Homestay Kontena Melaka Bukit Katil Memang Terbaik!

Header ads

Homestay kontena melaka pandangan atas


Ada apa dengan Homestay Kontena?  Homestay Melaka yang pernah viral dulu..



Bercuti di Melaka memang pasti menyeronokkan! Walaupun dah pergi banyak kali, mesti ada pengalaman baru untuk di cuba.

Ibu pasti, kita semua biasa tinggal di hotel & homestay. Tapi homestay yang Ibu maksudkan kali ini dibina dari kontena. Sebab itulah namanya homestay kontena Melaka. 

Homestay yang unik ini terletak lokasi strategik di Bukit Katil, Melaka. Sangat hampir dengan banyak tempat menarik di Melaka.

Jaraknyanya hanya 5 km dari Tol Ayer Keroh dan tidak sampai 10 km memandu ke pusat bandar. Jika kita pernah bercuti di Melaka, mesti dah masak sangat dengan kesesakan lalulintas tiap kali musim cuti sekolah. Baca lebih lanjut tentang senarai homestay di Ayer Keroh Melaka

Jadi, daripada kita bazirkan masa tersangkut di trafik jam, lebih baik kita pilih maksimakan penggunaan masa. Suami tak tension memandu. Anak anak pun tak merengek bergaduh dalam kereta.

Kita pun tersenyum gembira. Maklumlah, perancangan kita semua berjalan lancar. Tanpa membazir masa mari lihat apa kelebihan homestay ini?



Kenapa Homestay Kontena Melaka menjadi pilihan ramai pelancong?

Kalau nak cakap pasal homestay, di Melaka ni bersepah! Banyak sangat pilihan. Dari yang murah sampailah ke mahal. Nak sewa rumah banglo siap swimming pool tepi pantai pun ada. Cek Puteri Qashrina Homestay kalau tak percaya.

Kontena homestay terletak dalam harga pertengahan. Tak murah & tak mahal sangat.


Apakah kemudahan yang di sediakan di Homestay Kontena untuk pengunjung? Boleh lawan dengan fasiliti di hotel melaka yang 5 star ke?



Permintaan untuk menginap di sini memang tinggi, sebab pernah viral di media sosial satu masa dulu. 

Walaupun ada empat buah unit kontena yang diubahsuai cantik menjadi homestay, bilangan bilik tak banyak.

Kalau nak tempah bermalam disini, pastikan kita lakukan lebih awal. 


Homestay kontena melaka swimming pool


Di bawah ini ibu senaraikan kemudahan yang tuan rumah berikan kepada mereka yang bermalam di sini. Memang harus di puji sebab beri nilai tambah.Walaupun tidak mempunyai kelebihan melihat matahari terbit dan terbenam seperti homestay di tepi pantai melaka yang lain. Namun, banyak lagi kelebihan yang dapat kita nikmati sekiranya menginap disini.


Semua kemudahan di bawah adalah percuma untuk semua pelanggan. Best kan homestay melaka ni!



  1. Mini perpustakaan.

    Antara ciri orang berjaya ialah mereka suka membaca. Kalau kita risau anak anak kita tak terisi dengan aktiviti berguna semasa bercuti, minta saja mereka singgah ke mini library yang di sediakan.
    .
  2. Kolam renang.

    Swimming pool di sini memang lawa. Setaraf dengan yang ada di hotel. Nak mandi manda sampai malam pun boleh sebab lampu malam di sediakan.
  3. BBQ set & arang.

    Bagi yang gemarkan aktiviti barbeque, bawa sendiri daging yang dah di perap dan bakar di sini di siang. Mahupun malam hari.
    .
  4. Dinding dengan gambar 3 D untuk ambil gambar menarik.

    Jika kita suka bergambar dan mengabdikan kenangan indah semasa bercuti, terdapat dinding homestay dengan gambar 3D.
    .
  5. Basikal kanak kanak.

    Tuan punya homestay sediakan basikal kanak kanak percuma. Laman homestay ni pun besar. Ada ruang nak mundar mandir naik basikal.

Dan sebab terakhir yang Ibu rasakan paling best ialah


6. Laman Homestay Luas dengan Persekitaran Kampung Yang Mendamaikan!

Homestay kontena melaka swimming pool malam hari
Nak mandi waktu malam? Tak ada masalah. Cuaca lebih sejuk dan nyaman.

Bila kita pergi bercuti, mesti nak rehatkan minda dan badan. Kalau kita tinggal di kawasan bandar dengan kebisingan, kesibukan kota.

Dapat tinggal homestay dengan suasana kampung disini yang banyak pokok hijau merimbun, laman yang bersih & luas. Mesti fikiran jadi lapang & dada yang lega.

Depan pintu homestay dah boleh mandi manda dalam kolam renang berair jernih. Di samping limpahan lampu di waktu malam yang menyerikan suasana. 

Kita boleh isikan masa sebaiknya siang dan malam.

Soal keselamatan pun tidak di ambil mudah, semasa bercuti kereta kita di letakkan di laman yang berpagar. Rasalah selamat sikit berbanding tak ada pagar.

Sesiapa nak masuk dan keluar kawasan pun susah kan!

Dari respon mak ayah yang bawa anak anak bercuti di sini, ramai yang kata tempat ini bersih, banyak kemudahan disediakan dan sangat sesuai untuk percutian keluarga. Anak anak sangat suka dan mintak sekiranya ke melaka akan berkunjung di sini lagi.


Memang banyak tempat menarik di Melaka seperti dalam video dibawah. Tekan butang play untuk tonton.

.

Gambar suasana tenang dan damai di Homestay Kontena!

Homestay kontena melaka laman tempat letak kereta

Homestay kontena melaka mandi manda siang hari

Homestay kontena melaka 4 kabin kontena untuk di sewa

Homestay kontena melaka Tempat lemak dan fasiliti

Homestay kontena melaka fasiliti kemudahan pelancong



Review pelancong yang menginap di Kontena homestay Melaka.

4.6 dari 5.0 bintang dari 62 pelancong yang menginap di sini. Review mereka di tinggalkan di Google.


Lokasi Homestay kontena!

Alamat: Lot 2951 , Jalan Imam Kadir, Bukit Katil, 75450 Melaka, Bukit Katil, 75450 Melaka.

Telefon: 013-362 7077



Harga penginapan 1 bilik di homestay kontena untuk sehari semalam.

Harga homestay ini memang berbaloi sangat, sebab slokasi strategik & pelbagai kemudhan yang di sediakan. 

Di bawah ini Ibu berikan bayaran untuk penginapan selama 1 hari 1 malam bagi satu unit Homestay Kontena Melaka tahun 2018:
  • Isnin hingga jumaat: Rm150
  • Hujung minggu /Cuti umum /Musim cuti sekolah : Rm180

Habis sudah entri Ibu kali ini tentang homestay unik di bina dari kontena ini. Jika anda mahukan lebih banyak maklumat tentang penginapan di Melaka, boleh baca senarai homestay di Melaka yang kami sediakan untuk anda.

Jumpa lagi di lain masa. Selamat bercuti.

4 Ulasan

Mama Hakim berkata…
Mama singgah raya petang ahad ni. Semoga sis Ibu zaid makin gembira. Asyik bercuti jalan jalan sekarang ni kan. Duduk homestay masa cuti raya pun bagus juga sebab dapat jaga aurat. Bukan tak sudi kan.

Agama kena jaga.
Mama Hakim berkata…
Salam petang isnin dari Mama Hakim. Semoga sis Ibu zaid sihat hari ni.
Unknown berkata…
Terima kasih sudi share pasal homestay kontena melaka
Unknown berkata…
Assalamualaikum..sy nak tanya..utk 31/8/2019 nie harga berapa utk satu mlm penginapan di homestay kontena?
Lebih baharu Lebih lama