3 Cara bancuh susu dutch baby supaya khasiat terpelihara.

Betul ke cara kita bancuh susu formula? Mungkin susu anak kita dah bagus, tapi salah pula cara sediakan!
Cara bancuh susu dutch baby

Ramai ibu bapa muda mengeluarkan belanja yang besar setiap bulan untuk beli susu dutch baby untuk anak. Tapi, sayang sungguh.

Hanya kerana kekurangan ilmu, zat yang terkandung dalam susu tersebut dah rosak sebelum kita suap ke mulut bayi.

Panduan ini Ibu kongsikan kepada anda supaya anak kita dapat sepenuhnya nutrien dari setiap titisan susu.

Ibu bapa yang baca artikel ini hingga habis akan

  1. Faham cara menyediakan susu dutch baby yang betul.
    .
  2. Sedar bahaya yang anak kita hadapi jika minum susu yang salah disediakan.
    .
  3. Cara menyimpan susu formula dengan betul supaya tidak mudah rosak.
Sebelum itu, penting untuk Ibu kongsikan, tiada susu formula terbaik yang di jual di pasaraya boleh lawan khasiat susu ibu. Pastikan kita usaha dulu beri susu badan. Kalau tak boleh baru beri susu bayi. Kita mulakan segera.



3 Cara mudah bancuh susu dutch baby.

Kita boleh bahagikan kepada 3 bahagian, iaitu
  1. Sebelum penyediaan.
  2. Semasa menyediakan.
  3. Selepas penyediaan.
cara bancuh susu formula yang betul
Di belakang pek susu formula ada menerangkan langkah langkah ini.


A. Sebelum menyediakan susu.

Ikuti langkah mudah ini sebelum kita mula.
  1. Basuh tangan dengan teliti. Gunakan sabun & bilas tangan kita sebaiknya.
    .
  2. Periksa tin susu dan lihat tarikh luputnya. Jangan sekali-kali memberi susu yang telah tamat tempoh kepada bayi kita.
    .
    Elakkan membeli susu yang telah kemik tinnya.
    .
  3. Jika kita simpan susu di dalam tin, pastikan kebersihan tin terutama di bahagian penutup dari sebarang habuk. Pastikan bekas tersebut tertutup rapat & kalis udara.

B. Semasa menyediakan.

  1. Pastikan air yang kita gunakan telah pun dimasak sehingga mendidih supaya dapat hapuskan kuman berbahaya.
    .
    Kemudian sejukkan air tersebut ke suhu bilik sebelum kita gunakan.
    .
    Air panas mendidih tidak sesuai digunakan kerana suhunya yang tinggi akan merosakkan nutrien dalam susu.
    .
    Air panas juga akan bertindak balas dengan botol susu & mungkin boleh menyebabkan bahan kimia berbahaya.
    .
    Pilih botol susu yang sesuai untuk kegunaan anak kita. Ikuti panduan di bawah.
    .
  2. Sukat dan tuangkan jumlah air yang dikehendaki ke dalam botol susu bayi.
    .
  3. Tambahkan susu berdasarkan sukatan yang dicadangkan dibelakang pek susu. Pastikan nisbah air & susu yang digunakan tepat. Sudu yang digunakan mestilah kering.
    .
  4. Tutup rapat rapat penutup botol dan goncangkan botol sehingga susu larut sepenuhnya.
    .
  5. Titiskan beberapa titik susu ke pergelangan tangan kita untuk mengagak suhu susu ini sesuai atau tidak. Jika sesuai, dah boleh beri pada anak kita.
    .

C. Selepas membancuh susu.

  1. Jika anak kita dah menghisap susu botol yang disediakan, tapi tidak menghabiskan dalam masa satu jam. Jangan simpan lagi, terpaksa buang.
    .
  2. Kita tak boleh simpan susu yang tak habis ke dalam peti ais & panaskan semula untuk sesi seterusnya.
    .
    Ini kerana semasa anak kita menghisap susu, air liurnya boleh mencemari susu formula di dalam botol.
    .
    Susu yang telah digunakan anak lebih 1 jam, mendedahkan risiko keracunan makanan.
    .
  3. Setelah pek susu formula dibuka, kita perlu simpan dalam bekas yang tertutup yang kedap udara di tempat yang sejuk dan kering.
    .
  4. Jangan simpan susu tepung yang belum disediakan dalam peti sejuk.
    .
  5. Elakkan menyimpan susu ini di tempat panas kerana ia boleh merosakkan susu.
    .
  6. Seeloknya, habiskan susu tepung yang telah dibuka dalam masa 1 bulan.
    .
  7. Baca label pada bungkusan susu tepung untuk arahan spesifik.
    .
  8. Jangan biarkan susu rumusan yang telah disediakan pada suhu bilik.
    .
  9. Jangan bekukan susu kerana boleh memisahkan protein dan lemak.


Kesimpulannya.

Penyediaan susu formula yang betul adalah penting supaya anak kita dapat menerima khasiat yang diperlukannya.

Menambah terlalu banyak air semasa menyediakan susu tepung akan mencairkan nutrien penting, dan boleh memberi kesan yang ketara kepada pemakanan kanak kanak. 

Jika dibiarkan berterusan, kesan jangka panjangnya boleh jadi serius. 

Itu yang anak mudah demam & tak sihat tu.