Anmum Free Sample - 4 Cara dapat sample susu bayi percuma.

Berbaloi ke nak cuba susu anmum untuk anak kita? Kalau beli yang besar, anak nak minum tak apalah. Tapi, kalau dah beli , lepas tu anak tak nak minum macam mana? Kan rugi.
Anmum free sample malaysia

Bagi pasangan suami isteri yang baru mendapat anak, Ibu ucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata baru. Ramai dari kita menghadapi dilema diatas tiap kali nak cuba beli susu tepung.

Cara dapatkan Susu Anmum Free Sample.



Susu bayi, step 1 memang mahal. Anak kita pula belum tentu nak minum. Bertuahlah kalau anak tak cerewet.

Tapi, kalau anak sembeli atau cirit birit sebab tak serasi. Terpaksalah berhenti minum dan cari susu lain.

Sebab itu, kan bagus kalau dapat sample susu anmum percuma sebelum beli. Betul kan?

Kali ini, Ibu nak kongsikan cara ibu bapa bijak seperti kita boleh dapat sample susu bayi percuma. (Baca senarai susu yang sesuai untuk ibu hamil)

Anda dah bersedia?

Tips dapatkan sample susu bayi percuma pelbagai jenama (Anmum, Frisco dan lain lain.)

Bagus untuk kita tahu tips di bawah lebih awal.


1. Tanya Hospital atau klinik tempat anak kita di lahirkan untuk sampel.

Tips ini hanya terpakai untuk bersalin di hospital dan klinik swasta. Ibu tahu sebab anak pertama lahir di hospital swasta. Anak kedua pula hospital kerajaan.

Semasa discaj keluar dari wad, pihak hospital ada berikan hamper yang mengandungi beberapa sample susu formula untuk bayi dari pelbagai jenama.

Sama seperti apa yang kita dapat semasa mengunjungi klinik gigi, selalunya mereka akan berus gigi baru selepas setiap lawatan pergigian.

Pihak hospital akan memberikan sample susu anmum percuma kepada ibu-ibu baru untuk membantu kita menentukan susu formula mana yang sesuai untuk anak yang baru di lahirkan. 

Hospital kerajaan di Malaysia tak galakkan ibu beri susu formula kepada anak. Program rakan bayi di hospital kerajaan menggalakkan pemberian susu ibu kepada anak.


2. Tanya doktor di klinik semasa melakukan pemeriksaan berkala bayi kita.


Semasa ktia membawa bayi kita berjumpa pakar pediatrik untuk pemeriksaan rutin, cuba tanya mereka sekiranya boleh mendapatkan sampel susu percuma. 

Sama seperti di hospital, pengeluar susu formula bayi akan meninggalkan sampel percuma di klinik dengan harapan ibu bapa akan mencuba produk mereka dan menyukainya. 

Ini memang salah satu strategi pemasaran syarikat susu. 


3. Dapatkan Sampel Percuma dari Pengeluar Susu Anmum.



Cara ketiga, memang mudah. Boleh lawati laman web pengeluar susu Anmum dan cari bahagian khas untuk dapatkan sampel susu bayi percuma.

Kita akan di beri pilihan untuk mendapat beberapa jenis sampel susu keluaran mereka.

Anmum ada keluarkan susu untuk ibu mengandung (Anmum materna), susu untuk ibu menyusu (Anmum lacta), susu untuk bayi menurut peringkat umur mereka (Infacare). Kalau suka susu coklat, boleh minta perisa coklat.
Bacaan menarik: Susu coklat dari Anmum Materna? Tak manis sangat ke untuk ibu hamil?

Kita akan di minta untuk mengisi butiran maklumat peribadi ke dalam laman web tersebut. Dan mereka akan pos sample susu anmum terus ke alamat yang di berikan.


4. Kunjungi pameran keibubapaan.

Pameran seperti ini sesuai di hadiri oleh bakal bakal ibu dan ayah yang sedang membuat persiapan membeli kelengkapan bayi.

Di sini memang menjadi tempat tumpuan syarikat susu dan juga pengeluar barangan bayi untuk memberikan sample barangan keluaran mereka kepada ibu bapa.


Apa nak buat kalau nak sample susu anmum dengan cepat?

Katalah anak kita yang baru lahir tak sihat, lepas tu susu formula yang sedia ada tak sesuai di minum ketika ini menyebabkan banyak kahak.

Betul, ada jenama susu bayi yang menyebabkan anak kita susah bernafas kerana kahak. Apa nak di buat?

Doktor dah sarankan untuk kita tukar susu. Nak dapat Anmum free sample Malysia, kita nak pakai cepat. Anak dah menangis kelaparan.

Jadi, dalam kes macam ini terpaksalah kita beli susu saiz paling kecil.

Itupun selepas kita buat survey di internet. Cari dulu pengalaman mak ayah lain yang ada masalah serupa. Apa jenama susu yang mereka cuba.

Dalam kes ini, cari pengalaman mak ayah yang cuba susu anmum untuk anak kecil. Adakah susu ini mendapat markah review yang bagus dari mereka.

Kalau ya, ramai yang puas hati. Bolehlah beli saiz paling kecil.

Tapi, sekiranya anda sedang membaca artikel ini ketika hamil. Ibu sangat galakkan untuk buat perancangan memberi susu ibu kepada anak.

Susu ibu semasa anak sedang sakit sangat bagus kerana badan kita akan mengeluarkan enzim dan hormon serta antibodi semulajadi untuk membantu anak cepat sihat.

Itu kelebihan kita menyusu badan. Cuma susahnya jangan ceritalah. Kita akan menempuhi banyak dugaan. Kena banyak membaca kumpul ilmu penyusuan.

Bangun di malam hari setiap hari untuk pam susu atau direct feeding.

Dan jika bekerja, wajib pam susu di pejabat supaya bekalan susu sentiasa ada. Memang mencabarlah. Sebab Ibu dah lalui semua ini.

Alhamdulillah penat lelah berbaloi sebab setiap kali anak tak sihat, kita sebagai ibu dapat bantu mereka dengan cara tersendiri.


Kesimpulan.

Sebaik dan semahal manapun susu formula yang kita beri kepada anak, tak boleh lawan dengan khasiat yang di berikan oleh susu ibu.

Tapi, dalam kes tertentu, kita terpaksa juga belikan susu formula kepada anak kita. Masa inilah kita perlu cuba sample susu bayi terlebih dahulu.

Pastikan kita simpan sampel susu anmum infacare lebih awal. Masa terdesak, boleh terus cuba.
Baca lebih lanjut tentang kebaikan anmum materna untuk kegunaan ibu semasa hamil.
Ibu doakan, Allah rezekikan semua anak anak kita untuk dapat menikmati susu ibu. Paling tidak pun, dapat beri sebahagian susu badan, sebahagian lagi susu formula.

Ini pun dah cukup baik berbanding memberikan susu formula sepenuhnya.
38 تعليقات

تعليقات

‏قال Mama Hakim
Mama singgah bertandang ke blog sis petang rabu ni. Nak dapat sample susu percuma pun ada caranya kan. Berguna untuk pasangan baru dapat anak pertama ni.
‏قال Unknown
Memang betul, kalau pergi klinik dan hospital swasta baru dapat sample susu percuma. Kerajaan punya lebih galakkan kita untuk susu badan.

Pendapat saya sendiri, sample susu yang di beri tu bagus untuk mak yang susah nak susu badan. Maklumlah, kalau anak dah kecil ramai. Lepas tu masuk wad sebab anak kuning, dan macam macam lagi. Cukup banyak ujian.

Cuma, tak dinafikan nak beri susu ibu perlukan banyak pengorbanan. terutama dari pihak suami. Kena banyak membantu. Bukan anak orang lain pun kan.
Baru saya tahu tips yang berguna ni. Alhamdulillah anak saya tak cerewet. Susu apa pun sesuai je setakat ni
‏قال ajumohit
masa mengandung dulu memang saya pun suka cari sampel terutama diapers baby
‏قال Mama Hakim
Mama pun sama, suka isi borang di internet untuk dapat sample percuma.
‏قال Mazni Azmi
Macam ni rupanya cara nak dapat sample susu anmum percuma. Maznee tak pernah cuba pun.
‏قال Ibu Syurga
Masabaru kahwin dan dapat anak, memang banyak nak pakai duit. Sebab tu kita tak boleh bazirkan sumber yang akan
‏قال Ibu Syurga
Seeloknya memang di galakkan minum susu badan. Lain
‏قال Ibu Syurga
Sample lampin pun ada juga ya Aju. Sekarang ni pakai huggies je
‏قال Ibu Syurga
Hati hati kongsi maklumat peribadi dengan pihak ketiga mama
‏قال Ibu Syurga
Sebab tu Ibu kongsi Maznee. Lepas ni bolehlah cuba.
‏قال mrhanafi
susu badan memang terbaik..

kecuali si ibu tidak konsisten untuk memberi susu badan kepada anak mereka..

akhirnya bayi lebih suka susu formula tu
‏قال Nina Mirza
Terima kasih di atas tips nya. Klinik yang biasa nina pegi memang ada sediakan sample susu bayi. Bila anak sakit, kadang doktor tanya anak minum susu apa, dan cadangkan try sample yang dia ada.
Alhamdulillah, anak-anak Nina fully bf dan bila campur susu formula, so far serasi dan tiada alahan.
‏قال Huda Halid
Susu anmum memang bagus. Bagus juga idea nak dapatkan sample percuma tu. At least boleh try sebelum beli pek besar
‏قال 5 Little Angels
Thinking to switch my baby milk powder to other brand too. With the free sample, I would like to give it a try.
‏قال Cik Lily Putih
ni kena bagitau adik kak lily ni, dia suka menda-menda free gift ni. dapat jimat belanja katanya
‏قال cre8tone
It's good that they get to give mummies sample to try on... good thing worth trying!
‏قال Suria Amanda
Adik SA kerja klinik dan selalu bawak balik sample susu yg dihantar ke klinik. Sampai x terminum..sedekah je kat org yg kurang bernasib baik..dari darimembazir kan..
‏قال Aisya Ismail
Selalu nampak offer sample susu percuma ni. Selalu juga redeem, tapi tak da anak kecik pon. Last-last bagi anak buah cuba je.
‏قال Hanny Abdullh
Wahhh ada free sample..bolehlah sis cakap gan anak2 buah sis yg ada anak2 kecik..sure diorg suka
‏قال AyuArjuna BiGoshh
Dulu masa kecik mmg suka minum susu ni. Sedap dan murah. Tapi sekarang harga dia agak pricey kan, huhuhuhu
‏قال Mama Hakim
Assalamualaikum dan salam petang khamis, Mama datang bertamu. Kalau dapat sample memang boleh jimat duit lebih kan Ibu.

Sebab kurang risiko kita nak buat silap. Beli besar besar tapi anak tak nak minum. Elok cuba tips untuk dapat sample susu formula untuk anak
‏قال Fadzi Razak
Dulu masa pregnantkan anak pertama, selalu redeem sample melalui website dieorang je. Pregnant kali ni tak buat lagi. Mungkin bulan depan baru start kot. Dah nak masuk 8 bulan dah ni
‏قال Ezna Khalili
Dulu kat hospital anak pun ada sampel susu, kalau isi borang online pun ada. Kalau attend kursus keibubapaan pun dapat sampel susu ni. Sekarang ni anak dah besar. Ingat juga kenangan masa lalu. Hehe
‏قال Unknown
Senang saja sent saja emel kepada syarikat pengeluar susu tersebut, pasti dapat. Cuma ambil masa 2-3 bulan baru dapat. Ada juga sampai 4 bulan baru dapat.
‏قال Mahamahu
Baguslah tips untuk ibubapa yang baru pertama kali ada bayi kecil ni hehehe paling senang dapatkan susu sample percuma dalam waktu emergency macam ni sangat berguna juga kan...
‏قال Unknown
Thanks for this article. Good tips for new parnts struggling to choose the correct and suitable milk for their baby. Its a great way to avoid all the hassle of baby making fuss and also can avoid wastage of money by buying the wrong milk that is not suitable for our baby. Always ask for sample and see whether baby is okay with it or not.
‏قال Jia Shin Lee
Yup, breast milk is the best but when it comes to the transaction it was really difficult, that is when the formula milk samples come in handy, usually I ask from my doctor, they wil surely have samples.
‏قال Mama Hakim
Dapat sample susus peercuma untuk anak memang bagus sebab cara ni kita dapat cuba pada anak anak sebelum beli. Kalau dah beli baru nak cuba, anak tak minum membazir
‏قال Mazni Azmi
Susu anmum ni maznee minum masa mengandung anak sulung, masa tu minum tak ikut sukatan sebab kalau ikut betul betul, manis ke main. Zaman tu tak de versi kurang gula.

Sekarang ni tak tahu macam mana. Kalau ada sample senang lah kan. Zaman tu tak terlintas nak mintak sample
‏قال Nadia Johari
pernah minum susu anmum...sedap je..hehe..tapi tu la mahal..dulu masa anak pertama dua bulan bagi susu anmum..sebab nangis je..okla susu tu..tapi sekrg tak bagi dah..sebab dia susu mak dia..lepas tu nad tukar dutch lady
‏قال Em
Great tips! I don't need susu bayi but I have friends who do. Will let them know how to get the sample. Try first then only buy.
‏قال Zharif Azis
Memang bagus susu anmum nie. Banyak khasiat dia. Sangat bagus utk ibu2. Nanti sy bagi tahulah mana2 kawan sy yg nak sample susu anmum nie.
‏قال Betty's Journey
A good tips and will share with my pregnant friends. At least they can start to consume Anmum during pregnancy.
‏قال Lia Hasty
Kalau nak sample susu selalunya ada kat mall bila promo atau event yg melibatkan parent . Kadang-kadang ada juga website jenama susu di pasaran akan ada 'get Free Sample' dari laman dorang dan pihak parent isikan details secara online . Mereka akn pos sample ke rumah.
‏قال Sharon Lee
Bestnya dapat sample, can try and decide later whether the milk formula suits for your kids! It was so easy to redeem also, thanks for sharing!
‏قال myfancyblog
Bagus jgk Ada sample Susu utk dicuba Sama Ada sesuai atau tidak.www.keunggulanwanita.com
‏قال Ruby
Masa hamil dulu, kalau nak sample susu setiap jenama kan. Ruby datang AEON tiap sabtu. Sebab nak cuba susu mereka. Kalau serasi dengan tekak, tak muntah. Ruby akan pi beli. Kemudian untuk susu anak-anak pun ruby buat camtu. Pi AEON / TESCO / GIANT atau mana-mana pasaraya besar. Pasti ada promoter hari sabtu. Kita kena mulakan dengan sample agar tidak berlaku pembaziran. Haaa tepokkk!