Melaka Skytrex 2019! Tempat menarik untuk aktiviti lasak di hutan.

Suka masuk hutan atau melakukan aktiviti lasak?
melaka skytrex tempat menarik


Bagi mereka yang tak suka duduk diam dan gemarkan aktiviti mencabar. Tempat ini mesti dikunjungi.

Ibu biasa pergi Taman Botani Shah Alam, tak sangka di Melaka pun ada Skytrex seperti di Shah Alam.

Apa yang menarik di sini? Teruskan membaca!

Melaka Skytrex untuk cabaran lasak di hutan rimba!

Mula mula sekali, kat mana ya tempat ni? Di bawah ni ibu berikan lokasinya.

Alamat: 75450 Durian Tunggal, Melaka
Telefon: 018-909 5679
Waktu lawatan: Setiap hari dari 9 pagi hingga 6 petang

Memang agak jauh dan terpencil kan. Kalau kita dah jemu dengan suasana bandar yang hari hari sesak.

Jalan sikit je lampu isyarat. Lepas tu kena tunggu jam strawberry (lampu merah.. Hehe)

Tempat ni mesti akan bantu kita hilangkan stress.

Durian tunggal memang banyak pokok dan hutan yang merimbun.

Bunyi unggas dan mergastua di sekitar sini mesti akan mengubati rasa sesak di dada.

Berapa harga untuk masuk?

Harga tiket masuk: Dewasa RM60

Tak mahal pun kan, lagipun kita dapat keluar peluh dan jadi lebih sihat. Aktiviti di Melaka Skytrex memerlukan kita untuk mencabar diri.

Menjadi lebih berani dan berkeyakinan.

Tak percaya. Cuba perhati betul betul gambar di bawah ni.

aktiviti mencabar di melaka skytrex

aktiviti mencabar di melaka skytrex

aktiviti mencabar di melaka skytrex

Apa yang menarik di Melaka Skytrex?

Siapa yang nak keluarkan peluh dan mendengar suara kicauan burung sambil melakukan aktiviti lasak.

Ini memang tempatnya untuk kita.

Boleh buat macam macam aktiviti seperti flying fox, memanjat pokok dan dan banyak lagi. 

Lokasi yang terbaik untuk buat aktiviti hari keluarga & juga team building syarikat.

Review pengunjung di Melaka Sky trex.

Sebanyak 4.5/5.0 bintang terkumpul dari 40 ulasan pelawat di Google. Tempat ni tak ramai sanagt orang review.

Memang patutlah kan. 

Tak ramai yang berani macam anda. Orang orang hebat yang sukakan cabaran. Sentiasa mahu keluar dari zon selesa.

Selain Skytrex, banyak lagi tempat best di Melaka. Tak kiralah taman tema ataupun resort percutian untuk makan angin. Boleh je singgah.
Bacaan menarik: Tempat menarik di Melaka! Alam semulajadi, Theme park dan hotel yang best!