Melaka River Cruise 2019! Tempat menarik waktu malam! Lawa betul.

Melaka river cruise berbaloi malam hari


Bersiar siar menelusuri Sungai Melaka pada siang & malam hari melalui bandar & bangunan bersejarah.

Waktu siang pun buka. Tapi percayalah, malam lagi berbaloi pergi.

Melaka River Cruise, Tempat best wajib pergi waktu malam hari!

Nak pergi ke sini memang mudah. Boleh saja cari di Waze atau Google map.

Lokasinya adalah seperti berikut.

Alamat: Jalan Laksamana, 75000 Melaka

Telefon: 06-281 4322

Harga untuk menaiki Cruise Sungai Melaka terkini!

Harga tiket masuk adalah seperti berikut: 
  • Dewasa: RM10
  • Kanak-kanak: RM5

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat dari 9.30 pagi – 11.00 malam

permandangan melaka river cruise malam

permandangan melaka river cruise malam


Apa yang menarik di Melaka River Cruise?

Jika selalunya kita berjalan jalan di Melaka menggunakan jalan darat, kini boleh kita nikmati keindahan bandar Melaka menggunakan sungai.

Kebanyakan peradaban agung dunia bermula di kawasan muara sungai, telusuri perjalanan merentas waktu ini.

Ibu sangat suka pergi waktu malam berbanding siang hari kerana Bandar Melaka kelihatan lebih cantik di bawah sinaran bulan & bintang di langit.

Dan limpahan cahaya lampu yang menyerlahkan lagi seri bandar ini.

Review Melaka River Cruise.

Seramai 1,650 ulasan telah diberikan pelawat lepas dengan mata review terkumpul 4.1/5.0 bintang.

Banyak lagi lokasi jalan jalan yang syok di kunjungi. Baca lebih lanjut di bawah.
Bacaan menarik: Tempat menarik di Melaka siang & malam! Mesti puas hati.