Sedapnya susu coklat Anmum Materna ni, tapi tak banyak gula ke? Risau pulak kena kencing manis masa hamil ni!
Memang mencabar semasa mengandung ni. Apa yang kita suka makan semua kena pantang.
Terutama sekali kalau kita suka makan manis. Sedap betul makan coklat kan.
Itu yang beli susu anmum perisa coklat ni.
Baca review susu coklat ini sampai habis, anda dijamin akan
- Tahu kandungan gula dalam susu ini..
- Faham cara yang betul untuk minum susu ini tanpa kesan sampingan..
- Pandai cari sample susu anmum coklat percuma di internet & klinik..
Tanpa membuang masa, kita mulakan segera.
Apa kandungan susu ibu mengandung Anmum Materna?
Di bawah ini Ibu kongsikan perbandingan khasiat dalam Anmum jika dibandingkan dengan jenama lain di pasaran.
Sumber: Laman web Anmum |
Secara umumnya, ada 9 khasiat yang menjadi perbandingan. Iaitu
- GA+
- DHA
- Asid Folik
- Prebiotik
- Probiotik
- Zat besi
- Kalsium & vitamin D
- Kandungan lemak yang rendah
- Tiada gula tambahan
Dari perbandingan jadual di atas, hanya susu anmum materna mengandungi ke semua 9 khasiat.
Balik pada persoalan utama, susu anmum perisa coklat ni manis ke?
Sebenarnya baik & buruk sesuatu produk tu pucuk pangkalnya pada diri kita juga.
Ikuti 3 tips mudah ini untuk memastikan kita dapat kawal kandungan gula semasa hamil.
- Sebelum mencuba sesuatu produk, dapatkan dulu pandangan doktor yang memantau kehamilan kita.
.
Doktor ini lebih tau keadaan kesihatan kita & boleh berikan nasihat yang khusus untuk kita.
. - Pastikan kita tahu baca jadual nutrisi di belakang produk. Ilmu ini sangat penting untuk memastikan nutrisi harian kita mencukupi.
.
Lagi penting sekiranya kita memang dah ada sejarah kencing manis.
. - Pastikan kita minum produk ini tidak melebihi sukatan yang dicadangkan dibelakang bungkusan produk.
.
Contohnya, boleh lihat gambar di bawah ni.
Panduan di atas hanyalah cadangan saja.
Sumber: Laman web Anmum |
Cara penyediaan anmum materna coklat.
- Sediakan 1 gelas air suam sebanyak 200 ml.
. - Tambahkan 5 sudu besar / makan serbuk susu tepung Anmum coklat. Air suam akan memudahkan susu larut sebati ke dalam air.
.
Pastikan juga kita tak gunakan air panas mendidih kerana suhu air yang tinggi ini akan merosakkan khasiat yang sensitif pada panas.
. - Ibu hamil di sarankan mengambil saiz hidangan di atas sebanyak 2 kali setiap hari.
.
Panduan di atas hanyalah cadangan saja.
Apa kelebihan minum susu coklat Anmum ni?
- Susu formula ini sesuai di ambil oleh ibu mengandunganmum materna coklat. Formula khas ntuk wanita hami dan menyusu badan.
. - Rasa susu coklat yang lazat pasti digemari, ditambah pula dengan kandungan asid folik yang sangat penting untuk ibu hamil. Dahlah banyak mineral dan vitamin yang penting.
. - Semua khasiat ini sangat perlu untuk perkembangan bayi di dalam rahim ibu.
. - Memenuhi keperluan kalsium yang penting untuk badan wanita hamil.
. - Susu ini mempunyai kandungan lemak yang rendah.
- Kaya DHA untuk perkembangan minda anak kita.
.
Cara dapat sample susu ibu hamil Anmum Materna.
Sebelum Ibu terlupa, mudah saja cara nak dapatkan sampel susu percuma dari Anmum. Boleh terus pergi ke laman web mereka & isikan maklumat yang di minta.
Senang letak alamat pejabat, mereka boleh pos ke sana waktu kerja.
Letak alamat rumah, memang rumit.
Atau, kalau kita lakukan pemeriksaan kehamilan di hospital ataupun klinik swasta. Boleh saja minta sampel susu ni dari doktor.
Hospital swasta tau. Hospital kerajaan tak beri.
Nak tahu lebih teliti, rujuk artikel di bawah ni.
Bacaan menarik: Ini panduan mudah mendapat sample susu anmum semasa hamil!
Kesimpulan.
Sampai juga kita di akhir artikel, Ibu harap semua persoalan pembaca dah terjawab.
Sekiranya anda ada pendapat, ataupun lagi bagus nak kongsi pengalaman. Kongsi di ruangan komen ya.
Ramai mak mak muda yang nak baca pengalaman anda. Dapat pahala tau, kita bantu orang lain. Pahala mengalir tanpa kita sedari.
Lagipun, hari ni kita bantu orang, esok lusa insyaallah giliran Allah hantar orang bantu kita pula.
Jumpa lagi. Salam sayang sari Ibu, sama sama kita berkasih sayang ke syurga.
Assalamualaikum Wrmbth.