Kolam Air Panas Jasin Melaka! Tempat mandi manda best 2019!

Bagi sesiapa yang suka mandi air panas di mata air semulajadi, memang tak boleh lepaskan peluang untuk mengunjungi Kolam air panas Jasin di Bemban, Daerah Jasin, Melaka,

kolam ayer panas jasin

Kolam Air Panas Jasin Melaka. Tempat best untuk mandi manda!

Tak perlu risau nak cari lokasi tempat ni. Kalau kita memandu dari lebuh raya PLUS, keluar saja di susur keluar Simpang Ampat.

Keluar bayar tol saja dah boleh nampak papan tanda ke sini.

Memang tak jauh.

Alamat: Kg Air Panas, 77200 Bemban, Melaka

Telefon: 06-521 0369

Kawasan Melaka ni memang banyak betul homestay. Pilih saja yang mana mahu. Nak duduk resort boleh, chalet tepi pantai pun banyak.
Bacaan menarik: Homestay Melaka Murah! Pilih yang sesuai dengan bajet kita.Bacaan menarik: Resort di Melaka! Lengkap dengan theme park atau tinggal di tepi pantai.

Harga tiket masuk kolam air panas Melaka.

Berbaloi ke singgah di sini? Kalau di lihat dari harga bayaran masuk, memang tak mahal pun. Harganya seperti di bawah.
  • Dewasa: RM6.50 
  • Kanak-kanak: RM3.50

Boleh mandi sampai puas.

kolam air panas jasin melaka theme park

kolam air panas jasin melaka theme park 1

Apa yang menarik di kolam mata air panas Jasin?

Tempat ini sangat hampir dengan plaza tol simpang ampat, jadi boleh rancang untuk singgah semasa perjalanan pergi atau pulang.

Sangat sesuai untuk mengembalikan kecergasan badan dengan berendam dalam air panas.

kolam air panas jasin melaka theme park pandangan atas

Review kolam air panas best di Melaka.

Mata terkumpul 3.7/5.0 bintang di Google telah diberikan oleh 314 pengunjung. Kebanyakan dari pelawat berpuas hati dengan pengalaman percutian mereka di sini.

Harga tiket pun tak mahal mana kan, tak boleh bandinglah dengan bercuti di taman tema air seperti Sunway Lagoon dan Legoland.

Sekiranya anda masih berkira kira nak singgah ke sini, Ibu cadangkan baca panduan lengkap di bawah untuk senarai tempat best di Melaka.
Bacaan menarik: Tempat menarik di Melaka! Panduan lengkap negeri bersejarah!