4 Kelebihan menjadi pengedar susu kambing lazz!

Anda berminat menjadi pengedar susu kambing lazz? Baca sampai habis untuk mengetahui kelebihannya.
kelebihan pengedar susu kambing lazz

Menurut kajian sains, susu kambing paling mirip dengan susu ibu. Khasiat yang terkandung di dalamnya komposisinya hampir sama dengan susu manusia.

Jadi, kalau diberi pilihan lebih baik kita minum susu kambing dari susu lembu.

Lebih lebih lagi, sekarang ni kami dah ada jenama susu kambing yang bagus macam Lazz.

Mungkin kita dah lama guna susu ini, dan sekarang berminat nak jadi pengedar.




Baca artikel manfaat menjadi ejen Lazz susu kambing & anda dijamin akan

  1. Mengetahui kelebihan yang diperolehi sebagai agen Lazz
    .
  2. Berbaloi ke menjadi ejen susu jenama ini.
    .
Tanpa membuang masa, kita mulakan segera.


Bacaan menarik: Ini senarai pengedar rasmi susu kambing jenama Lazz di seluruh Malaysia. Cari ejen yang paling dekat dengan lokasi anda!


Apakah kelebihan menjadi pengedar susu kambing jenama Lazz?

Walaupun ada banyak jenis susu kambing di jual di luar sana, Ibu perhatikan berbaloi untuk jadi ejen Lazz.

Di bawah ini Ibu kongsikan yang paling menarik.


kelebihan pengedar susu kambing lazz malaysia


1. Nikmati harga produk yang lebih murah.

Dari pengalaman Ibu sendiri, setiap bulan kami sekeluarga akan menggunakan minimum 10 kotak susu kambing.

Ini untuk kegunaan keluarga sendiri saja.

Cuba bayangkan, jika harga 1 kotak RM50, 10 kotak sudah RM500 sebulan. Setahun pula sudah RM6,000.

Jika Ibu menjadi agen susu kambing, harga belian produk adalah lebih rendah. Katakanlah RM40, kos sebulan RM400 dan setahun baru RM4,800.

Perbezaan harga setahun adalah RM1,200. Banyak juga tu.

Cuma, pada masa yang sama kita perlu beli kuantiti minimum sebulan untuk mengekalkan status kita sebagai pengedar.

Jadi, andai kata setiap bulan kita harus beli 50 kotak, yang digunakan sendiri hanya 10 kotak. Ada baki 40 kotak.

Macam mana nak habiskan?

Jawapannya ada pada kelebihan no 2. Apakah itu?


2. Mendapat sokongan pemasaran berterusan dari pengeluar produk.

Selepas kita mendaftar sebagai agen, kita akan diberikan ID agen dan berdaftar secara sah.

Pengeluar produk akan mempromosikan kita di pelbagai saluran media. 

Boleh buka TV, media sosial seperti FB & Insta, Blog, laman web dan majalah.

Ibu perhatikan kempen promosi susu kambing dari Lazz memang menyeluruh.

Paling penting, kempen ini dilakukan berpanjangan. Penting ni.

Kalau pemasaran tak dilakukan berterusan, pelanggan akan lupa. Sebab tu syarikat besar macam Mek Dee, Kay Ep Cee & Koka Kolar pun tak pernah putus buat iklan.

Kesannya, pelanggan akan sentiasa teringat jenama tertentu untuk masalah tertentu.

Dalam kes ini, pelanggan akan ingat jenama Lazz bila nak beli susu kambing.

Bila orang dah ingat, apa yang berlaku?

Teruskan baca kelebihan ke 3.


3. Permintaan produk yang tinggi & jualan berulang.

Bila produk yang kita jual berkualiti & mendatangkan manfaat, orang tak akan beli sekali saja.

Mereka akan dapatkan berterusan setiap kali produk habis. 

Lagipun permintaan produk susu kambing tinggi sekarang. 

Daripada niat asal nak jimat dan beli susu kambing murah, sekarang ni kita dah boleh dapat untung dari setiap kotak susu yang di jual.

Kita dapat untung dalam 2 cara
  • Jimat kos beli susu
    .
  • Untung jualan berulang setiap bulan dari pelanggan sama
    .
Tapi, semua ini bergantung juga pada layanan kita pada klien. Nak berniaga muka mesti senyum selalu.

Dan layanan pada pelanggan tip top.

Zaman sekarang ni, gaji tak besar, kos sara hidup makin meningkat. Semua orang dah mula sedar pentingnya berniaga.

Dan itulah manfaat terakhir.


4. Belajar berniaga dengan modal yang kecil.

Ramai orang kita, baru nak belajar berniaga selepas pencen dan bersara. Menggunakan modal dari duit simpanan KWSP.

Bahaya tu.

kalau berniaga bermodalkan duit, tanpa ilmu dan pengalaman memang besar kemungkinan rugi.

Sebaiknya, kita belajar berniaga dari muda dan menggunakan modal kecil.

Kemudian dari modal yang kecil tu perniagaan kita berkembang. Barulah tak makan duit simpanan kita.

Ini barulah cara berniaga yang betul.

Tak perlu keluarkan produk sendiri dulu. Jual barang orang lain yang berkualiti & belajar cara pusingkan modal.

Pada masa yang sama kita boleh manfaatkan medium pemasaran percuma dan berbayar seperti media sosial dan google ads.



Akhir kata.

Ibu harap, apa yang di kongsikan dalam artikel ini mendatang manfaat kepada anda.

Lepas ni bolehlah daftar jadi pengedar susu lazz kan? 

Jika anda mahu berkongsi pengalaman & pendapat mengenai peniagaan menjadi ejen susu jenama ini, boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah.

Dapat pahala percuma sebab dapat jadi rujukan mak ayah lain yang mencari info. Insyaallah.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah Saw. bersabda: ”Apabila ‘anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dari tiga ini: sedekah yang berlaku terus menerus, pengetahuan yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan dia.” (HR Muslim)





Penulis / Editor: Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com

3 Ulasan

Ulasan

Mama Hakim berkata…
Paling untuk jadi agen lazz susu kambing ni kan mestilah dapat harga susu murah. Lepas tu boleh dapat extra income
Marulz_Maru berkata…
can i know how to become an agen lazz.. kindly email me the details on kamarul.anwarz96@gmail.com.

Thank You.
Ibu Syurga berkata…
Ini kena en kamarul boleh pergi ke lamam web rasmi lazz susu kambing. Atau fb page rasmi mereka.