Susu Dutch Lady tiruan? Ini cara elak beli produk palsu!

Mak ayah mana tak risau dengar berita susu dutch lady tiruan, Nyawa anak tak ternilai dengan wang ringgit!
susu dutch lady palsu

Kecoh juga di tv dan juga media sosial tentang susu palsu dari jenama yang diyakini ramai ni.

Macam mana kita nak bezakan susu asli & tiruan ya? Selain masalah susah nak tukar susu lain, maklumlah anak dah serasi.

Kita nak elakkan anak kita terhindar dari bahaya terminum susu tiruan.

Jangan main main, boleh masuk hospital tau. Nyawa anak kita tak boleh di beli.

Ibu faham kerisauan anda kerana ibu pun ada anak yang minum susu jenama yang sama.

Baca panduan ini hingga habis, dan anda dijamin akan

  1. Tahu cara bezakan susu dutch lady asli & tiruan dari panduan dari pengeluar dutch lady & kenyataan dari kementerian kesihatan malaysia.
    .
  2. Faham mudarat jika anak tersalah minum susu palsu.
    .
Tanpa membuang masa, kita mulakan topik ini dengan soalan paling penting.

Iaitu,









Dari mana datangnya isu susu jenama Dutch Lady tiruan ni?

Isu ini terjadi apabila kecoh di media sosial tentang produk Dutch Lady Curious (900g) dengan nombor kelompok 1023C7WA yang dikatakan tiruan.

Ada ibu bapa yang perasan anak mereka mengalami gejala seperti di bawah ni selepas meminum susu tersebut.
  • Sakit perut
  • Muntah 
Terpaksa dimasukkan ke wad hospital.

Memang patutlah kecoh, anak anak kita minum susu ni. Kalau jadi apa apa siapa yang susah?


Kejadian ini menyebabkan Dutch Lady Malaysia menjalankan siasatan tentang tuduhan serius yang berlaku ni.



Bacaan menarik: Susu dutch lady tiruan pernah kecoh sebelum ini! Baca panduan mudah ini untuk membantu anda memilih produk yang asli, selamat & diyakini!

Syarikat Dutch Lady Malaysia telah menghantar sampel produk yang diperolehi daripada pelanggan untuk dijalankan siasatan lanjut.

Ujian ini dilakukan di makmal dalaman dan juga pusat pengujian bebas yang diiktiraf untuk proses ujian.



Bagaimana dengan hasil ujian dari makmal dalaman & makmal luaran pihak ketiga?

Selepas berlaku insiden ini, pihak Dutch Lady telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melihat kesahihan berita ini.

Selepas menghantar sampel, berikut adalah keputusan yang diperolehi.

Hasilnya, ujikaji sampel susu dari Dutch Lady Malaysia mengesahkan semua produk yang dikeluarkannya selamat digunakan.

Malah, produk tersebut juga memenuhi standard keselamatan makanan di Malaysia dan antarabangsa. 

Keputusan rasmi ujian ini juga telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.


Jadi, selepas ini ibu ayah yang sedia menggunakan produk susu ini boleh menghela nafas lega.

Di bawah ini Ibu sertakan imej yang dikeluarkan dari syarikat tersebut.


susu dutch baby tiruan palsu
Sumber: Dutch Lady Malaysia

Ada lagi.

Di bawah ini Ibu kongsikan juga,


Ciri ciri produk sahih yang boleh dapati di atas bungkusannya

Sekiranya mak ayah yang membaca artikel ini masih ragu ragu, dan ingi mengambil langkah berjaga jaga.

Di bawah ini adalah garis panduan yang diberikan Dutch Lady untuk memastikan susu yang anda beli adalah asli / original.

Tanda tanda produk susu keluaran Dutch Lady yang anda beli original adalah seperti berikut.

  • Kod kelompok yang bermula dengan nombor 100, 101, 102 dan 103
    .
  • Tarikh luput yang berakhir dengan (R), (W1), (W2), dan (W3)
    .
  • Variasi pembungkusan yang mepunyai perkataan "Calcium" dan "Kalsium"
    .
  • Variasi pembungkusan yang menunjukkan logo FrieslandCampina bersama dan tanpa kotak putih
    .



cara mengesan susu dutch lady tiruan
Sumber: Dutch Lady Malaysia


Kesimpulan.

Nampaknya, isu ini dah selesai dan dah reda. Tapi kalau dilihat dari sisi lain, kita boleh saksikan betapa besarnya kuasa media sosial dalam menyebarkan berita.

Kalau berita tersebut sahih tak apa, kalau palsu?

Sebab itu, setiap kali kita bertemu satu berita yang belum ditentu sahkan haruslah kita berhati hati.

Jangan terburu buru sebarkan berita tersebut. Ini selaras dengan firman Allah swt di dalam Al Quran yang mulia, pada Surah Al Hujurat ayat 6, Allah SWT telah memerintahkan kita supaya
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
Bagus juga isu ni keluar, menunjukkan suara pengguna di Malaysia diambil kira pengeluar produk.

Terutama yang melibatkan kesihatan anak anak kita kan.

Ibu harap, perkongsian pendek ini sedikit sebanyak membantu ibu bapa yang menggunakan produk dutch lady.

Sekiranya anda ada cerita untuk dikongsikan dengan pembaca lain, pengalaman anda mesti sangat berharga untuk mereka.

Ruangan komen terbuka luas untuk anda semua. Kita kongsi ilmu pun dapat pahala secara tak sedar. Hari ni kita bantu orang lain, Insyaallah pasti Allah akan bantu kita di kemudian hari.

Sunnah alam tu.

Sampai jumpa lagi di lain masa, Assalamualaikum Wrmbth.