Jerawat batu di muka? Bencinya, Ini 7 cara menghilangkan yang berkesan!
Oleh
Ibu Syurga
URL Copied
Hampir semua orang menghadapi masalah wajah jerawat, terutama sekali semasa kita remaja. Penting untuk kita merawat jerawat dengan kaedah yang betul, supaya masalah ini tidak bertambah buruk. Dan semestinya kulit kita tidak terjejas dengan parut yang hodoh.
Cara Menghilangkan jerawat batu di muka yang selamat & berkesan!
Hari ini ibu nak kongsikan kaedah yang lebih mudah untuk menghilangkan jerawat tanpa kesan sampingan. Kita mulakan dengan tips yang paling mudah, tapi ramai dari kita kurang mengambil berat tentangnya.
Cuba 7 cara di bawah untuk merawat jerawat batu di muka!
1. Elakkan menyentuh, menggaru & memicit jerawat yang naik di muka dengan tangan!
Ibu pasti, ramai dari kita gatal tangan untuk menyentuh jerawat di muka. Rasa geram sangat. Liang roma yang tersumbat kerana minyak berlebihan ataupun kotoran menyebabkan jerawat. Jika ini berlaku, tindakan kita menyentuh jerawat tersebut dengan tangan tidak akan menyelesaikan masalah. Malah, ia akan menyebabkan iritasi kulit di sekelilingnya dan membuat jerawat lebih membengkak dan lebih ketara.
2. Penting untuk kita menjaga kebersihan muka.
Bersihkan kulit kita dengan lebih teliti. Bersihkan muka sebanyak sekali atau paling banyak dua kali setiap sehari. Amalan ini jika di lakukan dengan konsisten dapat membantu mencegah jerawat. Orang bijak pandai ada berkata, pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Masa terbaik untuk merawat jerawat adalah sebelum ia keluar di muka. Dengan menitik beratkan kebersihan, kita dapat menyingkirkan minyak yang berlebihan dari kulit muka sehingga risiko untuk liang liang roma tersumbat tidak ada. Kulit kita mengeluarkan minyak untuk mengekalkan lembapan kulit supaya tidak kehilangan lembapan. Tapi sekiranya minyak ini berlebihan & kita tidak melakukan sesuatu untuk mengawalnya. Mudah untuk liang roma tersumbat & menjadi jerawat. Gunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka kita supaya tidak menyebabkan masalah lain. Ibu ada baca satu panduan yang baik dalam memilih pencuci muka mengikut jenis kulit di blog nikmatterbaik.blogspot.com.
3. Jangan mencuci muka terlalu kerap kerana ini lebih memudaratkan.
Memang betul mencuci muka dengan pembersih ini baik untuk mencegah jerawat. Tetapi biarlah di lakukan dengan betul.
Mencuci muka terlalu kerap dengan pencuci muka akan menyebabkan kulit kehilangan terlalu banyak lembapan. Atau boleh juga menggalakkan pengeluaran minyak berlebihan.
Jika minyak keluar lebih dari perlu, kemungkinan untuk liang roma tersumbat lebih tinggi & menyebabkan masalah jerawat yang lebih teruk.
Jadi, berpada padalah dalam mencuci muka.
4. Gunakan produk rawatan jerawat khusus untuk muka.
Jerawat batu bukan saja boleh mucul di muka, malah di seluruh bahagian badan. Ada produk khusus untuk merawat jerawat di muka & di bahagian badan yang lain. Formulasi skincare untuk muka lebih lembut untuk kulit muka. Jadi jangan gunakan produk merawat jerawat di badan untuk kawasan muka. Ramuan Benzoyl peroksida memang bagus untuk menghilangkan jerawat di badan kita. Jika kita mempunyai jerawat di belakang badan, kita boleh sapu ramuan benzoyl peroxide pada jerawat untuk menghapuskan bakteria di dalamnya. Kulit di bahagian belakang badan lebih lasak jika dibandingkan dengan kulit muka. Penggunaan ramuan jerawat yang mengandungi benzoyl peroxide di muka boleh menyebabkan gatal-gatal, kulit menjadi merah dan mengelupas.
5. Uruskan rambut kita dengan rapi supaya tidak menyebabkan jerawat batu di dahi.
Tidak salah mempunyai fesyen rambut yang bergaya, tetapi pastikan rambut kita tidak menjadi penyebab masalah jerawat di muka. Produk penjagaan rambut seperti syampoo & minyak rambut membantu kita tampil lebih bergaya. Tetapi, sekiranya produk ini sampai ke bahagian dahi melalui peluh ataupun sentuhan tangan, ada kemungkinan ia akan menyumbat liang roma di kawasan dahi lalu menyebabkan jerawat. Ibu pasti mesti kita tak sangka, perkara kecil macam ini pun boleh menjadi sebab jerawat naik.
6. Gunakan skincare khusus hanya pada kawasan yang terlibat sahaja.
Sesetengah dari kita mempunyai kulit jenis kombinasi. Ada kawasan di muka kering, manakala kawasan lain pula berminyak. Sesetengah produk skincare yang kita gunakan di reka khusus untuk jenis kulit tertentu sahaja. Contohnya, kulit di dahi adalah jenis kering & kita mahu melembapkannya dengan losyen khas. Gunakan di kawasan tersebut sahaja & elakkan dari menyapu di seluruh muka untuk mengelakkan keadaan tak di ingini berlaku.
7. Produk yang murah tak semestinya kurang bagus jika di bandingkan dengan yang mahal!
Kita selalu di momokkan dengan ungkapan alah membeli menang memakai. Tapi dalam kes produk kulit & jerawat, ini belum tentu lagi. Jangan terlalu mudah percaya dengan iklan dan kempen pemasaran yang di lakukan di kaca tv. Walaupun jenama tersebut memang gah, belum tentu ia sesuai dengan kulit kita.
Kesimpulan tentang cara merawat jerawat di muka.
Semoga tips yang di berikan di atas membantu anda menangani masalah jerawat yang menyebabkan kulit kita kurang serinya. Apa yang penting kita jaga kebersihan dan gunakan produk penjagaan diri dengan baik supaya kulit kita tidak terlalu berminyak dan akhirnya menyebabkan jerawat. (Baca lebih lanjut tentang cara menghilangkan jerawat yang selamat!) Selamat mencuba.
singgah sini ibu, semoga sentiasa sihat, jerawat ni memang musuh sesiapa sahaja, siapa nak jerawat lagi2 jerawat batu. semoga tips ini dapat membantu buat di luar sana yang mengalami masalah ini
Hampir semua orang menghadapi masalah wajah jerawat, terutama sekali semasa kita remaja.
Penting untuk kita merawat jerawat dengan kaedah yang betul, supaya masalah ini tidak bertambah buruk. Dan semestinya kulit kita tidak terjejas dengan parut yang hodoh.
Cara Menghilangkan jerawat batu di muka yang selamat & berkesan!
Hari ini ibu nak kongsikan kaedah yang lebih mudah untuk menghilangkan jerawat tanpa kesan sampingan.
Kita mulakan dengan tips yang paling mudah, tapi ramai dari kita kurang mengambil berat tentangnya.
Cuba 7 cara di bawah untuk merawat jerawat batu di muka!
1. Elakkan menyentuh, menggaru & memicit jerawat yang naik di muka dengan tangan!
Ibu pasti, ramai dari kita gatal tangan untuk menyentuh jerawat di muka. Rasa geram sangat. Liang roma yang tersumbat kerana minyak berlebihan ataupun kotoran menyebabkan jerawat.Jika ini berlaku, tindakan kita menyentuh jerawat tersebut dengan tangan tidak akan menyelesaikan masalah.
Malah, ia akan menyebabkan iritasi kulit di sekelilingnya dan membuat jerawat lebih membengkak dan lebih ketara.
2. Penting untuk kita menjaga kebersihan muka.
Amalan ini jika di lakukan dengan konsisten dapat membantu mencegah jerawat. Orang bijak pandai ada berkata, pencegahan adalah lebih baik daripada merawat.
Masa terbaik untuk merawat jerawat adalah sebelum ia keluar di muka.
Dengan menitik beratkan kebersihan, kita dapat menyingkirkan minyak yang berlebihan dari kulit muka sehingga risiko untuk liang liang roma tersumbat tidak ada.
Kulit kita mengeluarkan minyak untuk mengekalkan lembapan kulit supaya tidak kehilangan lembapan.
Tapi sekiranya minyak ini berlebihan & kita tidak melakukan sesuatu untuk mengawalnya. Mudah untuk liang roma tersumbat & menjadi jerawat.
Gunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka kita supaya tidak menyebabkan masalah lain. Ibu ada baca satu panduan yang baik dalam memilih pencuci muka mengikut jenis kulit di blog nikmatterbaik.blogspot.com.
3. Jangan mencuci muka terlalu kerap kerana ini lebih memudaratkan.
4. Gunakan produk rawatan jerawat khusus untuk muka.
Jerawat batu bukan saja boleh mucul di muka, malah di seluruh bahagian badan. Ada produk khusus untuk merawat jerawat di muka & di bahagian badan yang lain.Formulasi skincare untuk muka lebih lembut untuk kulit muka. Jadi jangan gunakan produk merawat jerawat di badan untuk kawasan muka.
Ramuan Benzoyl peroksida memang bagus untuk menghilangkan jerawat di badan kita. Jika kita mempunyai jerawat di belakang badan, kita boleh sapu ramuan benzoyl peroxide pada jerawat untuk menghapuskan bakteria di dalamnya. Kulit di bahagian belakang badan lebih lasak jika dibandingkan dengan kulit muka.
Penggunaan ramuan jerawat yang mengandungi benzoyl peroxide di muka boleh menyebabkan gatal-gatal, kulit menjadi merah dan mengelupas.
5. Uruskan rambut kita dengan rapi supaya tidak menyebabkan jerawat batu di dahi.
Tidak salah mempunyai fesyen rambut yang bergaya, tetapi pastikan rambut kita tidak menjadi penyebab masalah jerawat di muka.Produk penjagaan rambut seperti syampoo & minyak rambut membantu kita tampil lebih bergaya. Tetapi, sekiranya produk ini sampai ke bahagian dahi melalui peluh ataupun sentuhan tangan, ada kemungkinan ia akan menyumbat liang roma di kawasan dahi lalu menyebabkan jerawat.
Ibu pasti mesti kita tak sangka, perkara kecil macam ini pun boleh menjadi sebab jerawat naik.
6. Gunakan skincare khusus hanya pada kawasan yang terlibat sahaja.
Sesetengah dari kita mempunyai kulit jenis kombinasi. Ada kawasan di muka kering, manakala kawasan lain pula berminyak.Sesetengah produk skincare yang kita gunakan di reka khusus untuk jenis kulit tertentu sahaja. Contohnya, kulit di dahi adalah jenis kering & kita mahu melembapkannya dengan losyen khas. Gunakan di kawasan tersebut sahaja & elakkan dari menyapu di seluruh muka untuk mengelakkan keadaan tak di ingini berlaku.
7. Produk yang murah tak semestinya kurang bagus jika di bandingkan dengan yang mahal!
Kita selalu di momokkan dengan ungkapan alah membeli menang memakai. Tapi dalam kes produk kulit & jerawat, ini belum tentu lagi.Jangan terlalu mudah percaya dengan iklan dan kempen pemasaran yang di lakukan di kaca tv. Walaupun jenama tersebut memang gah, belum tentu ia sesuai dengan kulit kita.
Kesimpulan tentang cara merawat jerawat di muka.
Semoga tips yang di berikan di atas membantu anda menangani masalah jerawat yang menyebabkan kulit kita kurang serinya. Apa yang penting kita jaga kebersihan dan gunakan produk penjagaan diri dengan baik supaya kulit kita tidak terlalu berminyak dan akhirnya menyebabkan jerawat. (Baca lebih lanjut tentang cara menghilangkan jerawat yang selamat!)Selamat mencuba.
Ulasan
Rupa rupanya sebab alahan pemakanan.