5 Kandungan susu Anmum Materna untuk ibu hamil & janin dalam rahim!

Ramai ibu hamil ragu ragu nak cuba susu Anmum Materna. Apa khasiat yang ada di dalamnya yang bagus semasa mengandung?
Kandungan susu anmum materna

Bagi setiap wanita yang merancang untuk bergelar ibu, haruslah mempersiapkan diri dengan mengubah tabiat pemakanan kepada lebih baik.

Ini kerana, khasiat yang diambil setiap hari sangat memainkan peranan pada kesihatan anak yang dikandungnya.

Selepas membaca artikel ini, anda dijamin akan

  1. Mengetahui khasiat yang terkandung dalam Anmum Materna.
    .
  2. Fungsi penting zat ini untuk ibu hamil & anak yang di kandung.
    .
Kita mulakan dengan soalan paling penting.



Apa kandungan susu Anmum Materna & kenapa kita elok amalkan semasa hamil?

Di bawah ini Ibu kongsikan beberapa zat penting yang terkandung di dalam Anmum Materna & manfaatnya.

1. Kalsium.

Kebanyakan wanita yang dah berusia akan mengalami sakit sakit badan & berisiko mengalami osteoprosis.

Ini disebabkan semasa muda, mereka kurang mengambil berat tentang pengambilan sumber kalsium.

Apatah lagi semasa hamil, mineral ini memainkan peranan dalam pembentukan tulang janin dari makanan yang diambil ibunya.

Kegagalan mencukupkan keperluan kalsium harian dari diet akan menyebabkan janin mengambil kalsium dari tulang & gigi ibunya, lalu menyebabkan kerosakan gigi & kehilangan jisim tulang. 

Ibu mengandung memerlukan kalsium setinggi 1000 mg / hari. 

Di bawah ini Ibu kongsikan manfaat kalsium untuk wanita hamil.
  • Memelihara kesihatan tulang ibu.
  • Penting dalam pertumbuhan gigi dan tulang janin.
  • Terlibat dalam pembentukan tisu jantung, otot & sistem saraf.
  • Memainkan peranan dalam mengekalkan denyutan jantung yang sihat pada janin. 

Sebenarnya ada banyak lagi khasiat kalsium, sebab itu kita wajib minum susu setiap hari tau.

khasiat susu anmum materna diperlukan ibu hamil

2. Zat besi.

Selepas kita hamil dan menghadiri temunjanji dengan doktor, mesti doktor akan cek darah kita.

Sekiranya bacaan darah merah dalam badan kita kurang dari tahap normal, mesti doktor & nurse nurse semua bising.

Kenapa agaknya?

Bacaan darah merah ni sangat bergantung kepada zat besi yang kita ambil dalam diet harian.

Kita wajar mengambil makanan & minuman yang kaya mineral ini semasa merancang kehamilan lagi. Maklumlah, ada ibu hamil yang mengalami alahan mengandung yang teruk.

Cukup teruk, sampai terbaring je lesu kerana gangguan hormon. Sampai nak makan pun tak ada selera.

Paksa makan keluar semula.

Manfaat zat sangat banyak, antaranya ialah
  • Membantu peredaran oksigen ke seluruh badan.
  • Membuatkan badan kita terasa lebih cergas bermaya.
  • Memainkan peranan dalam pembentukan plasenta.


Apa jadi sekiranya kita Kekurangan zat besi semasa hamil?

Semasa mengandung, kita memerlukan lebih banyak sel darah merah kerana kini bukan saja perlu menjaga keperluan ibu, malah perkembangan janin dalam rahim.

Kekurangan zat besi yang kritikal menyebabkan anemia yang pastinya menjejaskan kesihatan anda & bayi.


3. Folat

Ibu hamil sangat memerlukan khasiat ini untuk kesihatan dirinya sendiri & anak yang di kandung.

Antara kepentingan zat ini semasa hamil adalah seperti berikut.
  • Menyokong pertumbuhan otak si manja.
  • Memainkan peranan dalam pembentukan tiub saraf bayi & saraf tunjang.
  • Mengurangkan risiko keguguran.
  • Membantu wanita hamil mengekalkan mood yang baik.
  • Mengurangkan risiko anak yang lahir nanti mengalami kecacatan.
  • Terlibat dalam penghasilan tisu badan.
  • Mengurangkan risiko kerosakan otak bayi.


Saintis telah melakukan banyak kajian tentang cara yang bagus untuk ibu hamil memperolehi folat yang mencukupi, dan telah mendapati meminum susu yang kaya kandungan folat mampu meningkatkan tahap folat dalam darah. 


4. Asid Docosahexaenoic (DHA).

Ibu yakin, kita mesti pernah dengar tentang DHA. Terutama sekali kalau kita lihat iklan susu untuk kanak kanak.

Apa sebenarnya DHA ni?

Sebatian bernama DHA ni sebenarnya wujud dalam otak manusia. Jadi, kita perlukan bekalan DHA dari makanan yang kita ambil untuk kesihatan otak.

Di bawah ini Ibu senaraikan beberapa khasiat DHA yang telah dibuktikan kajian sains moden.
  • Bagi wanita hamil, DHA memainkan peranan dalam pembangunan pesat sel sel otak untuk bayi. 
  • Diet yang mengandungi DHA yang cukup boleh membantu otak kanak-kanak lebih mudah memahami apa yang dipelajarinya setiap hari. 
  • Malah, selepas bersalin pun kita digalakkan mengambil makanan yang kaya sumber DHA kerana anak kita boleh memperolehinya dari susu ibu yang diberikan kepada mereka.



5. Inulin.

Zaman sekarang ni ramai betul mengalami sembelit, lebih teruk lagi kanser usus.

Salah satu puncanya adalah tabiat makan yang tidak sihat.

Salah satu cara untuk mendapatkan usus yang sihat adalah dengan mengamalkan pemakanan yang mengandungi prebiotik.

Wanita hamil sangat kerap mengalami sembelit, ini disebabkan makanan bergerak lebih perlahan di dalam usus kerana perubahan hormon yang berlaku semasa mengandung.

Inulin adalah sejenis prebiotik yang berfungsi untuk saluran pencernaan ibu lebih sihat semasa kehamilan. 

Usus yang sihat akan memudahkan penyerapan zat yang telah dihadam. 

Selain itu, inulin juga bermanfaat untuk
  • Menghalang sembelit.
  • Mempengaruhi badan kita mengawal metabolisme.
  • Memelihara usus kita dimasuki bakteria jahat.
  • Menambah baik sistem imun badan.

Kesimpulan.

Pemakanan yang seimbang sangat penting semasa hamil, kalau tak selera makan nanti hb turun. Berat pun tak naik. Bahaya tu.

Terlebih makan pula boleh jadi kencing manis.

Itu memang kita nak elakkan.

Sebab itu, apa yang paling penting ialah keseimbangan. Pengambilan susu semasa hamil dapat membantu memenuhi keperluan nutrisi ini.

Memang banyak jenama dipasaran, sekiranya anda memilih Anmum Materna untuk diamalkan sepanjang 9 bulan mengandung, pastikan kita mengetahui cara pengambilan yang tepat.

Elakkan pengambilan yang melebihi sukatan dibenarkan supaya tiada kesan sampingan buruk yang berlaku.
Bacaan menarik: Ini cara ibu bijak mengelak kesan sampingan akibat salah cara minum Anmum Materna!

Sampai kita ke hujung artikel, sekiranya anda mahu berkongsi pengalaman atau pun pendapat. Ibu alu alukan ruangan komen anda setiap masa.

Semoga boleh meriahkan perbincangan. Sama sama dapat manfaat.

Hari ini kita tolong kawan kawan lain, pahala mengalir berterusan pada kita untuk bekalan akhirat.

Sampai jumpa lagi. Assalamualaikum Wrmbth. Insyaallah.