Sampai juga kita ke pasar malam di tanah tinggi cameron ni kan. Tapi apa yang menarik di sini ya?
Ada orang suka cuci mata bila jalan jalan ni. Jadi, Ibu nak kongsilah gambar gambar best kat pasar ni.
Lihat sampai habis artikel ini & anda dijamin akan
- Tahu apa barang jualan menarik & berbaloi dibeli disini.
. - Melihat suasana di pasar ini sebelum ke sana.
.
Gambar suasana di Pasar Malam Golden Hills Cameron.
Kawasan tanah tinggi ni selain suasananya yang sejuk, hujan pun boleh turun bila bila masa.
Sebab awan pun selalu tebal.
Ibu rekemen pergi awal sikit, dalam jam 4 ke 5 petang sebab dah masuk jam 6 petang biasanya akan ramai pengunjung.
Kan dah susah nak pilih pilih barang, lepas tu nak cari tempat letak kereta lagi.
Tiket letak kereta sekali masuk pun RM3.
Bacaan menarik: Tak tahu nak pergi mana di malam hari semasa bercuti di cameron highland? Pasar malam kan ada!
Tak susah nak sampai sini, boleh pakai google maps. Papan tanda pun banyak.
Nama pun pasar malam kan, jangan datang sebelum jam 4 petang sebab tempat ni kosong tak ada peniaga.
Ibu rekemen, kalau suka pegi pasar ni cari saja hotel ataupun homestay yang terletak berhampiran dengan Golden Hills.
Turun bawah jalan kaki saja.
Kalau kita datang masa musim hujan, memang boleh perhatikan banyak kabus di sekitar pasar ni.
Mana la tau nak hujan, bawak jela payung.
Pelawat dah pun mengerumuni kawasan pasar malam ni seawal jam 5 petang.
Barang barang jualan menarik yang boleh kita beli di pasar malam cameron untuk di bawa pulang.
Semua barang barang yang kita boleh dapati di pasar malam biasa, boleh kita temui disini.
Bezanya, kebanyakan hasil tani adalah dari kawasan tempatan.
Benda paling sinonim dengan cameron mestilah strawberi. Tapi dalam gambar ni tak berapa merah. Nak yang merah boleh jalan lagi.
Pakaian seperti baju boleh kita beli sebagai kenangan ke sini. Entah bila lagi nak sampai kan?
Ada orang suka beli kaktus, di cameron ni memang banyak spesis kaktus untuk dibeli dan di bawah pulang.
Ada juga hasil laut dan seafood. Kalau tanya Ibu, baik makan seafood tempat lain. Harga mahal, nak yang segar pergi beli sendiri di pengkalan nelayan ke.
Ada juga gerai yang menjual madu lebah ternak. Mana nak tahu madu dari lebah tenrak ni? Cuba perhatikan corak sarang tu, kalau dah rata macam tu memang ternaklah.
Khasiat madu dari lebah liar dan ternak ni berbeza. Keluarga Ibu lebih suka madu dari lebah liar.
Ada juga gerai jual madu dari lebah liar yang buat sarang di hutan. Tapi masih perlu hati hati sebab kita tak nak beli madu yang dah ditambah gula & dijual pula pada harga mahal.
Penjual pun janganlah nak fikir untung saja, tak berkat menipu orang ni.
Hasil pertanian dari kawasan tanah tinggi di sekitar.
Barang barang seperti rantai kunci, fridge magnet & beg yang comel juga ada di jual.
Antara kegemaran kami sekeluarga, jagung mutiara di cameron highland. Yang warna ungu tu Ibu belum pernah cuba lagi.
Seram pula nak makan jagung warna ungu.
Akhirnya jumpa juga strawberi yang merah ranum macam ni. Selalunya kalau warnanya macam ni, memang manis.
Cuma yang tak best, cepat rosak ni.
Wajib habiskan awal atau buah ni akan membengkak dan rosak. Harga pun kita dah bayar mahal kan, takkan nak bagi rosak.
Jadi, kalau nak beli strawberi untuk makan segera, ambil yang merah. Nak di bawa pulang ambil yang pucat sikit. Cuma rasanya masamlah.
Kesimpulan.
Tanah tinggi yang terletak di Pahang ni memang Ibu cukup suka pergi. Boleh kata setiap tahun mesti kami kunjungi.
Banyak kenangan manis boleh kita abadikan bersama keluarga di sini.
Dan, bila dah jalan jalan tu mesti nak beli cenderahati untuk ahli keluarga & rakan taulan di kampung.
Bolehlah kunjungi pasar malam ni.
Satu Ibu nak kongsi, pastikan kita periksa semula hasil tani yang dibeli, ada kes barang yang di pamer cantik dan baik sifatnya.
Tapi bila kita beli, kita diberikan barang barang yang rendah kualitinya.
Waspada tau. Seperti biasa, sekiranya anda nak kongsikan cerita & pengalaman bercuti di Cameron, boleh saja isikan ruang komen di bawah.
Boleh jadi panduan kawan kawan yang belum pernah pergi, kita mudahkan urusan mereka kan dah dapat pahala percuma.
Sama sama kita jadi ibu yang bijak, membahagiakan keluarga & memberi manfaat. Berkasih sayang untuk ke syurga di akhirat yang kekal abadi.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah Saw. bersabda: ”Apabila ‘anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dari tiga ini: sedekah yang berlaku terus menerus, pengetahuan yang d manfaatkan, dan anak sholeh yang mendoakan dia.” (HR Muslim)