Suasana di Amverton Heritage Resort. Hotel di Melaka yang menarik!

Zaman sekarang ni, dengan kemajuan teknologi tak perlu lagi kita meraba raba dalam gelap.

Nak pergi melancong, tak perlu takut sesat pun. Google Map kan ada.

Di bawah ini Ibu kongsikan permandangan di Hotel Amverton Melaka untuk tatapan anda.

Permandangan interaktif di Amverton Heritage Resort Melaka.

Permandangan pertama di kawasan tarikan utama resort ini. Mestilah di kawasan taman tema air & kolam renang. 



Apa yang anda boleh lihat kawasan kolam renang Amverton Resort?

  1. Ada kolam air pancut yang terletak di antara 2 buah tangga utama dari lobi hotel.
    .
    Turun saja dari  tangga terus boleh nampak kolam mandi dewasa yang besar. 
    .
    Kolam ni memang dalam, jadi Ibu tak syorkan mereka yang tak pandai berenang mandi manda di sini.
    .
  2. Sebelah kanan kolam, ada taman tema air mini lengkap dengan replika kapal lanun.
    .
    Kanak kanak boleh pilih untuk mandi di kolam yang berbumbung dan boleh berteduh dari panas matahari.
    .
    Ataupun mandi di kolam kedua yang lebih dalam airnya, tetapi sesuai untuk kanak kanak.
    .
  3. Sebelah kapal lanun tu ada beberapa gelongsor, yang paling menarik mestilah gelongsor yang tinggi tu.
    .
    Pastikan kita sentiasa awasi mereka semasa mandi.
    .
    Terutama sekali kalau nak naik slide tinggi tu. Ada tinggi 20 meter agaknya, Pastikan ada pengawal yang menjaga.
    .
    Jangan pandai pandai nak naik sendiri kerana risiko keselamatan.


Di bawah pula suasana di hadapan resort.


  1. Memang banyak tempat letak kereta, senang untuk kita parking di hadapan lobi. Senang nak check in dan angkat bagasi.
    .
  2. Waktu malam, kawasan ni sangat gelap dan sunyi. Jadi Ibu tak galakkan parking jauh jauh.
    .
    Dah lah tengah hutan kan.
    .
    Berani ke nak berjalan tengah tengah gelap tu?
Masih belum yakin nak menginap di sini? Teruskan membaca review penuh di bawah ini.
Bacaan menarik: Baca ulasan pelancong yang pernah menginap di Hotel Amverton Melaka.