Saksikan pemandangan indah seluruh Pulau Langkawi dari lauan kereta kabel paling cerun di dunia!
Review pengunjung Kereta Kabel Langkawi.
Sebagai salah satu dari tarikan utama pelancong di pulau lagenda, memang ramai tinggal review. Ulasan terkumpul untuk kereta kabel langkawi ini memberikan mata 4.5 dari 5.0 bintang berdasarkan 3,590 ulasan di Google.Walaupun tiketnya agak mahal untuk perkepala, sekarang ni RM40 seorang tapi berbaloi singgah sini.
Harga tiket letak kereta pun mahal juga. Kena sediakan duit lebih untuk lawatan ini. Terutama kalau saiz kumpulan besar.
Pastikan kita bawa kad pengenalan sebab harga untuk pelancong luar atau yang tak bawa IC lagilah mahal.
Inilah nasih kalau datang lambat. Apatah lagi semasa cuti sekolah. Panjang barisannya untuk tunggu giliran. |
Gambar menarik di Kereta Kabel Langkawi.
Lokasi Kereta kabel Pulau Langkawi untuk rujukan anda.
Alamat: Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, KedahWaktu perniagaan: Di buka setiap hari. Hari bekerja dari 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Hujung minggu pula dari 9.30 pagi hingga 7.00 malam.
Telefon: 04-959 4225
Hotel berhampiran Langkawi Cable Car.
The Danna Langkawi
Dari Hotel The Danna Langkawi ke lokasi kereta kabel mengambil masa 7 minit je. Jarak pun cuma 2.7 km. Cukup senang nak pergi.Terutama sekali sebab susah nak naik kereta kabel ni. Ramai sangat orang.
Dari ulasan 868 pelancong, hotel ini telah mengumpulkan markah 4.8 dari 5.0 bintang. Nampaknya memang best hotel ni.
Tak hairanlah harga bilik untuk 1 malam di The Danna mencecah RM 1,145.
Lokasi: Pantai Kok, 07000 Langkawi, Kedah
Koordinat: 9M8J+QC Langkawi, Kedah
No telefon: 04-959 3288
Homestay di sekitar kereta kabel Langkawi.
Idaman Guest House
Ibu perasan, homestay di Langkawi ni kebanyakannya taklah dekat sangat dengan kawasan tarikan pelancong.Yang ni pun 14 minit perjalanan ke skypark, dengan jarak pemanduan 7.9km.
Pun begitu, ramai berpuas hati. Tak hairanlah mata yang berjaya di raih setinggi 4.4 dari 5.0 bintang hasil 20 ulasan yang diberikan.
Harga untuk 1 malam pun murah, hanyan RM 71. Perubahan harga boleh kita perhatikan di laman tempahan hotel online seperti booking.com dan lain lain.
Jadi pandai pandai survey sebelum bayar.
Lokasi: Kampung Kuala Teriang, Mukim Padang Matsirat, Langkawi 07100, 07100 Langkawi, Kedah
Koordinat: 9P66+RM Langkawi, Kedah
Lokasi: 012-516 3481