Banyaknya pilihan susu formula di kedai? Tapi, mana satu yang sesuai untuk anak kita ya?
Mesti ramai dari kita yang ada masalah di atas. Terpaksa beri susu formula. Tapi, nak beli susu tepung pun kena ada ilmu juga. Pengalaman tak banyak lagi. kalau salah beli, terbazir pulak. Jadi Ibu tuliskan entri ini untuk berkongsi jawapan bagi soalan soalan yang kerap di tanya kita sebelum membeli susu baru. Senarai susu formula terbaik untuk bayi! Mana satu pilihan anda untuk si manja? Di bawah ini Ibu kongsikan jenama susu anak yang popular di pasaran.
Susu formula untuk bayi berusia 1 tahun ke bawah.
Awal awal lagi ingin kami tekankan, tiada susu terbaik untuk bayi selain susu ibu. Noktah. Sekiranya anda tiada pilihan lain, barulah berikan susu di bawah kepada anak. Itupun setelah mencuba yang terbaik memberikan susu badan kepada anak. Anda boleh baca artikel ini atau tonton video di bawah sekarang!
1. Susu Formula Enfalac A+
Enfalac A + Step 1 kaya dengan DHA + ARA direka khas untuk kegunaan bayi sejak lahir hingga usia anak tersebut mencecah 12 bulan. Susu ini mengandungi DHA dan ARA yang boleh menyumbang kepada perkembangan bayi kita semoga lebih sihat dan semestinya lebih comel. Jika anda sedang mencari susu formula bayi yang bagus untuk perkembangan otak, rumusan DHA dan ARA yang terkandung di dalam susu ini memang diperlukan oleh simanja kita.
Rumusannya juga mengandungi kanji beras bagi membantu anak yang sering memuntahkan kembali apa yang diminumnya. Kandungan kanji beras dalam susu ini menjadikannya lebih pekat supaya mengurangkan risiko anak kita muntah dengan kerap. Susu ini di rumus dengan gabungan rumusan prebiotik GOS dan PDX yang dipatenkan di AS, Eropah, Malaysia, Singapura dan Hong Kong. Pernah terjadi sebelum ini dan dilaporkan di dalam dada akhbar akan berita susu enfalac tiruan. Jadi, hati hati ya semasa nak beli susu ni. Pastikan susu yang kita beli asli.
2. Susu Formula Dumex Mamex.
Susu formula Mamez dari Dumex dirumus khas untuk anak baru lahir sehingga berusia 12 bulan. Sekiranya anak kita dah pun berusia di atas 6 bulan.Susu ini antara pilihan dipasaran yang mempunyai harga berpatutan jika dibandingkan dengan susu yang lain.
3. Susu formula S 26 SMA.
Susu Formula S26 SMA Langkah 1 dari Wyeth dirumus khas untuk anak baru lahir hingga berusia 12 bulan untuk meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan semasa peringkat umur ini. Ia di diperkaya dengan khasiat seperti Kalsium, Lutein, A-Protein, AA dan DHA dan juga 5 Nukleotida.
4. Susu Friscolac Comfort.
Susu Formula Frisolac comfort di reka khusus untuk bayi yang mempunyai masalah penghadaman seperti muntah, kembung perut dan sembelit. Susu ini mempunyai formula seimbang serta mengandungi pelbagai nutrien penting yang di perlukan si manja kita. Contohnya asid linoleik dan 5 jenis nukleotida. Frisolac Comfort diformulasikan dengan gum kacang carob, yang mempunyai serat dengan fungsi memekatkan susu tersebut dan membantu mengurangkan muntah pada bayi, sembelit dan kembung. Mungkin ini susu formula terbaik untuk bayi sembelit yang anda cari cari.
5. Susu formula Lactogen 1.
Susu formula ini dikeluarkan oleh Nestle. Kelebihan utama yang ada pada susu Nestle Lactogen 1 ialah pada harganya. Lactogen mempunyai harga yang sangat berpatutan jikalau di bandingkan dengan susu langkah 1 untuk bayi dari jenama yang lain. Hasil dari perkongsian di laman Mumcuddle.com, susu ini mudah untuk dicerna perut si manja sekiranya di bandingkan daripada jenama lain. Kekurangan yang di kongsi dari laman yang sama ialah ia berkemungkinan mengakibatkan perut bayi kembung dan sembelit. Ia juga tiada kandungan probiotik.
6. Susu formula Anmum Infacare Step 1.
Susu jenama Anmum memang menjadi pilihan ramai ibu. Sekiranya anda mengamalkan pengambilan susu semasa hamil, sudah tentu ibu biasa dengan jenama Anmum Materna. Selepas melahirkan anak, kita boleh sambung dengan Anmum infacare untuk anak newborn. Atau jikalau kita sedang menyusukan anak, boleh minum Anmum Lacta untuk menggalakkan pengeluaran susu ibu supaya anak kita semakin tembam dan sihat.
7. Susu formula Nan Care Step 1
Susu formula untuk anak 1 tahun ke atas.
1. Susu Formula Enfagrow A+
Susu Enfagrow A + Step 3 kaya dengan DHA + ARA direka khas untuk anak berusia 1 tahun dan ke atas. Ia mengandungi DHA dan ARA yang boleh menyumbang kepada perkembangan anak kita supaya lebih sihat dan semestinya lebih comel. Hehe. Dari pengalaman kami, sememangnya wajar ia digelar susu formula terbaik untuk anak 1-3 tahun. Harganya memang mahal, tapi berbaloi.
Ia juga mengandungi kanji beras untuk anak yang sering muntah semula apa yang di makan. Kandungan kanji beras dalam susu formula ini membantu memekatkannya untuk mengurangkan risiko anak kita muntah dengan kerap. Susu ini di rumus dengan gabungan campuran prebiotik seperti GOS dan PDX dan dipatenkan di AS, Eropah, Malaysia, Singapura, Australia dan Hong Kong. Baru baru ini, kita di kejutkan dengan berita mengenai susu enfalac tiruan. Jadi, hati hati ya semasa nak beli susu ni. Pastikan dulu susu yang kita beli asli.
Tips - Susu formula enfalac antara susu formula paling mahal di Malaysia. Memang tinggi DHA dan khasiat susu ni. Tunggu promosi expo baby fair malaysia yang diadakan setiap tahun untuk harga terbaik. Harga barangan baby murah masa ni, contohnya lampin bayi, botol susu dan boleh dapatkan sample susu percuma.
2. Susu formula S 26 Progress.
Susu Formula S26 Progress Langkah 3 dari Wyeth dirumus khas untuk anak berusia 1 tahun hingga 3 tahun untuk meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan awal mereka. Ia di diperkaya dengan khasiat seperti Kalsium, Lutein, A-Protein, AA dan DHA dan juga 5 Nukleotida. Berminat nak cuba susu S26 untuk anak? Ibu ada tulis artikel lengkap tentang susu ini. Kami pernah berikan susu ini untuk anak sulung. Hasilnya memang memuaskan. Tak dapat di nafikan, jenama S26 sememangnya salah satu susu formula terbaik untuk bayi 1 tahun dan ke atas.
Bacaan menarik: Susu S26. Review lengkap tentang jenis, kelebihan dan harga.
Bacaan menarik: Susu friso gold, susu tepung premium.
Bacaan menarik: Susu dutch lady
Bacaan menarik: Bayi sembelit? Tak perlu tukar susu bayi. Cuba 3 tips berkesan dari doktor ini.
3. Susu Faleeq
Keluarga ibu sudah lebih 10 tahun menggunakan susu kambing sebagai makanan tambahan. Alhamdulillah baru baru ini kami dipertemukan pula dengan jenama Faleeq.Susu ini bukan setakat sedap, dan tak berbau hamis. Malah untuk perisa asli, tiada gula sukrosa tambahan di dalamnya. Gula sukrosa ni memang kurang bagus untuk kanak kanak dan orang dewasa. Apatah lagi zaman sekarang ni, ramai rakyat Malaysia yang mengalami masalah obesiti. Termasuklah kanak kanak. Semakin gemuk seseorang, semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit kencing manis. Kita sebagai ibu bapa mestilah tak nak anak anak kita tergolong dalam golongan berisiko tinggi ini kan. Sekiranya anda ingin membaca review penuh tentang susu ini, boleh klik link di bawah ya.
Baca lebih lanjut: Review susu Faleeq dan khasiatnya untuk seisi keluarga.4. Susu formula Fernleaf
Susu seterusnya adalah keluaran syarikat tenusu terkemuka dari New Zealand, Fonterra. Gambar di bawah adalah gambar produknya untuk anak anak berusia antara 1 hingga 3 tahun. Jika anda mahu tahu ke semua produk di bawah jenama susu fernleaf dan kebaikan menggunakannya, teruskan baca artikel di bawah. Bacaan menarik: Ini 5 jenis susu tepung fernleaf untuk kegunaan anak anak dan seisi keluarga.
5. Susu formula Calciyum
Bagi anak anak yang sedang membesar, mesti memerlukan sumber kalsium yang tinggi dari makanan mereka. Antara susu untuk tulang dan sendi bagi anak anak yang baik adalah susu calciyum, juga keluaran Fernleaf.
6. Susu formula Dugro step 3 dan ke atas.
Selain Dupro, syarikat yang sama juga mengeluarkan susu dumex dugro untuk anak anak berusia 1 tahun ke atas hinggalah mereka berusia melebihi 6 tahun. Susu ini terdapat dalam beberapa pilihan rasa yang lazat seperti asli, madu kurma dan coklat.
7. Susu formula Dugro Sure.
Bagi anak anak yang memasuki usia 1 tahun dan ke atas, pasti ramai mak ayah mengeluh anak anak kurang berselera untuk makan. Susu dugro sure di keluarkan khas untuk membantu anak anak kita yang culas makan ini mencapai tumbesaran yang sepatutnya. Susu tepung ini mirip dengan susu pediasure complete dari abbot, tapi pada harga lebih murah. Jadi sekiranya anda sedang mencari jenama susu formula untuk menaikkan berat badan bayi, bolehlah cuba salah satu daripada 2 jenama yang kami sebutkan tadi.
8. Susu tepung Dugro Soy
Kadang kadang, ada anak anak yang alah dengan susu tepung dari sumber lembu tenusu. Mungkin alah dengan kandungan laktosa di dalamnya. Sebab itulah, susu formula soya dan susu kambing menjadi alternatif yang baik kepada mereka. Susu dugro soy sesuai digunakan untuk anak anak berusia 1 tahun ke atas yang berperut sensitif. Bacaan menarik: Susu kambing - Ini 13 jenama yang diyakini ramai di Malaysia.
9. Susu tepung Dugro Multi Grain
Mak ayah yang mempunyai masalah anak kurang lena tidurnya di malam hari kerana sukar untuk makan, boleh gunakan susu dugro multi grain. Susu multi grain ini membantu anak anak kita kenyang lebih lama di malam hari. Dapatlah kita membantu anak anak mendapat tidur yang berkualiti. Ibu ada kongsikan info lengkap mengenai susu dupro dan seangkatan dengannya di bawah. Bacaan menarik: Susu dugro, ada banyak jenis. Tak perlu pening kepala nak pilih, baca panduan ni.
10. Susu tepung Pediasure Complete.
Dari pengalaman Ibu membesarkan 2 orang anak lelaki semasa mereka berusia 1 tahun ke atas, sangat susah nak makan dan habiskan susu. Jadi, Ibu berikan mereka susu pediasure untuk menambahkan selera makan. Harga susu pediasure memang mahal, tapi hasilnya sangat memuaskan hati. Lainlah kalau anda tinggal di pulau bebas cukai, contohnya di langkawi murahlah sikit harganya. Walaupun harganya lebih mahal dari susu dugro sure, Ibu pasti susu ini lebih bagus sebab anak Ibu lebih berisi dan berat otot. Jarang demam semasa menggunakannya. Bacaan menarik: Bantu anak anak yang kurang selera makan dengan susu tepung pediasure complete!
11. Susu Morinaga Chil Kid Step 3 (Susu formula kurang gula)
Jenama susu formula dari jepun ini agak kurang dikenali di Malaysia. Sebabnya, Ibu pun baru tau jenama ni. Susu untuk anak morinaga Chil Kid untuk anak berusia atas setahun (1 hingga 3 tahun) Rumusan susu formula morinaga dipertingkatkan dengan khasiat seperti Nucleotides, Taurine, Beta-Carotene, dan banyak lagi nutrien penting, vitamin dan mineral dalam nisbah yang seimbang, memenuhi keperluan yang diperlukan anak yang kita sayangi. susu formula chil kid direka khas untuk anak anak berusia 1 hingga 7 tahun. Jadi rumusan susu tepung ini berbeza dengan susu BF. Formula terkini mengandungi kurang kandungan gula. Jadi, susu kurang manis dan semestinya lebih baik untuk anak anak kan. Tak delah terkinja kinja tak mahu tidur sebab terlebih gula. Pening kepala mak ayah nak pergi kerja esok pagi.
12. Susu Lactokid
Susu formula lactokid 1-3 tahun di rumus istimewa untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun. Susu tepung ini mengandungi rumusan grow plus dengan nutrien penting dan DHA untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan anak kita. Pada usia 1 hingga 3 tahun, anak kita memerlukan semua nutrien untuk pertumbuhan optimum dam belajar untuk meneroka persekitarannya. Susu lactokid 1-3 tahun juga mengandungi
Tinggi dalam protein Tinggi kalsium dan vitamin D Tinggi vitamin B12 Tinggi dalam besi13. Susu Lactogrow
Dalam memastikan anak kita membesar dengan baik, sistem penghadaman yang sihat sangat penting untuk si manja. Susu formula lactogrow 3 ialah susu untuk membantu perkembangan anak berusia di antara 1 hingga 3 tahun. Susu untuk anak ini dirumuskan dengan bakteria bermanfaat L.reuteri untuk membantu sistem pencernaan mereka agar lebih sihat. Usus yang sihat adalah penting untuk membantu anak kita menyerap lebih banyak nutrien. Khasiat yang terkandung di dalamnya digabungkan pula dengan DHA yang diperlukan dengan banyak untuk tumbesaran otak anak kita.
14. Susu tepung Dugro Fruit and Veg
Anak anak yang sedang belajar makan makanan fizikal kadangkala enggan makan buah dan sayur. Jadi, kemungkinan untuk mereka mendapatkan khasiat dari makanan perlu diganti dengan makanan lain. Susu dugro fruit and veg dirumus khas untuk membantu anak anak yang susah makan buah dan sayur. Memang susah nak ajar anak makan sayur kan. Sebab tu Ibu kagum betul dengan orang yang suka sangat makan sayur segar sampai sanggup drive jauh ke cameron highland.
15. Susu formula Anmum Essential Step 3 dan 4.
Susu jenama Anmum memang menjadi pilihan ramai ibu. Kalau minum semasa hamil ambil susu Anmum Materna. Selepas melahirkan anak, kita berikan susu ibu. Dan bila anak dah lebih usia 1 tahun, boleh sambung dengan Anmum essential untuk anak. Atau jika kita sedang menyusukan anak, boleh minum Anmum Lacta. Baca lebih lanjut: Harga susu anmum di Malaysia.
Tips: Susu anmum untuk anak boleh tahan juga harganya. Jika anda berhasrat memberi Anmum Infacare step 1 kepada anak (susu untuk newborn), boleh teruskan beri Anmum essential pula di kemudian hari untuk bantu bekalkan khasiat yang diperlukan anak anak. Barulah perkembangan mereka.
Cara memilih susu anak terbaik untuk peringkat usia. Bantu perkembangan pesat anak kita!
Banyak betul jenama susu formula yang dijual, bagaimanakah kita memilih yang terbaik untuk anak kita?
Paling mudah, kita boleh meminta nasihat dari doktor dan pakar pediatrik bayi untuk cadangan susu yang bagus. Ada klinik yang akan memberikan sample susu untuk di cuba anak kita. Biasanya, klinik dan hospital swasta memang menyediakan sampel. Klinik di seluruh Malaysia, tak kira di Melaka mahupun di Kelantan. Baca lebih lanjut tentang cara dapat sample susu percuma. Tidak kira jenama susu formula yang kita pilih, pastikan kita menyemak tarikh tamat tempohnya.
Jenis susu formula anak yang popular di pasaran.
Walaupun terdapat banyak jenis susu formula di pasaran, Ibu senaraikan 2 jenis yang paling popular.
1. Susu formula berasaskan Susu LembuSusu jenis ini adalah jenis formula yang paling popular di pasaran. Produk yang menggunakan susu lembu akan menggunakan protein susu yang telah dirawat untuk membantu ia dihadamkan oleh saluran pencernaan anak.Ia juga di perkaya dengan kandungan zat besiuntuk membantu mencegah anemia (masalah kekurangan zat besi) yang biasa dihadapi oleh anak kecil. Kebanyakan susu ini juga mempunyai khasiat asid docosahexaenoic (DHA) dan asid arakidonik (ARA) yang diperlukan oleh anak anak kita untuk pembesaran. Bahan ini dipercayai bagus untuk perkembangan otak dan mata anak kita.
2. Susu formula berasaskan soya.Ada kanak kanak yang kurang sesuai menggunakan susu formula dari lembu kerana menyebabkan alahan. Susu jenis ini di hasilkan dari protein soya, minyak sayuran, sirap jagung atau sukrosa , dan zat besi. Rumusan ini baik untuk anak dengan intoleransi laktosa yang tidak boleh mengambil formula berasaskan susu lembu. Jadi, kalau tak di galakkan minum susu soya. Nak bagi susu apa ya? Susu seterusnya sesuai untuk anak yang ada alahan laktosa.
3. Susu formula berasaskan susu kambing.Kebelakangan ini, terdapat peningkatan kesedaran di kalangan ibu bapa tentang pemberian susu formula yang di perbuat dari susu kambing. Ini kerana, ia adalah susu semulajadi yang paling mirip dengan susu ibu. Harga susu jenis ini lebih mahal dari susu lembu dan terdapat banyak jenama tempatan di pasaran untuk pilihan kita. Baca lebih lanjut tentang: Susu kambing untuk ibu mengandung.
Cara menukar susu formula untuk anak kita.
Ada masanya, kita terpaksa menukar susu formula anak. Dari pengalaman Ibu sendiri, terpaksa tukar kerana anak kerap demam dan kahak banyak. Walaupun dah banyak kali nab, masih juga berkahak. Jadi doktor nasihatkan tukar susu. Banyak lagi sebab untuk menukar susu formula seperti
- Alahan makanan.
- Anak perlukan susu yang lebih kaya zat besi.
- Cirit birit.
Boleh jadi, kalau kita dah tukar susu pun masalah ini masih lagi berterusan ataupun bertambah teruk. Pastikan kita dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu jika kita rasa ragu ragu. Manalah tahu kan, penyebab masalah di atas bukan sebab susu pun. Boleh jadi, susu anak kita memang serasi dengannya. Tapi, apabila usia mereka meningkat, kita terpaksa juga tukar susu. Seeloknya kita tukar susu langkah (step) dari jenama yang sama dulu. Kalau tak sesuai baru cuba jenama lain.