Susu Anmum Materna Untuk Awal Kehamilan. Adakah selamat di minum?

Assalamualaikum, Kali ini ibu nak cerita pula tentang susu ibu mengandung Anmum Materna.

Antara jenama popular di pasaran.


Susu anmum materna adalah salah satu produk tenusu yang dihasilkan dan dibangunkan oleh kilang tenusu terkemuka di dunia, Fontterra New Zealand.




susu anmum materna untuk ibu mengandung

Alah, biasalah.


Kalau iklan susu kat tv tu selalu tunjuk lembu gemuk warna hitam putih sedang berlari lari manja diatas padang rumput hijau.


Meragut rumput di bawah sinaran lampu minyak tanah. Eh, cahaya matahari.


Sedangkan iklan tu buat di Kundasang Sabah je.


Nak pergi tempat menarik di Malaysia banyak. Melaka & Sabah pun tak habis pusing lagi.

Pantai yang cantik pun banyak.






Balik kepada susu.

Seperti yang ibu pernah kongsi dulu, susu ni ada banyak jenis.


Sama ada susu kambing, lembu atau soya.


Dan.


Dalam kes susu Anmum Materna, susu lembu digunakan sebagai bahan asas anmum.

Menggunakan susu dari ladang lembu tenusu di New Zealand. 

Cuma susu lembu ni bukan semua orang boleh minum. Kalau ada alahan, sakit perut.

Ada masalah kurang toleransi laktosa.

Sebut tentang New Zealand, industri perladangan di sana memang maju.


Ladang lembu yang mengeluarkan produk anmum dah beroperasi bergenerasi lamanya.


Dan untuk dapat kualiti susu yang tinggi, lembu mesti sihat cantik dan bebas dari pencemaran.


Mungkin itu satu sebab kenapa susu produk anmum dikatakan mempunyai kualiti yang tinggi.


Sebab bumi New Zealand masih dara dari diratah pencemaran.


Dan sangat elok diminum oleh ibu mengandung di rumah.







Susu anmum materna mengandungi banyak kebaikan pasangan suami isteri yang sedang merancang kehamilan.


Atau telah pun mengandung, kerana kaya dengan folat, kalsium, zat besi dan lain lain.


Bila kita cukup khasiat, muka pun nampak berseri. Taklah pucat saja.

Di bawah ini kita akan sama sama bincangkan dengan mendalam segala persoalan.


Supaya di akhir artikel, semua jawapan sudah diperolehi.


Sama sama kita mulakan.




Susu Anmum Materna Untuk Awal Kehamilan Pilihan Ibu Mengandung Malaysia!

ibu mengandung elok minum susu anmum materna?
Ibu mengandung memang elok minum susu. Tapi bagus ke minum Anmum materna?

Apa yang dimakan semasa trimester 1 atau di awal kehamilan sangat penting.

Jika kita memang jenis suka makan, dan sejak hamil berusaha untuk mengamalkan diet sihat.


Tetapi pernah banyak kali gagal.


Teruskan mencuba, dengan ilmu pemakanan & kesungguhan pasti akan berjaya.


Ini penting untuk memastikan kesihatan bayi yang yang akan dilahirkan nanti. 


Badan kita menggunakan nutrien dan tenaga yang dibekalkan oleh makanan yang di makan untuk 

  1. Bayi membesar sihat.
  2. Ibu kekal sihat. 
Nak pergi kerja & beriadah di taman semua perlukan tenaga.






Diet yang sihat semasa mengandung akan membekalkan kebanyakan nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh kita.

Dan memberikan keseimbangan karbohidrat, lemak, dan protein yang diperlukan badan tanpa kalori berlebihan.


Gula tambahan sering ada di dalam pelbagai produk makanan / minuman.


Dan kita sering terlepas pandang nama lain gula dalam makanan yang diambil.


Antara nama lain gula ialah:

  1. Fruktosa
  2. Glukosa
  3. Maltodekstrin
  4. Gula Putih
  5. Dekstrosa
  6. Pepejal Sirap Glukosa
  7. Gula Perang
  8. Pepejal Sirap Jagung
  9. Maltosa
Penting untuk ibu hamil mengelakkan pengambilan gula tambahan.

Ini kerana risiko kesihatan yang dikaitkan dengan pengambilan gula berlebihan adalah seperti
  1. Kenaikan berat badan berlebihan
  2. Gula darah tinggi (Gestational Diabetis Mellitus aka GDM
  3. Tekanan darah tinggi (pre-eclampsia) sewaktu kehamilan. 
  4. Dan banyak lagi

Manakala kesan buruk untuk bayi pula adalah 

  1. Kelahiran pra-matang.
  2. Berat lahir yang lebih tinggi.
  3. Kanak-kanak membesar dengan kecenderungan untuk memakan makanan manis.
  4. Meningkatkan risiko obesiti.
  5. Gangguan kesihatan mental.
  6. Kanak-kanak membesar dengan mengalami alahan asma.



Cuba mengambil makanan yang berkhasiat, rendah lemak dan gula.

Ibu hamil boleh mendapat nutrisi penting di samping mengekalkan berat badan kehamilan yang sihat. 



Boleh ke minum anmum materna untuk merancang kehamilan?

Susu anmum materna untuk ibu merancang kehamilan

Jangan tunggu sehingga kita mengandung untuk mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat.

Mulakan seawal mungkin, seeloknya dari kita merancang untuk hamil dengan melakukan perubahan diet sihat.


Ini untuk memastikan bayi kita mendapat permulaan baik.


Bagi lelaki dan wanita, makanan yang diambil seharian sangat mempengaruhi kesuburan. 


Diet yang seimbang & sihat akan meningkatkan peluang bayi yang dilahirkan sihat.



Amalkan pengambilan makanan sihat seperti hidangan 
  1. Buah buahan.
  2. Sayur-sayuran
  3. Bijirin penuh.
  4. Dan makanan kaya kalsium seperti yogurt, keju, dan susu setiap hari. 

Tidak mendapat nutrien yang mencukupi boleh menjejaskan kitaran haid wanita.

Dan boleh menyebabkan sukar untuk diramal waktu subur (ovulasi) yang tepat berlaku.


Wanita yang kurang berat badan atau obes  mungkin sukar untuk mengalami ovulasi.


Susu memang elok diminum setiap hari, apatah lagi semasa kita merancang untuk mengandung.


Ibu sendiri suka minum susu lembu segar, dan susu tepung kambing organik. Tak kisahlah jenama apa pun.


Susu kambing Higoat Ibu minum. Jenama Wildan pun ibu minum.


Nak minum susu anmum materna untuk persiapan kehamilan pun boleh.

Sebelum hamil lagi kita dah elok minum.


Ibu syorkan baca dulu respon ibu ibu lain di media sosial dan di blog sebelum cuba.


Dan pastikan review tu bukan review berbayar. Barulah telus dan tak berat sebelah.


Kalau risau tak sesuai, baik tanya pendapat doktor dulu.



Berat Badan Ibu Ketika Mengandung & Perkembangan Bayi

Kenapa perlu pantau kenaikan berat badan semasa mengandung?

Penting sangat ni.


Paling mudah untuk mengelakkan kita terkena kencing manis semasa hamil (GDM). Pantang makan kena jaga.


Banyak risiko & bahaya jangka masa pendek serta panjang yang akan melanda kalau kita ada GDM.


Jadi penting untuk kita mengetahui berapa berat badan yang harus dicapai ketika hamil.


Indeks Jisim Badan (BMI) sebelum hamil & selepas hamil perlu di catat oleh doktor untuk menilai tahap kesihatan kita.


Ibu sendiri pernah disyaki menghidap kencing manis semasa hamil anak pertama.


Masa tu minum susu anmum pada tahun 2011, manis sangat.


Tapi sebab konon nak sihat, minumlah juga.


Sudahnya berat badan naik banyak 2kg. Kena minum air gula.


Syukur tak ada kencing manis.


Tapi katanya sekarang ni formula susu anmum materna untuk ibu hamil baru dah kurang gula tambahan.


Anmum Materna untuk ibu mengandung dikatakan mempunyai kandungan rendah lemak dan tanpa gula tambahan. Tapi wallahualam lah kan.

Sebab Ibu sendiri tak minum lagi formulasi baru ni.

Antara info menarik mengenai susu anmum materna ialah


  1. Susu ini dikatakan sebagai jenama susu ibu mengandung no.1 berpandukan Retail Audit for Health Food Drinks Category untuk 12 bulan berakhir Julai 2016.
  2. Survey ini di lakukan di Semenanjung Malaysia (Copyright © 2016, The Nielsen Company (M) Sdn Bhd)

Kalau di lihat dari kempen pemasaran Fontera yang di lakukan, memang tak hairan lah kan.

Di kaca tv sana sini keluar iklan susu ni.


Harga Susu Anmum Materna Malaysia Perisa Coklat & Asli.

Info bagi susu Anmum Materna adalah seperti berikut:
  1. Boleh didapati dalam pek yang mempunyai 7 sachet. 
  2. Mempunyai 2 perisa untuk pilihan ibu mengandung. 
  3. Berat bagi setiap sachet perisa asli adalah 36 gram & perisa coklat 42 gram. 
  4. Setiap pek bernilai RM 19.90. 
  5. Anmum Materna mempunyai bag-in-box 650 gram perisa asli dan coklat. Setiap kotak bernilai RM 42.00
Ibu ada buat satu entri khas mengenai harga susu jenama anmum di pasaran. Tak kiralah untuk ibu, ataupun untuk bayi. Insyaallah ada.
Baca lebih lanjut tentang harga susu anmum Malaysia.

Bahan yang terdapat dalam susu Anmum Materna.

Dibawah ini Ibu senaraikan ramuan bahan mentah di dalam susu anmum.

  1. Susu Tepung (Sumber susu Lembu)
  2. Maltodekstrin (Gula)
  3. Inulin
  4. Lemak Susu Kompleks (Susu Lembu)
  5. Sukrosa(Gula)
  6. Mineral (Kalsium Karbonat, Magnesium Oksida, Ferik Pirofosfat, Zink Oksida, Kalium Iodida)
  7. Asid Dokosaheksanoik (DHA) daripada Minyak Unisel
  8. Vitamin (Natrium Askorbat, Vitamin E Asetat, Niasinamida, Vitamin A Asetat, Kalsium Pantotenat, Vitamin D3, Piridoksina Hidroklorida, Tiamin Mononitrat, Riboflavin, Asid Folik, Vitamin B12)
  9. Bifidobacterium lactis. 
  10. Mengandungi pengemulasi (Lesitin Soya) sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan. 
  11. Mengandungi bahan-bahan perisa yang dibenarkan. Semua bahan tambahan makanan adalah daripada sumber sintetik dan tumbuhan.


Cara dapatkan sample susu Anmum.

Kadang kadang, rasa dilema nak cuba sesuatu produk baru kan.

Yalah, mana tau tak serasi. Sebab itu, syarikat susu kerap beri sample susu percuma.

Mana nak dapatkan sampel susu anmum? Ibu ada tulis 4 cara mudah untuk dapat susu percuma dari Anmum.
Baca lebih lanjut tentang Anmum free sample Malaysia.

Perbandingan susu anmum materna dengan jenama susu ibu mengandung yang lain

Memang banyak jenama susu ibu hamil, yang mana satu nak jadi pilihan kita?

Di bawah ini Ibu buat bandingan dari segi kalori atau gula dalam susu.

1. Anmum materna vs frisomum

Semua kalori ini Ibu perolehi dari laman web myfitnesspal.com.
  • Anmum Materna
    Bagi setiap serbuk 37.5g, ia memberikan 150 kalori.


    Susu Anmum Materna perisa coklat. Saiz 
    1 hidangan / Sajian: 1 cawan, Kalori: 190, Lemak: 5g, Karbohidrat: 24g, Protein: 13g


    Susu Anmum Materna perisa asli
    Saiz 1 hidangan: 37.5 g, Kalori: 160, Lemak: 4.4g, Karbohidrat: 20g, Protein: 8.9g

  • Susu Frisomum Gold Satu saiz hidangan Saiz: 45 g (200ml), Kalori: 182, Lemak: 5.6g, Karbohidrat: 21.6g, Protein: 10.4g

    PS: Saiz sajian diatas tak sama. Jadi tak boleh buat perbandingan langsung.

    Pendapat ibu, masa nak beli susu tu semak jadual nutrisi dan bandingkan saiz hidangan yang sama.


    Perbandingan Anmum materna vs Frisomum

    Ibu pernah minum susu anmum saja masa hamil dulu, tak pernah minum frisomum.

    Kalau nak cari mana yang serasi, boleh mintak sampel dari laman web.

    Atau boleh juga minta sample dari klinik swasta yang membekalkan.
sampel susu anmum materna

2. Enfamama Vs Anmum Materna.

  • Susu hamil (Enfamama) Saiz 1 hidangan: 50 g, Kalori: 185, Lemak: 2.4g, Karbohidrat: 29g, Protein: 12.5g

Cara Membuat Susu Anmum Materna!

Mesti akan ada yang rasa kelakar dengan topik ni kan?

Nak bancuh susu anmum pun kena ajar juga ya.

Memang penting untuk bancuh dengan cara yang betul kerana salah bancuh boleh rosak khasiat susu tu.

Oleh itu, ibu berikan panduan cara bancuh susu anmum materna di bawah:
  1. Ambil 200ml air kosong. Suhu air elok suam atau sejuk.

    Air suam lebih baik kerana mudah larut. Kalau malas nak bancuh, boleh masuk dalam shaker.

    Elak pakai air panas kerana nutrien dalam susu akan rosak kerana suhu tinggi.
  2. Masukkan 3 sudu besar / 1 pek stik susu.
  3. Minum 2 kali sehari siang dan malam (Seperti yang di sarankan diatas kotak). 

Kesimpulan tentang Susu Anmum Materna.

Seperti yang ibu tekankan sebelum ini, masa mengandung kita perlu banyak khasiat.

Minumlah susu yang sesuai dengan diri sendiri.

Ada yang sesuai minum susu segar, teruskan. Kalau lalu minum Anmum Materna ni silakan.

Tapi kalau baru nak cuba, elok beli bekas kecil saja. Atau dapatkan sample.

Kang dah beli tak lalu kan dah membazir.

Sampai bertemu lagi di lain masa.

Susu Anmum Materna Untuk Awal Kehamilan. Adakah selamat di minum? Reviewed by Ibu Syurga on January 23, 2018 Rating: 5

13 comments:

  1. Anmum materna ni Maznee minum masa mengandung dulu, manisnya. Berat badan naik mendadak. Doktor terus suruh cek gula.

    Masa tu maznee cek di internet ramai mak mak mengandung lain yang ada masalah sama. Terus berhenti minum.

    ReplyDelete
  2. Mama memang suka minum susu dari dulu lagi.

    Dalam peti ais di rumah tu sentiasa ada je susu segar.

    Sekarang ni anak anak mama yang pergi sekolah, bekalnya susu segar.

    Jadi tak hairanlah masa mengandung dulu mama minum susu juga. Cuma susu anmum materna ni tak pasti bagus atau tidak untuk ibu hamil.

    Mama lebih prefer minum susu segar dan makan suplemen.

    Lagipun kawan kawan cakap susu anmum ni manis. Entahlah sebab tak pernah rasa nak cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susu segar apa yg suka awk ambek utk awal pregnancy ey?

      Delete
  3. Minum susu segar saya lebih suka daripada minum susu formula macam ni. Terutama sekali selepas periksa jadual kandungan nutrisi di belakang kotak

    Betul ke tak ada gula tambahan?

    Kalau dulu ada gula tambahan tetap jadi susu ibu mengandung no 1 di pasaran kan? Kena hati hati bila nak beli produk.

    Kempen pemasaran bukan telus pun. Kita sebagai pengguna mesti bijak

    ReplyDelete
  4. wife memang amalkan minum susu semasa pregnen. tapi kena kontrol gak sebab kandungan gula mmg agak banyak..

    ReplyDelete
  5. Memang bagus susu anmum nih utk ibu ibu mengandung

    ReplyDelete
  6. AS minum anmum masa anak first, berat naik melambung-lambung. Tapi sekarang Anmum dah keluarkan yang kurang gula. So mommies bole pilih yang kurang gula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. usia kandugan nrpa bulan ya sesuai mnum susu ini

      Delete
  7. betul tu ibu, saya minum anmum berat badan naik 4kg sebulan, lepas tu stop anmum just minum susu kambing segar sebotol rm5

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak nya naik berat, menakutkan

      Delete
    2. Semua makanan yang semulajadi lebih baik untuk kesihatan berbanding buatan manusia.

      Delete
  8. Assalamualaikum.
    Happy weekend Ibu Syurga.

    ReplyDelete

Hak Cipta Terpelihara Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga © 2017-2018

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.