Jonker Walk Street Melaka. Pasar malam terbaik untuk "Oleh oleh"

Jonker Walk adalah "Chinatown" di Melaka & antara tarikan hangat pelancong di Melaka di hujung minggu (Jumaat - Ahad). 

Kenapa ramai suka datang ke sini? Jonker Walk terkenal sebagai tempat membeli belah yang popular sambil dikelilingi suasana bangunan lama.

pasar malam jonker walk
Nak naik beca ber lip lap pun ada di sini.


Jonker Walk Melaka. Pasar malam tersohor di Bandar Hilir.

Pelancong dari dalam dan luar negara memang gemar ke mari kerana banyak barang barang di jual oleh peniaga, pada harga yang sangat berpatutan.

Memang berpatutanlah kalau di bandingkan dengan Melaka Freeport. Hehe.

Di bawah ini Ibu kongsikan alamat pasar malam ini.

Alamat: Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

Waktu lawatan: Ditutup ⋅ Jumaat hingga Ahad dari jam 5 - 12 tengah malam

jonker walk pasar malam

jonker walk ramai pengunjung

Banyak lagi tempat menarik yang terletak berhampiran Jonker Walk. Teringin nak tahu? Baca entri best di bawah.
Bacaan menarik: Bandar Hilir Melaka! Apa yang best di sini?

Apa yang menarik di Jonker Walk Melaka?

Jalan ini sejak dahulu lagi dihuni oleh golongan peranakan yang dan melakukan perniagaan di kawasan jalan.

Jalan Jonker bermula dari Sungai Melaka berhampiran dengan bangunan Stadthuys & dipenuhi dengan rumah-rumah bersejarah di sepanjang laluan sejak abad ke-17.

Kalau singgah ke sini, tak sah untuk pulang tangan kosong kerana banyak kedai-kedai yang menjual barangan antik, tekstil, makanan, kraftangan dan cenderahati yang menarik untuk di jadikan ole ole.


Review pengunjung Pasar Malam Jonker Walk.

Seramai 1,591 pelawat telah meninggalkan review di google dengan bintang terkumpul 4.2/5.0.  Ramai yang seronok dengan kunjungan mereka ke sini.

Jika anda mahu cari penginapan homestay yang hampir dengan Jonker street, rujuk panduan homestay terbaik ini.
Bacaan menarik: Homestay Melaka! Patutlah ramai menginap di sini, lokasi strategik & jimat banyak masa elak trafik jam.
Terbaru Lebih lama