Review 5 bintang Big Red Strawberry Farm Cameron Highland dari pelancong.

Kenapa agaknya ramai pelancong suka melawat big red strawberry farm? Best sangat ke?
Big red strawbery farm cameron highland review 5 bintang pelawat

Kalau nak tahu tempat tu best atau tak, macam mana nak tahu? Mestilah dengan baca review dari orang yang pernah ke sana kan?


Jadi, sekiranya anda berhasrat melawat big red strawberry farm untuk kunjungan ke cameron. Anda di tempat yang betul.


Baca review pelancong ladang strawberry big red sehingga habis, dan anda dijamin akan

  1. Membaca testimoni pengunjung ladang ini memberikan penilaian 5 bintang.
    .
  2. Punca mereka memberikan markah yang tinggi.
    .
Tanpa membuang masa lagi, mari kita mulakan.




18 review pelancong yang sangat gembira melawat ladang big red strawberry.

Ibu senaraikan lebih dari 18 review yang sangat positif di bawah. Semoga bermanfaat kepada para pembaca.


review pelancong big red strawberry farm




1. Mawardi Yusof

seminggu yang lalu.
Tempat masuk free. Nasi lemak sambal strawberi sedap. Kawasan bersih dan selesa.
Sebab puas hati
  • Tak perlu bayar tiket masuk & ada menu sedap wajib cuba berasaskan buah strawberry.

2. Hazirah Hussain

3 minggu yang lalu.
Memang best. Makanan sedap strawbery sedap dan org minat bunga memang kena pergi. Cantik sangat sangat.
Sebab puas hati

  • Pengulas ni mesti suka bunga & makan strawberi segar.


3. Muhammad Fareez Akhmal Hekmal Hisham

Sebulan yang lalu
Kawasan yang selesa. Parking banyak. Meja makan pun tak sesak. Menu pelbagai
Sebab puas hati
  • Puas hati dengan keselesaan tempat ini. Senang nak letak kereta & kemudahan pelancong yang baik.


4. Mawarni Sulong

Sebulan yang lalu
Tempat yang sangat bagus untuk dikunjungi. Wajib datang ke sini bila berkunjung ke Cameron Highlands. Amat disyorkan datang.
Sebab puas hati

  • Pengalaman mesti cuba semasa melawat cameron.

5. Sharifahmaizura Syedhusin

Sebulan yang lalu
Strawberry besar dan terbaik. Cuma nak keluar parking agak tinggi kawasannya.
Sebab puas hati

  • Sangat gembira dengan saiz buah strawberry di sini.

6. N. Nasyitah Shukor

3 bulan yang lalu
Menu dessert yang pelbagai dan semua sedap. Strawberry sauce yg mmg terbaik. Pengalaman petik strawberry yg best.
Sebab puas hati

  • Suka dengan kepelbagaian menu makanan dari strawberry yang di tawarkan di sini.
    .
  • Boleh petik strawberi segar terus dari pokok. (Ini bergantung kepada musim)

7. Apit yakuza

5 bulan yang lalu-
Pelayan di restaurant tu tukar la ambil melayu...bangsa asing x payah la...nak oder pon payah
Sebab puas hati

  • Kurang selesa dengan pelayan yang bukan orang tempatan. (Tapi masih beri 5 bintang.)

8. Muhamad Faizal Zamharir

10 bulan yang lalu-
Strawberry farm paling besar. Berbagai produk dari buah strawberi boleh didapati di sini. Lebih santai jika bawa famili sbb ada cafe dan permainan kanak kanak.
Sebab puas hati

  • Suka sebab saiz ladang yang besar dengan kepelbagaian produk strawberi yang dijual kepada pengunjung.
    .
  • Sangat rekemen untuk mereka yang bawa keluarga sebab fasiliti lengkap untuk kanak kanak.
    .

9. LoVe LyaNa

10 bulan yang lalu-
Seronok. Buah yang manis ketika makan disana. Banyak pilihan. Tempat yang dijaga bersih. Suasana yang nyaman
Sebab puas hati

  • Suka makan buah segar yang manis rasanya selepas dipetik.
    .
  • Puas hati dengan kebersihan kawasan ladang. Kira sejuk mata memandanglah ni.
    .

10. Farahhani Kamal

setahun yang lalu
Tempat parking disediakan dan dekat dengan pintu masuk (recommend datang waktu pagi). Ada kafe, kedai cenderahati, & tempat bermain utk kanak2 disediakan. Direct selling of product. Strawberi, kaktus, bunga2, sayur2an
Sebab puas hati

  • Kemudahan tempat letak kereta berhampiran pintu masuk untuk mereka yang singgah awal.
    .
  • Suka sebab ada banyak ole ole boleh dibeli & di bawa pulang.
    .

11. Nur Tasnim Shamsuddin

2 minggu yang lalu
I bought strawberry from here. Worth the price. Small box rm5. Large box rm10. And the strawberry is big. I think it was cheaper than you go and pluck it by yourself. Bring it back and after two days still fresh and sweet. Recommended. Buy strawberry on the day you are going home
Sebab puas hati

  • Gembira dengan kualiti buah strawberi yang dibeli sendiri disini. Setimpal dengan harga yang dibayar.
    .
  • Buah yang dibeli masih segar walaupun selepas 2 hari dibawa pulang ke rumah.
    .

12. Amirul Aizat

3 minggu yang lalu
Delicious strawberry, foods and drinks. Here also have beautiful flowers. They do sell flowers and fertilizer. Amazing place. I gave five stars.   
Sebab puas hati

  • Makanan & minuman disajikan disini memang sedap.
    .
  • Banyak tanaman bunga yang cantik sebagai halwa mata.
    .

13. Che Faridzuan

3 minggu yang lalu
Trying out the ice cream waffle. And also the strawberry ice cream. Reasonable price. The scenery is great. Variety of flowers and plant available.
Sebab puas hati

  • Harga makanan yang berpatutan.
    .
  • Permandangan ladang sayur & bunga yang menawan.
    .

14. Choo Seng Wai

Good ice cream. Lots of strawberry, vege, greens. It can be one-stop for everything u need to see in Cameron
Sebab puas hati

  • Tempat yang lengkap & menawarkan semua yang ada di cameron.
    .

15. Kitty Crystal

If you go Cameron Highlands, please do not skip this place. You can walk surround the place  and buy some plants to bring back home. You also can plug you own strawberry and buy fresh salad for bring back home. They also sell the a lot snack making by strawberry. Recommended is fresh honey yogurt strawberry with butterhead juice. Yummy!! Or you can try others like waffle, slad and etc.
Sebab puas hati

  • Rasa rugi kalau tak singgah tempat ni.
    .
  • Boleh petik strawberi & salad sendiri.
    .
  • Sangat rekemen menu yang di jual disini kerana kesedapannya.
    .

16. Shafiqah shasim

Never get bored getting here. Varies choices of foods offered and nice view of vegetables. If you are lucky enough, you might walk under the beautiful grapes!
Sebab puas hati

  • Tak pernah jemu datang sini.
    .

17. Norhaimaz Mohd Manoor

Free. Park at the top of the hill. Near to the cafe. Recommended strawberry fondue. Well maintained animal farm and garden.
Sebab puas hati

  • Masuk percuma.
    .
  • Suka strawberry fondue yang dijual disini. (Apa kebendanya tu? Ala.. Buah  strawberi cecah sos coklat.)
    .
  • Puas hati sebab kawasan ladang diselenggara dengan baik.
    .

18. Diyana Sabdin

My kids love it. Foods was good too. Try strawberry sundae. Can pick your own strawberries. Do buy some strawberries chocolates/jams at their kiosk for souvenirs.
Sebab puas hati
  • Anak anak gembira mengunjungi ladang ini.
Habis sudah review positif.

Kalau anda nak lihat pandangan ekstrem pengunjung yang menyesal singgah sini, boleh teruskan baca artikel di bawah.

Kesimpulan.

Daripada 18 review di atas, Ibu buat kesimpulan antara punca ramai orang suka lawat ladang ini kerana
  1. Percuma, tak perlu bayar apa apa untuk masuk.
    .
  2. Tempat letak kereta banyak.
    .
  3. Strawberry yang dijual disini besar & segar. Harga pun berpatutan. Berkualiti pula tu.
    .
  4. Banyak menu makanan, minuman & manisan menggunakan strawberry yang sedap dijual disini.
    .
  5. Kawasan ini terjaga dengan baik.
    .
  6. Kemudahan yang lengkap.
    .
Tamat juga perkongsian Ibu kali ini. Jika anda ada pengalaman & cerita menarik untuk di kongsikan, ruangan komen di bawah sentiasa terbuka untuk anda.

Kami doakan agar kita dapat menjadi ibu yang dikasihi anak anak & keluarganya. Insyaallah.

Assalamualaikum Wrmbth.