Beberapa hari lepas Ibu baru kongsikan tentang tempat tarikan pelancong yang cukup terkenal di Melaka untuk melihat burung burung.
Khabar terkini menyatakan taman ini akan ditutup dan berhenti menerima lawatan daripada pengunjung buat sementara.
Mulai 3 September 2018, Pihak pengurusan Taman Burung Melaka di Ayer Keroh telah mengeluarkan notis penutupan lokasi ini bagi kerja kerja penyelenggaran yang di jadualkan bermula pada hari tersebut.
Bacaan menarik: Taman Burung Melaka, Tempat menarik untuk bercuti!
Kenapa Taman Burung Melaka Ditutup Sementara?
Sila lihat gambar di bawah untuk maklumat lengkap tentang penutupan taman ini.
Berapa lama taman burung ini akan di tutup?
Menurut penjelasan yang di berikan oleh pengurusan taman ini ialah, ia akan di tutup selama 3 hingga 6 bulan.
Semua ini untuk menyelenggara dan mengembalikan keadaan taman ini supaya menjadi semakin menarik.
Tak apalah kan, tutup pun sementara saja.
Itupun, untuk manfaat pengunjung juga. Daripada tutup terus kerana gagal menarik pelancong kan?
Ibu lagi suka usaha sebegini, pihak berkuasa di Melaka sangat proaktif dalam memastikan industri perlancongan di negeri mereka kekal relevan dan kompetetif.
Sangat bagus, sekiranya di contohi oleh negeri lain. Terutama sekali negeri Selangor. Cuba perhatikan keadaan Taman Botani Negara Shah Alam. Dulu sangat lawa dan penuh dengan orang. Kini lengang dan kurang menarik. (Cuba baca blog Sukamakanjalan)
Respon terkini dari orang ramai mengenai kualiti servis di Taman Burung di Melaka?
Ibu senaraikan maklumbalas terpilih yang di berikan pelawat taman ini untuk tatapan bersama.
1. LiyanaRH Zahari - 3 dari 5 bintang.
Tarikh respon: 2 minggu sebelum penutupan taman.Burung mmg xbanyak. Sy pusing satu taman tapi burung hanya byk di bahagian depan sahaja(di hadapan pintu masuk). Tapi seronok juga krn dpt merasai pengalaman memberi burung makan.ok lah dgn harga tiket combo yg sy beli sekali dgn zoo dpt rm5/adult n child utk taman burung.
2. Mohd Jusharil Juang - 5 dari 5 bintang.
Tarikh respon: 3 bulan sebelum taman di tutup.Fasiliti mesra kurang upaya, view yang menarik dengan pelbagai jenis burung, burung-burung mudah didekati. Harga tiket yang berbaloi. Dewasa rm17.80, kanak-kanak Dan warga emas rm11.85. Tempat wajib pergi, nak pergi waktu pagi, burung-burung banyak turun makan.
3. Pablo mendoza 5 dari 5 bintang.
Tarikh respon: 4 bulan yang lalu.Perlukan promosi yang lebih meluas dan perbanyakan sp. avian.
4. Li Fun - 2 dari 5 bintang.
Tarikh respon: 2 bulan yang lalu.Banyak burung yang takde.
Semua review di atas adalah ayat sebenar dari mereka. Ada yang puas hati, ada yang komplen burung tak banyak.
Semoga selepas pembukaan semula taman ini, burung burung dan kemudahan yang di naik taraf akan menyelesaikan masalah yang di sebutkan di atas.
Punca Taman Burung Melaka di Tutup?
Baru baru ini, lawatan daripada Ketua Menteri Melaka ke Zoo Melaka dan juga Taman Burung.
Beberapa maklumbalas di berikan daripada lawatan tersebut mengenari pengurusan laman tersebut.
Tindakan segera di ambil untuk melaksanakan kerja kerja pemulihan fasiliti dan menaik taraf kemudahan yang ada.
Tak apalah kan, selepas ini kebajikan burung burung yang di jaga di taman ini pasti semakin baik. Taman yang mempunyai 700 spesis burung berbeza pasti akan kembali berseri seri.
Dan ini pastinya akan menambahkan kunjungan pelancong. Insyaallah. Tak pe. Banyak lagi lokasi best sementara tunggu tempat ni buka semula.
Bacaan menarik: Tempat menarik di Melaka! Ini tempat tumpuan ramai pelancong.
Ibu doakan semuanya lancar. Insyaallah.