Banyaknya pilihan susu Dutch Lady! Pening kepala nak pilih.
Dutch lady products
Kalau kita perhatikan di pasaraya, ada banyak susu jenama Dutch Lady. Tapi, mana satu yang patut kita beli.
Harga tak sama. Ada yang murah, ada yang mahal. Ada gambar bayi. Ada pula gambar orang mengandung. Jangan risau, hari ini Ibu akan kongsikan jenis jenis susu jenama Dutch Lady dan siapa yang patut menggunakannya, dengan kerjasama page Ibu Bijak Keluarga Sihat. Kita mulakan dengan soalan paling popular. Apakah ia?
7 Susu Dutch Lady di pasaran Malaysia! Mana satu yang terbaik untuk anda?
Di bawah ini ibu senaraikan pilihan produk yang ada. Semoga bermanfaat.
Banyak betul pilihan susu formula untuk perkembangan anak kita. Klik video di bawah untuk 11 yang terbaik!
Anak anak memerlukan banyak khasiat untuk memastikan mereka membesar dengan sempurna.
Susu dutch baby untuk bayi 6-12 bulan.
Kita sebagai ibu bapa mesti berasa risau jika mereka kurang selera makan terutama sekali semasa mereka berusia 1 tahun ke atas. Jadi, penting untuk kita berikan susu yang berkualiti dan pada masa yang sama mesra poket. Susu Dutch Baby merupakan produk mampu milik. Harganya berpatutan dan anak anak kita suka dengan pilihan perasanya. Lagipun, susu Dutch Baby mempunyai pilihan istimewa bergantung pada usia anak.
Bacaan menarik:Susu Dutch Baby! Mana satu yang paling bagus untuk anak kita?
Pada awal tahun 2018, telah kecoh di Malaysia tentang berita susu palsu dari jenama ini. Ramai ibu bapa menyuarakan kebimbangan mereka tentang keselamatan produk ini untuk anak mereka. Di bawah ini satu artikel khusus yang Ibu tulis, penjelasan rasmi dari pengeluar susu ini & cara menentukan produk yang kita beli sahih. Isu susu tiruan ni akan sentiasa berulang. Masalah yang takkan selesai, jadi kita sebagai ibubapa wajib cakna.
Bacaan menarik:Susu dutch lady tiruan, Isu produk tenusu Dutch Lady tiruan? Baca sekarang untuk bantu elak membeli susu palsu yang membahayakan anak kita!
2. Susu Frisomum Gold. Produk premium untuk ibu mengandung & menyusu.
Bila kita dah berbadan dua, sangat penting untuk kita menjaga pemakanan. Kalau dulu kita makan untuk diri sendiri. Sekarang ni, tambah seorang lagi perlu di jaga.
Ibu mengandung memerlukan nutrien tambahan untuk si manja. Frisomum Gold menggunakan formula DualCare+ yang mengandungi nutrien penting untuk membantu perubahan fisiologikal ketika hamil, dengan asas yang baik untuk pembesaran si manja. Formula Frisomum Gold baru dengan Glycemic Index (GI) rendah boleh membantu ibu mengandung untuk mengekalkan berat badan yang sihat sepanjang kehamilan.
Bacaan menarik:Susu frisomum gold! Susu formula untuk ibu mengandung dan menyusu.
3. Susu Friso Gold. Produk premium untuk bayi dan kanak kanak.
Tahun-tahun awal kehidupan si manja adalah tempoh yang penting dalam mempersiapkan si manja untuk kehidupan yang akan datang.
Susu Friso Gold telah ditambah baik dengan teknologi LocNutri dirumuskan untuk memenuhi keperluan nutrisi si manja kita. Berikan si manja nutrisi yang diperlukan dengan Friso Gold 3 untuk penghadaman yang baik agar si manja kuat dari dalam. Friso Gold 3 diimport 100% dari Belanda dan tidak mengandungi sukrosa. Ada 2 jenis susu friso gold. Step 3 dan step 4.
Bacaan menarik:Susu Friso Gold! Susu formula untuk kanak kanak membesar!
4. Dutch Lady Coklat. Minuman susu perisa coklat.
Suka minuman dengan rasa coklat yang hebat? Selalu kalau kita beli di luar, segelas pun paling murah dah RM2.
Produk Dutch Lady Chocolate drink yang digemari ramai.
Lebih baik kita sediakan sendiri. Minuman Dutch Lady Chocolate Drink EzyMix adalah cara yang senang dan menyelerakan untuk memulakan hari kita. Cara penyediaan pun sangat mudah. Tambah saja air panas atau sejuk dan siap untuk di nikmati. Rasa coklatnya terasa dan sedap tidak terperi. Hehe. Sesuai diminum seisi keluarga pada bila-bila masa sepanjang hari. Family kita mesti suka. Minuman susu bercoklat ini kaya dengan khasiat seperti kandungan omega 3 dan 6, magnesium dan vitamin B complex. Pernah ibu dapat harga promosi susu dutch lady di tesco, murah & berbaloi. Tapi bukan selalulah ada. Kena rajin survey.
Bacaan menarik:Dutch Lady Coklat! Ini cara yang betul untuk menyediakan minuman bercoklat yang sedap pekat lagi memikat!
5. Susu tepung Dutch Lady 5x DHA
Ramai mak ayah perasan anak anak kurang daya tumpuan semasa belajar di sekolah. Kalau dibiarkan memang risau anak anak tertinggal pelajaran kan.
Dutch lady powdered milk (susu tepung dutch lady)
Anak anak kita memerlukan khasiat penting seperti DHA yang memainkan peranan penting dalam perkembangan minda anak anak. Cuba perhatikan jadual maklumat pemakanan di bawah ini untuk perbandingan kandungan khasiat susu 5x DHA ni dengan versi lama. Bagus untuk anda cek calories dari jadual ni.
Jadual kandungan khasiat di dalam 1 hidangan susu ini. / Dutch lady milk powder nutrition fact
Susu terbaru dari Dutch Lady yang diperkaya dengan 5 kali DHA ini pasti dapat membantu mak ayah mengatasi kerisauan di hati.
6. Susu Dutch Lady Protein
Ibu bapa yang bijak akan memastikan keluarga mereka mendapat bekalan protein yang cukup dalam makanan yang diambil setiap hari. Kita & anak anak perlukan protein untuk menggantikan sel dan tisu yang rosak di dalam badan & untuk pembesaran. Lagipun, protein membuatkan kita kenyang lebih lama kerana ia lambat dihadam. Kita akan rasa lebih bersemangat, berat badan pun tak naik secara tak sihat.
Minumlah susu kaya protein dutch lady dipagi hari untuk memastikan bekalan protein harian dipenuhi. Jika anda pernah belikan susu fernleaf calciyum untuk anak anak sebelum ini, lebih kurang sama sasaran kedua dua susu ni. Bezanya, susu dutch lady protein plus ini juga sesuai untuk seisi keluarga.
7. Susu Dutch Lady kotak. Purefarm.
Kadang kadang, kita kesuntukan masa untuk buat sendiri susu di rumah. Tak ada masalah, ada pilihan susu kotak Dutch Lady. Sesuai diminum kanak kanak & dewasa.
Atas kotak tu ada tulis Dutch Lady Purefarm. Kelebihan susu kotak ialah, ia mudah di bawa ke mana mana. Tahan lama berbanding susu bancuh sendiri. Susu kotak juga mudah di dapati di peti ais kedai dan pasaraya. Dalam banyak banyak perisa seperti madu, coklat dan lain lain. Ibu paling suka full cream / penuh krim. Memang lemak berkrim. Antara kebaikan susu dutch lady full cream waktu sarapan ialah, kita akan kenyang lebih lama. Sebabnya susu ni lebih pekat. Tak perlu minum banyak dah rasa puas. Cuma kalau terlebih minum susu full cream dutch lady, memang menaikkan berat badan tau. Nama pun penuh krim kan. Sesiapa yang ada gastrik, kenalah ambil sarapan yang kenyang lama. Sesuailah minum jenama dutch lady untuk gastrik. Adakah dutch lady menggemukkan? Jawapannya bergantung kepada anda. Kalau minum tak berlebihan, ok je. Kalau bandingkan dengan susu HL yang tinggi kalsium rendah lemak tu, memanglah lemaknya sikit tapi cair susunya. Rasa tak puas minum. Sudahnya kena minum banyak juga baru kenyang waktu sarapan. Anak anak ibu pula suka susu dutch lady perisa coklat. Budak budak mesti suka punya. Kalau rasa anak anak tak mampu habiskan saiz susu kotak biasa tu, ada susu dutch lady milky yang bersaiz comel. Khusus untuk saiz anak kita. Kotak milky ni pun gambar kartun. Kalau anda tertanya tanya saiz kotak kecil dutch lady ni berapa ml? 125ml saja. Insyaallah kuranglah pembaziran. Update Mei 2019: Bagi bulan ramadhan tahun ini, ada 2 perisa baru yang terhad untuk bulan puasa sahaja.
Ada 2 perisa baru, ros bandung & kurma.
Ibu pun belum cuba lagi perisa kurma & bandung ni. Macam sedap je minum sejuk sejuk waktu berbuka puasa kan. Kalau anda nak cuba, masa bulan puasa je tau. Edisi terhad kan. Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang susu kotak dutch lady, tak kiralah untuk susu UHT, pasteurised milk, baca link di bawah ni.
Bacaan menarik:Susu kotak Dutch Lady, Ini pilihan perisa paling popular di Malaysia!
Kalau anak anak dah bosan minum susu, kita sebagai ibu mestilah lebih kreatif untuk memujuk mereka suka minum susu. Antara cara yang paling senang ialah dengan menyediakan resepi makanan kegemaran mereka menggunakan susu dutch lady. Contohnya, susu kotak ni pun boleh diolah menjadi resepi dadih yang sedap. Ibu kongsikan di bawah untuk dicuba.
Resepi dadih susu dutch lady. Senang, cepat & sedap! Beli 2 bahan je kat kedai!
Bahan untuk dadih susu kotak:
1 liter susu dutch lady coklat (Perisa ikut selera masing masing, keluarga kami suka perisa coklat.)
10g agar-agar tali
250 ml air
Garam halus secubit
Gula secukup rasa
Cara menyediakan:
Panaskan air tadi sehingga mendidih & masukkan agar-agar sehingga larut.
Selepas agar agar larut sepenuhnya, masukkan susu berperisa tadi & kacau sehingga sebati.
Kemudian, tambahkan pula gula & garam secukup rasa.
Selepas itu, tuangkan ke dalam bekas, seeloknya bekas bukan plastik sebab suhu tinggi campuran boleh bertindakbalas dengan plastik & membebaskan bahan kimia ke dalam dadih. (Nak elakkan ni, boleh juga tunggu larutan suam sikit baru tuang.)
Selain itu, terdapat banyak lagi idea menu sarapan pagi bersama susu dari dutch lady. Di bawah ini Ibu kongsikan beberapa darinya termasuk gambar menarik.
Idea sarapan pagi bersama Susu Dutch Lady.
Kita boleh sediakan sarapan pagi berkhasiat untuk seisi keluarga. Kadang kadang Ibu minum susu dengan lauk biasa di Malaysia macam nasi lemak & roti canai atau contoh di bawah.
susu dutch lady bersama crepe suzette
susu dutch lady bersama kuetiau goreng
susu dutch lady bersama sandwic tuna
smoothie strawberry susu dutch lady
10 Kebaikan susu dutch lady untuk perkembangan anak anak & keluarga!
Memang banyak khasiat yang terkandung di dalam secawan susu. Tak kiralah jenama apa yang kita minum. Tak terkecuali jenama dutch lady. Di bawah ini Ibu kongsikan antara zat yang terkandung di dalam segelas susu yang kita minum setiap hari. Barulah semangat nak amalkan setiap hari kan.
1. Kaya Kalsium
Mineral Kalsium sangat penting untuk pertumbuhan tulang & gigi yang sihat. Ramai dari kita sangka, kalsium penting semasa kanak kanak saja, sedangkan pertumbuhan tulang akan berterusan hingga usia 35 tahun. Jadi, mak ayah & anak anak boleh minum susu bersama sama untuk mendapatkan bekalan kalsium yang cukup setiap hari.
2. Tinggi Protein
Susu juga minuman yang kaya dengan protein. Badan kita memerlukan bekalan asid-asid amino yang seimbang untuk membantu pembentukan otot dan memperbaiki tisu-tisu otot diseluruh badan. Protein juga membantu kita kenyang lebih lama, selain meningkatkan kadar pembakaran tenaga. Sebab itu sesuai minum susu diwaktu pagi untuk kenyang lebih lama & membantu mengawal berat badan.
3. Sumber Vitamin A
Kebiasaannya, kita perlu makan sayur sayuran yang berwarna merah seperti tomato & lobak merah untuk mendapatkan Vitamin A. Sedangkan susu juga mengandungi vitamin yang penting untuk penglihatan yang baik, pertumbuhan badan, kesihatan kulit dan membantu menguatkan sistem imuniti.
4. Vitamin D
Bagi memastikan kalsium daripada susu diserap dengan baik, badan kita memerlukan kawan baiknya. Siapa lagi BFF kalsium kalau bukan vitamin D. Tanpa vitamin D yang cukup dalam diet kita, badan hanya mampu menyerap 10 ~15% daripada kalsium daripada makanan yang diambil. Walaupun badan kita boleh menghasilkan sendiri vitamin D, dengan pendedahan kulit kepada cahaya matahari tetapi orang sibuk macam kita ni terperap dalam pejabat untuk bekerja. Jadi, kita perlu cukupkan bekalan Vitamin D dengan mudah dengan meminum susu. Senangkan!
Susu kaya vitamin B kompleks untuk badan yang lebih bersemangat!
Sebagai ibu & ayah, pasti kita mahu anak anak kita pintar & bertenaga di sekolah. Cepat tangkap apa yang dipelajari & aktif dalam kokurikulum. Antara kunci kepada kejayaan anak anak kita ialah sarapan yang hebat. Susu memang bagus diminum di pagi hari. Pastikan kita minum susu untuk sarapan akan mengelakkan kita sekeluarga rasa lesu tak bermaya di awal hari. Ini kerana ia mengandungi 3 jenis Vitamin B iaitu
5. Thiamin (Vitamin B1)
Thiamin, iaitu 1daripada 8 vitamin B komples yang larut dalam air. Vitamin B1 membantu menukarkan karbohidrat kepada glukosa yang akan digunakan badan untuk penghasilan tenaga.
6. Riboflavin (Vitamin B2)
Selain vitamin B1, Riboflavin aka vitamin B2 juga membantu badan memperoleh tenaga daripada proses metabolisme protein, lemak dan karbohidrat. Jika vitamin B1 & B2 terlibat secara langsung dalam penghadaman, vitamin seterusnya pula penting dalam penghantaran khasiat.
7. Vitamin B12
Vitamin ini membantu pembentukan sel-sel darah merah yang membawa bekalan oksigen dan nutrien untuk keperluan badan. Fungsinya sama macam lori kontena yang mengangkut kargo dari kilang ke kedai kedai. Sel darah merah yang terhasil dengan vitamin B12 yang mencukupi akan lebih sihat. Vitamin ini juga ada kawan baiknya, iaitu mineral yang bernama
8. Zat Besi
Sel darah merah memerlukan zat besi untuk penghasilan hemoglobin, sejenis protein di dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan, metabolisme badan & mengawal pertumbuhan. Ibu mengandung sangat perlu memastikan tahap hemoglobin dalam badan pada paras normal untuk mengelakkan anemia. Jadi, amalkan pengambilan susu untuk ibu mengandung seperti frisomum gold, enfamama & anmum yang diperkaya dengan zat besi.
9. Zink
Mineral terakhir dalam senarai ini penting untuk aktiviti enzim bagi pertumbuhan dan pembahagian sel. Zink boleh didapati dalam hampir semua sel, & membantu sistem keimunan kita. Badan yang cukup zink lebih tahan terhadap penyakit. Di atas tadi adalah kebaikan susu ini secara umum, di bawah ini pula manfaat setiap produk dutch lady berbeza. Kebaikan susu dutch lady 123
Ramai ibubapa mahukan anak yang pintar & cepat belajar. Susu ini diperkaya dengan 5 kali DHA berbanding dengan produk terdahulu untuk memenuhi keperluan si manja yang sedang membesar.
Kebaikan susu kotak dutch lady
Susu kotak ini tahan lama & dipek dalam saiz yang mudah dibawa ke mana mana. Menjimatkan masa & boleh diminum terus tanpa dibancuh. Sesuai diambil semasa kita sibuk & bergegas ke tempat kerja, atau semasa menyediakan sarapan untuk anak anak ke sekolah.
Terdapat pelbagai pilihan perisa & jenis berbeza untuk dipilih. Seperti yang ibu kongsi di atas, ada full cream, coklat, strawberi, jenis protein tinggi & istimewa untuk puasa, perisa bandung & kurma.
Kebaikan susu frisomum gold
Susu untuk ibu mengandung dari dutch lady ini membekalkan khasiat untuk keperluan janin & wanita hamil. Sesuai di ambil dari awal trimester 1 hinggalah ke trimester 3.
Kebaikan susu dutch baby
Susu terbaik untuk bayi anda mestilah susu ibu. Susu ini hanyalah alternatif kepada anda sekiranya susu badan tidak mencukupi. Harganya pun lebih murah.
Kebaikan susu friso gold
Sama seperti dutch baby, bezanya khasiat yang terkandung di dalam susu ini lebih banyak. Harganya pun lebih mahal.
7 Kelebihan susu dutch lady kepada keluarga kita!
Adakah anda masih ragu ragu nak cuba minum susu jenama ini? Di bawah ini Ibu senaraikan beberapa manfaat susu ini untuk menjawab keraguan anda.
1. Produk berkualiti tinggi.
Susu Dutch Lady telah dihasilkan oleh syarikat yang yang diasaskan oleh keluarga petani Belanda sejak tahun 1871. Dengan sejarah yang panjang, pengetahuan yang telah diturunkan untuk generasi & penerapan teknologi terkini dalam teknologi tenusu, sudah tentu susu yang dihasilkan berkualiti tinggi. Susu ini dihasilkan oleh lembu yang sihat & diproses menggunakan alatan berteknologi tinggi untuk memastikan khasiatnya terpelihara.
2. Mempunyai sijil halal JAKIM.
Mencari yang halal itu fardhu untuk setiap orang islam. Semua produk susu berjenama dutch lady yang dipasarkan di Malaysia telah mendapat perakuan halal JAKIM. Jadi, bolehlah kita gunakan tanpa was was untuk seisi keluarga.
3. Jenama susu yang telah lama dipasaran.
Percaya atau tidak, dutch lady telah mula beroperasi di Malaysia sejak tahun 1963. Menurut laman Wikipedia, kilang pertama mereka di negara ini terletak di Petaling jaya Selangor. Produk pertama yang dihasilkan di negara ini ialah susu sejat (condensed milk) dan kini, dah berkembang pesat selari dengan perkembangan zaman.
4. Mempunyai pelbagai produk untuk seisi keluarga.
Seperti yang Ibu senaraikan di awal artikel ini, produk dutch lady sesuai digunakan untuk seisi keluarga. Contohnya, dutch baby & friso gold untuk bayi & kanak kanak, susu kotak UHT susu tepung full cream & Frisomum gold untuk wanita hamil.
5. Mudah diperolehi di seluruh Malaysia.
Dari sekecil kecil kedai, hinggalah ke sebesar besar hypermarket seperti TESCO, GIANT & AEON BIG senang sungguh nak dapatkan produk dutch lady. Nak beli dari kedai dalam talian pun tak ada masalah, laman laman ecommerce seperti shopee & lazada pun menjual susu jenama ni.
6. Harga yang mampu milik.
Disebabkan produk ini dihasilkan untuk pelbagai lapisan masyarakat, kita boleh memilih yang sesuai dengan bajet. Susu anak pun ada yang mahal seperti jenama friso gold, nak yang lebih murah boleh beli jenama dutch baby. Harga susu dutch lady murah lagi kalau banding dengan jenama lain. Pendek kata, memang mampu milik. Cuma, semahal mahal susu friso pun tak sebaik susu ibu tau. Jadi, usaha berikan susu badan untuk anak tau sebelum beri susu formula.
7. Banyak testimoni pengguna yang berpuas hati.
Sebelum kita mencuba produk baru, mesti kita nak baca testimoni dari pengguna lepas kan? Jangan risau, boleh cari dengan mudah di internet.
Ibu pun ada kongsikan sendiri dalam blog ini pengalaman menggunakan produk dari dutch lady untuk keluarga.
Harga susu dutch lady di Malaysia 2019.
Pasti anda sedang mencari harga produk dutch lady yang paling murah di pasaran kan? Teruskan membaca untuk mengetahui harga promosi terkini.
Di bawah ini Ibu senaraikan harga produk semasa yang boleh didapati di internet. Harga mungkin akan berubah, naik atau turun kena pandai survey. Kalau ada promotion di tesco atau hypermarket. Beli lebih sikit.
Dutch lady gum 456 plain / chocolate / honey (madu) 900g (new range) - Rm20.00
Dutch lady gum 6+ plain / original 900g (new range) - Rm20.00
Dutch lady uht chocolate 24x 200ml - RM31.90
Susu kotak Dutch Lady UHT Low Fat / Full Cream / Coffee / Strawberry Milk milk 24pkt x 200ml - RM31.90
Dutch lady uht Kurma 24x 200ml - RM38.00
Frisomum Gold 900g - RM44.90
Friso Gold 3 1.2kg - RM70.90
Friso Gold 4 900g - RM48.50
Friso Gold 3 600g - RM37.90
Promosi susu terkini dutch lady.
Jenama susu ini memang suka buat promosi untuk kempen pemasaran mereka. Selain promosi untuk produk baru, terdapat juga promosi bersempena dengan sambutan perayaan. Di bawah ini Ibu senaraikan beberapa kempen mereka.
Promotion berkat susu & sahur Dutch Lady 2019.
Bersempena bulan ramadhan 2019, 2 perisa susu kotak dutch lady baru diperkenalkan untuk promotion ini. Perisa bandung / ros dan juga perisa kurma.
Promosi meriah raya bersama Dutch Lady di Tesco.
Kempen kerjasama antara syarikat Dutch Lady Malaysia & Tesco untuk para pelanggan yang membeli belah di pasaraya hypermarket terkemuka ini. Promotion ini hanya untuk raya tahun 2019 saja dan hadiahnya pun boleh tahan juga. Dapat 3 hadiah jamuan rumah terbuka bernilai RM7000 & 50 hadiah saguhati berupa voucher RM100 untuk membeli belah di Tesco. Cara penyertaan pun mudah saja, beli produk susu kotak UHT jenama Dutch lady di Tesco & ikuti syarat syarat penyertaan untuk menang hadiah tersebut.
Promosi susu milky Dutch Lady.
Bagi mak ayah yang selalu naik angin sebab anak minum susu kotak tak habis, bolehlah beli susu kotak milky dari Dutch Lady. Saiz pun comel je 125ml. Kalau kita beli susu milky ni semasa promosi ni berlangsung, dapat set "disney colour & play". Warna gambar watak kartun kegemaran kanak kanak, scan dengan aps di telefon pintar untuk lihat watak kartun ini menjadi 3d dengan teknik augmented reality.
Promosi sarapan pagi dengan Dutch Lady.
Akhir kata.
Sebenarnya ada banyak lagi produk yang di keluarkan oleh Dutch Lady. Atas kesuntukan masa, Ibu tak sempat masukkan semua. Insyaallah di lain masa senarai ini akan di kemas kini. Yang penting, minumlah susu apa pun. Asalkan kita amalkan pemakanan sihat dan seimbang untuk sihat. Jumpa lagi ya.
Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com
kami suka purefarm dutch lady. suka sangat2.. Kadang tu beli 3 karton sahaja untuk anak-anak.Belum masuk susu tepung lagi.Heeeehh.Susu tepung brand pilihan s26 wyelth.. memang dah jadi keperluan dah susu ni semua.Untuk seisi keluarga
Dulu memang selalu minum Dutch Lady coklat tu, setiap pagi sebelum ke sekolah. Haha. Tapi sekarang selalunya beli kotak-kotak tu je. Memang jenama dipercayai. Rasanya memang membesar dengan jenama ni sejak kecil lagi. Terbaik!
SA selalu beli yg choc or strawberry..kalau yg pure susu tekak x x boleh terima..x tau la knp..kalau ada perisa laju je sedut..DL memang susu pilihan dari dulu hingga kini
Wahhh banyaknya susu sana sini sinun. Dulu masa anak kecik2 memang minum susu Dutch Lady 123 sambung pula 456. Lepas tu dah sekolah sambung susu kotak Dutch Lady pulak. Memang DL ni pilihan saya.
anak dulu memang membesar dengan susu ni. antara jenama pelapor susu kanak-kanak yang cukup popular. Informasi dikongsikan moga dapat memberi manfaat kepada semua
Susu Dutch Lady ini kita selalu dengar dan juga sedara kita akan selalu beli untuk anaknya tengok mereka memang aktif dan riang kita yang susah nak kawal hehehe...
Kalau kita perhatikan di pasaraya, ada banyak susu jenama Dutch Lady. Tapi, mana satu yang patut kita beli.
Harga tak sama. Ada yang murah, ada yang mahal.
Ada gambar bayi.
Ada pula gambar orang mengandung.
Jangan risau, hari ini Ibu akan kongsikan jenis jenis susu jenama Dutch Lady dan siapa yang patut menggunakannya, dengan kerjasama page Ibu Bijak Keluarga Sihat.
Kita mulakan dengan soalan paling popular.
Apakah ia?
7 Susu Dutch Lady di pasaran Malaysia! Mana satu yang terbaik untuk anda?
1. Susu Dutch Baby.
Kita sebagai ibu bapa mesti berasa risau jika mereka kurang selera makan terutama sekali semasa mereka berusia 1 tahun ke atas.
Jadi, penting untuk kita berikan susu yang berkualiti dan pada masa yang sama mesra poket.
Susu Dutch Baby merupakan produk mampu milik.
Harganya berpatutan dan anak anak kita suka dengan pilihan perasanya. Lagipun, susu Dutch Baby mempunyai pilihan istimewa bergantung pada usia anak.
Pada awal tahun 2018, telah kecoh di Malaysia tentang berita susu palsu dari jenama ini.
Ramai ibu bapa menyuarakan kebimbangan mereka tentang keselamatan produk ini untuk anak mereka.
Di bawah ini satu artikel khusus yang Ibu tulis, penjelasan rasmi dari pengeluar susu ini & cara menentukan produk yang kita beli sahih. Isu susu tiruan ni akan sentiasa berulang. Masalah yang takkan selesai, jadi kita sebagai ibubapa wajib cakna.
2. Susu Frisomum Gold. Produk premium untuk ibu mengandung & menyusu.
Kalau dulu kita makan untuk diri sendiri. Sekarang ni, tambah seorang lagi perlu di jaga.
Ibu mengandung memerlukan nutrien tambahan untuk si manja. Frisomum Gold menggunakan formula DualCare+ yang mengandungi nutrien penting untuk membantu perubahan fisiologikal ketika hamil, dengan asas yang baik untuk pembesaran si manja.
Formula Frisomum Gold baru dengan Glycemic Index (GI) rendah boleh membantu ibu mengandung untuk mengekalkan berat badan yang sihat sepanjang kehamilan.
3. Susu Friso Gold. Produk premium untuk bayi dan kanak kanak.
Tahun-tahun awal kehidupan si manja adalah tempoh yang penting dalam mempersiapkan si manja untuk kehidupan yang akan datang.Susu Friso Gold telah ditambah baik dengan teknologi LocNutri dirumuskan untuk memenuhi keperluan nutrisi si manja kita.
Berikan si manja nutrisi yang diperlukan dengan Friso Gold 3 untuk penghadaman yang baik agar si manja kuat dari dalam. Friso Gold 3 diimport 100% dari Belanda dan tidak mengandungi sukrosa.
Ada 2 jenis susu friso gold. Step 3 dan step 4.
4. Dutch Lady Coklat. Minuman susu perisa coklat.
Suka minuman dengan rasa coklat yang hebat? Selalu kalau kita beli di luar, segelas pun paling murah dah RM2.Lebih baik kita sediakan sendiri. Minuman Dutch Lady Chocolate Drink EzyMix adalah cara yang senang dan menyelerakan untuk memulakan hari kita.
Cara penyediaan pun sangat mudah. Tambah saja air panas atau sejuk dan siap untuk di nikmati.
Rasa coklatnya terasa dan sedap tidak terperi. Hehe. Sesuai diminum seisi keluarga pada bila-bila masa sepanjang hari. Family kita mesti suka.
Minuman susu bercoklat ini kaya dengan khasiat seperti kandungan omega 3 dan 6, magnesium dan vitamin B complex.
Pernah ibu dapat harga promosi susu dutch lady di tesco, murah & berbaloi. Tapi bukan selalulah ada. Kena rajin survey.
5. Susu tepung Dutch Lady 5x DHA
Ramai mak ayah perasan anak anak kurang daya tumpuan semasa belajar di sekolah. Kalau dibiarkan memang risau anak anak tertinggal pelajaran kan.Anak anak kita memerlukan khasiat penting seperti DHA yang memainkan peranan penting dalam perkembangan minda anak anak.
Cuba perhatikan jadual maklumat pemakanan di bawah ini untuk perbandingan kandungan khasiat susu 5x DHA ni dengan versi lama. Bagus untuk anda cek calories dari jadual ni.
Susu terbaru dari Dutch Lady yang diperkaya dengan 5 kali DHA ini pasti dapat membantu mak ayah mengatasi kerisauan di hati.
6. Susu Dutch Lady Protein
Ibu bapa yang bijak akan memastikan keluarga mereka mendapat bekalan protein yang cukup dalam makanan yang diambil setiap hari.Kita & anak anak perlukan protein untuk menggantikan sel dan tisu yang rosak di dalam badan & untuk pembesaran. Lagipun, protein membuatkan kita kenyang lebih lama kerana ia lambat dihadam.
Kita akan rasa lebih bersemangat, berat badan pun tak naik secara tak sihat.
7. Susu Dutch Lady kotak. Purefarm.
Kadang kadang, kita kesuntukan masa untuk buat sendiri susu di rumah. Tak ada masalah, ada pilihan susu kotak Dutch Lady. Sesuai diminum kanak kanak & dewasa.Atas kotak tu ada tulis Dutch Lady Purefarm.
Kelebihan susu kotak ialah, ia mudah di bawa ke mana mana. Tahan lama berbanding susu bancuh sendiri.
Susu kotak juga mudah di dapati di peti ais kedai dan pasaraya.
Dalam banyak banyak perisa seperti madu, coklat dan lain lain. Ibu paling suka full cream / penuh krim. Memang lemak berkrim.
Antara kebaikan susu dutch lady full cream waktu sarapan ialah, kita akan kenyang lebih lama. Sebabnya susu ni lebih pekat. Tak perlu minum banyak dah rasa puas. Cuma kalau terlebih minum susu full cream dutch lady, memang menaikkan berat badan tau. Nama pun penuh krim kan.
Sesiapa yang ada gastrik, kenalah ambil sarapan yang kenyang lama. Sesuailah minum jenama dutch lady untuk gastrik.
Adakah dutch lady menggemukkan? Jawapannya bergantung kepada anda. Kalau minum tak berlebihan, ok je.
Kalau bandingkan dengan susu HL yang tinggi kalsium rendah lemak tu, memanglah lemaknya sikit tapi cair susunya. Rasa tak puas minum.
Sudahnya kena minum banyak juga baru kenyang waktu sarapan.
Anak anak ibu pula suka susu dutch lady perisa coklat. Budak budak mesti suka punya. Kalau rasa anak anak tak mampu habiskan saiz susu kotak biasa tu, ada susu dutch lady milky yang bersaiz comel. Khusus untuk saiz anak kita. Kotak milky ni pun gambar kartun.
Kalau anda tertanya tanya saiz kotak kecil dutch lady ni berapa ml? 125ml saja. Insyaallah kuranglah pembaziran.
Update Mei 2019: Bagi bulan ramadhan tahun ini, ada 2 perisa baru yang terhad untuk bulan puasa sahaja.
Kalau anda nak cuba, masa bulan puasa je tau. Edisi terhad kan.
Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang susu kotak dutch lady, tak kiralah untuk susu UHT, pasteurised milk, baca link di bawah ni.
Kalau anak anak dah bosan minum susu, kita sebagai ibu mestilah lebih kreatif untuk memujuk mereka suka minum susu.
Antara cara yang paling senang ialah dengan menyediakan resepi makanan kegemaran mereka menggunakan susu dutch lady.
Contohnya, susu kotak ni pun boleh diolah menjadi resepi dadih yang sedap. Ibu kongsikan di bawah untuk dicuba.
Resepi dadih susu dutch lady. Senang, cepat & sedap! Beli 2 bahan je kat kedai!
Bahan untuk dadih susu kotak:
Cara menyediakan:
Selain itu, terdapat banyak lagi idea menu sarapan pagi bersama susu dari dutch lady.
Di bawah ini Ibu kongsikan beberapa darinya termasuk gambar menarik.
Idea sarapan pagi bersama Susu Dutch Lady.
Kita boleh sediakan sarapan pagi berkhasiat untuk seisi keluarga. Kadang kadang Ibu minum susu dengan lauk biasa di Malaysia macam nasi lemak & roti canai atau contoh di bawah.10 Kebaikan susu dutch lady untuk perkembangan anak anak & keluarga!
Memang banyak khasiat yang terkandung di dalam secawan susu. Tak kiralah jenama apa yang kita minum. Tak terkecuali jenama dutch lady.Di bawah ini Ibu kongsikan antara zat yang terkandung di dalam segelas susu yang kita minum setiap hari. Barulah semangat nak amalkan setiap hari kan.
1. Kaya Kalsium
Mineral Kalsium sangat penting untuk pertumbuhan tulang & gigi yang sihat. Ramai dari kita sangka, kalsium penting semasa kanak kanak saja, sedangkan pertumbuhan tulang akan berterusan hingga usia 35 tahun.Jadi, mak ayah & anak anak boleh minum susu bersama sama untuk mendapatkan bekalan kalsium yang cukup setiap hari.
2. Tinggi Protein
Susu juga minuman yang kaya dengan protein. Badan kita memerlukan bekalan asid-asid amino yang seimbang untuk membantu pembentukan otot dan memperbaiki tisu-tisu otot diseluruh badan.Protein juga membantu kita kenyang lebih lama, selain meningkatkan kadar pembakaran tenaga. Sebab itu sesuai minum susu diwaktu pagi untuk kenyang lebih lama & membantu mengawal berat badan.
3. Sumber Vitamin A
Kebiasaannya, kita perlu makan sayur sayuran yang berwarna merah seperti tomato & lobak merah untuk mendapatkan Vitamin A.Sedangkan susu juga mengandungi vitamin yang penting untuk penglihatan yang baik, pertumbuhan badan, kesihatan kulit dan membantu menguatkan sistem imuniti.
4. Vitamin D
Bagi memastikan kalsium daripada susu diserap dengan baik, badan kita memerlukan kawan baiknya. Siapa lagi BFF kalsium kalau bukan vitamin D.Tanpa vitamin D yang cukup dalam diet kita, badan hanya mampu menyerap 10 ~15% daripada kalsium daripada makanan yang diambil.
Walaupun badan kita boleh menghasilkan sendiri vitamin D, dengan pendedahan kulit kepada cahaya matahari tetapi orang sibuk macam kita ni terperap dalam pejabat untuk bekerja.
Jadi, kita perlu cukupkan bekalan Vitamin D dengan mudah dengan meminum susu. Senangkan!
Susu kaya vitamin B kompleks untuk badan yang lebih bersemangat!
Sebagai ibu & ayah, pasti kita mahu anak anak kita pintar & bertenaga di sekolah. Cepat tangkap apa yang dipelajari & aktif dalam kokurikulum.Antara kunci kepada kejayaan anak anak kita ialah sarapan yang hebat. Susu memang bagus diminum di pagi hari.
Pastikan kita minum susu untuk sarapan akan mengelakkan kita sekeluarga rasa lesu tak bermaya di awal hari. Ini kerana ia mengandungi 3 jenis Vitamin B iaitu
5. Thiamin (Vitamin B1)
Thiamin, iaitu 1daripada 8 vitamin B komples yang larut dalam air.Vitamin B1 membantu menukarkan karbohidrat kepada glukosa yang akan digunakan badan untuk penghasilan tenaga.
6. Riboflavin (Vitamin B2)
Selain vitamin B1, Riboflavin aka vitamin B2 juga membantu badan memperoleh tenaga daripada proses metabolisme protein, lemak dan karbohidrat.Jika vitamin B1 & B2 terlibat secara langsung dalam penghadaman, vitamin seterusnya pula penting dalam penghantaran khasiat.
7. Vitamin B12
Vitamin ini membantu pembentukan sel-sel darah merah yang membawa bekalan oksigen dan nutrien untuk keperluan badan. Fungsinya sama macam lori kontena yang mengangkut kargo dari kilang ke kedai kedai.Sel darah merah yang terhasil dengan vitamin B12 yang mencukupi akan lebih sihat. Vitamin ini juga ada kawan baiknya, iaitu mineral yang bernama
8. Zat Besi
Sel darah merah memerlukan zat besi untuk penghasilan hemoglobin, sejenis protein di dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan, metabolisme badan & mengawal pertumbuhan.Ibu mengandung sangat perlu memastikan tahap hemoglobin dalam badan pada paras normal untuk mengelakkan anemia.
Jadi, amalkan pengambilan susu untuk ibu mengandung seperti frisomum gold, enfamama & anmum yang diperkaya dengan zat besi.
9. Zink
Mineral terakhir dalam senarai ini penting untuk aktiviti enzim bagi pertumbuhan dan pembahagian sel.Zink boleh didapati dalam hampir semua sel, & membantu sistem keimunan kita. Badan yang cukup zink lebih tahan terhadap penyakit.
Di atas tadi adalah kebaikan susu ini secara umum, di bawah ini pula manfaat setiap produk dutch lady berbeza.
Kebaikan susu dutch lady 123
Kebaikan susu dutch baby
7 Kelebihan susu dutch lady kepada keluarga kita!
1. Produk berkualiti tinggi.
Susu Dutch Lady telah dihasilkan oleh syarikat yang yang diasaskan oleh keluarga petani Belanda sejak tahun 1871.Dengan sejarah yang panjang, pengetahuan yang telah diturunkan untuk generasi & penerapan teknologi terkini dalam teknologi tenusu, sudah tentu susu yang dihasilkan berkualiti tinggi.
Susu ini dihasilkan oleh lembu yang sihat & diproses menggunakan alatan berteknologi tinggi untuk memastikan khasiatnya terpelihara.
2. Mempunyai sijil halal JAKIM.
Mencari yang halal itu fardhu untuk setiap orang islam. Semua produk susu berjenama dutch lady yang dipasarkan di Malaysia telah mendapat perakuan halal JAKIM.Jadi, bolehlah kita gunakan tanpa was was untuk seisi keluarga.
3. Jenama susu yang telah lama dipasaran.
Percaya atau tidak, dutch lady telah mula beroperasi di Malaysia sejak tahun 1963. Menurut laman Wikipedia, kilang pertama mereka di negara ini terletak di Petaling jaya Selangor.Produk pertama yang dihasilkan di negara ini ialah susu sejat (condensed milk) dan kini, dah berkembang pesat selari dengan perkembangan zaman.
4. Mempunyai pelbagai produk untuk seisi keluarga.
Seperti yang Ibu senaraikan di awal artikel ini, produk dutch lady sesuai digunakan untuk seisi keluarga.Contohnya, dutch baby & friso gold untuk bayi & kanak kanak, susu kotak UHT susu tepung full cream & Frisomum gold untuk wanita hamil.
5. Mudah diperolehi di seluruh Malaysia.
Dari sekecil kecil kedai, hinggalah ke sebesar besar hypermarket seperti TESCO, GIANT & AEON BIG senang sungguh nak dapatkan produk dutch lady.Nak beli dari kedai dalam talian pun tak ada masalah, laman laman ecommerce seperti shopee & lazada pun menjual susu jenama ni.
6. Harga yang mampu milik.
Disebabkan produk ini dihasilkan untuk pelbagai lapisan masyarakat, kita boleh memilih yang sesuai dengan bajet.Susu anak pun ada yang mahal seperti jenama friso gold, nak yang lebih murah boleh beli jenama dutch baby. Harga susu dutch lady murah lagi kalau banding dengan jenama lain.
Pendek kata, memang mampu milik. Cuma, semahal mahal susu friso pun tak sebaik susu ibu tau. Jadi, usaha berikan susu badan untuk anak tau sebelum beri susu formula.
7. Banyak testimoni pengguna yang berpuas hati.
Harga susu dutch lady di Malaysia 2019.
Di bawah ini Ibu senaraikan harga produk semasa yang boleh didapati di internet. Harga mungkin akan berubah, naik atau turun kena pandai survey. Kalau ada promotion di tesco atau hypermarket. Beli lebih sikit.Promosi susu terkini dutch lady.
Jenama susu ini memang suka buat promosi untuk kempen pemasaran mereka. Selain promosi untuk produk baru, terdapat juga promosi bersempena dengan sambutan perayaan.Di bawah ini Ibu senaraikan beberapa kempen mereka.
Promotion berkat susu & sahur Dutch Lady 2019.
Bersempena bulan ramadhan 2019, 2 perisa susu kotak dutch lady baru diperkenalkan untuk promotion ini. Perisa bandung / ros dan juga perisa kurma.
Promosi meriah raya bersama Dutch Lady di Tesco.
Kempen kerjasama antara syarikat Dutch Lady Malaysia & Tesco untuk para pelanggan yang membeli belah di pasaraya hypermarket terkemuka ini.
Promotion ini hanya untuk raya tahun 2019 saja dan hadiahnya pun boleh tahan juga. Dapat 3 hadiah jamuan rumah terbuka bernilai RM7000 & 50 hadiah saguhati berupa voucher RM100 untuk membeli belah di Tesco.
Cara penyertaan pun mudah saja, beli produk susu kotak UHT jenama Dutch lady di Tesco & ikuti syarat syarat penyertaan untuk menang hadiah tersebut.
Promosi susu milky Dutch Lady.
Kalau kita beli susu milky ni semasa promosi ni berlangsung, dapat set "disney colour & play". Warna gambar watak kartun kegemaran kanak kanak, scan dengan aps di telefon pintar untuk lihat watak kartun ini menjadi 3d dengan teknik augmented reality.
Promosi sarapan pagi dengan Dutch Lady.
Akhir kata.
Insyaallah di lain masa senarai ini akan di kemas kini.
Yang penting, minumlah susu apa pun. Asalkan kita amalkan pemakanan sihat dan seimbang untuk sihat.
Jumpa lagi ya.
Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com
تعليقات
Pernah cuba minum Friso, rasanya tidak manis.