Sukatan susu dutch baby mengikut usia? Ini panduan yang tepat!

Pernah tak kita alami, susu dah beri pada bayi tapi mereka tetap menangis minta susu?
sukatan susu dutch baby untuk si manja

Memberi anak susu botol memerlukan kesabaran. Terutama sekali sekiranya anak kita baru lahir.

Belum boleh cakap kan? Sebab tu penting untuk kita perhatikan tanda mereka mahu minum susu. Dan pada masa sama sediakan sukatan susu yang tepat. Tak kiralah jenama friso, mahupun dutch baby.
Bacaan menarik: Susu dutch baby bagus ke? Ini perkongsian pengalaman ibu yang pernah menggunakannya!

Barulah susu habis diminum, bayi pun boleh terlena sambung tidur.

Panduan ini secara umum saja, nak tahu yang lebih tepat menurut brand susu rujuk belakang kotak susu.

Dengan membaca artikel susu dutch baby ini hingga habis, Anda dijamin akan

  1. Faham cara menyukat susu yang diperlukan anak mengikut usia mereka. Dapat pastikan mereka kenyang & mengelak pembaziran!
    .
  2. Peka dengan tanda tanda bayi kita yang baru lahir sedang lapar & ingin diberi susu. (Penting untuk kita tahu yang tiada susu formula terbaik yang boleh lawan susu ibu)
    .


Sukatan susu untuk bayi secara umum mengikut usia!

Terdapat 3 perkara yang perlu kita perhatikan sebelum menganggarkan kuantiti susu yang diperlukan. Iaitu
  1. Berat bayi - bayi yang lebih berat biasanya lebih kuat menyusu.
    .
  2. Usia - jumlah susu yang diminum bertambah dengan usia mereka.
    .
  3. Jantina anak - bayi lelaki biasanya lebih kuat menyusu dari perempuan.
    .

Tiga perkara di atas boleh memainkan peranan. Selain itu, kesihatan bayi juga mempengaruhi. Anak yang sihat mungkin lebih berselera berbanding yang sedang sakit.

Sebab itu kadang kadang, kuantiti susu yang disediakan mungkin sama. Anak kita pula boleh tak mampu habiskan atau sebaliknya masih haus.

Kalau diperhatikan mengikut usia anak, berikut adalah tips untuk buat anggaran.

1. Usia bayi baru lahir hingga setengah bulan. (0-2 minggu)

Kuantiti susu diperlukan adalah 70ml setiap sesi. 

2. Usia bayi setengah bulan hingga 2 bulan. (2-8 minggu)

Seiring dengan pertambahan usia, anak kita mungkin sudah mampu menghabiskan susu sebanyak 80ml hingga 100ml setiap sesi.
Harus diingat, ini cuba anggaran saja, kalau ada tanda anak kita masih kelaparan boleh tambahkan sedikit kuantiti susu di sesi seterusnya dan lihat sama ada habis atau tidak.

3. Usia bayi mencecah setengah tahun. (6 bulan)

Semasa usia ini, anak kita sudah pun pandai menangis untuk disusukan. Kuantiti sebanyak 220ml biasanya mencukupi. 

Pada masa yang sama, anak kita sudah mula berjinak jinak makan makanan pejal. Kemungkinan susu yang diperlukan untuk kenyang akan berkurangan jika mereka berselera makan.

Sebelum ini Ibu ada berjanji untuk berkongsi tanda tanda yang boleh kita perhatikan pada bayi yang kehausan.

Lepas ni sebelum anak menangis minta susu, kita dah boleh suakan botol.

Mesti anak kita hairan. 
"Hebatlah mak aku ni, baru terdetik haus je susu dah siap!"

Hehe.

Tanda tanda anak kita sedang haus. Emak boleh cepat sediakan susu!

tanda anak lapar minta susu


1. Menghisap tangan & bibirnya.


Bayi yang haus secara nalurinya akan menghisap objek di sekelilingnya untuk menyusu. 



Sekiranya anak anda dibiarkan menghisap tangan buat seketika & tidak disua susu. Kemungkinan bayi akan menangis kerana masih lapar.


2. Menangis. 

Tanda kedua ini biasanya terjadi kalau kita kurang peka dengan tanda pertama.

Bayi boleh menangis kerana banyak sebab.

Mungkin rasa tak selesa dengan najis, tanda lampin perlu ditukar. Atau mungkin juga perutnya dah berbunyi kerana kelaparan.


3. Terjaga dari tidur & kelihatan resah.

Kebiasaannya, anak yang sedang lena tidur tidak akan menangis melainkan mereka telah terjaga terlebih dahulu.

Jika ibu perasan bayi terjaga & tidak mahu tidur semula, cuba periksa lampin dahulu & jika masih kering. Anak kita sedang haus tu.

4. Membuka mulut.

Sekiranya anak kita sudah menghabiskan botol pertama tapi masih membuka mulut, mungkin kuantiti susu tidak mencukupi.

5. Cucuk pipinya.

Jika kita mencucuk lembut pipi anak dengan jari dan bayi bertindak balas menyuakan mulut, nampaknya masa makan dah tiba ni.


Rasanya cukup 5 tanda yang boleh kita perhatikan.

Kesimpulan.

Anak kita yang masih kecil memerlukan perhatian ibu & ayahnya untuk mendapat khasiat yang cukup dari susu yang diminumnya.

Sebagai ibu bapa yang prihatin, penting untuk kita perhatikan tanda tanda anak kita sedang haus.

Dan menyediakan susu yang betul sukatannya.

Barulah si manja boleh membesar dengan sihat & penuh hilai tawa. Berseri hidup kita dengan telah mereka.

Ibu harap perkongsian pendek ini mendatangkan manfaat kepada anda.

Sekiranya anda rasa ada benda nak ditambah, ataupun nak kongsi pengalaman. Ruangan komen terbuka luas untuk anda.

Sama sama kita meriahkan untuk manfaat bersama. Dapat pahala percuma sampai bila bila.

Jumpa lagi ya. Assalamualaikum.