenangkan diri, rasa macam tak percaya tempat ini tak ramai yang tahu lagi. Sekiranya anda mencari tempat menarik di selangor yang percuma untuk membawa keluarga yang besar beriadah. Inilah tempat yang anda cari cari.
Alamat untuk rujukan anda. Alamat: Jalan Pasir Putih 4, Kampung Pasir Putih, 44100 Kerling, Selangor Telefon: 013-595 3911
Review pengunjung lepas.
4.5 dari 5.0 bintang di berikan daripada 10 ulasan pelawat di Google. Destinasi pelancongan ini adalah salah satu permata dari senarai tempat menarik di rawang & kawasan pinggiran selangor yang kaya dengan air terjun yang cantik.
Tips: Tempat seterusnya memang syok untuk mandi manda bersama keluarga. Airnya sejuk tenang sekali. Kalau malas nak memandu awal pagi untuk ke sini, booking hotel ataupun homestay yang berhampiran sini.
3. Kampung Sungai Lopo / Sungai Lopo Village.
Waktu lawatan terbaik: Siang Satu lagi tarikan pelancong untuk mandi manda di Hulu Langat, Selangor. Terletak berhampiran dengan kampung orang asli. Air terjun di sini bersih dengan air yang sejuk ke tulang sum sum. Boleh berkelah dan mandi manda bersama anak anak dan keluarga.
Alamat: lot 3637, Jln sg lepoh, Kampung Orang Asli, 43100 Hulu Langat, Selangor
Telefon: 012-228 6689
Review pengunjung lepas. 4.0 / 5.0 bintang dari 84 ulasan di Google. Air terjun disini ada struktur batu badan semulajadi yang sesuai di jadikan gelungsur. Sesuai untuk mereka yang suka mencabar keberanian diri. Tempat letak kereta agak terhad, jadi elok datang awal.
Tips: Tak perlu jauh jauh booking tiket flight & booking hotel ke luar negara untuk lihat beruang berwarna hitam putih yang menjadi icon negara China.
2. Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi
Waktu lawatan terbaik: Siang
Bukan mudah nak jumpa panda, jika dahulu kita perlu terbang ke zoo terpilih di luar negara. Kini tidak lagi.
Kita boleh tonton sendiri telatah panda yang gebu berbulu & nakal ini di pusat pemuliharaan Panda di dalam Zoo Negara.
4.0 dari 5.0 bintang berdasarkan 122 ulasan di Google.
Satu satunya tempat di Malaysia di mana kita boleh lihat sendiri panda hidup di depan mata. Sehingga Mac 2018, ada 2 ekor panda di tempatkan di sini.
Lengkap dengan penghawa dingin, setiap pelawat hanya di benarkan melawat panda ini selama 20 minit.
Masa terbaik untuk lawatan adalah pada jam 11.00 ~ 11.30 pagi. Waktu makanan di beri. Boleh nampak beruang panda ini lebih aktif.
1. Amverton Cove Golf & Island Resort
Waktu lawatan terbaik: Siang Tempat ini bagaikan syurga untuk kaki golf. Ramai peminat golf tegar puji tentang padang golf dan fasiliti yang dijaga baik. Ayah pergi main golf. Isteri dan anak anak boleh mandi di swimming pool. Bilik pun selesa & besar. Memang padanlah sebab hotel bertaraf 5 bintang.
Alamat: Jalan Pulau Carey, 42960 Pulau Carey, Selangor
Telefon: 03-3123 3888
Review pengunjung lepas.
4.1 dari 5.0 bintang terkumpul dari 304 ulasan di Google. Tempat ni kurang sesuai untuk bukan kaki golf.
Kesimpulan Tentang Tempat Menarik Di Selangor.
Rancanglah cuti kita sebaiknya bersama isteri dan anak anak. Manfaatkan setiap peluang yang ada untuk melihat kebesaran alam ciptaan Allah. Selangor pun ada tempat yang cantik dan berbaloi. Nak pergi tempat percuma ada, yang berbayar pun ada. Bajet bukan masalah. Insyaallah senarai ini akan Ibu kemas kini dari masa ke semasa. Sebarang pendapat dan perkongsian pengalaman, sila tinggalkan di ruangan komen. Terima kasih semua. Assalamualaikum Wrmbth.
20 Tempat menarik di Selangor waktu malam & siang!
Setiap lokasi mempunyai tarikan tersendiri. Kita mulakan dengan tempat menarik di waktu malam.
Tempat Menarik Di Selangor Waktu Malam!
Sama seperti di Melaka, Selangor juga ada tempat yang dilimpahi cahaya pada malam hari.Tempat pertama dalam senarai memang wajib dikunjungi. Terutama bagi peminat fotografi.
20. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Waktu lawatan terbaik: Malam
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah masjid Negeri Selangor & merupakan masjid terbesar di negara ini.
Dan ke 2 terbesar di Asia Tenggara selepas Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia. Masjid ini menjadi landmark Bandaraya Anggerik & semestinya tempat menarik di Shah Alam yang wajib dikunjungi.
Masjid ini mempunyai empat menara, yang didirikan di setiap sudut & mempunyai kubah gergasi berwarna biru dan perak.
Banyak homestay di Shah Alam yang terletak berhampiran Masjid ini. Jadi senang nak solat. Masjid ini adalah tempat menarik waktu malam di selangor, lain macam cantiknya untuk kita tangkap gambar.
Map Jarak
Ketinggian kubah (luar): 106.7 m (350 kaki)
Diameter kubah luar: 51.2 m (168 kaki)
Gaya senibina: seni bina Islam
Telefon: 03-5519 9988
Kenapa sesuai datang waktu malam? Masjid ini kelihatan lebih cantik di bawah sinaran bintang & bulan.
Di samping itu, boleh solat berjemaah di Masjid, majlis ilmu pun kerap di jalankan.
Selepas solat, boleh pergi ke Dataran kemerdekaan yang terletak betul betul di sebelah masjid ini.
Nak pergi uptown Shah Alam untuk membeli belah pun dekat. Salah satu lagi tempat menarik shah alam yang wajib dilawati.
Tips 1 Antara hotel terbaik untuk menikmati keindahan senibina masjid ini di malam hari ialah Concorde Hotel Shah Alam. Cuma pastikan kita request nak bilik yang menghadap ke masjid ni lah. Masa booking hotel online tu, ada ruangan special request yang kita boleh isi. Sekarang 1 aps dah botel tempat tiket flight & cek harga hotel. Pilih je ikut harga yang kita suka.
19. Uptown Shah Alam.
Destinasi membeli belah & makan makan bagi pelawat di malam hari.
Jika anda tidak tahu apa nak dibuat di bandar hari, ada banyak tempat menarik di selangor pada waktu malam seperti Uptown di Shah Alam.
Pelbagai cenderahati dari pakaian, aksesori telefon & gajet untuk dijadikan oleh oleh untuk ahli keluarga & saudara mara.
Gerai makan yang sedap pada harga yang berpatutan juga banyak disini.
Map Jarak
Masa operasi: Setiap hari melainkan isnin. Dari jam 8.30 PM ke 3.00 AM.
Telefon: 012-651 1676
Jika kita datang tangan kosong & dengan perut tidak berisi lagi, insyaallah mesti akan pulang dengan cenderahati & perut kenyang.
Banyak barangan untuk dipilih, dan inilah masanya untuk gunakan skil para isteri untuk menawar.
18. Kuala Selangor Fireflies (kampung Kuantan)
Jika kita tinggal di kota raya yang sering disinari limpahan cahaya lampu, ambil peluang untuk mengunjungi tempat percutian menarik di selangor ini.
Kita akan dibawa memudiki sungai di malam yang gelap gelita & di terangi dari sumber cahaya semulajadi seperti bulan, bintang & kelip kelip di habitat semulajadinya.
Memang lain dari yang lain pengalaman yang kita perolehi dari tempat menarik di kuala selangor ini.
Waktu lawatan terbaik: Malam (Siang tutup)
Sumber: Transitions Optical Malaysia
Map Jarak
Waktu lawatan: 7.45~10.30pm
Telefon: 03-3289 1439
Tempat yang unik ini akan memberikan pengalaman berbeza kepada para pengunjungnya yang sudah biasa dilahirkan di dunia moden.
Lahir saja, lampu dah wujud.
Lawatan ke kampung kuantan di malam hari akan menyajikan mata kita dengan permandangan indah kunang kunang (fireflies).
Cantik seperti bintang berkelipan di malam hari. Indah tidak terperi. Tempat ini agak jauh dari pusat bandar, boleh sewa homestay di Kuala Selangor untuk mudah balik berehat di malam hari.
17. Setia City Mall
Pusat membeli-belah di Setia Alam Shah Alam yang menawarkan banyak aktiviti menarik.Jika ke uptown Shah Alam tidak menepati citarasa kita, pusat membeli belah ini penuh dengan butik pelbagai jenama dalam & luar negara.
Tambahan pula, di waktu malam, persembahan air pancut laser berwarna warni di datarannya sangat menarik.
Banyak aktiviti boleh di lakukan di dataran pusat membeli belah ini pada malam hari seperti sewaan skuter, gerai makanan & macam macam lagi.
Tambahan lagi, setia alam memang dikenali sebagai tempat menarik selangor untuk banyak kedai makan sedap. Contohnya, kambing bakar kontena, nasi kukus boss & restoran celup tepung. Sedap boss!
Waktu lawatan terbaik: Malam
Map Jarak
Masa perniagaan: Dibuka setiap hari dari 10 am hingga 10 pm.
Telefon: 03-3375 8688
16. i-City, Bandar Pintar Yang Penuh Kelainan.
Waktu terbaik lawatan: MalamBandar pintar yang di bina diatas tanah seluar 72 ekar telah dibuka pada tahun 2009. Menjadi tarikan pelancong terutama di waktu malam kerana lanskapnya yang unik.
I city dipenuhi dengan replika pokok & bunga daripada lampu berwarna warni di malam hari.
Manakala di waktu siang beroperasi sebagai pejabat.
Bandar yang mewah dengan perhiasan lampu ini adalah tempat menarik malam di selangor yang menjadi tumpuan pelancong dalam & luar negara.
Map Jarak
Bandar ini menempatkan ruang korporat, rekreasi dan kediaman seperti pusat membeli-belah menara pejabat, hotel, pangsapuri dan lain lain.
Dirancang oleh arkitek ternama Jon A. Jerde, bandar i-City direka sebagai bandar pintar bersepadu sepenuhnya.
Review di Tripadvisor daripada 502 orang pengunjung telah memberikan markah 3.0 dari 5 bintang.
Rata rata pengunjung berpuas hati dengan permandangan lampu neon yang berwarna warni.
Tetapi masih ada beberapa perkara perlu di perbaiki, seperti kualiti taman temanya.
15. Bukit Ampang
Waktu lawatan terbaik: Malam.
Siapa suka tangkap gambar? Ini tempat terbaik untuk menjamu mata kita dengan permandangan bandar kuala lumpur di waktu malam.
Di sarankan datang sebelum jam 12 malam. Mungkin atas faktor keselamatan sebab tempat ini agak sunyi.
Nak datang siang hari pun boleh, tapi permandangannya tak secantik di malam hari.
Map Jarak
Alamat: Jalan Hulu Langat, Kampung Tasek Permai, 68000 Ampang, Selangor
4.3 dari 5.0 bintang berdasarkan 584 ulasan terkumpul di Google.
Tempat Menarik Di Selangor Waktu Siang!
14. Tadom Hill Resort Banting
Kawasan meliputi bukit batu kapur, tasik dan pokok-pokok. Tempat ini sesuai untuk mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan kehidupan bandar dan berehat di kehijauan alam semulajadi.
Resort ini merupakan tempat menarik di banting yang menyeronokkan untuk pecinta alam semulajadi. Balik dari sini, boleh singgah Pekan Banting untuk borong kerepek. Murah murah & sedap belaka.
Map Jarak
Alamat: Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 6.30pm)
Bayaran Masuk: RM22/pax untuk semua aktiviti air
3.9 / 5.0 bintang dari 657 ulasan di Google.
13. Pantai Tanjung Rhu
Kawasan pantai ini menjadi tempat pelabuhan nelayan-nelayan yang terdapat di Pulau Carey. Sesiapa pernah melawat pulau langkawi jangan keliru pulak ya. Sebab nama pantai ni sama.
Walaupun kawasan pantai di selangor tidaklah secantik berbanding Langkawi & pesisiran pantai timur, tapi oklah lagi dari tak ada kan.
Map Jarak
Alamat: Pantai Tanjung Rhu, Pulau Carey, 42960 Kuala Langat, Selangor
Waktu lawatan: 24 jam
Harga tiket: Percuma
2.9 / 5 bintang dari 23 ulasan di Google.
12. Sunway Lagoon keriangan di taman tema air di hutan batu!
Tarikan utama taman tema air bertaraf dunia & sentiasa ada promosi terbaru untuk pengunjung.
Ramai yang tidak tahu, taman tema ini adalah tempat menarik di subang waktu malam, banyak aktiviti menarik yang ditawarkan kepada pengunjung selepas matahari terbenam di sini.
Map Jarak
Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Waktu lawatan: Setiap Hari (10.00am – 6.00pm)
4.5 / 5.0 bintang dari 3,896 ulansan pengunjung di Google.
Theme park in Subang Jaya
11. Skytrex Adventure Shah Alam
Terletak betul betul bersebelahan Taman Botani Negara di Shah Alam.
Tempat ini menawarkan pelbagai aktiviti lasak seperti spider web, cable walk, flying fox dan banyak lagi.
Map Jarak
10. Pantai Morib
Kami suka datang ke mari kerana semasa pulang boleh singgah beli kerepek murah di Banting.
Sambil menyelam minum air.
Map Jarak
Banyak keluarga gemar berehat di hujung minggu disini & melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.
Antara program yang boleh kita buat disini ialah berkelah, main layang layang, mengutip hasil laut & makan kerepek pada harga murah.
Cuba tanya orang tempatan mana kedai borong kerepek sedap di sini. Mesti mereka tahu.
3.8 / 5.0 bintang terkumpul dari 1,248 ulasan Google di Google
9. Taman Botani Negara Shah Alam.
Lengkap dengan sawah padi, kolam takungan air & trek basikal berbukit bukau yang mencabar. Sungguh, semput mengayuh basikal mendaki bukit.
Dalam taman ini ada mini zoo yang menempatkan rusa, burung, kuda & haiwan kecil lain.
Tak perlu bawa basikal, kerana boleh disewa pada harga yang berpatutan di sini.
Map Jarak
Waktu Lawatan : Dibuka setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Tutup hari Isnin.
Telefon: 03-5510 7048
Dalam banyak tarikan di sini, Ibu paling suka pergi rumah 4 musim. Setiap 3 bulan rumah ini akan bertukar wajah.
Suasana di dalam rumah ini akan dihias berdasarkan 4 musim di negara seperti Jepun & Amerika.
8. Hutan Lipur Sungai Congkak
Airnya sejuk & jernih. Memang menyegarkan dapat berendam dan mandi manda.
Terutama sekali semasa cuaca panas. Antara tempat berkelah di selangor yang paling best untuk seisi keluarga. Percuma pulak tu.
Waktu lawatan terbaik: Siang
Map Jarak
7. Bukit Melawati
Satu tarikan di Kuala Selangor di kawasan hijau berbukit bukau. Dapat lihat permandangan persekitaran dari puncak bukit.
Dan beri makan kera yang berada di kawasan ini.
Kawasan ini ada sejarahnya yang tersendiri, mempunyai makam, meriam, lama masih terdapat disini.
Map Jarak
Telefon: 03-3289 1439
Kemudahan tram ada disediakan dan boleh di sewa pada harga berpatutan. Tak perlu nak susah payah berjalan kaki sehingga ke puncak bukit melawati.
6. Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor
Waktu lawatan terbaik: SiangSebuah galeri seni di Shah Alam yang memaparkan hasil tangan & budaya ketamadunan islam.
Pameran kerap di adakan di sini, paling baru tentang artifak peninggalan Rasulullah. Memang menarik.
Terdapat Galeri & pusat budaya memaparkan seni Islam kontemporari, objek reka bentuk & manuskrip Quran.
Map Jarak
Waktu lawatan: Dibuka setiap hari dari jam 9 am hingga 530 pm.
Telefon: 03-5511 9001
5. The Kabin
Bosan dengan suasana kota yang sentiasa sibuk & bergerak pantas? Mungkin ini tempat yang sesuai dengan anda.
The Kabin yang terletak di Jeram Selangor di dirikan di tengah tengah sawah padi yang hijau terbentang.
Boleh lihat permandangan yang mendamaikan, dan sunyi.
Tanpa gangguan, bunyi kenderaan pun tak kedengaran.
Map Jarak
3.9 dari 5.0 bintang terkumpul, berdasarkan 185 ulasan yang direkodkan di Google.
Rata rata pelawat adalah warga kota yang teringin tinggal di kampung, di kelilingi sawah padi.
Ada banyak aktiviti boleh di lakukan disini. Nak sewa basikal & ronda ronda kawasan.
Nak berenang pun boleh. Nak buat BBQ, ada disediakan.
4. Inki River Resort
Resort yang terletak betul betul di tepi sungai yang jernih & bersih. Tempat ini kurang mendapat review setakat ini.
Tak hairanlah kebersihannya masih terjaga.
Air sejuk untuk berendam & menenangkan diri, rasa macam tak percaya tempat ini tak ramai yang tahu lagi.
Sekiranya anda mencari tempat menarik di selangor yang percuma untuk membawa keluarga yang besar beriadah. Inilah tempat yang anda cari cari.
Map Jarak
Alamat: Jalan Pasir Putih 4, Kampung Pasir Putih, 44100 Kerling, Selangor
Telefon: 013-595 3911
3. Kampung Sungai Lopo / Sungai Lopo Village.
Satu lagi tarikan pelancong untuk mandi manda di Hulu Langat, Selangor. Terletak berhampiran dengan kampung orang asli.
Air terjun di sini bersih dengan air yang sejuk ke tulang sum sum.
Boleh berkelah dan mandi manda bersama anak anak dan keluarga.
Map Jarak
4.0 / 5.0 bintang dari 84 ulasan di Google.
Air terjun disini ada struktur batu badan semulajadi yang sesuai di jadikan gelungsur.
Sesuai untuk mereka yang suka mencabar keberanian diri.
Tempat letak kereta agak terhad, jadi elok datang awal.
2. Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi
Map Jarak
1. Amverton Cove Golf & Island Resort
Tempat ini bagaikan syurga untuk kaki golf. Ramai peminat golf tegar puji tentang padang golf dan fasiliti yang dijaga baik.
Ayah pergi main golf.
Isteri dan anak anak boleh mandi di swimming pool. Bilik pun selesa & besar. Memang padanlah sebab hotel bertaraf 5 bintang.
Map Jarak
Tempat ni kurang sesuai untuk bukan kaki golf.
Kesimpulan Tentang Tempat Menarik Di Selangor.
Rancanglah cuti kita sebaiknya bersama isteri dan anak anak. Manfaatkan setiap peluang yang ada untuk melihat kebesaran alam ciptaan Allah.Selangor pun ada tempat yang cantik dan berbaloi.
Nak pergi tempat percuma ada, yang berbayar pun ada. Bajet bukan masalah.
Insyaallah senarai ini akan Ibu kemas kini dari masa ke semasa. Sebarang pendapat dan perkongsian pengalaman, sila tinggalkan di ruangan komen.
Terima kasih semua. Assalamualaikum Wrmbth.
Ulasan
Maznee pun belum sampai semua tempat lagi.
Sebab tu kami keluar juga pergi negeri lain untuk bercuti
maklumlah, memang orang selangor.
banyak lagi tempat menarik di Selangor.. tak suma, MZ pernah jejak
salam kenal dari umifuzycom